PERTAMA KALI MENGINAP DI GBW HOTEL BERSAMA SUAMI TERCINTA | Berdua aje ke? Yaa berdua itu lebih baik dari bertiga berempat berlima dan bla bla bla hahahaha. Gini lerr kalau last minit plan dengan Suami nak bercuti singkat tidur di hotel area Johor. Dan pilihan kami adalah di
GBW Hotel .
Kami check-in hari Ahad, dan check-out hari Isnin. Mulanya hampir juga tak jadi nak menginap di mana-mana hotel, sebab Suami bekerja Isnin tu, tapi di sebabkan Isnin tu pepagi nanti kami akan check-out awal untuk ke Pejabat Agama Johor bagi menguruskan majlis pernikahan anak saudara Sis di sana, so alang-alang okaylah kami teruskan aje niat kami bermalam di sini.
Ye laa GBW Hotel ni terletak di tengah bandaraya Johor, so dari GBW Hotel memang dah dekatlah nak ke Pejabat Agama Johor tu.
Dan secara kebetulan juga,
Sunah dan Suaminya,
Ady Budika pun turut sama menginap di sini pada hari yang sama. Ini memang last minit kami plan. Sebab memasing bawa Suami, so bolehlah gather-gather sekali.
Pagi Ahad, Suami uruskan urusan kerjanya dulu, kemudian Suami balik, kami terus bawa bag pakaian semua dan kami singgah ke majlis perkahwinan rakan Suami di KongKong terlebih dahulu. Dan selepas itu barulah kami terus ke GBW Hotel untuk check-in.
Dalam perjalanan, di kejutkan pula dengan berita kematian bapa mertua adik Sis,Mama Mia pula. So plan dengan Suami, lepas check-in kita terus aje ke Kangkar Pulai untuk melawat bagi pihak adik ipar Sis yang masih bekerja di Singapura sejak PKP awal lagi. Salam takziah buat adik ipar sekeluarga.
Dari rumah Sis, Pasir Gudang ke GBW Hotel, ada laa dalam 20minit jika tak jem. Dan GBW Hotel ni pun bukan susah nau nak cari. Hotelnya betul-betul terletak berdepan dengan pusat membeli-belah RnF Mall tu haa di Stulang Laut tu. Takkan le korang tak perasan dan tau kan hehehe. Guna waze aje kalau takut sesat ya.
Macam biasa memana hotel check-in jam 3pm. Dan Sis terlewat sikit sampai sebab Suami singgah pulak ke Skudai nak mengambil barang. Tapi kira okaylah ngam-ngam sampai dah boleh check-in. But sorrylah, sebab sibuk nak check-in sampai lupa amik gambar di ruang legar GBW Hotel.
Aturan SOP tetap ada di GBW Hotel ni, tak payah laa nak bagitau kan, kita sedia maklum norma baharu ni, so memana pergi kita kena patuhi SOP yang di sediakan. Settle check-in jom kita masuk bilik. Untuk kali ni kami stay di Premier Room yang seluas 66.3 sqm di tingkat 14.
Pergh besau tu kann, acaner lee rupanya kan, so jomm kita lihat!..
Melangkah masuk ke Premier Room ini, buka aje pintu, terus nampak ruang dapur khas yang agak luas di situ. Semua kelengkapan termasuk microwave, pemanas air, dapur, pinggan, cawan, sudu garfu dan segala bagai laaa, semuanya lengkap. Suami kata dah macam homestay pulak gayanya ya.
Dan ruang dapur tu di hadang dengan penghadang yang memisahkan antara dapur dan ruang tamu. Aperr ada ruang tamu? Yaaaa so korang bayangkanlah betapa luasnya bilik itu.
Taraaaa korang tengok tu, betapa luasnya ruang tamu di Premier Room ni yang hanya untuk kami berdua. Dah macam Family Room kan? Dah boleh main kejar-kejar Sis dengan Suami di situ hahahaha. Kelengkapan lengkap seperti berada di rumah sendiri so memang selesa sangat menginap di sini.
Ada meja makan, set kursi sofa, dan juga meja tulis di hujung sana, yang mana kalau korang datang dan nak update blog ke, haaa bolehlah buat kerja di meja yang di sediakan tu. Tu sebab Sis kata dah macam rumah sendiri. Selesa sungguh!.
Melangkah masuk ke dalam biliknya, Woww terpegun dengan keluasan biliknya. Terdapat satu buah katil King yang cukup besar bagi Sis dan Suami yang kecik molek ni untuk tidur di situ, so memang selesa lerr kan kalau nengoknya. Dan tersedia juga kelengkapan seperti almari baju yang di dalamnya ada sterika dan meja pengosok beserta peti keselamatan. Juga ada TV dan meja tulis solek juga beserta pertunjuk arah kiblat. Tapi sejadah korang bawa ye sendiri.
Cuma satu yang kami berdua suka akan Premier Room ni, sebab ekon dia sejuk gilerrr.. memang tidur malam lena lee di selimuti selimut yang gebu dengan kesejukkan dah macam bercuti di Cameron Highlands ko hahahaha.. Rasa pagi malasnya nak bangun hahahahaha.
Bilik airnya pulak memang terletak dalam bilik tidur yang sama. Dan agak luas laa bilik airnya. Siap ada tab mandi. So apalagi, berendam sambil berbuih-buih sabun le Sis ko malam tu dengan Suami hahahaha... Kelengkapan mandi semua ada di sediakan, so kalau percutian korang singkat macam Sis ni, tak bawa alatan mandi pun takpe, semua siap sedia, termasuk juga hairdryer.
Pemanas air pun ada, tuala mandi dan muka juga ada. Dan yang bestnya air dia besau, so memang syok le kalau guna air bila mandi kan, puas rasanya.
Dari bilik Premier Room Sis di tingkat 14 ni, jika korang lihat pemandangan menyelak langsir bilik tu, haaa gitulah pemandangannya. Nampak suasana CIQ dari Malaysia ke Singapura yang sepi aje tu. Kalau tak mau boleh nampak kesesakan kereta keluar masuk situ. Tapi okaylah pemandangan macamtu, dari takde kann. Lain bilik lain viewnya okay.
Untuk room service menu pun mereka ada sediakan. Korang boleh order makan tengah hari atau malam dari bilik terus ke
Restoran D'Mezanine mereka. Menu makanan mereka memang sedap wooo.. Dan sarapan pagi juga di restoran yang sama situ.
Meh jom ikut Sis makan malam di situ hehehe..
Dan selepas settle meronda-ronda dan berehat sebentar di bilik, Sis dan Suami segera ke Kangkar Pulai untuk melawat kematian bapa mertua adik Sis. Dan ketika Sis inform Sunah, mereka berdua pun baru juga check-in so Sis bagitau mereka, kita jumpa aje nanti untuk makan malam di situ.
Untuk makan malam, korang tak payah nak booking ke apa, just walk-in aje sebelum jam 10pm. Menu-menu yang di sediakan memang banyak juga pilihan, tapi kami semua pakat amik set Bento yang berharga RM20 sahaja satu set yaitu, Menu + Air + Buah atau Kek. Memang sedap, sebab Sis dah pernah makan ketika
sambut harijadi Suami di GBW Hotel ni. Murah dan berbaloi.
Selesai makan malam kami semua terus aje balik ke bilik memasing. Konon nak singgah ke kolam renang dan gym, tapi memasing borak tak hingat dunia, so tak nyempat le kami singgah, sebab dah tutup. So takde laa gambar di kolam renang dan gym yaa. Maaf sesangat.
Dan esoknya pepagi lagi seawal jam 7am kami dah turun sarapan. Awalnya?? .. Yaa di sebabkan wabak Covid19 ni, setiap kali korang nak check-in, mereka akan tanya waktu korang nak turun sarapan, ini bagi menghadkan pengunjung dalam satu masa. SOP gitu..so sila patuh pada arahan.
Maka seawal pagi laa kami dah turun sarapan. Menu yang disediakan pagi tu memang banyak juga pilihan. Dan sampai sekarang Sis ko tak boleh move-on dengan menu Rendang Kambing mereka oiii...sedap tak boleh nak kata!! Arghhh menaip pun boleh terkecur di buatnya ni hahahaha..
Lepas sarapan, bergegas laa Sis packing dan check-out untuk ke Pejabat Agama Johor. Pun tak nyempat juga nak singgah kolam renang hahahaha...
Oh ya nak bagitau juga kat korang, di GBW Hotel ni ada juga satu restaurant Chill's Lounge yang berada di tingkat bawah sekali di Lobby. Sini kalau korang check-in Premier Room akan dapatlah welcome drink, so korang claim laa di sini. Boleh juga kalau korang nak makan kek dan minum lepak di sini.
Dan satu lagi Chill's Lounge ni juga ada menyediakan
Celebration Pakage yang macam Sis buat ketika
Event JDT Blogger #WeGetTogether tu. Memang puashati! Hanya RM30 siap full pakage korang dapat.
So bagi korang yang nak menginap di sini bolehlah ke sini. Memang puashati dan selesa. Kemudahan keliling pun banyak. Nak jenjalan ke bandar Johor pun semuanya dekat dan ada di sediakan shuttle untuk korang ke sana ke sini. So nak apalagi?
Untuk pilihan bilik, korang bolehlah ke laman web
GBW Hotel ni untuk lihat dan buat tempahan. Yang pasti jika korang menginap sekarang, ada tawaran menarik yang di sediakan. Atau mungkin korang nak booking dulu stay kemudian pun ada. Pilihan bilik dan harga yang sangat berpatutan.
Sis sangat puashati pertama kali menginap di GBW Hotel bersama Suami tercinta kali ni.! Terima kasih GBW Hotel !
Jangan tunggu lagi korang!.. Jom lee kita Cuti-Cuti Malaysia!! ..
GBW Hotel
9R, Jalan Bukit Meldrum, Johor Bahru, 80300, Malaysia
Area Information
Easy access to places of interest, whether for business or leisure, is another convenience that our guests get to enjoy in our GBW Hotel in JB (formerly Grand BlueWave Hotel). This 5-star hotel in Johor Bahru is in the midst of the central business areas and shopping districts. Retail therapy, nightlife, and dining options are just a short walk or drive away. Transportation is never a problem since the hotel is close to the railway and taxi station.
For inquiries about luxury accommodation in Malaysia, contact GBW Johor Bahru Hotel (formerly Grand BlueWave Hotel) at the following:
9R, Jalan Bukit Meldrum, 80300 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Tel: 607-221-6666
Fax: +607-222-9473
Email: info@gbwhotel.com.my
P/S: Okay next...kemanakah pulak kita staycation ya Sayang ❤