Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all 4674 articles
Browse latest View live

JOM PERGI ZOO JOHOR DENGAN HANYA RM2 SAHAJA

$
0
0
JOM PERGI ZOO JOHOR DENGAN HANYA RM2 SAHAJA | Macam tak percaya kan, hanya rm2 untuk dewasa dan rm1 untuk kanak-kanak. Memang ramai tak tahu, pernah sekali dulu pergi bersama kawan-kawan, dan ada seorang ni kawan Sis masa nak masuk bayar, sampai terkejut bila tau harganya rm2, berdekah kita orang gelak. Mana taknya sebelum ni, perginya Zoo Negara dan juga Zoo Singapura, tu semua mahal harga masuknya, jauh beza dengan Zoo Johor. Tapi banyaklah perbezaannya yang mahal dengan yang murah. Baik jenis binatang dan juga keadaan sekelilingnya. Tapi at least setakat nak bawa anak-anak tu boleh sangat, selagi binatang-binatang tu dalam kandang hahaha. 


Selesai aje event di Texas Chickenharitu, Sis memang dah berjanji dengan si Mia tu, nak bawa dia ke Zoo, jadinya memang dia tertunggu-tunggulah Ayyom dia sampai. Tengoklah tu muka happy dia bila dapat berjalan. Dah lama tak jalan dengan Ayyom, memang seronoklah dia kata. Sebelum pergi tu Sis singgah makan di Asam Pedas Claypot, Mia tak sabar-sabar nak pergi Zoo, asyiklah kata cepatlah cepatlah Ayyom, sampai dah hampir merajuk sebab kitaorang tipu dia kata nak balik rumah hehehe. 
Kebetulan anak Sis yang sulung pun ada, bolehlah melayan dia. Mama Mia pun ada ikut sekali. 


Di Zoo Johor ni, kalau rata-rata korang dengar, semua orang kata binatangnya dah tualah, keadaan tempatnya busuklah, dan tak banyak binatanglah. Tapi bagi Sis setakat nak tengok binatang yang tidak pernah anak-anak nak tengok depan-depan, memang okaylah sangat, habis korang nak bawak anak tengok binatang pelik macam apa? Kenalah fikir, berbaloi aje lah dengan korang bayo rm2 tu ui, nak banyak binatang kenalah pergi yang bayar mahal, ye dak? Nanti dah mahal jangan bising pulak. Tang kebersihatan dan busuk tu, Sis nak tanya, ada ke Zoo yang wangi? Sedangkan tandas rumah korang pun kalau korang berak pun bau busuk oii hahaha. Ishhh nak komen fikir otak le ya.


Masa sampai Zoo ni, dah tengah hari nak masuk ke petang, jadinya semua binatang dah kekenyangan dan dalam keadaan tidur, senyap aje, tengok aje si Buaya tu, tidur mulut ternganga hahaha. Mia kemain takut tengok hahaha. Tapi kenapa ye, buaya tidur molot terbukak? Nanti nak google laa hehehe.
Rasanya memang tengah tidur tu sebab memang tak gerak langsung. 


Eeee si angsa ni, haritu masa nak amik gambar dia, dia pandang je Sis, yang Sis n terus flashback kenangan pahit bersama si namanya angsa ni. Rasa nak pulas aje lehernya tu. Mananya tak, ingat lagi dulu masa Sis nak balik dari sekolah, kebetulan sebelah rumah Emak ada bela angsa, tengah elok berjalan, Sis tak perasan dia ada di celah pokok, tiba-tiba dia bunyi dan terus menyondol lehernya kejar Sis, habis kain di tariknya sampai Sis jatuh longkang, geram tak geram. Bila dah kita jatuh tu, elok dia terus jalan pergi, memang kena maki angsa tu masa tu, balik aje cerita dengan Abah, Abah gelakkan Sis huhuhu nasib kain tak koyak rabak, kalau tak habis kena bebel dengan Emak. Terus berdendam dengan si namanya angsa ni. 
Korang ada kenangan tak dengan si namanya ANGSA ni? :p


Raka dan Taka (tak silap gitulah namanya) nama si anak gajah yang baru berusia 9tahun. Korang boleh bagi dia makan. Beli tebu tu harga rm3 dan korang boleh bagi dia makan, memang dia hulur je belalai dia tu. Si Mia dah lari tepi, takut tengok belalai gajah tu panjang terjulur hahaha. Yang adiknya Mia, Danny, melopong mata tengok, jakun sekejap hahahah. 
Rasanya ini gajah baru sampai, yang dulunya besar-besar, macam dah tua. Yang ni anak gajah. Dah namanya gajah, anak pun besar hahaha. 


Tengoklah tu aksi si Mia tu, ada aje benda yang dia nak bebel dan nak bertanya. Mamanya tak kowser nak layan hahaha. Cuaca agak panas sikit, pipi tembam dia pun dah naik merah dah. Tapi memang nampak seronoknya dia. Yang Danny macamtulah, masih lagi dalam keadaan melopong hahaha bukan jakun tapi hairan agaknya bila nampak binatang-binatang tu depan mata dia hahaha selalu tengok dalam tv aje. Masa ni kat kandang Hyppo atau namanya badak air hehehe. 
Comel ko badak tu, lagi-lagi bila dia buat aksi masuk dalam kolam air dia, alahaii comel sangat. 


Dan tak lupa gak, raja segala binatang, si pak belang harimau. Masa Sis sampai kat depan kandang dia, yang sekor ni asyiklah mundar mandir ke hulu ke hilir, ntah apalah masaalah negara yang dia tengah fikir agaknya. Tak henti-henti dia berjalan pusing-pusing situ. Kejap-kejap berdengus. Lapar agaknya, ke panas agaknya. Patut pergilah tidur sana, hahaha. Nasib dalam kandang, kalau tak habis dia nampak Sis yang gebu ni, dia ngap! hahaha..


Dan sebelum balik, meh lah kita buat aksi gile monkey dengan si Mia ni hahaha, ajukkan muka si monyet tu. Gambar monyet ada gak, tapi takyah le upload, banyak beno gambo nak upload, kang korang bosan nak scroll hahahaha. Jadilah beberapa ni je Sis sharekan, kalau korang nak, pergilah sendiri ya, nak selpie ke apa ke, sukahati. Tapi gambo binatang korang tak payah pakai beuty face, kang jadi feloles pulak binatang tu hahahahaha ...


Zoo Johor 
Jalan Gertak Merah, Taman Istana, 80000 Johor Bahru, Johor

Di huka setiap hari
Dari jam 8am sehingga 6pm .

Bayaran masuk Zoo Johor:
Dewasa rm2
Kanak-kanak rm1 






P/S: Haritu Mia nak naik kuda, tapi takde pulak, pakcik yang jaga gajah tu bergurau kata 'kuda pergi openhouse' hahahaha ..



KESAN SELEPAS 5 BULAN JALANI PEMBEDAHAN LAPAROSCOPY

$
0
0
KESAN SELEPAS 5 BULAN JALANI PEMBEDAHAN LAPAROSCOPY | Alhamdulilah diam tak diam sudah 5 bulan Sis jalani pembedahan Laparoscopy/Laparoskopi di Hospital KPJ Pasir Gudang untuk pembedahan membuang Fibroid. Boleh baca di sini Pengalaman Pembedahan Laparoscopy | Fibroid/Cyst. Kedaan semakin baik, dan rasa sakit tu sudah tiada, cuma kalau batuk atau bersin yang kerap, memang ada rasa sedikit sakit dan tekanan di tempat yang di bedah tu, rasa macam dalam perut tu keras semacam. Orang lain Sis tak taulah orang lain sama macam Sis rasa ke tak, kalau Sis ye rasa macamtu. 

Makan tu mula-mula memang pantang, bukan makan je, tapi hampir dekat 5 bulan hingga sekarang masih lagi Sis tidak ikut mana-mana aktiviti lasak termasuk gym dan senam aerobik, bukan tak boleh tapi rasa ngeri  pada diri sendiri yang jadi Sis tak join lagi aerobik dan apa-apa juga aktiviti hehehe. Nak ikutkan dah boleh dah kalau nak aerobik ke apa ke, cuma Sis yang masih fobia. Nanti-nantilah yer. 

Sebenarnya selepas pembedahan laparoskopi atau tebuk tiga lobang tu, korang memang kena pantang, macam orang buat bedah juga, bezanya cuma parut dan luka tu kecil, tidak macam pembedahan besar tu, kena bukak perut dan jahit luar dan dalam, kira-kira panjang 15cm tu. Yang ni kecik aje lukanya, Tapi kena jaga juga, supaya luka kering dan tidak menanah. Jangan amik mudah dan remeh. Dah namanya bedah, jadi kena jaga segala aktiviti dan makan semua ya. Nanti dah baik, korang balun le makan hehehe. 

Parut? Memang ada parut, tapi masa Sis keluar hospital, Doktor ada bagi ubat sapu pada parut, alhamdulilah parut Sis jadi elok aje, tidak hitam dan tidak kasar, elok rata macam kulit, cuma memanglah nampak parut, tapi beza kalau tak sapu ubat. Mungkin akan jadi tebal dan permukaan parut tidak rata. Hampir 3 bulan juga Sis sapu ubat sapu tu, nampak sangat elok parut.  


Dermatix Ultra, haa nilah dia ubat sapu parut tu yang Doktor bagi masa keluar hospital. Yang ini korang beli bayar sendiri sebab insuran tak cover dalam bil ubat-ubatan, sebab ianya kira dalam ubat kosmetik, so insuran memang tak cover, lainlah kalau korang claim sekali tapi insuran tak check, selamat le ko hehehehe. 

Krim ni boleh sapu mana-mana tempat, termasuk muka juga kalau ada parut atau bekas luka. Sis dah tanya Doktor dah, memang boleh. Kalau nak lagi jelas, korang belilah kat farmasi atau klinik dan tanya pada yang pakar ye, jangan memandai gak sapu, kang alergik pulak naya hang. Tapi untuk Sis memang serasi. Dah habis satu tiub dah, Sis dah guna tiub yang kedua, memang dapat dua tiub masa tu. 

Ada yang tanya Sis, berapa kos pembedahan Laparoskopi ni, okay macam ni, masa Sis buat ni, Sis under insuran, so semua biayai kos tu insuran yang tanggung, sekali wad, ubat dan juga 5 hari penginapan, total semua rm24k. Alhamdulilah juga ada insuran, Sis punya PruBSN Takaful. Tu pun masa nak admit macam-macam hal, korang kalau nak submit tu, tanyalah betul-betul ada agen korang, kalau jadi macam Sis, alahai, naik angin juga oii..

Nak cerita masaalah apa pun susah, sebab insuran tak sama semua masaalahnya. Nak pendekkan ceritanya, kalau korang pernah guna insuran korang kali pertama masuk wad, dan selepas keluar wad, pastikan agen korang dah submit habis borang update dan claim kesihatan korang. kalau tidak bila korang tiba-tiba sakit dan nak kena admit buat kali kedua, haa masalah akan timbul, macam kes Sis. Sebabnya kes pertama agen tak selesaikan lagi segala borang medical dan tutup kes. Nak buat yang kedua, jadi kena la interview segala dan di soal siasat bagai. Padahal Insuran Sis dah lebih dari dua tahun. Tapi pun susah nak guna. ermm tu pengajaran. Jadi carilah agen yang betul-betul followup kes korang, kalau tak, korang sendiri le kena col HQ dan buat kerja semua. 

Oklah tu je nak kongsi untuk hari ini. Terima kasih buat semua yang sentiasa mendoakan Sis dan sentiasa bertanya khabar tentang kesihatan Sis. Pesan Sis satu je, kalau dah rasa sakit, jangan tunggu dan buat amik remeh je, pergilah checkup dan buat scan bagi perempuan, sebab sakit dalaman ni kita tak tahu, nampak sakit biasa, rupanya, lain pulak yang sakit. Pesan untuk diri sendiri juga..







P/S: Maaf kalau ada yang terasa, Sis berkongsi sekadar pengalaman sahaja ye, tidak ada kena mengena dengan sesiapa. 


AYAM PENYET BEST MEMANG BEST

$
0
0
AYAM PENYET BEST MEMANG BEST | Siapa suka makan nasi ayam penyet? Kalau suka, samalah dengan anak sulung Sis, dia memang paling suka makan nasi ayam penyet. Rasanya semua tempat makan best nasi ayam penyet dia dah cuba. Tapi dia paling suka makan kat sini  Ayam Penyet Best, memang best! Tak taulah apa yang bestnya, dia kata sambalnya sedap, supnya sedap, nasinya sedap, so semuanya sedaplah hahaha. Itu tekak anak Sis. Kalau tekak Sis, biasa-biasa aje hehehe. 

Anak Sis ni, kalau bab makan yang viral-viral ni, dia mesti nak cuba, memang dia akan cari tempat makan yang jadi tumpuan orang. kalau tengok instagram dia, makan sesaje dia share, ada je tempat makan baru dia pergi. Pastu ngadu gemok, pipi dah macam pau hahaha. Sis layankan ajelah. Mak tumpang sekaki, maklum sejak-sejak dah aktif menulis ni, mana anak ajak makan, emaknya tumpang review amik gambar, pastu jadilah entri, macam entri ni hahahaha. 


Restorannya terletak di Adda Heights. Dekat-dekat dengan Masjid Bandar Dato Onn dan Jusco Dato Onn. Senang cari, guna aja waze, mesti sampai. Besar kedai makannya. kalau nak buat gathering ke apa ke, memang muat le masuk ramai-ramai. Sejuk mata memandang, sebab serba serbi hijau kedainya hehehe. 


Suasana dalam kedai. Hijau kan. Pada siapa-siapa suka hijau, mesti suka hehehe. Servisnya cepat, pelayan ramah mesra dan tempatnya berhawa dingin. 



Ni dia Ayam Penyet Best atau lebih biasa panggil Nasi Ayam Penyet. Cukup sifat semua. Ada ayamnya, sambalnya, ulamnya, supnya dan nasi juga. Kalau anak Sis makan, memang dia akan minta bahagian paha. Korang boleh bagitau pelayan masa amik order, kot kalau korang nak bahagian ayam mana. 
Kalau tanya sedap ke tak, kan dah kata, anak Sis kata sedap, maka sedaplah hehehe.


Sis haritu tak makan nasi, Sis order Mee Hoon Bakso. Boleh tahan baksonya. Sedap, terasa bakso bukan rasa sup-sup kosong je, memang betul rasa bakso. Ni serius cakap, bukan bodek-bodek. Makan pula curah sambal kicap dia, uii sedap uii. Cubalah. 

Oh ya , ada juga menu-menu lain yang di sediakan, korang boleh lah pilih menu yang ada selain nasi ayam penyet ni. Asam Pedas pun ada tak silap. Tapi Sis tak pernah cuba. 
Korang boleh cuba dan review sendiri. Lain orang lain citarasa dan rasa tekaknya. Jadi korang cubalah yer. 
Bertempat di :

Ayam Penyet Best 
No. 72-G, Jalan Adda 7, Taman Adda Heights (9.02 km)
81100 Johor Bahru

Di buka dari jam 11am hingga jam 11pm.
Call : 018-962 6268







P/S: Kadang kalau layankan anak cari tempat makan, sampai jauh-jauh perginya. Kalau ada Ayahnya, Ayahnya pun layankan hehehe. Janji anaknya happy tummy :) 


HAPPINESS IS SIMPLE. KEEP IT SIMPLE

$
0
0

HAPPINESS IS SIMPLE. KEEP IT SIMPLE | Life appears so complicated at times, but happiness is really not as illusive as we have been led to believe. It seems we humans have been so deeply programed to make our pursuit of happiness so complicated. First of all, happiness is not a pursuit. It is the essence of our being. It’s not about doing anything. 

Happiness is… Laughing so hard your side hurts. Knowing that somebody misses you. Making homemade cookies. Hearing from an old friend. Seeing a kid laugh after he farts. Eating a hearty meal then taking a nap. A full tank of gas. The beach. A long, hot shower. Finding a good sale. A cupcake. Hot chocolate with whipped cream. All green lights on your morning commute. Getting something unexpected in the mail. Laughing for no reason with your kids. Free online shipping. A good book. No line at the grocery store. Finding a parking place up front. Holiday decorations. Fresh-squeezed lemonade. The perfect handbag. Eye contact with someone. Waking up and realizing you have two hours to lay in bed before you have to get up. Hearing your favorite song on the radio. Writing. Falling in love. A keyboard that lights up in the dark. Knowing you’ve done the right thing.

You can spend a lifetime chasing things you think will make you cheese, but open your eyes to the beautiful world around you. No matter what comes at you in life, find joy in simplicity. Don’t let negative situations or people become you. Attitudes are contagious; spread joy!
“The best feeling in the world is realizing that you’re perfectly happy without the thing you thought you needed.” - Marxie






Sometimes its really hard to choose your happiness because old trapped emotions and associated negative beliefs have piled up for a long time creating a seemingly out of control momentum. 
 Get help.







P/S: BAHAGIA itu PILIHAN . Cari kebahagiaan sendiri. JANGAN cipta kebahagiaan di atas penderitaan orang lain .


RIANG RIA #POTLUCKRAYA JDT BLOGGER

$
0
0
RIANG RIA #POTLUCKRAYA JDT BLOGGER | Masih lagi nak cerita kisah raya, maklumlah walaupun raya sebulan tapi kalau di Johor ni, memang tak cukup sebulan, mesti di anjak-anjakkan lagi rayanya tu hehehe. Dah habis Syawal pun masih lagi banyak openhouse dan kenduri sana sini. Kebetulan pula, musim orang berangkat nak pergi Haji ni kan, jadi banyak jugalah jemputan kenduri kesyukurannya. Apa pun rezeki jangan di tolak. Musuh kita ketepikan hehehe. 

Untuk raya tahun ini alhamdulilah, tahun ni raya Sis meriah dengan sahabat-sahabat blogger. Semua sahabat baru yang Sis baru kenal. Hanya kenal melalui group wahtsapp aje kemudian terus menjadi sahabat realiti. Kami semua Team #JDTblogger, mewakili blogger-blogger yang tinggal dan juga anak jati Johor. Masih baru lagi, dan masih mencari ilmu nak memajukan group kami. Tapi alhamdulilah walaupun kami ni sekerat ahlinya, kami sepakat dan muafakat dalam apa juga yang di ketengahkan. Saling faham dan juga saling bagi sokongan antara satu sama lain. Itu yang kami mahu. 

Dan tahun ni beraya, Sis ajak semua beraya ke rumah tapi dengan cara #PotluckRaya. Masing-masing datang bawa makanan. Tak banyak pun, bawa satu menu aja, dan tidak memaksa, hanya sebagai tambah-tambah aja. Sis selaku tuan rumah ada masak juga, memang niat nak masak untuk kawan-kawan semua. 


Ini antara menu yang Sis sediakan. Mee Hoon Goreng Seafood, Ayam Tua masak Ungkep, Sambal Goreng Jawa dan juga Lontong Nasi. Semuanya masak penuh dengan kasih sayang untuk mereka-mereka semua, kecuali lontong tu, Sis beli. Nak cerita gak pasal Lontong tu. Sis baru tau lontong daun yang jual siap masak tu harganya rm2, makk aii kok murah benar ya. hahahaha. Selalu Suami yang belikan, dan Sis tak pernah tanya harganya. Sekali haritu Sis beli sendiri, barulah Sis tau harganya hahahaha. 


Tetamu awal Sis yang datang, ialah Uyul dan temannya Faizi. Dera derang suruh potong buah tembikai sendiri, sebab Uyul bawa buah tembikai hehehe. Budak dua orang tu, kat dapur Sis pun nak bertekak, nak je aku kawinkan itu malam juga hahaha. Mampos kena kejar dek parang aku hahaha. 
Dalam jam 8pm sorang demi sorang muncul. Semua bawa makanan masing-masing, Sis sampai dah tak terambil gambar dah. Yelah jadi tuan rumah kena layan tetamu ya. hehehe. 


Korang tengok tu, inilah di namankan blogger versitile (betul ke eja tu). Tak kira pergi mana dan di mana-mana, kalau dah namanya blogger, setiap apa yang kau makan, buat dan tinggal, kau orang akan amik gambar sebagai kenangan dan jadikan entri di blog atau laman sosial lain. Yang bukan blogger pun rasanya buat kerja macamtu juga kan heheheh. Baik ngaku :p 


Adik Mia, Mia, Kim dan Hernee dan Sofea (anak Mia)
Jemput-jemput makan. Jangan malu-malu ya. Banyak sungguh makanan yang di bawa, mudah-mudahan semuanya puashati. Terma kasih juga buat semua. Yang jauh yang dekat semua meluangkan masa bersama. 
Yang paling Sis risau memang takut malam tu, takut tak cukup makan, duk jengah-jengah sekejap-sekejap di atas meja. Yelah risau jadi tuan rumah ni, takut ada yang tak cukup makan. Paling tak suka perasaan itu. Tapi alhamdulilah semuanya cukup dan siap dapat tapau lagi balik kan kan..


Kim, Eda, Kak Seri, Azila (Kawan Sunah).
Bila nampak masing-masing makan dengan penuh nikmat dan bertambah-tambah, seronoknya hati, perut tuan rumah pun jadi kenyang hehehe. Semua makanan yang mereka bawa semua sedap-sedap, terutama yang menjadi tumpuan serawa durian. Paling glamer itu malam hehehe. Sedap sangat! Makaseh Datin Seri Hernee. 


Mia dan anaknya Sofea .
Sis cuba senaraikan semua menu malam tu ye, ingat-ingat lupa ni.
Mee hoon goreng, ayam ungkep, sambal jawa, brownies, rendang daging, serawa derian, roti jala dan kari ayam, nugget dan keropok, sandwich, buah tembikai, kek marble SDS, air kotak, cendol, kuih nona manis dan juga lontong nasi. 
Ermm ada lagi tak ek? Rasa macam dah takde, tu je la menunya. kalau ada tertinggal harap ampun tuan yang bawa hehehe. 


Banyak-banyak tempat, kat tangga juga mereka nak bergambar. Tapi okay gaklah, sebab yang rendah nampaklah tinggi kat atas nun hahaha. Inilah semua yang hadir, ada tu lagi sorang tercicir. Tengok gambar kat bawah yer hehehe.


Haa nampak dah ke? Hahaha dia paling lambat sampai, tapi sampai juga. Makanan atas meja pun dah hampir selesai di tapau-tapau oleh mereka, nasib baik ko sempat Nona oii hahaha, kalau tak, Sis kena masakkan ko Maggi Sedap hahahaha. 

Dalam group team kami ada juga lelaki, tapi masing-masing ada komitmen masing-masing, jadi mana yang lapang masa aje yang datang. Takpe tahun depan panjang umur kita beraya sesama lagi ya. InsyaAllah.
Buat semua yang hadir dan hampir-hampir hadir, terima kasih Sis ucapkan dengan kesungguhan korang, sebab Sis faham, tempat Sis nun hujung ke hujung, memang jauh dari bandar Johor. Sampai sesat-sesat belaka semuanya. Tapi lepas ni dah tau, haa senanglaa kan nak datang. Tak raya pun datang jelaa..Pintu sentiasa tertutup, kenalah tekan loceng dan bagitau awal-awal yer hahahaha. 

'Apa yang penting?... K E R J A S A M A' ..






P/S: Bila semua dah balik, sunyi terus rumah, tinggallah bunyi krik krik krik huhuhu. :(


KAMBING BAKAR DAN LAKSA JOHOR TETAP MENJADI PUJAAN HATIKU

$
0
0
KAMBING BAKAR DAN LAKSA JOHOR TETAP MENJADI PUJAAN HATIKU | Siapa sama dengan Sis? Sila angkat jari dan komen di bawah ya. Dan siapa yang mengenali Sis, mesti dah tahu menu kegemaran Sis kalau pergi ke majlis-majlis yang sediakan buffet pelbagai menu, tapi kalau ada dua menu ni, Sis akan pilih yang dua ini dulu hehehe. Dulu hingga sekarang, dua menu ni tetap menjadi keutamaan kecuali tak tau atau tak perasan, pasti balik nanti tidur tak lena bila dapat tau sebab terkilan tak makan hehehe. 

Dalam bulan Syawal yang baru berlalu ni, rata-rata Sis pergi hadir majlis openhouse dan kenduri, semua ada sediakan kambing bakar nasi beriani dan Laksa Johor ni, jadi Sis akan makan dua menu ni dulu, barulah makan menu lain, tu pun kalau ruang perut ada kosong, kalau tak, cukuplah kenyang semangkuk dua laksa dan sepiring dua kambing bakar hehehe. 


Sewaktu hadiri jemputan majlis terbuka hari raya di Swiss In Hotel baru-baru ni, melangkah aje masuk ke atas ruang Rilek Cafenya, mata terus dah pandang warung menu utama tu. Sudah semestinya kambing bakar bersama nasi beriani. Sabar ye sabar, kita pusing-pusing dulu tengok keadaan sekeliling. Tapi sebenarnya, memang dah tau dah, kalau jemputan Swiss Inn ni, mesti ada menu kambing bakar dan laksa johor, sebab dah pernah pergi sewaktu jemputan media Pra Ramadhan -  Buffet Ramadhan Swiss Inn ni sebelum Ramadhan. Jadi memang dah agak mesti ada menu dua ni. Tepat tekaan Sis. 

Bukannya apa, dua menu ni memang sangat sedap! Rata-rata nampak tetamu datang pun semua makan kambing bakar dan nasi beriani ni. Sis pun memang tak lepas peluang juga, mesti makan!. Cuma nak bertambah tu tak bolehlah, sebabnya perut dah limited terhad je untuk makan, kang ada pulak terlalu kenyang, tersadai kat situ tak boleh nak berjalan, naya je kann hahaha. Kalau tengok semua menu dia semua sedap, semua nak di makan, tapi alahaii berhentilah kamu sebelum kamu kenyang hahaha. Tiberrr..


Kalau dah namanya orang Johor, mana-mana pergi majlis mesti cari menu ni, betul tak? Kalau nampak mesti nak cuba punya. Tapi tengok tempat juga, sekarang dah jarang juga orang sediakan Laksa Johor ni, bukannya apa, agak leceh dan cerewet gak nak sediakan, nak rebus ikan, nak masak kuahnya lagi, dan nak sediakan bahan-bahan ulamnya pulak, jadi orang sekarang lebih suka sediakan amik menu ringkas aje sudahkan. 

Tapi rezeki Sis lah, dapat juga makan laksa johor Syawal ni. Rasanya dah 3x untuk Syawal tahun ni dapat makan laksa johor. Laksa Johor kat Swiss Inn ini yang bestnya kuah dia pekat gile, memang pekat dan nampak isi-isi ikannya sangat tidak lokek, terasa ikan dan asinnya. Kalau yang tidak biasa kata masin, tapi bagi Sis okay ajelah, kalau dah kata peberet, masin ke manis ke tawar ke, memang ku bedal hingga ke titisan terakhir hahahaha. Ulam-ulam yang disediakan cukup semua, termasuk sambal belacan. Aishh negences dah ni sambil menaip huhuhu. 


Terima kasih Puan Hayati dan terima kasih pihak Swiss Inn Hotel kerana menjemput kami #JDTblogger.
Puashati dan semuanya sedap-sedap. Alhamdulilah.
Hehehe ginilah jadi blogger, sambil makan sambil review, orang sibuk amik makanan, kita sibuk amik gambar, arghh jangan amik kisah, kita buat kerja kita sudah, kan kannn..
Selamat hari raya! ..






P/S: Sis dan Suami, suka makan kambing, 'hantu' kambing, lepas tu sakit pun sesama hahahaha. 


DESARU COAST ADVENTURE WATER PARK

$
0
0
DESARU COAST ADVENTURE WATER PARK | Taman tema air di Desaru akan di buka secara rasminya pada 19hb Julai 2018. Tempah tiket korang sekarang! Beli secara online dan dapatkan harga tiket promosi all in per-entry sempena hari pembukaan. 

Dewasa rm75
Kanak-kanak & warga tua (60+) rm56

Tempah tiket sekarang di SINI 

Di buka : Dari jam 10am hingga 6pm. 

BUKA : Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad
TUTUP : Isnin | Selasa | Rabu







Taman tema untuk semua peringkat umur .


Korang boleh tengok diRides and Attractions untuk lihat semua aktiviti dan permainan air yang di sediakan .


Korang klik Eat and Shop untuk lihat kemudahan kedai makan yang terdapat di dalamnya . 


Korang klik Facilities semua kemudahan yang di sediakan. 


Bertempat di :

Desaru Coast Adventure Water Park 
No. 14, Jalan Damai, Desaru, 81930 Bandar Penawar, Johor
Phone: 03-2203 9696


'Set against the backdrop of a traditional Malaysian fishing village, Desaru Coast Adventure Waterpark is home to unique rides including the first-ever water coaster in the region and the largest wave pool in Southeast Asia!'






P/S: Sis tak suka mandi manda ni, tapi yang ini Sis macam excited pulak nak pergi. Hehehe 


AUGUST CAFE JADI TARIKAN PENGUNJUNG SINGAPURA

$
0
0
AUGUST CAFE JADI TARIKAN PENGUNJUNG SINGAPURA | Akhirnya dapat juga sampai ke sini setelah asyik dengar dan baca di blog kawan-kawan yang sudah pun ke sini. Bukanlah teringin sangat, cuma Sis ni kalau dengar ada cafe yang tak pernah Sis cuba, Sis akan cuba untuk pergi juga, sebabnya nak mencuba coffee dia. Maklumlah Sis ni pencinta coffee, jadi memang suka mencuba serata Malaysia dan luar negara kalau kata ada je cafe atau tempat minum yang tak pernah Sis cuba. Jadi mesti nak cuba! 

Petang tu Sis tidak keseorangan, setelah selesai jemputan di Majlis Open House Swiss Inn Hotel tu, Sis di temani oleh kawan, Sunah untuk teman Sis minum-minum sambil lepak, kebetulan dia pun free. Sis pulak sementara nak menunggukan si anak Bujang tu sampai bus stand Larkin balik dari Mersing, jadi takde buat apa, ajaklah Sunah teman. Sunah ni pun dah berapa kali pergi juga ke sini, terbaca blog dia yang Drink, Eat & Dream @ August Cafe  tu lah yang Sis geram nengok coffee dalam gambar tu. hahaha.


Masuk aje ke dalam kedai dia, waaa cantik dan cool sangat. Tempatnya pulak betul-betul di tengah bandar Johor. Memang laluan pengunjung Singapura dan juga kalau tiba time malam, jadi tumpuan pengunjung yang ke Bazar Karat pulak. Memang korang mesti jumpa punya cafe dia. Cafenya dua tingkat, ada atas dan juga bawah. Agak privacy gaklah cafe dia, sesuailah kalau korang nak meeting, dating dan juga perjumpaan tertutup ke apa ke. Sunyi dan suasana dia sangat warm gitu. Deko dalaman dia pun kalau mata Sis tengok berciri antik klasik moden. Macamtulah, bukan pandai sangat nak tengok tempat orang ni, tapi memang cool je tempat dia. 

Yang ini Sis punya. Piccollo dan almond cake chocolate. Sedap sangat coffeenya uiii, Keknya pun sedap, sampai licin Sis makan, bukan sebab lapar, tapi sangat suka dengan rasanya. Tang coffee dia tu memang lazat. Pengemar coffee memang akan sukakannya. 


Dan yang ini Sunah punya. Katanya dia suka sangat dengan Rose Latte tu . Sis cuba gak test minum, uii tak boleh masuk dengan tekak Sis hahaha. Tekak Sis sesuai dengan coffee tu je la hehehe. Tapi kek pisang yang Sunah order tu sangat sedap dan moist! Nak je masa tu ku bedal bagi habis, tapi perut sudah kenyang dek makan kambing dan laksa johor hehehe. 

Ada juga menu-menu lain yang korang boleh order. Menu lunch dia pun menarik juga, nanti boleh cuba lunch kat sini juga. Harganya pulak berpatutan juga, sesuai dengan tempat dan juga persembahan menunya. Puashatilah makan dan minum kat sini. Yang suka lepak-lepak tu bolehlah datang sini. kalau takde geng tu, ajak lah Sis ya hahahaha. 


Lokasi:

August Cafe
Pasar Karat 36, Jalan Tan Hiok Nee, 80000 Johor Bahru, Johor

Waktu perniagaan:
Sabtu - Khamis
10.30 a.m. - 7 p.m.

No. Telefon: 016-7279944

Facebook:

Instagram:






P/S: Korang ada tempat makan atau cafe yang best-best tak? Sharelah. Boleh Sis cuba, kalau ada nanti komen ya. 



WORDLESS WEDNESDAY - PETUA HILANGKAN BAU DURIAN DALAM KERETA

$
0
0
#WORDLESS WEDNESDAY  







P/S: Cubalah, kalau tak cuba tak tahu kan ..Selamat mencuba 
*Sumber dari Facebook.


TEAMWORK MAKES THE DREAM WORK

$
0
0
TEAMWORK MAKES THE DREAM WORK | Teamwork is the collaborative effort of a team to achieve a common goal or to complete a task in the most effective and efficient way.

"Coming together is a beginning, staying together is progress, and working together is success."– Henry Ford

“Find a group of people who challenge and inspire you, spend a lot of time with them, and it will change your life.” – Amy Poehler




“You need to be aware of what others are doing, applaud their efforts, acknowledge their successes, and encourage them in their pursuits. When we all help one another, everybody wins.” – Jim Stovall







DAGING MASAK KICAP REMPAH MAK SITI

$
0
0
DAGING MASAK KICAP REMPAH MAK SITI | Korang pernah masak guna rempah Mak Siti ni tak? Dia ada berjenis rempah siap sedia yang tersedia. kalau Sis biasa guna, rempah soto, rendang dan kali ni pertama kali guna rempah kicap dia. Kebetulan ada daging dan otak blur nak masak apa, jadinya ternampak rempah Mak Siti ni, so kita try. Murah aje hanya rm1.20 yang di jual di kedai Sis sini, kat tempat korang Sis tak taulah berapa harga. 
Baca arahan kat belakang tu senang aje, tak payah dah blender segala bahan, dia dah siap semua dalam tu. Cuma Sis ni macam biasa le, nak lagi sedap, Sis potong bawang besar, hiris bawang putih semua dan tumis rempah tumis tiga beradik tu, biar kasi wangi sikit, lagi sedap.


Untuk daging tu Sis dah sesiap lembutkan guna periuk Noxxa, jadi memang di jamin empuk punya. Senang kan ada periuk Noxxa, rasa berbaloi membelinya, walaupun main bayar kutu sikit demi sikit, akhirnya selesai juga. Sangat puashati. 
Bahan yang hiris tu, tumis sampai naik bau sekali dengan rempah tumis 3 beradik tu, kemudian masuk je rempah kcap tu dalam kuali, tak payah gaul dengan air, curah je sepekat atau dua (ikut banyak daging/ayam) dan gaul sebati. Masuk daging dan kacau-kacau, kemudian masuk air, jangan letak banyak air, sebab nanti daging tu keluarkan air, gaul-gaul aja, nanti daging akan jadi hitam macam masak kicap tu. Agak kalau korang nak hitam lagi, sukahatilah, korang tambahlah kicap lagi. 


Untuk versi Sis, Sis tambah sos tiram aje, bagi rasa-rasa asin sikit gitu, garam dan serbuk perasa pun Sis letak sedikit aje, sebab dah siap tersedia bahan perasa dalam itu rempah. Tapi ikutlah tekak memasing. Kemudian Sis masukkan lada merah hiris, saje nak bagi color-color sikit, lawankan dengan daun sup dan daun bawang. Dan akhir sekali Sis campak sikit bawang goreng bagi dia wangi-wangi sikit. 
Tang kuah tu, sukahati korang, nak pekat ke nak cair ke, just tambah aje air yer. Rasanya kalau nak sedap lagi kan, tambah lada hitam kan, lagi sedap agaknya. nantilah nak cuba plak buat masak ayam kicap. Mudah dan cepat kan, semuanya nak dengan malas aje hehehe. 
Senang cakap, kau malas kau lapar le, kalau rajin, gemuk le jadinya hahaha makan tak henti kuang kuang kuang..

Bagi Sis rasanya memang okay sangat, memang bukan macam masak kicap kita biasa tu, tapi ada pekat sikit, sebab nama pun rempah kan, jadi mesti ada pekat-pekat sikit rasa rempah, tapi tidaklah rasa rempah sangat, masih rasa kicap..hahaha eh pening tak baca ayat tu hahahaha sendiri faham sudahlah :p
Yang penting, memang sangat mudahlah kalau bagi yang terlalu sibuk sangat, dah tak sempat nak buat apa, lagi-lagi kalau bulan puasa. Sesuai sangatlah, campak-campak siap! .Cubalah.
Yang takde periuk Noxxa tu, haa silalah survey dan ada rezki belilah, tak dapat beli cash, ada bayar ansuran, Sis pun sepuluh kali bayo ko, bukan taknak bayar cash, tapi saje nak jimatkan duit bulanan sendiri hahahaha tapi memang berbaloi, macam-macam boleh guna dan masak, Sis sendiri sangat suka, nak makan daging ke, tulang ke, ayam tua ke ayam kampung ke, semua dah mudah, masuk dalam Noxxa, terus empuk, isi tersiat-siat gitu..best sangat!
Makaseh juga buat incik Suami, yang jadi tukang tolong bayarnya hehehehe. 






P/S: Masak ni tak payah jadi Chef, janji kau tau nak masak apa, dan kau tau apa kau masak, so mesti menjadi punya hehehe. 


WORKING OUT AND STILL NOT LOSING WEGHT?

$
0
0
WORKING OUT AND STILL NOT LOSING WEGHT? | Here are 7 reasons why. Do you eat well, exercise often, and still feel like you’re not losing that stubborn weight? Truth is, eating well and exercising often is a very relative and general statement. If we’re honest with ourselves, I’m sure we could admit that we’re all capable of trying a little harder in both areas.
Total-body wellness is a lifestyle. Fat loss happens when you ditch the scale, find an activity you enjoy, and start to see food as fuel instead of something to feed your emotions or occupy your time.


No matter who you are or what your background is, chances are one of these 7 reasons could be why you’re not shedding pounds: 


You’re eating wrong foods

If you’re not losing weight, the first place you should be looking is the kitchen. Some people focus all their energy on burning off calories that they don’t take the time to consider what they’re putting in as fuel. Diet is at least 80% of the battle. While the exact foods you should be eating depend heavily on your body type, metabolism, and other factors, a good rule of thumb is to stick to all natural, whole foods.

Eat most of your starchy carbohydrates (like potatoes, brown rice, grains) on days when you do strength training or more rigorous exercise. On your rest days or when you’re doing light cardio, try to stick to just protein and veggies and not a lot of those starchy foods. Avoid excess bread, sugar, and anything else that's processed. Look for foods that have the fewest ingredients on the label—if you can’t pronounce it, it’s probably not something you want to be putting in your body.


You’re eating too much

If you’ve already cleaned up your diet big time and you’re still not losing weight, it may be that you're simply eating too much. In order to shed pounds your body needs to run a calorie deficit, meaning you need to burn more than you consume. That being said, you shouldn’t have to deprive yourself either. Life is about balance. Don’t become consumed with counting calories or weighing yourself every day.

Eat whenever you’re hungry and eat slowly enough so you can stop just before you get full. Healthy snacking during the day will keep you from overeating during meals. I always carry a few Kind Bars in my bag, because they're a great snack made with whole foods, and have nothing artificial. And don't be afraid to give yourself ‘healthy’ cheats, like a few chocolate-covered strawberries or coconut chia seed pudding. The moment you start depriving yourself is when you start to feel like you’re missing out on something and you want to binge.


You’re doing too much cardio

Yes, cardio is a necessary part of your workout routine. It keeps your heart healthy, boosts your metabolism, and gives you a good sweat (you should break one daily). However, only doing cardio—or doing too much of it—can actually add to the problem. Longer cardio sessions like staying on the elliptical for 90 minutes or going for regular 10-mile runs can eat away at your lean muscle mass, which is essential forincreasing your metabolism to burn more calories.

It causes the body to become more endurance-focused, storing energy as fat to ensure it has plenty of reserve fuel to keep you going for all those miles. Not to mention it dramatically increases your appetite, making you more susceptible to unnecessary snacking or overeating.


You’re not lifting weights

This one goes hand in hand with #3. I'm not saying you can't or shouldn’t do cardio. If you love to run or bike for reasons other than losing weight, then by all means don’t stop. But if your primary goal is fat loss, there are other forms of exercise that give a much better bang for your buck. The best way to lose weight and build lean muscle by doing some form of strength training in addition to your cardio. The more muscle tone your body has, the more fat you'll burn.

If you’re not ready to give up your cardio routine just yet, try adding some interval training by performing short bursts of all-out effort mixed into your regular session. These workouts are much more effective at promoting hormones that target stubborn fat. Then, start adding some resistance training to your routine. Body weight exercises like push-ups, squats, and lunges are a great place to start to help build up to lifting actual weights.


You're not working hard enough

There's no exact equation to working out and eating healthy—it’s a matter of trial and error, finding out what works specifically for your body. And more time spent in the gym doesn't always equal a more fit person. Unless you’re an athlete, body builder, or a marathoner-in-training, the average person shouldn't be working out more than an hour a day.

Your workouts should be intensity-dependent, not time dependent. Keep this fact in mind: the harder you work, the shorter your workout time may need to be. That’s why it's so important to maximize your time spent in the gym or fitness class so you can achieve that coveted ‘afterburn’ effect which keeps your metabolism revved for 24-48 hours afterward.


You’re not taking time to recover

When you do achieve that afterburn and you’re really feeling your workout the next day, those are the days to focus on different muscle groups. Or, if you prefer to work out your whole body, establish a workout routine where you work your entire body one day and then take the next day to do light cardio, stretching, or complete rest.

Recovery and rest are often more important than the workout itself. It’s during those periods that your body does most of the actual fat burning. So give yourself that time to fully recover so you’re ready to work hard the following day. Most importantly, listen to your body. Push yourself, but also give it some love, too.


Your body is under too much stress

Exercise is a stressor on your body. When you have a healthy balance of exercise-related stress and recovery time, your body is healthy and can lose its excess fat. However, not giving your body enough time to recover can also be a negative (see above) as you'll start to produce an excessive amount of cortisol, a stress hormone. Cortisol is both normal and important when working out, it’s involved in processes that give your muscles the energy needed to get moving.

However, when your body is exposed to cortisol for longer periods of time, it starts to cause negative effects, like stubborn fat in areas you don’t want. Exercise isn’t the only stressor that can produce excess cortisol. A stressful personal or professional life can also make your body produce too much of this hormone. When you stop exercising, your body stops producing cortisol; however, it may not be quite as easy to turn off the mental stressors going on in your life. Make sure you’re keeping your mental and emotional health in check in addition to your physical health. You should strive for total-body wellness.

Sumber :https://www.prevention.com 







P/S: Dari kurus nak gemuk, senang aja naik, dari gemuk nak ke kurus, haaa itu sendiri mau rasa sendiri, baru tau seksanya hehehe..


SAFARI RUN 2018 BUKIT GAMBANG RESORT CITY

$
0
0
SAFARI RUN 2018 BUKIT GAMBANG RESORT CITY | Bagi yang berminat nak join, bolehlah daftar segera. Ini hanya larian ye, bukan berlari bersama itu gajah harimau singa semua hahaha. Tu tema dia 'Safari Run', jangan pulak korang ingat diaorang suruh berlari dengan semua binatang tu pulak, kang ada sebelum melangkah, ko dah kena ngap! hahaha..

Nasib Sis jauh, kalau dekat Sis dah join gak, kot mana tau hadiah dia menarikkan, ada untung menang, tak menang tapi lemak dah terbakar dah ..Best tak best..



Safari Run 2018 di Bukit Gambang Resort City 
Pada Ahad 19 Ogos 2018. 
Terdapat dua kategori iaitu 5 km & 10 km .

Yang berminat bole daftar segera . 

Utk maklumat lanjut layari safarirun@bgrc.com.my
Call 016-2897015






P/S: Lama Sis tak berlari, agaknya camne lah kalau berlari sejauh 5km tu, aje semout sesak nafas hahahaha. aerobik je Sis ko mampo..hahaha


KUEY TEOW GORENG UDANG BANJIR

$
0
0
KUEY TEOW GORENG UDANG BANJIR | Korang kalau sebetulnya panggil apa? Mee tiaw ke kuey teow ke? Kalau Sis lebih kepada panggil mee tiaw, jarang panggil kuey teow, korang pulak? Rata-rata Sis dengar memang ramai panggil kuey teow dari mee tiaw, kan? Ntah laa tak kisahlah apa, kanji ada tiaw tiaw tu sudahlah hahaha.

Sebenarnya menu ni macam menu bidan terjun je, singgah ke kedai nampak udang besar, sekilo rm40, Sis beli 10 ekor je cukuplah untuk Sis dan anak Sis,Yana tu. Makan pun berdua je, kadang tak masak pun, makan apa ada je, selalunya kawan belanja hahahaha. Sekali ngeteh dan perhati 'orang' hahaha. 

Jadi petang tu terjadilah menu Sis kuey teow goreng udang banjir. Masak campak-campak je, senang dan mudah, jangan buatkan dia susah, janji masak kenyang dah. Betul tak. Kalau rajin kenyang, kalau malas, lapar le ko. hehehe


Mengancam tak? Sorilah Sis ni kalau masuk gambar makan ke menu masak kat rumah, memang suka masuk amik gambar dalam kuali, kalau nak posng dalam pinggan ke mangkuk ke, macam tak reti nak amik gambar, kalau dalam kuali ke periuk ke, elok je gambar tu, hahaha takpe, janji korang tau, memang Sis masak ye, bukan beli kat kedai hahaha. 

Tengok udang tu, penuh sekuali, kan dah kata, udang banjir, jadi memang udang nampak lebih dari kuey teownya hehehe. Penuh sekuali, puas makan. Udangnya memang besar-besar. Anak Sis,Yana tu memang suka makan udang, jadi bila siap aje masak, terus hantar ke tempat kerjanya, kesian lak nak tunggu dia balik malam baru nak makan, jadi Sis hantar, boleh dia makan panas-panas. 

Okay meh Sis kongsikan resepi yang senang mudah je ni ye. Boleh cuba kalau nak. 

Bahan:
1 kg kuey teow - lerai dan kiraikannya
10 ekor udang harimau - bersihkan
12 biji fishball - di belah dua
2 batang sayur sawi - potong - pisahkan batang dengan daun
Taugeh semangkuk
Lada kering kisar - ikut kepedasan masing-masing
2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap lemak manis 
3 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
Garam dan serbuk perasa
Minyak untuk menumis

Bahan blender:
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Caranya: 
1. Panaskan minyak dan tumis bahan blender hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kering dan tumis garing.
3. Masukkan sotong dan fishball dan tumis kesemua bahan di atas hingga masak.
4. Tambahkan batang sawi dan Kacau seketika.
5. Masukkan kuey teow bersama daun sawi dan taugeh.
6. Perasakan dengan sos tiram, kicap lemak manis, sos tomato, sos cili, garam dan serbuk perasa
7. Kacau rata dan hidangkan .

Senangkan..Selamat mencuba.,






P/S: Teringin nak masak asam pedas ayam ni, sedapnya letak bendi banyak-banyak..ermmm


PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) TAJAAN PUTERI PACIFIC JOHOR BAHRU

$
0
0
PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) TAJAAN PUTERI PACIFIC JOHOR BAHRU | Alhamdulilah, baru-baru ni, masih dalam bulan Syawal, Sis dan Team JDT Blogger dapat undangan dari The Puteri Pacific untuk bersama sertai Program CSR ni, alhamdulilah dapat juga kami bersama-sama meraikan hari raya bersama anak-anak dari rumah kebajikan anak-anak yatim di sekitar Johor. Ada dalam 5 buah rumah kebajikan yang di raikan dan di beri sumbangan.


Antara team Jdt Blogger yang dapat hadir pada petang tu, bersama dengan Ms Sumitha (The Puteri Pacific - baju hijau) dan juga Jiha dari Iskandarian (berdiri dua dari kanan.
Terima kasih sudi menjemput kami sebagai wakil Media/Blogger. 


Ucapan aluan dari wakil VVIP memberi sepatah dua kata ucapan kepada tetamu semua. 


5 buah rumah kebajkan yang menerima sumbangan wang tunai juga sumbangan duit raya dan cenderahati kepada anak-anak semua. Alhamdulilah moga di murahkan rezeki kepada yang memberi., moga dimurahkan rezekinya ..aamiinn.


Sis pun amik kesempatan juga beramah mesra dengan anak-anak ni, tapi mereka semua pemalu sungguh. Tapi bila ajak bergambar dengan sorang, semua pulak yang datang nak juga bergambar, hahahaha.
Tapi yang bestnya, sangat terhibur dengan persembahan anak-anak ni, bjiak-bijak mereka semua.
Gambar Sis amik mereka buat persembahan dah terdelete dek gara-gara clean up memori, huhuhu.


Menu-menu yang di sediakan pun sedap semuanya, termasuk juga menu raya. Ada ketupat, lemang, palas dan semua menu hari rayalah termasuk rendang, serunding, sambal goreng semua. Macam-macam ada. Anak-anak pun semua suka. Meriah suasana tengok mereka makan.


Tapi Sis ko haritu tekak mat salleh hahaha. Makan makaroni dan pasta cabonara. Pergh sedap uiii sos dia, ingat biasa-biasa aje, sekali dah makan, ermmm sedap sangat. Tak caya tanya geng kita si Ain tu, banyak dia makan hahahaha. :p

Apa-apa pun alhamdulilah, usaha murni macam ni mesti di teruskan dan jadikan tauladan buat semua. Tatkala yang lain bergembira, ada juga yang perlukan kasih sayang dan bantuan kita.
Pada petang tu turut di hulur sumbangan duit raya pada anak-anak dan juga bag sekolah dan keperluan lain. Alhamdulilah rezeki anak-anak.


PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) 
Dan Majlis Sambutan Hari Raya.

Jumaat 13/7/2018
The Puteri Pacific Johor Bahru.






P/S: Sis ni hati tisu, kadang nampak anak-anak yang comel macamtu, alahaii sayunyaa hati, tapi tahankan perasaan..sedihkan :(



BANDUNG TRIP 5D 4N - DAY 1

$
0
0
BANDUNG TRIP 5D 4N - DAY 1 | Untuk sekian kalinya Sis ko ni rajin sangat nak update cerita yang bertunggak dah hampir dua tahun untuk dikongsikan dalam blog ni. Hahahaha harap jangan ada yang kecam Sis ya. Maklumlah sebelum ni, mood menulis tak sampai, entah macam mana tiba-tiba rasa nak update pulak cerita percutian ke Bandung bersama sahabat bacpackers Sis, Retna. Kami pergi hanya berdua sahaja. Bagi Sis inilah masa untuk 'me time' untuk Sis. Janji dengan keizinan Suami. 
Cuma apa yang nak Sis kongsikan, hanya semua gambar dan tempat di Bandung yang kami pergi aje, segala liku-liku perjalanan dari awal tu, Sis taknak cerita, kang berjela-jela jadinya, Sis memang nak share tempat-tempat yang menarik yang kami pergi sahaja okay. 


Percutian ke Bandung ni, kami amik pakej travel tours dari'Diati Tours'. 

Day 1# 
- Pick up at Bandung airport, flight arrival @08.05 A.M
- Visiting Farm House Lembang
- Visiting Tangkuban perahu
- Visiting ciater hot spring
- Lunch
- Visiting floating market lembang
- Visiting Rumah Kain
- Visiting dusun bambu 
- Dinner at Kampung Daun 
- Transfer to hotel 



Farm House Lembang. 
Tempat ni macam kat Bukit Tinggi gitu suasananya. Bezanya di sini senibinanya lebih kepada Belanda. Cuma kawasan dia besar. Tempat nak amik gambar pun semua sudut cantik-cantik. 


Farm House Susu Lembang.
Sampai sini mesti rasa susu ni tau. Baucer percuma untuk claim susu. Ada coklat dan original susu.
Dalam sni ada banyak tempat menarik korang boleh pusing-pusing, dari atas sampai ke bawah. Jangan lupa nak atas untuk ke rumah The Hobbit, masa kami pergi tu ramai sangat orang, jadi kami tak naik atas, hanya bergambar di bawah sahaja.
Nantilah next entri Sis kongsi gambar gambar sekitar Farm House ni yer.


Tangkuban Perahu
Masa sampai sini, kemain sejuk uii, angin kuat, dah macam kat negara omputih rasa. Orang pulak ramai, tapi kami redah je berposing, boleh pulak abang-abang menjual tu offer diri nak amikkan gambar, tapi korang hati-hati, ada makna tu, dia suruh beli barang jualan mereka hahaha. 


Cantikkan tempatnya. Teruja pertama kali tengok. Selalu tengok gambar, kali ni tengok depan mata. Banyak gambar kami posing depan kawah ni, kalau nengok nak muntah hijau hahahaha.


KLC Resto.
Tempat supir bawa kami lunch. Ya Allah perut lapar gile ko hahaha. Nasib baik makanan dia sedap-sedap bangat!


Dah lupa apa nama menu-menunya, tapi semua sedap. Licin kami berdua makan. Tak mahal juga, kira okay berbaloi dengan apa yang di hidangkan. 


Floating Market
Di sebabkan kami baru lunch, jadi bila ke sini, tengok semua benda jadi kenyang huhuhu bagus pak supir tu, kalau tak maunya semua nak di belinya hahaha. 


Gerai-gerai dia semua atas sampan tu. Yelah kata floating, mesti le atas sampan terampung-ampung gitu. Macam-macam ada, yang pelik tak pernah korang makan pun ada. Kami berdua cuma beli tauhu goreng pedas tak silap kot masa tu. Sebab dah kenyang baru lepas akan lunch hehehe. 


Kedai Kain.
Pak Supir kata kita ke sini dulu, boleh pilih kain, kalau suka, terus buat tempahan jahit dan siap. Waaa menarikkan, kain-kainnya semua sulam cantik-cantik. Murah, jauh beza dengan harga kat Malaysia. 


Tengok tu, Retna siap pilih kain dan siap ukur dan jahit. Katanya nanti malam atau besok sudah siap, dia hantar terus ke hotel. Pantaskan! .
Jahitannya pun kemas, siap di suruh test dulu masa hantar, kalau ada tak kena nak adjust, dia betulkan semula. Servis tip top.


Dusun Bambu 
Tempat dia sangat cantik. Pak Supir tu siap kata, nak ke sini petang sikit, supaya nampak matahari nak jatuh, nanti tempatnya cantik. Memang betul. Cantik gile suasana dia. 


Lama juga kami kat sini melepak, sampai dah nak gelap. 
Pergi berdua, jadinya tak gambar dia, gambar Sis, gitu aje lah, sebab pak supir dia tak ikut sama, dia tunggu je kita sampai siap hahahaha. 


Kampung Daun.
Supir bawa kami dinner di sini. Sangat best tempat ni, kena jalan kaki masuk ke dalam tu sambil lihat suasana keliling. Ada sungai kecil di setiap tepi pondok meja kita makan tu. Macam ala-ala kampung gitu. 


Inilah dinner kami. Jangan tanya apa, dah lupa apa nama menunya hahaha. Yang ingat sedap, tu jer hehehe. Sis kalau makan semua memang sedap. Tak kisah, tak cerewet, bagus tak Sis hahahaha.


Fave Hotel.
Dan setelah seharian berjalan, akhirnya dapat juga check in di hotel. Letih jangan cakap, tapi puashati!
Inilah hotel tempat kami menginap selama 5 hari 4 malam. 
Selesai untuk Day-1

OKay nanti kita sambung Bandung Trip - Day 2 pulak yer.






P/S: Rindu pulak tetiba nak ke Bandung lagi. Nanti pergi lagi sekali, bawa incik Suami pulak, honeymadu untuk yang ke 25tahun nanti hehehe. 


NIKMATI SAJIAN MAKANAN JOHOR 'BEST OF JOHOR' by MAKAN KITCHEN DI DOUBLE TREE by HILTON JOHOR BAHRU

$
0
0
NiKMATI SAJIAN MAKANAN JOHOR 'BEST OF JOHOR' by MAKAN KITCHEN DI DOUBLE TREE by HILTON JOHOR BAHRU | Baca tajuk sahaja mesti korang dah terbayang-bayang sajian makanan Johor yang paling korang sukakan? Kalau Sis, terus teringat Laksa Johor dan Asam Pedas. Kalau korang? Mesti sama kan hehehe. 

Yelah, dah nama pun orang Johor mesti serba sikit tau menu-menu masakan Johor dan juga mesti ada menu pilihan utama yang mesti nak makan kan? Cuma terkadang agak susah nak cari semua menu yang ada, kenalah ke satu tempat dan ke satu tempat untuk nikmati pelbagai menu masakan Johor. Tapi untuk kali ni korang jangan risau dan susah nak mencari, korang boleh pergi ke Makan Kitchen DoubleTree by Hilton Johor Bahru. 

Bermula 1st August hingga 30th September, Makan Kitchen akan menyediakan buffet menu masakan Johor yang bertemakan 'Best of Johor' yang bakal menghidangkan semua menu masakan Johor. Jadi korang boleh nikmatinya dengan sepuas-puasnya dan merasai kesemua menu masakan Johor yang di masak oleh Chef Mahathir. 

Jom kita lihat antara menu utama yang akan di sajikan .


Antara menu yang menjadi tumpuan semestnya Laksa Johor. Kalau orang Johor kalau tak pandai makan Laksa Johor, bukan Johor namanya hehehe. 


Dan tak lupa asam pedas Johor. Cuma kalai ini Makan Kitchen menyajikan Asam Pedas Ekor Lembu yang akan memikat pengemar asam pedas dengan keenakkan rasa asli Johornya.  Sangat lembut isi ekor yang di masaknya.  


Urap Pucuk Ubi sebagai pembuka selera bagi segala menu. Makan begitu sahaja pun sudah sedap, nak makan dengan nasi pun lagi sedap. Yang suka akan urap-urap pasti suka. Terdapat juga Urap Jantung Pisang . 


Mee Rebus Tulang Rusuk antara pilihan utama juga akan jadi tumpuan. Biasa kita di hidangkan dengan mee rebus biasa kan? kali satu kelainan, di sini di sajikan mee rebus Tulang Rusuk. Mesti cuba ni yer. 


Sup Ayam Berempah. Lain dari yang lain. Rasa rempah dalam sup tu sangat sedap. Boleh juga di makan bersama dengan roti nan. Mesti cuba ni. 


Pais Ikan Tenggiri, Pepes Ikan dan otak-otak juga ada di hidangkan. Memang kalau pengemar pais, pasti akan suka rasanya, rempahnya cukup dalam perapan ikan tu, dan rempahnya serap hinggakan aroma pais tu harum baunya. 


Kuih muih tradisional Johor juga ada. Seperti kuih lopes, koleh kacang, goreng pisang tanduk, tempe goreng, sagu gula melaka dan yang paling bestnya cendol durian ..


Nasi Beriani Gam Johor salah satu menu masakan Johor yang paling ramai orang suka. Pengunjung luar dari Johor pun ada juga ke Johor semata nak makan nasi beriani gam ni. Jadi korang jangan susah, di sini pun ada juga di hidangkan. Memang the Best!


Rojak petis dan rojak buah. Menu pembuka selera juga ada di hidangkan. Di makan bersama berjenis-jenis sambal termasuk sambal petis. Korang boleh buat pilihan sendiri. 


Ikan Kerapu Masak Stim . Untuk menarik lagi pengunjung selain dari pengunjung melayu, juga di sajikan bersama menu utama kesukaan kaum cina dan india. Jadi mereka boleh sama-sama duduk makan sambil menikmati pelbagai pilihan samaada menu melayu, cina atau menu india. 


Roti Nan dan juga Tandori Lobster antara menu india yang di serasikan bersama dengan menu melayu dan juga menu cina. Korang boleh makan dan rasa kesemuanya dalam satu masa, 


Papadom, Udang masak sos, dan juga sayur goreng cendawan.


Dan yang paling menjadi tumpuan semestinya Kek Durian . Makan Kitchen memang terkenal dengan kek duriannya, sebab itu pencuci mulut ni menjadi kesukaan ramai. 
Dan lainnya ada cendol durian dan juga teh & kopi. 


Antara team #JDTblogger yang berpeluang untuk hadir di Media Review kali ini. 
So korang jangan tunggu lagi, boleh booking untuk tempahan awal. Hubungi nombor yang di bawah ini dan buat tempahan sekarang. 

Antara menu yang di sediakan :

Nasi Briyani Gam Johor
Rendang Tulang Rusuk
Otak-otak Stim dengan Kuah Laksa
Ayam Ungkep
Asam Pedas Ekor Lembu
Kambing Kuzi
Chicken Makhani
Slipper Lobster Tandoori
Assorted Naan Bread
Prawn Supreme Soy Sauce
Steam Grouper Fish with Fungus And Beancurd Skin
Puyuh Percik
Pais Ikan Tenggiri
Pepes Ayam
Paru Sambal Skewer.

Ulam-ulaman.. Dengan aneka sambal
Rojak buah-buahan dengan Keropok Malinjo
Urap Pucuk Ubi
Urap Jantung Pisang
Kacang Pol.

Mee Rebus Tulang 
Laksa Johor
Tempe Goreng & Pisang Goreng dengan Sambal Kicap
Kuih Lopes dengan Gula Melaka
Kuih Kacau Keledek
Kuih Koleh Kacang
Sago Gula Melaka
Durian Cake
Cendol Pulut Durian
Coffee/Tea

Best Of Johor by Makan Kitchen @DoubleTree by Hilton Johor Bahru .

Bermula 1st Aug - 30th Sept .
@Makan Kitchen Level 1 . 
Mon - Thu | 6.00pm - 10.00pm
Sun | 6.30pm - 10.30pm .


Rm102 Nett - Dewasa
Rm51 Nett - Kanak-kanak

Untuk tempahan call +607 268 6868
Atau email JohorBahru@hilton.com 






P/S: Memang kalau menu di Makan Kitchen ni memang terbaek! Sangat menepati selera semua kaum dan bangsa. Berbaloi dan puashati.. 


BANDUNG TRIP 5D 4N - DAY 2

$
0
0
BANDUNG TRIP 5D 4N - DAY 2 | Bersambung lagi dari kisah percutian Sis ke BANDUNG TRIP 5D 4N - DAY 1 tu, , untuk hari kedua ini, memang excited sikit, sebabnya, nak ke Trans Studio. Dia macamlah USS Studio macamtu, cumanya kat Bandung ni, tempatnya hanya indoor sahaja, kawasannya pun tak luas. Pagi-pagi lagi supir dah menunggu depan lobi untuk pickup kami berdua. Ramah supir kami ni, muda dan belum berkahwin. Tak bosan kalau di bawa berjalan, sebabnya suka berbual dan lucu bangat hahahaha.

Day 2# 
- Pick up at Hotel
- Visiting trans studio indoor theme park
- Shopping at toko tiga for hunting cheap branded denim/jeans
- Visiting saung angklung udjo
- Shopping at setiabudi factory outlets area (rumah mode, fashion world etc) 
- Dinner at Dago highland

**Okay nak bagitau dulu ye. Yang Sis bagi inttenery di atas ni dari Bandung Trip 5D 4N - Day 1 tu, itu semua plan asal dari Travel. Tapi bila dah berjalan, korang faham-faham ajelah, kadang plan asal jadi plan B. So yang Sis bagi ni plan A dari pihak Travel. 

Sama juga entri sebelum ni, kita layan aje gambar dan serba ringkas apa yang Sis ingat ye, cuma kali ni Sis belanja 3 keping gambar plak hahaha. Maklum nk cerita lebih-lebih memori dah tak berapa kuat nk ingat sejak dah umur 42tahun ni hahahaha. 
Jangan kecam Sis okay :p ..


Trans Studio indoor theme Park 
Gambar ni di depan pintu masuk Trans. Supir kata kena pergi awal, kalau lambat penuh, ramai orang. Jadi pepagi dah terpacak kat sini. Tiket semua supir dah sediakan sebab kos semua siap tiket entrance. 
Gambar ni adalah gambar pertama supir amikkan hahaha. *Panjang gile kaki Sis ko hahahaha. 


Sebelum masuk ke dalam, mata dah menjeling ini roller coaster. Eee menggigil lutut bila si Retna kata 'jom kita naik', jangan oiii buat keje, ada kang naik ambulan aku hahahaha. Rasanya ini aje satu permainan outdoor dia. Tapi nak masuk kena dari dalam juga. Aje gile ek tegak macam tu..oiii tobattt!! 


Jalan-jalan jumpa kawan-kawan ceria ni hahahaha. Adeii pose aje le dah mereka ajak bergambar sama hahaha. Banyak tempat korang bole jalan-jalan dan main dalam ni, nampak kecik, tapi bila dah masuk besar rupanya. Cuba teka, agaknya permainan apa yang Sis ko naik gan Retna, macam nak pecah anak tekak menjerit hahahahaha. 


Trans Studio Mall
Dah penat main-main kat theme park tu, masa lunch pun kami tak keluar lagi, cari makan dalam Mall tu je. Supir dah pesan jam 2pm mesti keluar dari sini, so kita makan aje sekali. 


Apa nama menunya pun dah lupa. Tapi kami berdua konon-kononnya, nak cubalah menu pelik-pelik gitu. Nasiblah juga boleh masuk dek tekak, amekkawww hahaha nak sangat kann. 


Siap lunch Supir dah tunggu dengan senyumannya hahaha. Kejap ye tengah ingat-ingat apa nama supir ni hahaha. Lupa dah. Nanti ingat Sis sebut namanya ye. Ok sekarang kita ke Saung Angklung Ujlo. 


Saung Angklung Ujlo 
Di Bandung kalau pelancung datang, travel-travel agensi kebanyakkannya akan bawa mereka ke sini. Di sini satu-satu tempatnya yang ada mempamerkan berjenis permainan angklung dan permainan muzik tradisional berkurun lamanya. Siap ada persembahan. Sebab tu Supir kata kena ada kat sini jam 3pm. 


Sebelum persembahan bermula, kami semua di beri sorang satu angklung. Nampak sama tapi rupanya berlainan jenis dan bunyi ko. Pestime baru tau tau hehehe. So agak jakun sekejap bila dah di ajar, terus boleh main jadi lagu hahahaha. 


Tapi apa yang bestnya, persembahan mereka. Dari anak kecil, dewasa hinggalah kepada ketua penaungnya (berbaju hitam depan), memang hebat sekali, tepuk tangan sekuatnya yang Sis ko bagi tau. Sangat enjoy dan korang tau, siap Sis ko di panggil menari ke depan sesama di akhir waktu perpisahan hahahaha. 


Okaylah kasi satu lagi gambar hahaha. Sebab geramkan tengok bebudak kecik ni main angklung sambil buat persembahan. Lagu-lagu dia plak kemain rancak ko. Kira macam persembahan musical gitulah. Comel tak comel? Yee Sis ko memang comel hahahaha :p


Kedai Belacan Indonesian Cuisine
Keluar dari Saung Angklung tu dah lewat petang nak Maghrib, jadi supir kata, kita terus dinner dan balik hotel terus berehat.. Esok nak keluar seawal pagi lagi. Jadi pilihan supir malam tu, ke Kedai Belacan. Ini bukan kedai jual belacan ye, ini kedai makan hahaha. 


Ini menu pilihan Sis malam tu. Di sebabkan siang tadi tak makan nasi, jadi malam kita makan nasi. Sedap nasinya, itu yang Sis boleh kata, apa namanya dah tak ingat. Retna makan Mee Bebek ke apa ntah namanya, tapi memang namanya macamtu. Dan kami syak Retna makan mee tu laa, yang malamnya dia kena keracunan makanan.huhuhuhu. So korang lain kali kalau pergi memana bercuti, jangan makan yang pelik-pelik, takut tekak boleh terima tapi perut tak boleh..


Sambil makan ada persembahan live band. Kalau nampak macam kita aje kat situ kan hahaha. Dah macam special occasion plak khas untuk kami hehehe. 
Retna tu dia tengah video call anak buah dia hahahaha. 


Balik hotel, sesiap mandi solat, teringat tadi ada beli minyak angin.
Kebetulan tengah makan tadi ada orang jual minyak angin roll on ni. Sedap baunya, jadi Sis beli laa. Bila guna sedap weiii, lagi-lagi badan letih kan, sapu kat bahu dan tempat lenguh, nyamann sih...Dan sekarang minyak angin ni dah merata jual kan kat Malaysia. Harga rm7 sebotol. Sis suka bau lavender, segar gitu. 

Dan pada malam tu, kasihan Retna, dia kena keracunan makanan, muntah-muntah dan sakit perut. Yang aku pulak dah penat sangat, tido agak keras tak sedar, sampai termimpi-mimpi orang muntah, sekali rupanya si Retna adeiii.. Nak pergi klinik manalah kita tau, jadi tunggu waktu siang esoknya, minta ubat sama supir.

Okay yang tu nanti kita sambung Day 3 pulak yer. 
dah habis baca? Haaa tepukkkkkk...






P/S: Makanan kat Bandung ni memang pelik-pelik, sampaikan kadang nak makan pun ngeri. Dua kali bagusnya juga kalau kat Korea hehehe. Korea? nanti kita update hahahaha .


KEMPEN 'SAY NO TO STRAWS'

$
0
0
KEMPEN 'SAY NO TO STRAWS' | Sebelum ini kempen 'No Bag Plastic' telah di lancarkan dan masih lagi berkempen hingga sekarang, tapi macam biasa tak berapa nak peduli sebab belum nampak kesan buruk akibat pengunaan beg plastik. Menurut kajian yang dibuat oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, rakyat Malaysia menghasilkan lebih dari 19,000 tan sisa pepejal setiap tahun dan 24% daripadanya adalah plastik. Penggunaan lastik secara tidak terkawal boleh mendatangkan kemudaratan kepada alam sekitar . 

Di Selangor dan Melaka, penggunaan beg plastik di pasaraya telah pun dihentikan sejak tahun lalu .
Tahukan anda, plastik mengambil masa selama 100-500 tahun untuk lupus secara semulajadi. Secara langsung, plastik sebenarnya merupakan ancaman kepada alam sekitar.Oleh itu, pihak yang sedar mula berusaha mencari solusi dengan melancarkan kempen seperti Hari Tanpa Beg Plastik (HTBP), tapi sayangnya masih lagi kurang mendapat sambutan. 

Dan untuk kali ini, pihak bertanggungjawab akan melancarkan hari Kempen “Says No to Straws”

Gambar sumber VitDaily

Terbaru, syarikat makanan segera McDonald’s merupakan syarikat pertama di Malaysia yang akan menghentikan penggunakan penyedut minuman plastik di rangkaian restoran mereka .
Walaupun kempen tersebut masih belum bermula, namun papan tanda kempen sudah pun dipamerkan di sesetengah cawangan untuk memberitahu tiada penyedut minuman akan disediakan. Namun pelanggan boleh meminta terus daripada kaunter .

Kempen “Says No to Straws” itu bakal dilancarkan pada 1 Ogos depan

Jadi lepas ni, kita elak-elakkanlah dari penggunaan bahan plastik berlebihan ya. Siapa lagi nak bantu bumi kita kalau bukan kita kan? 


Sumber asal : Farizan VitDaily 






P/S: Nampak mcD tu, alahaii terbayang plak mexican burger baru dan aiskrim strawberi choc yang baru tu hahaha..jommlaa ke mcD hahahaha


BANDUNG TRIP 5D 4N - DAY 3

$
0
0
BANDUNG TRIP 5D 4N - DAY 3 | Diam tak diam, rajin tak rajin dah masuk hari ke-3 Sis ko update ya. Korang dah baca semua dari Bandung TripDay 1& Day 3 ? Bagusss haaa tepukkk. Bagi yang dah membaca kisah semalam tentunya tau kan keadaan sahabat Sis,Retna, yang semalam malamnya sakit terkena keracunan makanan dan muntah-muntah. Jadinya bangun pagi memang dia tak okay lagi. Jadi kami bagitau supir, yang plan harini tak dapat di teruskan. Sebabnya untuk hari ketiga, ikut dalam plan travel, kami akan ke Jakarta seharian, nak ke Hard Rock Cafe (HRC). 
Tapi mengikut kata supir, perjalanannya jauh, makan masa dalam 2 jam baru sampai. Jadinya untuk tidak terjadi apa-apa di atas jalanan di sebabkan kesihatan Retna tidak mengizinkan, kami sepakat, tunda aje. Tengok pada hari esoknya atau tengok keadaan kesihatan dulu. 

Day 3# 
- 1 Day Trip to Jakarta ( Monas, hard rock cafe jakarta, istiqal, ask our driver if you ride bajai)
- Optional kota tua Jakarta, Taman Mini (you could decide later)
- Back to Bandung

**Okay nak bagitau dulu ye. Yang Sis bagi inttenery di atas ni dari Bandung Day 1, Day 2 tu, itu semua plan asal dari Travel. Tapi bila dah berjalan, korang faham-faham ajelah, kadang plan asal jadi plan B. So yang Sis bagi ni plan A dari pihak Travel. 

Yup yang di atas adalah plan asal dari pihak travel. Tapi bak kata Sis, tengok masa dan tengok kesihatan. Kena pada kami, kesihatan tidak mengizinkan, jadi kami tukar ke plan B. Alhamdulilah semuanya baik-baik aja.


Fave Hotel
Pagi tu kami santai-santai dulu, kasi Retna rehat. 
Pemandangan dari tingkap bilik Hotel Fave yang kami duduk selama 5 hari. Pesat sangat pembangunan dia, jalan pun macet ko. Dalam jam 9am gitu juga, kami call supir suruh amik, kami nak sarapan, pusing punya pusing, akhirnya kami makan di mcD. Sama je macam kat Malaysia menunya. Buat alas perut dulu. lepas makan kami balik hotel semua dan rehat dulu. Retna tidur dulu kasi rehat.


Nasi Padang Minang
Tengah hari supir call nak bawak makan. Kami bagitau supir nak makan nasi padang minang. Jadi supir bawa kami ke sini. Sekitar tempat kami duduk juga, tapi ke bandar sikit. Kami pun dah lupa apa nama kedainya. Sebabnya hari ketiga tu hujan bumi Bandung. 
Menu dia semua biasa-biasa je bagi Sis, kami amik menu yang nak di makan aja. 


Cumanya yang ini..erkkkk tekak ku tak boleh masuk itu kuahnya. Kalau tengok macam sedap, sekali makan erkkkk...Lepas ni jangan beli lagi hahahaha.


A Truly Brownies
Selepas tu supir bawa pula ke tempat jualan Brownies. Kek-kek lapis pun ada juga. Tapi yang ni kurang besar, ada satu lagi tempat yang Kartika Sari tu, haaa yang tu kami pergi juga dan kami memborong hahaha. 


Kartika Sari
Ya selepas tu kami ke Kartika Sari. Ini suasana sebahagian dalam kedainya, tak dan masa tu nak amik gambar, orang ramai, dengan pegang bakulnya lagi. Nak bergambar luar kedai pun tak dapat sebab hari hujan. Jadi sipi-sipi je amik gambar kat dalam hahaha. Kawan Sis Retna sakan memborong masa ni hahahaha. 


Toko Tiga
Selepas dah membeli segala brownies dan kek-kek, kami di bawa supir ke sini, Toko Tiga. Tempat ni memang femes kan. Kalau ke Bandung mesti orang kesini. Dia menjual segala jenis branded Jeans dan tshirt dengan harga yang murah. Kalau banyak beli dapatlah harga borong, jauh beza dari harga sebenar di Malaysia. Sis? Rugi kalau tak membeli, mestilah borong oiiii hahahaha. 


Bakso Semar
Lepas aje keluar dari Toko Tiga tu, supir bawa kami pusing-pusing ke bandar Bandung. Semua tempat bersejarah dia bawa pusing, cuma kami tak turun aja, hari hujan renyai-renyai. Jalan pun macet (jem). Pusing punya pusing, tetiba teringat nak cuba Bakso di sini. Tanya supir, mana ada jual Bakso yang ramai orang pergi makan, dia kata ada. Lalu di bawanya kami ke sini. 


Kami tak tau nak order macam mana, jadi kami duduk dulu, kemudian orangnya datang, kami hanya tunjuk, nak macam orang sebelah tu punya hahahaha. Macam tulah kami order, terus dia kata ok ok hahahah.
Bila sampai aje Bakso kami, huiiii terkejut kami, betapa besaunyaa mangkuk dia dan bebola dia, gulp! Terus macam ngeri pulak nak makan hahahaha. Kami cuba makan, sekali hirup kuahnya, letak sambalnya, terus Retna pandang Sis, Sis pandang Retna, hahahaha terus terkulat-kulat nak perabiskan.
Dari situ korang faham aje sudahlah hahahaha. 


Stone Cafe
Di sebabkan tadi siang kami makan hanya tengah hari sahaja, yang bakso tu kami tak makan pun hahaha. Jadi malamnya supir bawa kami makan malam di sini, Stone Cafe. 


Bila tengok aja menunya, waaa ada tomyam lah. Apalagi kami order. Nasib baik semua makanan di sini semua ala-ala menu di Malaysia, macam kedai Tomyam gitu, jadi menu kami pilh semua kami boleh makan hehehe. Baru puas makan. Retna pula, keadaannya masih tidak okay sangat lagi, jamah aje sikit-sikit. 
Korang boleh cuba sini, tempatnya pun sangat cantik. 


Ola Family Refleksologi 
Kerana aktiviti kami harini hanya santai-santai aja, dan kesihatan Retna tak berapa baik lagi, selepas makan kami minta supir hantar kami ke tempat spa/urut. Pusing-pusing jumpa ini tempat. Tanya harga semua pun okay, jadi kami pun mengurutlah. hehehehe. Supir tunggu di luar. 


Bila badan dah letih, kaki pun sakit, kena pulak di belai, di urut, kemain syoklaaa kan. hahaha. Boleh lena kat situ di buatnya. Bagus servis dia, pekerjanya pun bagus, lemah gemalai mengurut tapi kuat. Nampak je badan halus, tapi bagus sekali dia mengurut. Lewat juga siapnya. Siap aje semua, terus kami balik hotel .
Supir dah pesan, esok awal pagi ya, sebab esok banyak tempat semua nak pergi. Okay Pak! 

Setiap perjalanan kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Tak semestinya semua yang di rancang akan menjadi kan, jadi kena siap sedia. Plan A tak jadi, buat plan B. Kannn. Ada rezeki next time kita datang lagi. Jommm Retna!

Okay, nak bagitau ni, entri Bandung Day 4 & Day 5, Sis akan sambung minggu hadapannya ye, sebabnya Sabtu - Selasa, Sis berada di luar kawasan, hehehe. Jangan risau, nanti Sis akan update okay. 

Selamat membaca. Ooo dah baca ke? Haaa tepukkkkk







P/S: Kalau pergi bercuti, kena bawak ubat sakit perut juga, kena perut kalah makan, susah juga nak cari ubat. huhuhu *Tips dari Sis .


Viewing all 4674 articles
Browse latest View live