Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4660

MASAK SUP KETAM UNTUK ANAK DEMAM PANAS

$
0
0
MASAK SUP KETAM UNTUK ANAK DEMAM PANAS | Alhamulilah ada pun ketamnya, tapi yang sakitnya yang membeli ketamnya hehehehe. Yaa anak Sis Yana demam panas dah berapa hari ni. Kejap panas, kejap okay, kejap tu terus tak okay, so Sis suruh dia beli ketam dan Sis masakkannya sup ketam. Klinik pun dah pergi, tapi sama juga demamnya.

Kebetulan dia bekerja harini setelah 2 hari MC, so sebelum balik rumah Sis suruh dia beli ketamnya. Dapat dia beli 4 ekor besar, berat pulak tu ketamnya, mesti banyak isi. Pastu sampai rumah, anak membebel sendiri, katanya 'mahalnya ketam, 4 ekor rm38 hengget' katanya hahahaha. Adeii baru tau ke, haaa tau nak makan sedap je kan selama ni, sekali kena pergi beli, baru dia tau mahalnya ketam tu kan.

Mula ingat esok aje nak masakkannya, sebab tunggu ajelah Suami sampai, nanti pergi pasar belanja barang basah sekali, tapi kesian pulak nengok si anak, so masakkannya aje laa dulu.


Memang betul, berat ketam tu memang banyak isi dalamnya. Tips nak beli ketam, pilih yang berat hehehe. Tu Suami yang ajar dan Sis pesan awal-awal kat anak tadi, pilih dan beli yang ketamnya berat.

Sup Ketam Panawar Demam/Denggi? 

Amalan memakan sup ketam ketika demam ni memang bagus, terutama bila di katakan terkena demam denggi. Kajian ringkas didapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.

Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut.

Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan ini.


Persoalannya, sejauh manakah kebenaran kenyataan ini?

Ermm korang fikirkanlah sendiri. Tak salah mencuba dan usaha. Setiap penyakit itu ada penawarnya kan?. Tapi bila dah siap sup ketamnya, bukan kata yang sakit aje makan, yang tak sakit pun jadi terkecur sama. Nasib baik beli banyak ketamnya, kalau tidak, mau ngences tukang masak hahahaha.

Rasa puas kalau makan ketam yang penuh isi. Baik di badan dan juga kaki-kakinya ketam tu.
Okay bye dulu, nanti sambung esok ya.


P/S: Operasi mendobi selesai, jomlah kita operasi melipat menyusun mengosok pulak, adeeiii...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4660

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.