BELANJA ANAK MAKAN DI GOGIROU KOREAN BBQ | ALHAMDULILAH berkongsi rezeki dengan anak-anak. Semalam kebetulan Kakak balik, so Sis berempat kecuali Ayahnya yang sibuk di-laut tu, kami pergi lagi mencari keperluan persediaan perkahwinan anak Sis mana yang belum lengkap. Dan kami ke Plaza Angsana.
Nasib baik juga apa yang Sis nak tu masih ada lagi stok, ikutkan sebelum ni kata aunty tu dah habis. Gedebak gedebuk, membelek dan membeli, selesai aje terus keluar, then kami ke IKEA plak. Masih juga membeli keperluan yang sama.
Sebab semalam hari Khamis, so memang seronok jalan-jalan ke sana ya, sebab tak ramai orang, boleh di kira berapa ketul je yang kami nampak. Cuba ko pergi hari Sabtu ke Ahad, perghhh IKEA Cafe tu pun sampai ke luar beratur panjangnya, tapi semalam lenggang gilerr..
Ingat nak try ice-cream hitam IKEA gan roti hotdog hitam IKEA tu, tapi anak-anak semua taknak hahaha..
Yaa sekepala ala carte buffetnya RM55 seorang tapi boleh makan sepuasnya sampai ko kenyang. Tengok menunya memang semua kesukaan anak-anak. Dan untuk surprisekan anak-anak, Sis kata 'Jom makan sini, Mak belanja' hehehehe kemain semua macam tak percaya hahahaha...
Takpelah anak-anakku, rezeki yang Mak ada ni, kemana lagi nak tumpahnya kalau tak ke anak, bab makan ni berkali Suami kata, jangan berkira, janji puashati dan kami happy..
[Baca Juga] : Betul Ke Ikan Siakap Mahal Harganya?
Cuba teka siapakah orang yang paling gembira dapat makan Korean BBQ ala terowong asap ni? Hahahahaha... yerrr dah tentunya laaa Yana 'Bride to be' ni haaa.. dialah paling happy semalam dapat makan buffet Gogirou Korean BBQ ni, lagi-lagi ada daging Rib Eye tu haa..
Walau harga dia agak mahal RM55 seorang, tapi kalau korang tengok menu dia, memang puashati makan. Yang dalam gambar atas tu menu ala-carte buffet dia yang korang boleh pilih dan refill memanjang, then ada juga 8 jenis menu 'main course' dia plak yang boleh korang pilih, termasuk ice cream selepas korang selesai makan.
Minuman pun percuma refill semua siap.. gilerr tak banyak dan tak kenyang. Sis dengan anak-anak bertambah-tambah makan daging Rib Eye tu haa, sedap nak mateyyyy hahahaha.. nak try Beef Tounge tu takut tak boleh telan pulak, tapi tu laa femes kalau kat Korea.
Gogirou Korean BBQ Restaurant
L1.13 Toppen Shopping Centre
BUka dari jam 11am hingga 8pm
Total kesemua Sis makan semalam RM256.50, tapi cukup-cukup puas dan kenyang.. alhamdulilah.. anak-anak pun kemain memang happy sokmo.. kami makan dengan satu perasaan puas tiap kali mengigit daging tu haa, sangat juicy dan Kimchi dia semua pun sedap gilerr..
Rezeki anak-anak, bila mereka happy, Sis turut happy. Hantar gambar wahtsapp dekat Ayahnya pun, Ayahnya cuma jawab 'Sedapnya' hahahahah..
Lepas makan masuk IKEA cari barang, then terus balik. Sampai tempat parking duk pening nak adjust semua barang masuk kereta. Dengan bonetnya dah penuh, sumbat-sumbat, nasib muat, tapi penuh laa dari bonet sampai ke dalam kereta macam dalam gambar tu, kepala Yana pun nampak sekerat hahahaha..
Lawak betul, kami gelak sepanjang perjalanan hahahaha.. So lepas ni, mulalah kebizian Sis nak siapkan goodies semua. Duduk aje dendiam di rumah dan siapkan, insyaAllah #SisCuba buat yang terbaik untuk anak-anak.. doakan Sis sihat ya..
P/S: Ayahnya balik aje semalam, hulur resit makan, okay dapat CLAIM kakakakakakakah.. makaseh Ayahnya ❤