Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4660

BILA BATUK DAN SELSEMA DATANG MENYERANG

$
0
0
BILA BATUK DAN SELSEMA DATANG MENYERANG | Rasanya lama tak sakit, rasanya lama tak kena batuk dan selsema. Kalau tahun lepas bertubi-tubi di serang batuk dan selsema, tahun ini baru ini pertama kali di serang batuk dan selsema. Itu pun sebab berjangkit dengan anak Sis. Anak demam dan batuk, now anak dah berkurang sakitnya, sakitnya singgah pulak ke Emaknya ni huhuhu.

Jumaat lepas masih okay lagi walau dah ada tanda-tanda macam nak sakit, kepala sakit, bersin-bersin, dan tekak perit nak telan air liur. Sabtu dah mula macam bunyi batuk-batuk dan dah ada hingus, tapi masih okay, kuatkan diri keluar melayan Suami dan anak-anak makan di luar, belanja barang dapur dan juga menemai Suami berurut.

Tapi semalam pagi, sewaktu keluar bersarapan bersama Suami, haa dah nampak teruk benar dah selsema dan batuknya. Suami tanya okay tak, nak gi klinik tak, tapi Sis kata nak beli ubat je dulu di farmasi. Biasa memang Sis makan ubat farmasi je dulu, nanti dia okaylah. Nasib juga badan tak panas.

Lepas Suami dah gerak balik ke Paka, Sis telan ubat, dan terus tidur tak sedarkan diri sampai ke tengah hari. Perghhh tak sedar terus lepas makan ubat, Suami call pun tak dengar, kuat giler ubat selsema tu.

Miyakori Cofee at Eco Palladium

Sedar dari tidur, Sis mandi lagi, nak bagi segar badan. Then anak-anak tanya nak ikut tak, mereka berdua nak keluar jalan-jalan. Ermm fikir punya fikir, okaylah, Emaknya ikut dan layan. Sian pulak bila dah anak ajak. Lagipun badan pun rasa okay sikit.

Ingat nak telan lagi sebiji ubat selsema dan batuk tu, tapi takut pulak kang, ada ketiduran dalam kereta tak sedar diri hahahah. So takpelah, balik berjalan nanti sebelum tidur baru makan ubat lagi. Masa Suami call semalam pun, Sis kata okay dah sikit, Suami suruh pergi klinik, tapi takpelah, Sis okay dah ni.

Kadang sakit ni tak boleh layan sakit, kang kalau layan, serba serbi mengada dan nak manja, haaa lagi susahkan diri. Elok kuatkan diri, janji makan ubat dan banyakkan rehat dan tidur.

Mula bimbang juga takut Suami pun jangkit, dia kalau sakit lagi teruk. Tapi entahlah tu..harapnya Suami okaylah tak berjangkit.

Banyak event minggu ni, dan banyak kerja nak settlekan, harap cepatlah sihat dan boleh buat kerja dengan tenang.

Terima Kasih Adik belanja minum petang. 

Okaylah, nanti sambung lagi ya. Tu je kisah hujung minggu Sis yang di serang batuk dan selsema. Korang pun jaga diri dan banyakkan rehat ya.


P/S: Terima kasih juga buat mereka yang bertanyakan khabar. Love u 💗

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4660

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.