PROGRAM TOURISM MALAYSIA TRAVEL MART @ JB 2019 | Bagi menyemarakkan kempen Tahun Malaysia 2020 (#VM2020) dan juga Tahun Melawat Johor (#VJ2020), pihak Tourism Malaysia telah menganjurkan program Tourism Malaysia Travel Mart @ JB Dan Sesi Libat Bersama Pengiat Industri Perlancongan Bersempena Pelancaran VM2020 Peringkat Negeri Johor.
Program yang berlangsung selama satu hari ini telah berjaya mengumpulkan seramai lebih 70 penggiat industri perlancongan terdiri daripada agensi dan pemilik produk perlancongan bagi mempromosikan industri perlancongan domestik di negeri Johor.
Konsep yang digunakan adalah berbentuk taklimat dan mini travel mart antara penggiat industri perlancongan dari dalam (seller) dan luar (buyer) negeri Johor untuk saling bertukar pendapat dalam menyumbang ke arah pertumbuhan positif industri perlancongan tempatan .
Objektif utama program ini adalah untuk membincangkan dan mencapai hala tuju yang sama dalam meningkatkan promosi serta menggalakkan kedatangan pelancong ke negeri Johor serta menjalinkan kerjasama pintar antara penggiat industri perlancongan bersama-sama dengan agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat, agensi-agensi perlancongan serta Institut Pengajian Tinggi Awam dan juga Swasta.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Zulkifly Md. Said dan Pengarah Tourism Johor, Zihan Ismail.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pelancongan Zulkifly Md Said, pengamal industri pelancongan sepatutnya bersatu dalam berkongsi promosi dan perkhidmatan kepada pelancong yang datang ke negara ini.
"Semua perlu bekerjasama jika ada permintaan dari pelancong," katanya selepas merasmikan Tourism Malaysia Travel Mart @ JB dan sesi libat urus dengan pengamal industri pelancongan di sini hari ini.
Majlis Perlancaran disempurnakan oleh YB Cik Liow Cai Tung, Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung berkata, sasaran itu adalah peningkatan berbanding jumlah kehadiran pengunjung tahun lalu.
"Bagi sambutan Tahun Melawat Johor 2020, kerajaan negeri telah mempromosi 20 destinasi pelancongan menarik dan 20 program pelancongan bagi menjayakan sambutan ini. Destinasi dan program pelancongan yang dipromosikan ini melibatkan kesemua 10 daerah dalam Johor yang menampilkan keunikan tersendiri," katanya.
Program ini telah berlangsung dan diadakan di Grand Ballroom Holiday Villa Johor Bahru pada 24 September 2019 jam 9am.
Alhamdulilah berkesempatan juga Sis turut serta menjayakan program Tourism Malaysia Travel Mart @ JB ni. Sebelumnya ada beberapa program yang telah Tourism Malaysia aturkan untuk kami. InsyaAllah ada kesempatan nanti Sis kongsikan ya.
Korang yang nak ke Johor tu, tak tau nak kemana, haaa contact-contact le Sis ya, nanti Sis boleh cadangkan tempat-tempat menarik untuk korang okay!
P/S: Bangga terus jadi anak jati JOHOR !!! Luaskan Kuasamu Johor!!