Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all 4638 articles
Browse latest View live

McDONALD's MALAYSIA PERKENAL BURGER AYAM PEDAS DENGAN HIRISAN EPAL

$
0
0
McDONALD's MALAYSIA PERKENAL BURGER AYAM PEDAS DENGAN HIRISAN EPAL | Sekali nengok iklan entah kenapa, Sis takde rasa nak mencubanya hahahaha.. salah satu sebab utama sebab Sis tak suka burger ayam.. tak kira lee jenama apa, burger tepi jalan tu pun Sis tak suka burger ayam.. memang Sis pemakan daging orang aja. 

Tu dah satu hal, kena pulak ada hirisan epal dan rasa pedas... lagi lee tak rasa nak merasanya oi.. duk fikir apa laa agaknya rasa dia ekkk.. korang dah cuba ke?...tapi sebab ianya didatangkan dengan Twister Fries so kalau sapa makan depan Sis, Sis makan fries dia aje laa kakakakakah.. 

Lagi satu pencuci mulut terbaru mereka, pun ada keluar yang baru, korang dah cuba juga ke?. Sepanjang Sis makan McD, Sis laa orangnya tak suka aiskrim dia, hahahaha.. tak tau kenapa, muakk rasa kalau makan oii.. tapi anak-anak suka.. pernah juga sekali makan yang McFlurry Mango tu, tu kira okay kat tekak, tapi yang lelain atau menu yang terbaru ke, memang Sis jarang tergedik nak mencubanya.. 

Tapi kalau korang suka akan menu terbaru McDonald's ni, haa korang bolehlah beli dan masuk peraduan yang sedang berlangsung. Info mengenai peraduan tu, ada Sis sertakan di bawah sekali..

Good Luck korang.. 

McDonald's Malaysia perkenal Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal

McDonald's Malaysia memperkenalkan menu baharu yang menarik dengan pelancaran Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal. Paduan rasa manis dan pedas mencetuskan rasa unik yang enak pada burger edisi terhad ini, dengan hirisan epal manis, ditambah dengan sos mayo lada hitam, dan kepingan ayam pedas rangup, diapit dengan ban hangat yang lembut.

"Pengenalan burger edisi terhad ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan McDonald's untuk menawarkan menu yang menyeronokkan kepada pelanggan kami. Kami tahu rakyat Malaysia sangat menyukai makanan pedas, tetapi dengan burger baharu ini, kami memperkenalkan paduan unik rasa manis dan pedas yang lain daripada produk yang kami lancarkan sebelum ini," kata Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald's Malaysia.

McDonald's Malaysia perkenal Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal

Pelanggan juga boleh menikmati pencuci mulut baharu, Pai Kastad Oren atau McFlurry Biskut Coklat & Pretzel untuk melengkapkan hidangan mereka.

Sempena dengan pelancaran menu baharu ini, pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah “Huat” sehingga RM18,888 dengan mengambil bahagian dalam Peraduan #EatAnApple, Win a Huawei!

Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu:
1. Berbelanja minimum RM48 dalam satu resit untuk McDelivery.
2. Memesan sekurang-kurangnya satu (1) Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal atau Double Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal
3. Pesanan terbanyak setiap minggu berpeluang memenangi hadiah mingguan yang menarik. 

Peraduan ini berlangsung mulai 4 Februari hingga 3 Mac 2021.

Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal kini boleh didapati di semua restoran McDonald’s dan didatangkan dalam set bersama Twister Fries dan Coke dengan harga RM16.88. 

Pelanggan juga boleh memilih set Double Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal dengan harga RM22.88. 

Burger edisi terhad ini boleh didapati melalui McDelivery, Pandu-Lalu atau Bawa Pulang.

Enjoy... 


P/S: Sis hanya suka McCafe Latte dan Double Cheese Burger & Prosperity Beef Burger McD aja.. ..sekian..

APA ITU PEMBEDAHAN PINTASAN PERUT (BARIATRIC)?

$
0
0
APA ITU PEMBEDAHAN PINTASAN PERUT (BARIATRIC? | Semalam sana sini buka laman sosial, memasing semua sibuk update mengenai 'sesaorang' yang tiba-tiba kurus sebab dia buat Pembedahan Pintasan Perut atau senang nak kata 'buang perut'. Cakap aje mengenai itu, terus kita faham secara fizikalnya, kalau dah buang perut, maka sesaorang itu akan kurus. Effect dari pembedahan itu akan cepat dapat kita lihat dalam masa 3/4 bulan aja. Memang sangat berkesan.

Dan kebetulan semalam semua bercakap mengenai hal ini, maka Sis terpanggil untuk berkongsi mengenainya. Dengan jujurnya Sis juga nak menceritakan yang Sis juga pernah buat di tawarkan untuk 'buang perut' ini sebab Sis ada APNEA selepas jalani rawatan OSA dulu. Tapi itu hanya plan B. Dan Sis guna Plan A, di mana Sis amik jalan hanya buang Tonsil Sis aja. 

Sebab utama yang Sis di tawarkan Plan B oleh Doktor untuk buang perut tu atau Pembedahan Pintasan Perut tu adalah sebab sesak nafas ketika tidur, berat badan melebihi BMI (walau tak melebihi 35) dan juga masaalah kolestrol dan darah tinggi Sis. Tapi Sis tak amik kisah hal tu, tak terfikir nak buat pembedahan pintasan perut tu, sebab ada lagi jalan yang mudah. 

So Sis jalani pembedahan Tonsil. Sebab ianya lebih nampak Sis ada masaalah Tonsil, so buang Tonsil aje. Alhamdulilah, so far setakat ni selepas pembedahan Tonsil, Sis tidur lena, tiada sesak nafas, dan jarang demam dan sakit seperti sebelum ni. Kalau berat badan tu, now dah mula menurun sebab Sis 'cut sugar' dan rekod kolestrol dan darah tinggi Sis semua semakin baik. Baik atau hilang terus tu tak laaa, tetap kena makan ubat laa hari-hari.. 

Tapi keadaan dari sebelumnya dan selepas pembedahan memang ada beza.. so di sini Sis nak korang tahu kenapa mereka buat Pembedahan Pintasan Perut tu dan nak korang faham Pembedahan Pintasan Perut Bukan Sekadar Untuk Kurus. 


Jom kita baca perkongsian dari Public Health ni. 

Apa Itu Pembedahan Pintasan Perut (Bariatric)?

Pembedahan Pintasan Perut, Bukan  Sekadar Untuk Kurus.

Adakah korang sudah berusaha untuk mengurangkan berat badan namun masih tidak menemui jalan keluar. Penyakit yang berpunca dari berat badan berlebihan mula hadir dan korang benar benar mahu melakukan perubahan?

Ini mungkin satu solusi yang boleh dipertimbangkan.

Pembedahan Bariatrik atau mengecilkan perut sesuai dijalankan ke atas mereka yang indeks jisim badan (BMI) melebihi 35 dan gagal mendapatkan penurunan badan kekal dan konsisten dengan cara lain.

Pembedahan ini BUKAN sebagai pemebedahan kosmetik ya, fungsi utama pembedahan bariatrik bukan sekadar tampak kurus tetapi lebih kepada pemulihan kesihatan kerana obesiti punca pelbagai penyakit kronik.

Apa Itu Pembedahan Pintasan Perut (Bariatric)?

Apa Itu Pembedahan Pintasan Perut (Bariatric)?

Kredit Gambar : Facebook Public Health. 

Apa yang berlaku selepas korang menjalani pembedahan ini? 

Selepas pembedahan, pesakit akan berasa cepat kenyang dan kurang selera makan serta menyebabkan sistem tubuh mengambil tenaga daripada lemak pada badan sebagai ganti kepada makanan yang biasa diambil.

Hasilnya, berat badan akan berkurangan. pesakit akan dapat melihat kesan positif seperti pengurangan berat badan yang ketara, tekanan darah menurun, memulihkan pesakit yang mengalami diabetes tahap 2 serta merendahkan kolesterol.

Selain itu, ia dapat memulihkan masalah pernafasan ketika tidur, pedih ulu hati, memperbaiki pergerakan anggota badan malah menghilangkan sakit teruk pada sendi-sendi tulang akibat berat badan yang berlebihan.

Masalah kitaran haid wanita obes yang tidak teratur sehingga mengganggu kesuburan juga dapat diperbaiki.

Dari  segi psikologi juga semakin bagus kerana ia meningkatkan keyakinan diri dan pengawalan emosi

Pembedahan pintasan perut telah terbukti mampu mengurangkan berat badan sebanyak 60% dalam tempoh 2 tahun. Bukan sahaja penampilan fizikal akan bertambah baik, kebanyakan penyakit metabolik seperti kencing manis, kolesterol dan darah tinggi berjaya dikawal.

Beberapa selebriti tempatan popular seperti Aishah, Chef Zam, Rahim (sepahtu) , Micheal Ang telah menjalani pembedahan ini dan hasilnya boleh dilihat hari ini.

Dan korang nak tau juga tak? Anggaran kos pembedahan pintasan perut ni sekitar RM30k sehingga cecah RM50k ookay.. so jika berkemampuan, apa salahnya.. hehehehe

Korang faham?... 


Tapi sekarang ni, ramai plak bila dah buat pembedahan pintasan perut ni, amik kesempatan bila badan dah kurus.. kononya dia kurus sebab makan ubat.. then keluar pulak produk ubat kurus jenama mereka...hurmmm ini satu penipuan.. jangan mudah percaya.. 

Apa nak rahsia sangat, korang tengok aje macam Michael Ang tu, dia jujur aje cakap yang dia buat pembedahan pintasan perut ni, sebab dia ada masaalah-masaalah kesihatan seperti di atas, so jalan terbaik, kena buat pembedahan ni. Sis salute betul dia, dia pun jaga pemakanan dia. 

Lantak laaa orang nak kata apa kan, janji kita sihat.. tapi atas nasihat Doktor.. jangan pulak, sesaja nak buat pembedahan (walau memang gemok), then nak meniaga produk pulak .... ermmm tak memasal, engko jual tu dah memang kurus (sebab buat pembedahan), tapi yang membeli dan mencubanya, tak kurus-kurus bertahun tahun berkotak-kotak makan/minum produk ko.. kes naya ajeee... 

Okaylah sekian saja omelan Sus ko pagi ni.. dengan niat pagi ni 'Aku pun nak kurus 'short cut' juga kalau manyakk duittt' kakakakakakah... 


P/S: Satu je pesan Sis, mana yang dah kurus tu, post gambar  'body' sana sini di laman sosial tu, sila jaga 'aurat'.. sekian..

WORDLESS WEDNESDAY - DIY WAINSCOTING

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - DIY WAINSCOTING | Kalau sebelum ni korang ada baca blog posting Sis yang Sis ada menulis projek Suami dan Anak Sis dalam rumah ni, haaaa inilah dia projek mereka.. dah hampir dua minggu dah projek DIY wainscoting ni haaa.. memang rumah agak kelam kabut dan serabut sekarang.. 

But now, dinding sebelah kanan dari hall, ke bawah tangga dan dapur sana tu dah siap semua pasang. Suami tengah buat bahagian tangga pulak, agak rumit sikit.. then nanti tinggal nak cat lapisan demi lapisan bagi wainscoting tu betul-betul cantik. Dinding sebelah kiri dalam proses lagi.. step by step.. Ini semua Suami buat time dia cuti dan balik dari kerja. 

Mau tak letih woo.. tapi kejadiannya nanti, pasti puashati kan.. kita tunggu dan lihat.. 

DIY Wainscoting

Step memasang kayu-kayu ke dinding. 

DIY Wainscoting

Step mengecat lapisan pertama dulu. 

DIY Wainscoting

Step mengecat ni kena banyak kali lapisan, supaya hasil wainscoting tu jadi kemas dan cantik. Ni baru satu lapisan cat.


P/S: Ni dah share ni, kejap lagi ada le yang mula meyampai dan KEPOH, tak boleh tengok orang senang dan bahagia.. dasarrr --> 👿

LIRIK LAGU SEPI - AINA ABDUL

$
0
0
LIRIK LAGU SEPI - AINA ABDUL
Producer : Wonder Music Studio
Executive Producer : Wan Zakaria, Aina Abdul, Imamz, Zizi Hadid, Muhammad Affan
Composer : Aina Abdul, Sarry Khaled
Lyricist : Aina Abdul, Wan Zakaria

Lirik Lagu Sepi - Aina Abdul

Sepinya, di dalam hati
Dirundung pilu, rasa perih
Sendirian aku berbisik
Oh merintih

Takkan pernah aku mengalah, kecewa
Biar gelita, badai melanda
Tak terhapus perit jiwa
Ku berserah
Teguh berdiri dan terus bermimpi

Pedihnya, jalan berduri
Terus melangkah tiada gentar
Sakitnya jiwaku meniti lara

Takkan pernah aku mengalah, kecewa
Biar gelita, badai melanda
Tak terhapus perit jiwa
Ku berserah
Teguh berdiri dan terus bermimpi

Oh…

Biar rebah tak mengapa
Biar sakit ku melangkah

Takkan pernah aku mengalah, kecewa
Biar gelita, badai melanda
Tak terhapus perit jiwa
Ku berserah
Teguh berdiri dan terus bermimpi



P/S: Yaaa.. S E P I .... itu I N D A H ...

SAMBAL GETUK JAWA KERING

$
0
0
SAMBAL GETUK JAWA KERING | Memandai aje kan Sis ko letak namanya Sambal Getuk Jawa Kering hahahaha.. sebab sambalnya ni Sis buat guna lada kering.. ikutkan kalau Sambal Getuk Jawa, kena guna lada merah basah atau cili padi aja.. tapi sebab lada merah tak cukup stok, so kita guna aje laa lada kering, janji cara membuatnya sama dan rasanya pun sedap.

Buat sambal getuk jawa ni teringat arwak Mak Mertua Sis. Kalau balik ke Sabak Bernam dulu, Kakak ipar sebelah Suami tu mesti akan menumbuk semangkuk sambal getuk jawa ni. Tak pernah takde laa dalam menu makan tengahari di rumahnya, sam[aikan time raya pun ada gak sambal getuk jawa ni..sebab mereka tau Sis sukakannya selain tempe goreng. 

Ye laa dah nama pun orang Jawa, so memang tak sah kalau makan takde sambal getuk jawa ni.. Korang biasa ke makan sambal getuk jawa ni? Kalau tak pernah, boleh mencubanya.. 

Sambal Getuk Jawa Kering

Sambal Getuk Jawa Kering

Bahan-bahannya pun tak susah mana, semua benda ada je dalam dapur korang tu, kecuali kalau stok bahan dah takde macam Sis tu, terpaksa laa derhaka, guna aje lada kering, pun boleh... 

Sambal Getuk Jawa

Bahan-bahannya:
  • Lada Merah atau Cili Padi *Sis guna lada kering
  • Bawang merah *Sis guna bawang besar
  • Bawang putih *Mertua kata dulu, tak letak pun takpe
  • Ikan Bilis 
  • Belacan 
  • Perahan limau sambal

Bahan-bahan tu ikutlah anggaran banyak mana korang nak buat. Pandai-pandai laa adjust yaa. 

Sambal Getuk Jawa Kering

Sambal Getuk Jawa Kering

Cara Membuatnya : 
  • Kesemua bahan tu korang goreng dalam kuali hingga garing.
  • Setelah itu angkat dan toskan sekejap minyaknya.
  • Tumbuk kesemua bahan hingga lumat.
  • Perahkan air asam limau dan jika perlu, tambah laa garam. *Sis tak letak garam sebab belacan tu dah rasa masin. 

Bila dah siap, makan dengan nasi pepanas perghh nikmatnya.. ataupun makan dengan ikan kembong goreng je pun dah sedap sangat oii.. 

Kalau di rumah mertua dulu, Kakak ipar suka buat makan dengan ubi dan lempeng, tapi dia buat jenis sambal basah sikit.. perah asam limau lebih sikit dan masa goreng tu dia tak tapis, so semua bahan basah-basah gitu, pun sedap... 

Banyak versi sambal getuk jawa ni, cuma korang kena pandai le sesuaikan dengan tekak korang, janji sedap.. Nak cuba versi basah? Boleh try Sambal Getuk Jawa Mat Gebu ni.. tengok je pun dah menyelerakan.. 

So harini korang masak apa? 

Atas permintaan Suami dan anak-anak malam tadi, harini Sis akan masak Ayam Masak Kicap SuUn.. alaa versi macam ayam kicap Sis masak time raya Sis tu haa.. memasing dah rindu agaknya, tu pakat anak dan bapak suruh Emaknya masak harini hehehehe.. 

Okaylah.. jom le bersiap nak pi bersenam dulu.. nanti smabung lagi..
OkBai.. 


P/S: Diam-diam aku, jangan ingat aku lupa.. aku perhati je ko... 👀

JOM MAKAN YEE SANG !

$
0
0
JOM MAKAN YEE SANG ! | "Lo Hei" ! Jeritan melambung Yee Sang menjadi satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di keliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh, sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun baru yang makmur.

Tapi tahun ini sedikit kurang meriah, kerana kita meyambutnya dalam keadaan norma baharu. Masih tidak boleh merentas negeri untuk meyambutnya beramai².  

Tapi tak apa, tradisi 'Makan Besar' masih tetap di adakan walau berjauhan dengan keluarga, cuma kemeriahan tu agak kurang meriah laa kan. 

Jom Makan Yee Sang!

Jom Makan Yee Sang!

Yee Sang simbolik kepada kemakmuran, 'tuah' dan kebahagian.

Menu Yee Sang ini terdiri dari ramuan-ramuan biasa termasuk: ikan salmon segar, daikon (lobak putih), lobak merah, cili kembung, halia, lime leaves, parsli Cina, potongan kacang tanah, biji bijan bakar, keropok udang (atau udang kering goreng), dan tepung lima rempah. Kuahnya diperbuat terutamanya daripada sos plum. 

Dan bagi korang yang sedang mencari pakej penghantaran kerumah atau walk-in pick-up set Yee Sang ni, korang boleh mencuba 'AFFORDABLE SALMON YEE SANG SETS' by Ponderosa Golf & Country Club (Johor Bahru)  . 

Tersedia untuk delivery atau untuk walk-in takeaway.

RM 38 for 4 - 6 pax
RM 68 for 8 - 10 pax

Jom Makan Yee Sang!

Atau korang boleh juga buat pembelian all-in-one set termasuk Yee Sang dalam  'BLESSING SETS' mereka, di mana tersedia dengan hidangan 'makan besar' beraneka jenis lauk berharga RM288 for 5 pax. 

Tempahan boleh di buat bermula dari jam 10am – 7pm SETIAP HARI. 

*Caj penghantaran mengikut jarak kawasan. 

Untuk tempahan boleh contact: 

☎️ 019 - 779 9841 (Sales & Marketing)
☎️ 019 - 758 8093 (F&B Reservations)

Atau ke Facebook Ponderosa Golf & Country Club Johor Bahru untuk maklumat lanjut. 


P/S: Sis suka makan Yee Sang sejuk-sejuk !! Nikmat!! 🍊

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2021

$
0
0
SELAMAT TAHUN BARU CINA 2021 | Mulakan hari INI di tahun baru dengan membuka lembaran baru. “Gong Xi Fa Cai” kepada semua kaum Cina yang menyambut Tahun Baru Cina terutamanya PakCik MakCik Sis juga sahabat-sahabat Sis tak kira laa pembaca blog, rakan facebook dan juga instagram, mahupun jiran tetangga dan rakan-rakan semua. Semoga kebahagian dan kekayaan bersama korang semua.

Kebiasaannya persediaan sebelum sambutan Tahun Baru Cina Di Malaysia ni, rumah mereka akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun pula dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang buat keluarga itu. 

Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau dan bunga sebagai simbol murah rezeki. Tahun Baru Cina tidak akan lengkap tanpa diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Sehari sebelum datangnya Tahun Baru Cina, kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin.

Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik (Ong), yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. 

Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Meh

Gong Xi Fa Cai

Selamat Tahun Baru Cina 2021

SOP Terkini Sambutan Tahun Baru Cina 2021

Kalau di lihat SOP terbaru Sambutan Tahun Baru Cina ni, apakah Hari Raya Aidilfitri kita juga akan begini? Arghhh sekali lagi laaa kita beraya dalam norma baharu dan tidak boleh beraya ke sana sini kan, bukan minta, tapi dah dapat agak.. Hurmmm... 

Sebenarnya Sis tak kisah pun, sebab untuk family Sis sendiri, memasing semua stay dalam Johor aje. Dan juga inilah tahun pertama kami semua beraya tanpa Emak. So memang nampak gaya beraya aje laa di rumah.. alah bisa tegal biasa dah.. 

Tapi bagi mereka yang keluarganya berjauhan, alahaii sian laaa.. lagi yang 'bujang' kann, mau menangis lagi di pagi raya.. yang berjauhan dengan Suami/Isteri di luar negara tu (macam adik Sis), lagi laa sedih.. tak boleh membayangkan.. 

Apa-apa pun, kita redha aje laa.. ni semua untuk kebaikan kita bersama. Nak kecam, nak marah kerajaan pun, apa kita dapat? Balik-baik 'rakyat' juga yang kena kang.. so eloklah diam dan patuhi SOP.. 

Bagi mereka yang menyambut Tahun Baru Cina, Sis ucapkan "Xin Nian Kuai Le, Gong Xi Fa Chai, Shen Ti Jian Kang"🍊 


P/S: Baru semalam order baju raya hahahahaha... 

SALAM 1 REJAB 2021

$
0
0
SALAM 1 REJAB  2021 | BERMULA terbenamnya matahari semalam, kita telah pun memasuki 1 Rejab. Ia menandakan bahawa bulan Ramadan al-Karim yang dinanti-nantikan semua umat Islam di seluruh dunia begitu hampir sekali. Sebelum bulan penuh kemuliaan itu menjengah, pastinya ramai yang sudah mula membuat persiapan untuk menuju Ramadan.

Korang dah ganti puasa ke belum? Jika sudah, alhamdulilah... Sis bersyukur sangat, tahun lepas Sis puasa FULL, takde keuzuran, dan tidak ada 'hutang' puasa untuk tahun ni. Bagi korang yang belum lagi 'ganti puasa', segeralah berbuat demikian.. jangan sampai tiba 1 Syawal ya. 

Salam 1 Rejab 2021

Hikmah Di Sebalik Bulan Rejab

Antara ibadah lazim yang sering kali dilakukan oleh kebanyakan umat Islam adalah berpuasa sunat pada bulan Rejab.

Sesungguhnya, Rejab menjadi antara bulan Islam yang terkandung keistimewaan dan keutamaannya yang tersendiri. Meskipun nas yang memerihalkan tentang kelebihan bulan itu ada pertikaian dan berstatus dhaif atau palsu, namun ia tidak sedikit pun merencatkan kemuliaan bulan Rejab.

Ini kerana kita masih lagi boleh beramal pada bulan itu, namun tidak boleh disandarkan kepada kelebihan bulan Rejab semata-mata bagi mendapat ganjaran tertentu. Segera ganti puasa sebelum menjelang Ramadan. Rejab dianggap sebagai bulan madrasah atau bulan latihan kepada umat Islam sebelum masuknya Ramadan.

PERISTIWA penting dalam bulan Rejab

Rejab bermaksud membesarkan atau mengagungkan. Terdapat beberapa kisah istimewa yang berlaku dalam bulan Rejab yang boleh diambil manfaat oleh umat Islam:

1. Peristiwa Israk dan Mikraj.
Dalam peristiwa itulah yang menyaksikan umat Islam difardukan solat lima waktu.

2. Penghijrahan pertama umat Islam ke Habsyah.
Ia bertujuan untuk menyelamatkan akidah umat Islam ketika itu. Mereka ditekan dan diancam keselamatan ketika di Makkah.

3. Pembebasan Baitul Maqdis.
Baitul Maqdis mula dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab RA.
Namun, ia telah ditawan oleh musuh, sebelum Sultan Salahuddin Al-Ayubi merampas semula kota itu pada 27 Rejab 583 Hijrah.

4. Kelahiran Imam al-Syafie.
Pengasas Mazhab Syafie itu dilahirkan pada bulan Rejab 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di Gaza, Palestin. Beliau merupakan mujaddid abad ke-2 menurut Imam al-Sayuti.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang dinyatakan hasan statusnya oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani: “Sesungguhnya ALLAH akan membangkitkan buat umat ini pada awal setiap 100 tahun orang yang akan memperbaharui (mentajdidkan) agama umat ini (yakni yang akan memperbaharui pegangan dan keyakinan umat terhadap agama mereka).” (Riwayat Abu Daud, al-Hakim, at-Tabari dan al-Baihaqi).

Salam 1 Rejab. 
Rejab sebagai bulan penebus dosa serta penambah ganjaran pahala. Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai satu latihan sebelum menghadapi bulan Ramadhan.

Jom kita praktiskan doa bulan Rejab 

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (Hadis riwayat Ahmad dan at Tabrani, daripada Anas).


P/S: Maaf tidak blogwalking, Sis bizi sikit 'berhari raya' hahahaha.. 

HUJUNG MINGGU YANG PENUH DENGAN AKTIVITI MENGEMAS RUMAH

$
0
0
HUJUNG MINGGU YANG PENUH DENGAN AKTIVITI MENGEMAS RUMAH | SALAM malam korang semua, salam 1 Rejab buat semua. Bagi yang berpuasa, selamat menikmati juadah berbuka puasa dan bagi yang tidak berpuasa tu, perbanyakkanlah amalam dan aktiviti sihat kita sepanjang bulan Rejab ini, moga Allah lanjutkan usia kita hingga ke bulan Syaaban dan Ramadhan. insyaAllah..

Macam mana percutian dan cuti perayaan Tahun Baru Cina korang? Rata-rata memang Sis nampak masing-masing hanya di rumah aje dan menikmati hari cuti bersama keluarga aje kan. Sis juga macamtu, hanya duduk rumah, menemani dan membantu Suami dan anak-anak dengan projek Wainscoting dan mengemas dapur aje sejak semalam. 

Semalam Suami dah mula mengecat semua wainscotingnya termasuk dinding rumah di hall, sebab bahagian tangga belum lagi siap, so siapkan bahagian hall dulu, esok akan di siapkan di bahagian tangga. Yang bahagian wainscoting dapur pun settle dah, siap dah cat semua dengan bantuan anak bujangnya. Terserlah kepuasan di wajah Suami bila tengok hasil wainscoting dia sangat cantik dan kemas. 

Berbaloi penat lelah dia buat balik dari kerja dan habiskan hujung minggu di rumah. Baru harini laa Sis dan Suami keluar pagi pergi sarapan duduk di kedai berdua... phewwww lama beno tak dating sambil makan hahahaha.. 

Hujung Minggu Yang Penuh Dengan Aktiviti Mengemas Rumah

Hujung Minggu Yang Penuh Dengan Aktiviti Mengemas Rumah

Bila kerja banyak dah settle, dapur pun anak Sis dah mengemas, so bila dah nampak dapo kemas, teratur, duduk di meja, pasang lilin bau Vanilla, alaaahaiii realeasenyaaa kepala otak... sambil nengok dan jeling pokok buluh raya cina Sis tu.. tenang aje rasa.. tapi yang sakit jiwanya bila nampak arissto tu, huwarghhh banyaklah bersabar Puan Sis Lin hahaha.. *tengah Cut Sugar #NOCOFFEE ..

Korang yang tak pernah tau mengenai Buluh Tuah (Lucky bamboo) ni, biasanya dilihat dengan pelbagai bentuk. Sifatnya yang mudah untuk dibentuk menjadikan ianya menarik untuk dibiak di dalam bekas hiasan yang menarik. Adakalanya ianya dianyam untuk menghasilkan bentuk yang lebih menarik.

Tapi Sis suka jenis yang lucky bamboo pintal ni, dari yang jenis hiasan dalam pasu tu.. yang jenis rendam dalam air ni mudah jaga dan tahan lama.,

Buluh Tuah ini boleh dibiak dengan mudah di dalam bekas kaca atau tembikar. Masukkan batu-batu sungai (batu hiasan) untuk menyokong batang buluh tadi. Isikan air yang berklorin rendah (boleh gunakan air tapisan RO) dan hiaskan bekas tadi dengan ikatan tali atau reben merah (ikut suka korang lah). Jangan lupa masukkan sedikit baja. Korang guna aja baja cecair adalah lagi senang. 

Tempatkan buluh di tempat yang redup seperti di meja hiasan tepi, kaunter penyambut tetamu ataupun meja menunggu. Jika betul penjagaan air dan bajanya, pokoknya akan membesar dan membiak dengan cepat. Bila dah besar, korang boleh alihkan ke dalam pasu dan tanam kaedah tanah plak..

Tanaman berdaun ini dipintal dan dilentur untuk menjadi bentuk-bentuk yang unik. Lucky bamboo dalam kepercayaan masyarakat cina membawa maksud kekuatan. Kebiasaannya, ia akan dihias dengan riben merah dan beberapa jenis ornamen yang membawa maksud kebaikan tuah kepada pemiliknya.

Jumlah batang lucky bamboo yang digunakan juga membawa maksud tertentu seperti 2 sebagai ekspresi cinta dan kasih sayang, manakala 7 batang lucky bamboo simbul kepada kesihatan yang baik.. dan banyak batang melambangkan kedamaian 

Tapi sebab Sis tamak, Sis letak banyak sampai sepuluh batang dalam pasu, hahahaha.. sebab bukan nak percaya snagat kan, kita deko untuk suka-suka aje.. sebab dah terbiasa, dari atuk cina Sis dulu, tiap kali raya cina, mesti nak beli pokok lucky bamboo ni.. *jangan amik serius nau hal ni ya.. 

Nak rezeki banyak, nak untung banyak, nak manyak ong, solat 5 waktu dan doa bebanyak...mesti ada laaa rezeki jalan menuju kekayaan.. ye dakkkk.. 

Oklah stop dulu..esok laa sambung kalau ada masa ya.. #StaySafe korang.. 


P/S: Jom makan DURIAN woiii... lalalalalala... 

RESEPI MENU SARAPAN PAGI YANG SIHAT DAN MUDAH HANYA GUNA 5 BAHAN SAHAJA!

$
0
0
RESEPI MENU SARAPAN PAGI YANG SIHAT DAN MUDAH HANYA GUNA 5 BAHAN SAHAJA! PAGI ini agak malas nak menaip pepanjanglah, banyak kerja yang nak di mulakan dan di siapkan dengan cepat. Kang Suami dah start buat dia projek waindscoting di tangga kang, haaa lagi laa huru-hara kang, so better Sis siapkan kerja Sis dulu. 

Sarapan pagi pun Suami dah beli tadi. Kebetulan malam semalam dia pi memancing di rakit dekat Kong Kong Laut sana, so Sis dah pesan, balik singgah belikan Sis Nasi Lemak Daun Sempo dulu sebelum balik. Alhamdulilah dapat juga makan nasi lemak berdaun pagi ni.. 

Tapi kalau korang rajin nak buat sendiri sarapan tapi takde idea atau nak yang ringkas dan mudah, korang boleh cuba 5 resepi menu sarapan pagi yang sihat dan mudah ini hanya guna 5 bahan sahaja.

Tak percaya? Ajomm kita lihat.. 

Resepi Menu Sarapan Pagi Yang Sihat Dan Mudah Hanya Guna 5 Bahan Sahaja!

Nak Sediakan Sarapan Pagi Yang Sihat, Mudah & Cepat? 
Cuba Ini Hanya Guna 5 Bahan Sahaja!

Bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat, semestinya pengambilan makanan sihat amatlah perlu. Jika kena dengan resipi sihat, pasti hasil masakannya sedap. Ingin memulakan hari sarapan pagi dengan makanan sihat, tapi takut tidak berselera? Jangan risau, makanan sihat bukan semestinya mempunyai rasa yang tidak sedap.

Tak percaya? Korang boleh cuba membuat resepi sihat mengikut 5 senarai makanan sihat seperti di bawah ini.

Resepi Menu Sarapan Pagi Yang Sihat Dan Mudah Hanya Guna 5 Bahan Sahaja!

Resepi sihat 1: Ayam buttermilk panggang

Bahan-bahan:
  • 1 cawan buttermilk
  • Sedikit serbuk thyme
  • 4 ulas bawang putih dihiris halus
  • Setengah sudu teh garam
  • 1 kilo setengah potongan ayam bahagian dada

Cara menyediakannya:
  1. Letakkan buttermilk, thyme, bawang putih dan garam di dalam mangkuk besar. 
  2. Masukkan potongan ayam dan gaulkannya sehingga campuran buttermilk tersebut meliputi keseluruhan bahagian ayam. 
  3. Perap dan sejukkannya selama sekurang-kurangnya 8 jam di dalam peti sejuk. 
  4. Ambil ayam yang telah diperap tadi dan panggang di atas kuali pemanggang dengan menggunakan api yang sederhana. 
  5. Masak sekitar 5 hingga 7 minit sebelum membalikkannya.
Resepi Menu Sarapan Pagi Yang Sihat Dan Mudah Hanya Guna 5 Bahan Sahaja!

Resepi 2: Keledek bakar

Bahan-bahan:
  • 4 biji keledek yang telah dibersihkan (tidak dikupas)
  • Setengah cawan yogurt
  • 1 biji epal yang telah dipotong dadu
  • 2 sudu madu
  • ¼ cawan serbuk kelapa yang telah disangai

Cara menyediakannya:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius. 
  2. Letakkan 4 biji keledek pada loyang dan masukkan ke dalam ketuhar. 
  3. Bakar keledek tersebut sehingga lembut iaitu sekitar 45 minit. 
  4. Ambil pisau dan potong keledek tersebut dengan hirisan berbentuk X. 
  5. Buka kulit keledek dan lenyekkan isi keledek dengan menggunakan garpu. 
  6. Letakkan bahan-bahan lain iaitu yogurt, potongan epal, madu dan juga serbuk kelapa sebagai topping keledek tersebut. 
  7. Gaulkannya sebelum korang mula menikmatinya. 
Resepi Menu Sarapan Pagi Yang Sihat Dan Mudah Hanya Guna 5 Bahan Sahaja!

Resepi sihat 3: Telur kacau kari

Bahan-bahan:
  • 8 biji telur
  • ¼ cawan susu
  • Setengah sudu teh serbuk kari
  • ¼ sudu teh garam
  • Sedikit serbuk lada putih
  • 2 biji tomato yang dihiris dan dipotong dadu (pilihan)

Cara menyediakannya:
  1. Dalam mangkuk yang besar, pukul telur, susu, serbuk kari, garam, dan lada sulah.
  2. Letakkan kuali dan masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya. Sebaiknya, korang menggunakan kuali non-stick untuk hasil masakan yang lebih cantik. 
  3. Tuangkan campuran telur tersebut. 
  4. Masak dan kacau sehingga telur mula menebal dan tidak ada lagi telur yang masih cair. 
  5. Kemudian, tutup api.
  6. Hidangkan telur tersebut bersama dengan potongan tomato.
Resepi Menu Sarapan Pagi Yang Sihat Dan Mudah Hanya Guna 5 Bahan Sahaja!

Resepi 4: Sandwic tomato dan avokado

Bahan-bahan:
  • Setengah biji avokado yang telah masak
  • 4 keping roti gandum penuh
  • 1 biji tomato yang dihiris nipis
  • 2 biji bawang merah yang dipotong dan dicincang halus
  • 2 sudu mayones

Cara menyediakannya:
  1. Lenyekkan avokado sehingga hancur menjadi seperti pes. 
  2. Sapukan pes avokado pada dua keping roti yang telah dipanggang. 
  3. Letakkan hirisan tomato dan bawang merah yang telah dicincang ke atasnya. 
  4. Tuangkan sedikit mayones pada hirisan tomato tersebut. 
  5. Tutup dengan kepingan roti dan nikmati sandwich korang. 
Resepi Menu Sarapan Pagi Yang Sihat Dan Mudah Hanya Guna 5 Bahan Sahaja!

Resepi sihat 5: Gulungan ayam pesto

Bahan-bahan:
  • 4 keping hirisan dada ayam
  • Setengah cawan pesto (boleh didapati di pasar raya)
  • 50 gram cendawan yang dihiris
  • Parutan keju Mozarella
  • Secubit garam

Cara Menyediakannya:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius. 
  2. Ketukkan kepingan dada ayam dengan menggunakan kayu penggelek sehingga menjadi lebih nipis.
  3. Sapukan presto pada kepingan ayam tersebut.
  4. Taburkan hirisan keju Mozarella di atas hirisan ayam tadi.
  5. Gulungkan ayam dan tusukkan pencungkil gigi pada gulungan ayam tersebut agar tidak terbuka.
  6. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar ayam dalam tempoh 30 minit sehingga ayam menjadi masak dan berwarna putih.
  7. Setelah ayam masak, keluarkan ayam tersebut daripada ketuhar dan tuangkan baki sos presto pada ayam tersebut bersama dengan hirisan keju.
  8. Tukarkan tetapan ketuhar kepada ‘broil’ dan masukkan kembali ayam ke dalam ketuhar untuk seketika waktu lagi. 
  9. Biarkan keju menjadi cair dan sedikit perang dalam tempoh 3 hingga 5 minit sebelum dikeluarkan.
  10. Tanggalkan pencungkil gigi dan potong gulungan ayam tersebut. Hidangkan. 

Senarai makanan sihat dalam 5 resepi yang mudah dan sedap ini, korang boleh dapatkannya di pasar raya. Jika korang tidak tahu bagaimana untuk mencari pesto yang dibotolkan bagi memasak gulungan ayam pesto, korang boleh membuatnya di rumah dengan menggunakan bahan-bahan segar.

Banyak resepi pesto yang boleh didapati di internet untuk kegunaan korang. Jangan malas membaca hehehe.. 

Kesimpulannya .. JANGAN abai sarapan pagi..
Selamat mencuba.. 



P/S: Selamat Hari Berkasih Sayang, Sayang.. Hari-Hari juga SAYANG kann ❤ 

LIRIK LAGU MUNGKIN HARI INI, ESOK ATAU NANTI - ANNETH DELLIECIA

$
0
0
LIRIK LAGU MUNGKIN HARI INI ESOK ATAU NANTI - ANNETH DELLIECIA
Song &  Lyrics by : Anneth ( @anneth.dlc )
Music Produced by : Jeffrey Stefanus & Ryan Hazairin
Lagu milik Anneth ini semakin popular kerana banyak digunakan di aplikasi TikTok.

Lirik Lagu Mungkin Hari Ini, Esok Atau Nanti - Anneth Delliecia

Ku hampiri jalan yang kita lewati
Setiap hari kita disini

Ku menanti hadirmu tuk kembali
Hanya kenangan yang tersisa disini
Namun sekarang kau tlah pergi dan ku yakini kau takan kembali

Mungkin hari ini
Hari esok atau nanti
Berjuta memori yang terpatri dalam hati ini

Mungkin hari ini
Hari esok atau nanti
Tak lagi saling menyapa
Meski ku masih harapkan muu

Ku menanti hadir mu tuk kembali
Hanya kenangan yang tersisa disini

Sekarang kau tlah pergi
Dan ku yakini kau takkan kembali

Mungkin hari ini
Hari esok atau nanti
Berjuta memori yang terpatri dalam hati ini

Mungkin hari ini
Hari esok atau nanti
Tak lagi saling menyapa
Meski ku masih harapkan mu

Sesungguhnya hatiku
Tak sanggup menerima
Dan lupakan segalanya

Mungkin hari ini
Hari esok atau nanti
Berjuta memori yang terpatri dalam hati ini

Mungkin hari ini
Hari esok atau nanti
Tak lagi saling menyapa
Meski ku masih harapkan mu

Meski ku masih harapkan muuu
Woo
Ku relakan mu



P/S: Sayu-sayu aje dengar lagu ni.. mendayu-dayu.. Ada orang tu whatsapp cakap tengah dengar lagu, layan perasaan hahahaha..

THANK YOU FOR YOUR 'FOREVER' KIND OF FRIENDSHIP

$
0
0
THANK YOU FOR YOUR 'FOREVER' KIND OF FRIENDSHIP | You are the friend that has always been there for me, no matter what time I call, no matter how long it’s been since we’ve talked. You are the friend that cries with me as we scream the lyrics to our favorite songs on those late-night drives. You are the friend that supports all of my dreams and makes me feel capable of accomplishing them, even when the doubt creeps in.

So, I just wanted to say thank you.

Thank you for making our friendship a priority so that we could grow up without growing apart. 
Thank you for making an effort to be part of my world, even if we were in different phases of our lives.

Thank you for understanding that we can still be best friends in the midst of busy schedules. 
Thank you for your low maintenance, incredible friendship that stays constant through every changing season.

Thank you for the countless years of advice. For the jokes when I most needed to hear them and for the shoulder to lean on after a bad day.
Thank you for never being afraid to tell me the truth, even if it could possibly hurt my feelings. 
Thank you for being real with me always.

Thank you for being my empowering and amazing friend. I can’t imagine where I would be without your encouragement inspiring me to make brave choices with my life. 
Thank you for never letting me dwell on my failures and for challenging me to grow from them. 
Thank you for being my confidence boost and my reality check. My reassurance and my tough love.

You are the friend that has stayed through all the messy ups and downs. 
You are the friend who has never let time or distance make a difference in the bond that we share. 
And, you’re the friend that I know will be a part of my future. 
You’ll be the cool aunt to my kids. 
You’ll be the one my family vacations with. 
And, you’ll still be the one that I go on night drives with as we scream the lyrics to our favorite songs.

Thank You For Your ‘Forever’ Kind of Friendship

Because, not everything is forever, but our friendship is. Your friendship has been a source of comfort and growth through the years. You have always accepted me with open arms, and I know that I can be my authentic self around you no matter what.

You are the friend who always lifts me up and knows me better than I know myself. And, I can only hope that I have been that kind of friend for you over the years as well.

Thank you for being my partner in crime and my go-to for girls’ night. 
You, my dear friend, make life so much brighter.

Thank You My dear Friends ❤


P/S: Gambar sekadar hiasan ... 

BELI BAWANG PERCUMA DAUN BAWANG

$
0
0
BELI BAWANG PERCUMA DAUN BAWANG | Mohon jangan kecam ya, ini bukan sebab malas ke sampai bawang pun tumbuh daun, tapi ini gara-gara beli bawang banyak sangat beli berguni, guna buat masaknya pun bukan banyak beno, makanya laa bawang pun tumbuh daun hahahaha...

Tengah duk kemas-kemas rak 'membawang' semua, korek-korek guni sekali tengok bawang yang sebelah bawah tu ada 3 ke 4 biji dah tumbuh daun, gelak seisi rumah di buatnya hahahaha.. nasib baik tak busuk, elok pulak segarnya tu.. dari nak pi kedai beli daun bawang, dah tak payah dah, terus dapat free daun bawang hahahaha.. 

Nak masak Ayam Masak Semur Kicap, ikutkan takde laa nak letak daun bawang bagai, tapi sebab dah ada kan, so kita tabur aje laa buat hiasan ada-ada gitu.. 

Beli Bawang Percuma Daun Bawang

Kalau bawang dah tumbuh daun gini, kalau tanam hidup ke jadi daun bawang ek? Tak pernah pulak mencuba.. dan tak pernah plak tanam bawang untuk nak dapatkan daun bawang.. sebab biasanya tanam dari akar daun bawang aje untuk dapatkan daun bawang..

Korang ada pernah cuba ke tanam bawang berdaun gini? 

Sekarang pun bawang agak mahal harganya. Dah mahal satu hal, kebanyakkan yang jual bawang, semua jenis bawang yang color gelap tu.. Sis tak suka betul.. lagi kalau masak sup ke stim ke, nanti kejadiannya tak cantik.. bawang tu jadi warna purple agak hitam pekat.. nak amik gambar pun jadi tak selera ermmm... 

Susah sekarang nak dapat bawang merah yang biasa guna ni.. entah laa apa nama bawangnya, bawang India kot? Sis kenal bawang holland aje, yang tu kalau beli buat masak TomYam aje hehehe.. 

Resepi Ayam Semur Kicap

Taraaa inilah dia hasil dari daun bawang percuma tadi tu hahahaha.. Sis cuci dan Sis taburkan di atas Ayam Semur Kicap Sis...nampaklah serinya kan, kalau tak hitamm jee hehehe.. 

Ayam Semur Kicap ni menu kesukaan anak-anak dan Suami Sis.. kalau orang Jawa memang suka laa, sebab biasanya mereka akan masak makan dengan Nasi Ambang. Cuma yang bezanya, Sis kalau masak Ayam Semur Kicap ni, Sis letak Suun dan tauhu kering.. itu kemestian, barulah kick time makan tu.. 

Lagi kering lagi sedap woo.. Kalau yang tak biasa akan rasa pelik, ye laa masak kicap letak suun, tapi kalau orang Jawa, haaa derang tau laaa..memang sedap..  nanti korang cubalah.. 

Untuk resepi Ayam Semur Kicap ni, korang boleh cuba resepinya Amie' Kitchen ni, cuma nanti korang tambahkan aje Suun yaa.. bahan dan cara penyediaannya sama je.. Sis malas nak menaip hahaha..

Okaylah nanti sambung, jomlah kita bersenam panaskan badan, kemudian mulakan kerja rumah seperti biasa.. harini Suami pun dah mula bekerja setelah cuti panjang Tahun Baru Cina.. sambil tu kita fikir, nak masak apalaaa harini yekk.. ermmm..


P/S: Boleh plak malam tadi mimpi ada orang nak kasi anak.. Sis baru nak amik, tapi tersedar bila Suami batuk.. terus tak boleh tido.. ermmm...

BILA PAKAI APRON CHRISTY NG NI, AKU TERINGAT ANAKOMAK

$
0
0
BILA PAKAI APRON CHRISTY NG NI, AKU TERINGAT ANAKOMAK | Mananya tak teringat, sebab dia yang bagi hahaha.. Horray, bertambah lagi koleksi apron di dapor merah Sis untuk tahun ini. Sebab awal tahun haritu baru juga beli apron baru, so semalam dapat lagi apron pemberian dari blogger anakomak ni. Cuma yang specialnya, siap ada nama Sis Lin kat depan apron tu hahaha..

Bila dah ada nama, so orang lain tidak boleh guna yaa, hanya Sis Lin aje yang boleh pakai hahahaha.. Sebenarnya ada kisah di sebalik apron ni.. Kisahnya begini... pada satu hari, sedang Sis membelek website Christy Ng ni, memang Sis dah ternampak dah set apron dan tote bag ni, tapi Sis belek-belek dulu, hati memang dah berkenan, harga boleh tahan juga, tapi Sis kata, 'Tunggu budget bulan depan aje la'.. so Sis diamkan aje ler.. 

Then blog anakomak Ako Tetap Ako, ada buat giveaway 'Menuju Ke Satu Juta', dah kata rezeki kan, bukak aje blog dia pagi tu, tup-tup tengok, angka dah pun melepasi satu juta, apalagi, Sis cecepat skrin shoot dan email kepada anakomak, sebagai syarat giveaway, walaupun ko boleh aje hantar wahtsapp hahahaha.. 

3 pemenang akan di pilih berdasarkan siapa cepat dia dapat.. dah namanya rezeki, Sis laaorang pertama yang SS paling dekat angka satu juta tu katanya hahahaha.. memang tak moh kalah kan namanya... so kita tunggulah hadiah yang di janjikan jeng jeng jeng.. 

Bila Pakai Apron Christy NG Ni, Mesti Teringat Anakomak

Bila Pakai Apron Christy NG Ni, Mesti Teringat Anakomak

Dan bila hadiah sudah sampai semalam, pada parcel aje Sis dah nampak dah nama pengirim Christy Ng tu.. ermmm dalam hati kata, 'takkan laa'.. dan tak terfikir bila masa pulak Sis order yang itu dan tidak terfikir langsung itu hadiah dari anakomak atau Sis lebih kenalinya sebagai Retna.. 

Sis pun bukak laaa..

Bila dah bukak............................................. Eh...ini yang Sis nak beli laa.. ko ngase macam mana perasaan tu ek? Terharu sangat tau, seolah Retna dapat baca apa yang Sis nak.. huwaaa, touching giler oi masa tu. Sis confiden itu hadiah dari Retna sebab ada wish card tulis, 'Congrats You Win, Keep Blogging'.. haa tau dah siapa bagi hadiah tu..  :((

Sis sangat sukakannya.. 

Yaa apron tu siap di datangkan set dengan Tote Bag. Pun ada nama Sis Lin di bagnya tu. Boleh Sis buat pi pasar lepas ni. Besar dan kualiti kainnya jenis 'kain guna' gitu, so kalau bawa pi pasar boleh isi barang berat, memang takkan bocor punya. 

Apa-apa pun makaseh Retna, kau selalu menceriakan dan memgembirakan hati aku yang selalu On OFF aje moodnya.. ada rezeki kita spend time berdua yokk bermalam sambil 'pillow talk'.. banyak benda aku nak luah dan cerita kat ko.. 


Dan sebelum terlupa, ada juga satu lagi hadiah tandahati sebagai pengomen tegar di blog Sunah Sakura tu. Dia ada buat giveaway untuk pembaca blog dia yang paling banyak komendi blognya. Dah tentunya laa Sis ko ni, bukan kata banyak cakap, banyak komen pun Sis ko kakakakakah.. 

Sunah ada bagi macam-macam juga, tapi tak nyempat nak snap hadiahnya 'selonggok', ada juga teh dan kopi, teh anak dah bedal, kopinya pulak Sis dah bancuh bagi Suami minum hahahaa.. selamat daa semuanya.. Cuma pelekat fridge magnet tu haaa Sis dah lekat kat peti ais Sis, super duper cute ekk.. siap dia tempah bagai, gigih seketul Cik Sun... *bukan SU'UN yaa..hahahaha..

Ada lagi blogger-blogger lain yang beri hadiah buat Sis, cuma maaf sangat, kadang tak nyempat nak amik gambar, hadiah dah di buka dan di guna. Lagi kalau hadiah makanan, bukak terus ngap hahahaha.. 

Alhamdulilah, semuanya rezeki tanpa di duga. Rezeki ni datang dalam banyak cabang, dan rezeki pun kalau Allah nak bagi akan ada juga, antara cepat dan lambat aja. Betul tak?.. 

Tak perlu cemburu dengan life orang lain. Rezeki masing-masing Allah dah aturkan. Cuma bezanya rajin atau malas aja kita nak cari mana terletaknya rezeki itu. 


P/S: Nanti nak buat juga laa untuk pembaca blog Sis yang ke 10 JUTA ! .. tunggu.. 

BEZA ANTARA MENU PINDANG DAN SINGGANG

$
0
0
BEZA ANTARA MENU PINDANG DAN SINGGANG | Betullah, agak lama rumah Sis ni tak masak lauk menu Pindang Ikan macam ni. Korang panggil singgang ke pindang? Kalau Sis memang panggil lauk pindang ni dari sejak mula dilahirkan ke dunia dan diperkenalkan dengan menu ni. Family Mak ke atuk ke semua memang panggil menu ni lauk pindang

Sebab ada sesetengah orang panggil lauk ni masak Singgang. Ye rupa memang sama tapi cara memasaknya yang lain..

Beza Pindang dan Singgang.

Pindang, korang kena tumisdulu semua bahan sampai garing, letak serai, asam jawa dan kunyit. 

Singgang, korang hanya hiris dan rebus aje, orang jawa cakap masak bening. Letak hirisan lengkuas. halis, bawang putih, bawang besar dan asam keping. 

Haa ada faham? Senang cakap bezanya satu tumis dan satu lagi rebus.. Hehehe.. 

Resepi Pindang Bawal Emas

Kebiasaannya kalau Sis masak Pindang ni, Sis akan masak ikan bawal emas atau ikan kembong besar aje, ikan lain tak berapa jadi kesukaan dalam rumah ni. Tapi kalau dua jenis ikan ni, haaa memang semua suka. Dan kebetulan Suami ada beli ikan bawal emas tu, Sis pun masaklah Pindang ni.

Agak lama memang tak masak menu pindang ni, bila Sis kata kat Suami dan anak nak masak Pindang, memasing semua ON... siap pesan lagi, jangan lupa lawannya Kangkung Belacan dan juga Ikan Asin Tenggiri (bacin) hahahaha.. memang ngam laa kalau dapat makan dengan lauk Pindang ni.. 

Untuk resepi Pindang ni, senang dan mudah aje. Korang yang dah biasa masak, mesti tau lee resepinya, bagi yang belum tau, meh laa Sis kongsikan resepinya ya.. 

Resepi Pindang Ikan Bawal Emas

Bahan-Bahannya:
  • 3 ekor ikan bawal emas atau ikan kembong (ikutlah pilihan memasing) - bersihkan & potong 2 atau biarkan seekor
  • 1 biji tomato - belah 4/6 (jika suka)
  • Air asam jawa - agak-agak la nak masam macam mana ok
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 batang cili hijau atau merah - di hiris
  • Selabu bawang besar - dihiris
  • Sehelai daun Bay Leaf kering (tak letak pun takpe) 
  • Sedikit lada putih
  • 4 rempah tumis sekawan
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Air secukupnya
  • Garam dan perasa secukup rasa

Bahan Tumbuk 
  • 4 - 5 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup

Untuk bahan tumbuk tu, Sis memang menumbuk guna lesung. Kalau korang malas, boleh je blender atau guna chopper. Pun boleh.. 

Beza Antara Menu Pindang Dan Singgang

Cara Menyediakannya: 
  1. Panaskan minyak di dalam periuk. 
  2. Tumiskan bahan-bahan tumbuk, serai dan 4 rempah tumis sekawan hingga wangi dan keluar minyak.
  3. Tuangkan air asam dan air secukupnya, dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan, lada merah/hijau, garam, serbuk lada putih, lada hitam, bay leaf & serbuk perasa. 
  5. Masak hingga mendidih.
  6. Bila ikan dah masak, masukkan tomato biji dan biarkan mendidih sekejap. 
  7. Kacau rata dan tutup api. 

Senang kan? Tapi ada masa kann elok je kejadian kuning pindangnya, tapi kalau kena entah apa silapnya, jadi gelap pindangnya. Menunya sedap, sesedap mata memandang, macam kali ni Sis buat dan masak, elok aje, rasa pun sedap ajoo hahahaha..

Makan nasi pepanas, letak kangkung belacan, lenyek sambal belacan ke, ikan asin tenggiri tu, perghh makan menyuap tak ingat kucing tenung depan mata oii hahahaha.. *tu perangai si Kenit laa, time kita makan suka tenung kita, serba salah kita nengok dia tau hahaha..

So korang, kalau nak mencubanya silalah.. tapi ingat tau.. beza antara lauk Pindang dan Singgang tu.. jangan salah pulak.. Singgang tu biasa time dalam pantang laa jadi menu Mak-Mak huhuhu...

P/S: Jap, apa kes harini semua update 'Nak Jadi Menteri ke Nak Jadi Model?... apa kes aaa????...

TESCO DAH TUKAR NAMA KEPADA LOTUS'S

$
0
0
TESCO DAH TUKAR NAMA KEPADA LOTUS'S | Mula Sis dapat tau bila malam tadi ternampak adik Sis yang bekerja di Tesco Seri Alam tu update status di wahtsappnya tulis 'Bye-bye Tesco', yang kami adik beradik lain ni ingat dia nak berhenti kerja ke, bila di tanya, rupanya katanya semalam nama Tesco tu last di gunapakai, dan harini nama TESCO telah bertukar ke nama LOTUS'S..

Kesahnya.. memang agak terkejut gak laa kan, tiba-tiba jee.. menurut kata adik Sebab company dari Thailand, Charoen Pokphand (CP) dah beli TESCO Malaysia dan TESCO Thailand.. begitulah katanya. 

Semua barang brand Tesco termasuk uniform bekerja pun barangkali akan bertukar semua. Suasana di Tesco Seri Alam pun dah berlainan kata adik.. Maklumlah Sis dah lama benar tak ke Tesco.. malas nak beratur panjang. Pergi pagi pun ramai, tengahari pun sesak, lagi kalau pergi malam, tak pernahnya tak beratur oii.. sebab tu Sis suka belanja di Econsave aje hehehe.. 

TESCO dah tukar nama kepada LOTUS'S

Gambar sumber viral di Facebook. 

Mana yang biasa belanja di Tesco mesti biasa belikan barangan makanan jenama Tesco. Kalau Sis memang suka beli Lasagna dan nugget dia, sedap macam nugget McD dan KFC oii..biasa kadang kirim dengan jiran Sis aje kalau nak beli. Dia selalu ke Tesco..

Kalau Tesco dah bertukar ke Lotus's, adakah barangan makanan jenama Tesco itu dah takde di jual ek? Atau mungkin ada, cuma nama pada paket dia je bertukar ke Lotus's? Itu tak tau la kann... Harap masih kekal laaa ada kan.. 

Tapi mengikut kata adik Sis, stock sedia ada akan dihabiskan dan takkan masuk lagi lepas stock habis. Dan  penjenamaan baru Tesco kepada Lotus’s juga akan berjalan hingga hujung tahun 2021.

Dan mengikut kata adik Sis pun, tadi ramai orang dah mula memborong barangan brand Tesco kerana barangan jenama tersebut dikatakan agak berkualiti dan susah nak dapat, nanti bila Tesco sudah sepenuhnya bertukar kepada Lotus’s memang takkan ada lagi laa barangan brand Tesco tu. 

Dengan adik Sis sekali memborong yaa.. hahahaha.. 

Meskipun bertukar nama, pihak Tesco atau Lotus's tetap menjanjikan akan memberikan perkhidmatan yang kekal menarik untuk pelanggan. Difahamkan penukaran nama ini seiring dengan pengambilalihan Tesco Malaysia oleh entiti Thailand iaitu Charoen Pokphand Group Co., Ltd (C.P. Group) sejak Disember 2020.

Malah menerusi ruangan ‘about me’ di Facebook pihak Tesco juga sudah mengemaskini informasi terbaru dengan memaklumkan kepada orang ramai bahawa semua pasaraya Tesco sedia ada merangkumi 8600 pekerja kini secara rasminya sudah bertukar menjadi Pasaraya Lotus.

Resit dan check-in MySejahtera juga dah sepenuhnya bertukar ke Lotus's Stores (Malaysia). 

 So lepas ni kita kena sebut nak pergi Lotus’s la bukan lagi Tesco lagi ya hehehe.. 


P/S: Kalau Sis tak kisah le nama apa pun, janji barang yang nak di beli ado.. kikiki.. 

KALAU DAH TERINGIN NAK MAKAN, MAHAL PUN AKU BELI JUGA

$
0
0
KALAU DAH TERINGIN NAK MAKAN, MAHAL PUN AKU BELI JUGA | Siapa sini macam Sis, kalau dah teringin nak makan, mahal pun tetap di beli juga. Berulang-alik ke kedai Acheh tu, asyiklah nampak Sotong dalam tin ni di atas rak, tapi duk pandang je dari jauh, sebab dah berapa kali pergi kedai, bawa duitnya tak banyak cash. 

Sehari ke sehari, akhirnya tak boleh tahan dah, balik dari kedai kucing dan mencucuk duit, terus singgah kedai Acheh dan beli dua tin seasoned Cuttle Fish ni. Kedai Acheh area rumah Sis ni, mereka jual RM13.50sen ko setin.. beli dua tin dah RM27 hengget.. tak ke mahal oii.. boleh dapat Ikan Kembong setengah kilo atau Ayam sekor ko hahahahaha...

Tapi sebab teringin sangat nak makan, janganlah kedekut kan, nak bagi makan tekak sendiri je pun, bukannya selalu datang teringin tu, sheshekali aje.. *meronta cacing dalam perut nak makan sotong dalam tin, kesiann.. 

Kalau Dah Teringin Nak Makan, Mahal Pun Aku Beli Juga

Kalau Dah Teringin Nak Makan, Mahal Pun Aku Beli Juga

Style Sis kalau masak sotong dalam tin ni senang aje.. Sis hiris-hiris je semua bahan seperti bawang besar, bawang putih dan lada merah. Sotongnya pulak, Sis bukak dan asingkan kuahnya. Sebab Sis tak guna ke semua kuah dalam sotong tin tu, Sis hanya tumis, kemudian masukkan kicap cair aje, guna kuah sotong tu sedikit aje sebagai bahan perasa. 

Lagipun kalau korang guna kesemua kuah dalam tin tu, nanti jadi masin sikit, Sis tak berapa suka. jadi Sis tumis syle Sis aje.. lagipun kita nak makan sotongnya aje, kuahnya tak perlu. tapi ikutlah selera korang macam mana kalau nak memasaknya..

Ada orang kata makan sotong dalam tin orang 'have-have'... hahahaha tergelak Sis ko dengar.. #AdaAkuKesah mulut orang.. bukan dia tolong bayarkan... 

Kalau Dah Teringin Nak Makan, Mahal Pun Aku Beli Juga

Tapi ada kawan Sis, dia pernah masak sotong ni masak sambal tau, katanya sedap.. tapi Sis tak pernah mencubanya.. memang kalau beli dan masak, Sis hanya masak tumis dan letak kicap aje. 

Dari mana belajar makan sotong ni?

Sis pertama kali mencuba sotong ni dari arwah Emak Sis laa, mula sotong ni di keluarkan di pasaran, Emak Sis yang suka mencuba, beli dan masak, dan kebetulan Sis ada di rumah Emak dan dapat mencubanya. Memang simple senang dan mudah nak masak, dia macam kita masak Sardin dalam tin tu haa.. hanya panaskan dan boleh terus makan..

Cuma nak sedap, ko pelbagaikan laa cara memasaknya, macam Sis cakap tadi tu, kuahnya tu agak masin, sebab dia kan sos kacang soya peram, memang laaa masin hehehe..tapi bila bukak aje tin sotong ni, perghh shedapnya oii bau dia.. hehehe..

Kalau tempat korang Sis tak tau laa jual berapa, tempat Sis ni je terjual dengan harga tu.. ada satu lagi brand Sayang tak silap, haaa yang tu murah sikit.. tapi isi sotongnya agak kecil.. kalau brand Rex ni memang isi sotongnya banyak dan besar-besar.. lebih suka beli brand Rex ni.. 

Korang kalau nak tau macam mana rasanya, silalah beli dan mencubanya.. 


P/S: Kedai Acheh sini macam-macam makanan dalam tin ado, naik geram kalau masuk kedainya oii hahahaha.. 

HALO VENTURES KINI PESAT MEMPERKEMBANGKAN PUSAT BELI-BELAH DIGITAL MEREKA O’HALOS

$
0
0
HALO VENTURES KINI PESAT MEMPERKEMBANGKAN PUSAT BELI-BELAH DIGITAL MEREKA O’HALOS | O'Halos maju ke hadapan. Akibat COVID-19, Halo Ventures kini pesat memperkembangkan pusat beli-belah digital mereka O’HaloS.

Semasa menubuhkan Halo Ventures, visi pemiliknya adalah untuk mewakili jenama gaya hidup bertaraf antarabangsa bermula dengan Skechers.  Semenjak dari itu mereka telah meraih pertambahan jenama dari Obag, ANTA dan O’Bites yang meletakkan mereka dalam segmen penjagaan diri dan kesihatan melalui penerapan model perniagaan yang menggabungkan konsep perniagaan pusat jualan fizikal (brick-and-mortar) dan secara atas talian.

Halo Ventures kini pesat memperkembangkan pusat beli-belah digital mereka O’HaloS

“Sememangnya matlamat kami adalah untuk membangunkan laman e-perdagangan yang komprehensif. Pandemik ini telah melonjakkan proses tersebut,” kata Spencer Chua, Ketua Pegawai Eksekutif, Halo Ventures.

O’HaloS (www.ohalos.com) merupakan syarikat platform e-perdagangan bagi pelbagai jenama yang menghubungkan kedai jualan dengan pelanggan melalui kaedah yang paling selamat.

Chua turut berkata: “Keperluan untuk menjaga jarak fizikal menjadikan keperluan pusat beli-belah digital O’HaloS sebagai satu kemudahan yang tepat dan terbaik bagi mengekalkan persekitaran membeli belah yang selamat. Melalui O’HaloS, pelanggan kami boleh berbelanja dengan selamat. Ia merupakan satu persekitaran yang positif, terlindung dan selamat walaupun berada dalam situasi pandemik yang melanda masa kini.

Halo Ventures kini pesat memperkembangkan pusat beli-belah digital mereka O’HaloS

“Secara melangkah ke hadapan, O’HaloS akan berfungsi sebagai enjin pemacu pembangunan perniagaan Halo Ventures yang secara harfiah akan beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu (24x7),” ujar Chua selanjutnya.

O’HaloS membekalkan syarikat dengan saluran untuk meningkatkan kesedaran, memacu perdagangan dari kedai fizikal mereka, dan meraih jualan.  Yang lebih penting adalah anjakan digitalisasi membolehkan Halo Ventures untuk bertindak pantas terhadap sebarang perubahan lanskap perniagaan dan keperluan pasaran.

Perubahan kepada kaedah atas talian mestilah penuh dengan cabaran.  

Halo Ventures kini pesat memperkembangkan pusat beli-belah digital mereka O’HaloS

“Kaedah pembelajaran kami adalah sukar.  Kami perlu memilih dan menilai platform membeli belah atas talian mana yang akan kami gunakan, keperluan gudang serta logistik.  Sebagi contoh, susun atur kedai atas talian perlu kelihatan menarik dan mesra pengguna manakala bahagian sokongan pula perlu sentiasa cekap dan lancar,” dedah Chua.

Melihat ke hadapan dengan optimistik, Chua juga berkata dengan penuh bersemangat: “Semasa menuggu pemulihan pandemic COVID-19, kami merancang untuk menambah lebih banyak lagi jenama ke dalam O’HaloS agar kami dapat menawarkan lebih banyak lagi pilihan kepada pelanggan.

Halo Ventures kini pesat memperkembangkan pusat beli-belah digital mereka O’HaloS

“Matlamat akhir kami adalah untuk menjadi pusat beli-belah atas talian setempat bagi pelbagai jenama, di mana pembeli boleh mendapatkan keperluan sukan, jenama barangan gaya hidup dan kudapan sihat dengan mudah dalam suasana yang aman serta selamat dan melihat pesanan mereka dipenuhi hanya melalui satu penghantaran.”

Pastinya bagi setiap cabaran terdapatnya juga peluang.  Selagi semangat kita kekal utuh dan bersemangat, Malaysia dan rakyat Malaysia pasti akan berjaya.

 
P/S: Makin lama makin senang dan mudah nak soping online kan... banyak dah website online.. menahan nafsu oii.. 

KISAHNYA, SI MIKA TU ANAKNYA SI HAKIM!

$
0
0
KISAHNYA, SI MIKA TU ANAKNYA SI HAKIM! | Korang tengok dah episod akhir Takdir Yang Tertulis semalam? Sis jam 10pm tu memang tak terus tengok, Sis tengok ulangan semula hampir jam 12am juga, sebab melayan Suami tengok movie Kingdom di Netflix. Tapi bila bukak aje facebook, kawan-kawan semua update kata,  plot twist habis 360' dan kata mereka memang tak menyangka sama sekali yang si Mika tu anaknya Hakim. 

What????... 

Dengan tak menyabonya terus Sis buka tengok ulangan episod akhir Takdir Yang Tertulis tu. Mula nak tau juga, adakah Juwita akan berkahwin dengan si Ean? Rupanya itu hanya gimik planning Juwita dan Ean untuk cemburukan Ruhila aja, ye laa nak tengok samaada Ruhila tu masih sayangkan Ean lagi atau tidak. Ternyata memang Ruhila cemburu bila dapat tau Juwita dan Ean nak kahwin dan Ruhila masih cintakan Ean.

Kemudian Emaknya Ruhila, yang berangan nak jadi CEO syarikat Juwita, dengan bangganya konon melantik diri sendiri, akhirnya musnah harapan dan impiannya sebab Juwita kembali merampas balik syarikatnya sebab dia dah jadi pemegang share terbesar syarikat tu. Jangan kata Emaknya Ruhila aje melopong, dengan si Azlan sekali kena pecat hahahaha.. padan muka ko!. Dengan syarikat, rumah dan kereta semua kena pulangkan semula pada Juwita.


Takdir Yang Tertulis

Yang paling gempak dan paling di tunggu-tunggu... apabila si Azlan sudah dapat tau yang Mika tu bukan anaknya dengan Ruhila setelah dia pergi buat check kesuburan dia di hospital dan Doktor bagitau yang Azlan tu mandul..hahahaha...Yang ni Sis dah dapat agak, ternyata betul.. nak tak nak si Ruhila kenalah mengaku, dan akhirnya Azlan ceraikan dia dengan talak 1. 

Bab Ruhila sembunyikan kandungan dia tu memang kejam.. sanggup buat Azlan tu Pak Sanggup dan aniaya kawan baik sendiri semata nak tutup aib dia, sedangkan Azlan tu sangat cintakan dia.. kesian Juwita.. tapi Emak Ruhila tu lagi zalim, sebab dia jadi dalang semua ni.. aishhhh..

Mika pun dah tau yang dia memang anak Ean dan Ruhila.. so cute budak ni tau berlakon, dengan mimik muka dia dan gaya lakonan dia, memang selamba habis..lagi kalau dia speaking London ko.. so cute!!.. 

Part nak habis tu, nampaklah, yang Ruhila dah berbaik semula dengan Ean.. Mika pulak tinggal bersama Juwita tapi bergilir dengan Ruhila.. Kak Jum orang gaji lama Juwita pun dah bekerja semula di rumahnya. Juwita pun semakin baik dengan semua pekerjanya, sifat EGO dia terus hilang dan jadi sangat lemah lembut melayan pekerja syarikatnya. 

Azlan pula tak tau apa sudahnya, lepas Juwita dah failkan kes cerai, mungkin mereka dah bercerai, then tak taulah dia hidup macam mana, sebab ye laa dah kena pecat, kereta, rumah semua dah takde, dalam episod minit terakhir tu, nampaklah Azlan keluar dengan Mika, dan tengok gaya pemakaiannya dah tak sama laa seperti sebelum ni..tapi still dapat berjumpa dengan Mika.

Emaknya Ruhila dan anaknya Rozita  tu tak tau apa cite, sebab takde plak nampak apa terjadi kat dia selepas itu.. 

TAPI.... minit last sekali....

[Baca Juga] : Rahimah Tanpa Rahim 

Takdir Yang Tertulis

Hakim masuk penjara, mungkin atas sebab banyak kesalahan yang telah dia lakukan.. dan yang tak boleh blah tu... bila dia tersengeh sambil flashback semula...

....rupanya......

Masa Ean dan Ruhila di kelab tu, bukan sebab mereka mabuk, tapi sebab si Hakim ni dah masukkan pil tidur atau pil khayal dalam minuman mereka berdua, dan akhirnya tak sedarkan diri, dan Hakim telah MEROGOLnya si Ruhila.. jahamannnnn ko Hakim!!!!!!!...dan dan ko terus jadi hero utama pulak saat-saat akhir ekk.. siot ajee.. 

Terus Sis macamm....erkkkkkkkkkkkkk so???????.... 

SEMUA orang kena TIPU laaa oiii hahahahahahahhahahaha.... jilake betul ko Hakim!!!!.. 

Makanya Mika tu anaknya Hakim dan Ruhila.. dan Ruhila dan Ean bukanlah di katakan mabuk atau buat yang tak senonoh, dan semuanya berlaku disebabkan jahat dan dendamnya si Hakim tu ketika di Universiti tu..adoiii SOP (Semua Orang Pening) laaaa..ngokkkk...

Tak puashati betul Sis ko... agak-agaknya nanti ada tak sambungan Takdir Yang Tertulis 2 ni ek? .. 

Arghhhh masih tak boleh terima oii kesudahan dia hahahahaha... 

Tapi okaylah.. so far layan drama ni banyak pengajarannya pada semua orang.. yang nampak sekali terutamanya EGO sesaorang tu.. tak kiralah kau tu Suami atau Isteri, EGO tu kena turunkan.. dan satu lagi, dalam hal rumahtangga, eloknya janganlah suka sangat bercerita dengan orang walau itu kawan baik ko sekalipun.. tak semua orang nak simpati, silap-silap haaa makan diri.. 

Dan yang penting sekali dalam melayari rumahtangga adalah sikap JUJUR... kalau jujur tu takde, hidup ko takkan senang dan tenang, baik isteri ataupun suami.. percayalah... 

Lain-lain tu banyak lagi pengajaran yang boleh kita amik.. walaupun hanya sekadar drama, tapi kekadang banyak sebenarnya berlaku dalam kehidupan realitinya.. antara nampak atau tidak aje.. 

Okaylah, stop dulu.. Sis ko kalau tengok drama memang emosi, bak kata Suami; 'Emak ko tengok drama pun nangis' hahahahaha.. 

Korang ada nak komen?..


P/S: Cute aje baby bump Nad Zainal tu kan hehehe...makin berseri muka dia.. 

WORDLESS WEDNESDAY - NASI LEMAK PASIR GUDANG

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - NASI LEMAK PASIR GUDANG | Kelmarin ternampak di group makanan delivery Pasir Gudang ada yang menjual Nasi Lemak ni dan nampak sangat menyelerakan. Rata-rata baca komen semua rekemen sangat beli dengannya. Nasinya banyak, sedap dan murah kata dalam komen tu. 

Yaa hanya RM3 sahaja COD terus sampai depan rumah. Ada delivery pagi dan petang. Masa sampai pun panas-panas lagi Nasi Lemaknya. Dan pembungkusannya memang menarik perhatian. Bila buka dan makan, ternyata memang nasinya banyak, sambalnya sedap,  telur sebiji dan yang bestnya kacangnya banyak weii.. nikmat!!

Yang nak cuba sekitar Pasir Gudang, boleh wahtsapp Shikin +60 19-789 2403

Nasi Lemak Sedap Pasir Gudang

Nasi Lemak Sedap Pasir Gudang

Nasi Lemak Sedap Pasir Gudang


P/S: Sangat ikhlas orang yang menjualnya.. Moga bertambah rezekinya...aamiinn.. 
Viewing all 4638 articles
Browse latest View live