Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4660

PERCUMA 50,000 SARAPAN PAGI UNTUK WARGA MALAYSIA

$
0
0
PERCUMA 50,000 SARAPAN PAGI UNTUK WARGA MALAYSIA | Terdapat banyak sebab mengapa sarapan pagi yang sihat harus menjadi rutin harian anda seisi keluarga. Tetapi sekiranya tidak, ada yang akan membantu! Bulan Oktober ialah Bulan Sarapan Dutch Lady dan jenama susu No. 1 ini akan bekerjasama dengan Kellogg’s untuk memberi 50,000 set sarapan secara percuma!

Dapatkan sarapan percuma di stesen-stesen LRT di Lembah Klang mulai 21 hingga 31 Oktober!

Dutch Lady Malaysia menyarankan rakyat Malaysia melengkapkan keperluan nutrien harian mereka untuk bersarapan dengan segelas susu. & Sarapan merupakan makanan pertama yang kita nikmati setelah berpuasa selama 8 hingga 12 jam daripada hidangan yang terakhir.

"Sarapan yang berkhasiat bukan sahaja membekalkan nutrien, malah tenaga kepada badan dan otak kita untuk permulaan hari yang kuat dan seterusnya menjalankan aktiviti seharian". kata Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia.

Terbukti terdapat banyak kebaikan dengan mengambil sarapan. Kanak- kanak dan remaja yang biasa mengambil sarapan pagi lebih cenderung mendapat nutrien mikro dan makro yang lebih baik, mengurangkan kemungkinan untuk mempunyai berat badan berlebihan atau obes, dan lebih cenderung untuk melakukan aktiviti fizikal yang lebih tinggi.


Kajian juga menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil sarapan pagi berkemungkinan sebanyak 1.34 kali akan mempunyai berat badan berlebihan berbanding mereka yang mengambil sarapan pagi. Sarapan pagi biasanya mempunyai jumlah nutrisi yang lebih baik, termasuk nutrien utama seperti sodium, serat, dan folat yang membantu mengekalkan berat badan yang sihat. Sarapan pagi juga mengisi perut anda dan membantu mengelakkan daripada makan berlebihan atau
memakan snek kemudiannya.

Walaupun terdapat banyak kebaikan untuk makan sarapan pagi, ramai memilih untuk mengabaikannya. Ini adalah kerana waktu pagi biasanya merupakan masa paling sibuk untuk kebanyakan keluarga dan orang dewasa yang bekerja. Bagi penduduk bandar khususnya, bangun awal untuk berebut menaiki komuter atau mengharungi kesesakan lalu lintas adalah penting semata mata untuk sampai ke sekolah dan ke tempat kerja tepat pada masanya. Menurut Kajian My Breakfast, 1 daripada 4 kanak-kanak Malaysia berumur 6 hingga 17 tahun tidak mengambil sarapan sekurang-kurangnya 3 hari dalam seminggu.

Keadaan ini selalunya disebabkan oleh masa yang tidak mencukupi untuk menyediakan atau makan sarapan pagi. Menurut Kajian Sarapan Sihat Asia Pasifik, sebab utama rakyat Malaysia mengabaikan sarapan ialah kekurangan masa dan usaha yang diperlukan untuk menyediakan sarapan pagi. Menariknya, 75% responden membuat keputusan tentang sarapan berdasarkan kesinangan dan kelapangan waktu, sementara 39% adalah berdasarkan manfaat kesihatan, manakala nilai pemakanan menerima pertimbangan paling rendah pada 37% .


Sumber: Herbalife Nutrition Asia Pacific

Walaupun mudah untuk mengabaikan pengambilan sarapan pagi, tetapi ianya penting untuk memulakan hari dengan hidangan yang padat dan penuh dengan nutrisi sebagai keutamaan kita. Malah, sarapan bernutrisi boleh diperolehi dengan mudah dan cepat dengan memadankan sarapan pagi dengan segelas susu.

"Susu adalah salah satu minuman yang mempunyai nutrisi paling lengkap. Ia disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian kita di bawah Piramid Makanan Garis Panduan Diet Malaysia," kata Ramjeet.

Ramjeet terus menekankan bahawa rakyat Malaysia masih kurang mengambil susu yang diperlukan untuk mendapat nutrisi berkhasiat. "Menurut Kajian Nutrisi Dewasa Malaysia 2014, orang dewasa hanya mengambil 0.4 gelas susu setiap minggu berbanding dengan cadangan Garis Panduan Pemakanan Malaysia, iaitu sebanyak 1 hingga 3 gelas sehari. Kanak-kanak pun lebih kurang begitu juga, kerana berdasarkan SEANUTS, kanak-kanak Malaysia hanya minum setengah hidangan susu sehari, hanya 5% kanak-kanak sahaja sebenarnya yang memenuhi kuantiti yang disarankan, iaitu mengambil dua hidangan susu setiap hari".

Ramjeet menambah: "Sarapan pagi seharusnya membekalkan 20 - 25% daripada keperluan nutrisi harian kita, tetapi bukannya semua makanan membekalkan semua nutrien yang kita perlukan. Sarapan pagi yang lazim di Malaysia, seperti nasi lemak atau sandwic tidak membekalkan semua nutrien yang kita perlukan pada waktu pagi. Walau bagaimanapun, apabila anda memadankan segelas susu dengan sarapan pagi kegemaran anda, nutrien yang diperlukan pada waktu pagi dapat dicapai dengan mudah".


Oleh itu, anda boleh menikmati sarapan berkhasiat hanya dengan meminum susu sebagai sebahagian daripada sarapan setiap hari untuk memulakan hari anda dengan kuat.

Memahami kebaikan nutrisi secara mendalam, kalsium dalam susu membantu kanak-kanak membina tulang dan gigi yang kuat dan bagi orang dewasa pula, ianya mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk menyokong gaya hidup yang aktif. Selain kalsium, susu juga mengandungi nutrien penting lain seperti protein.

Protein dalam susu berfungsi sebagai blok pembinaan bagi otot, tulang, rambut, dan kuku kita, dan ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biologi, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan, dan perlindungan badan kita.

"Setiap gelas 250ml Dutch Lady PureFarm atau susu +Protein bukan hanya membekalkan kalsium tetapi juga protein berkualiti tinggi. Selain itu, nutrien penting lain yang dibekalkan termasuklah vitamin D, A dan B2. Oleh itu, minum segelas susu sewaktu sarapan adalah cara yang paling mudah untuk pengambilan nutrisi yang mencukupi pada waktu pagi,". kata Ramjeet.

Dutch Lady Malaysia menggalakkan warga Malaysia untuk meningkatkan nutrisi sarapan mereka dengan segelas susu pada bulan Oktober ini!


Bersempena dengan Bulan Sarapan Dutch Lady, Dutch Lady akan bekerjasama dengan Kellogg’s untuk memberi 50,000 set sarapan

PERCUMA yang mengandungi susu dan bijirin di 10 stesen LRT mulai 21 hingga 31 Oktober, dari pukul 6 hingga 11 pagi!

Mulakan hari anda dengan susu Dutch Lady, dimana sahaja anda berada!

Untuk maklumat lebih lanjut tentang tarikh dan lokasi (stesen LRT) untuk mendapatkan sarapan percuma anda, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau https://www.dutchlady.com.my/events.php.


P/S: Sis laa salah seorang yang selalu abaikan sarapan pagi, huhuhu sebab biasa terus brunch..okay! kena ubah ni..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4660

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.