MUTIARA SABAH | Mutiara memiliki banyak warna, cahaya, bentuk dan permukaan. Bagi penggemar mutiara, aksesori yang sinonim dengan wanita ini pasti sentiasa menjadi pilihan sama ada pada majlis formal atau sebaliknya.
INFO: Mutiara
INFO: Mutiara
- Dua jenis mutiara dijual iaitu mutiara air tawar dan air masin atau laut dalam
- Mutiara laut dalam lebih mahal kerana tiram yang menghasilkan mutiara diternak secara komersial
- Mutiara laut dalam hanya satu bentuk iaitu bulat dengan tiga warna iaitu putih, hitam dan pic
- Penternakan mutiara di Sabah terletak di Pulau Bohey Dulang, Semporna.
Gelang mutiara air tawar boleh di beli semurah RM18, tetapi boleh dapat RM10 jika pelanggan beli dalam jumlah banyak, manakala mutiara air masin boleh mencecah lebih RM1,600 mengikut saiz mutiara digunakan.
P/S: Sis beli tak? Belilah..dah datang jejauh, takkan tak beli oii hehehehe.