Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4660

MENGAPA RAMAI NAIK ETS SEKARANG?

$
0
0
MENGAPA RAMAI NAIK ETS SEKARANG? | Jawabannya tentulah untuk elak jem kan. Ye laaa naik ETS lagi cepat dan pantas sampai ke tempat destinasi, lebih-lebih lagi kalau nak balik kampung. Tapi kenapalah takde sampai ke Johor ek, kalau ada laaa, woww boleh jenjalan dari Selatan ke Utara gamaknya ulang-alik hehehe.

Agak-agak akan ada dan sampai ke Johor tak?

Bermula raya puasa tahun ni, rata-rata semua kawan Sis balik kampung di Utara gunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) ni. Tak payah fikir jem ke apa ke katanya, selesa dan macam naik kapal terbang katanya.

Harga tambang pun boleh di katakan murah dan berbaloi, tidaklah terlalu mahal. Kalau di kira naik kereta, sama juga perginya, dan lebih jimat kata kawan Sis. Ermm melonjak teruja pulak Sis dengar dan rasa nak cuba naik ETS ni laa..bila ek nak naik...macam nak naik pergi ke Padang Besar je..

Jom korang!!

Untuk kali ni Sis nak kongsikan jugalah jadual perjalanan dan harga tiket ETS ke negeri-negeri dan tempat yang di tuju. Harap dapat membantu Sis sebagai rujukan dan juga untuk korang semua yang nak naik atau bakal naik haji ETS .


Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) kereta api elektrik ini telah menggantikan kereta api lama yang digerakkan oleh diesel untuk perjalanan yang selesa, cepat dan tepat dengan kelajuan 140km/j.

Jadual Perjalanan ETS Dan Harga Tiket 
KL Sentral – Padang Besar & Gemas

Berikut adalah jadual perjalanan ETS terkini untuk laluan arah utara dan selatan.

Jadual Perjalanan ETS Terkini klik >>>  KTMB



Jadual Harga Terkini Tiket Tren ETS KTMB 

1. Harga Tiket ETS Gold

Tiket sehala dari KL Sentral ke  Padang Besar atau sebaliknya adalah RM80 (Dewasa) dan RM44 (Kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun)

2. Harga Tiket ETS  Platinum

Harga tiket untuk laluan KL Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya.

Klik Harga>>>> Tiket ETS Gold Terperinci

So korang apalagi, jom laaa kita pusing Utara naik ETS yok..siapa nak ikut hehehe sila PM tepi hohohoho..


P/S: Tak dapat bayangkan kalau ada sampai ke Johor ETS ni, Ya Allah mudahnya kalau Sis ko nak ke KL nengok anak dan pergi bercuti nak ke KLIA tu..kan kan kan...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4660

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.