Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4659

5 OKTOBER 2019 - HARI HOL NEGERI JOHOR

$
0
0
5 OKTOBER 2019 - HARI HOL NEGERI JOHOR | Apa Itu Hari Hol Bagi Johor? Hari Hol adalah acara keagamaan sempena memperingati kemangkatan Almarhum Sultan-Sultan Johor. Acara ini diamalkan sejak tahun 1896, iaitu setahun selepas kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar.

Pada hari tersebut, doa dan tahlil diadakan bagi memohon keberkatan daripada Allah S.W.T.
Lazimnya, majlis tersebut diadakan di Makam DiRaja yang terletak di Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.

Sultan Johor akan mengetuai kerabat lelaki Baginda yang terdekat untuk menabur bunga dan menyiram air wangian bunga ke atas makam selepas bacaan doa oleh Dato’ Mufti.

Pada kebiasaanya, Majlis Tahlil diadakan selepas menziarahi makam. Namun, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, telah menitahkan bahawa majlis ini diadakan di Masjid Pasir Pelangi (sementara Masjid Sultan Abu Bakar sedang diubahsuai) pada waktu petang sehari sebelum Majlis Istiadat Ziarah Makam DiRaja.

Semua pentadbir negeri Johor berbangsa Melayu yang bergelar Dato’, Pegawai Daerah, penjawat awam negeri Johor, Penghulu, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor, Ahli Parlimen dan Ketua - Ketua Jabatan yang beragama Islam wajib untuk menghadiri kedua-dua upacara tersebut.




P/S: Admin mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor bersempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Al-Fatihah

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4659

Trending Articles


Girasoles para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)