Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all 4663 articles
Browse latest View live

AKU PENAKUT TAPI TETAP JUGA NAK LAYAN NETFLIX HORROR MOVIE

$
0
0
AKU PENAKUT TAPI TETAP JUGA NAK LAYAN NETFLIX HORROR MOVIE | Hahaha tak padan dengan penakut tapi nak juga Sis ko layan Netflix horror movie. Asal bukak je Netflix, ada je cite hantu seram baru, mana tak geram hahaha. Lepas tu bukan main eksen, nengok sengsorang, tapi seluruh alam rumah di bukanya lampu huahuahua.

Sampaikan bila anak Sis balik kerja malam, dia siap menumpang sekali nengok sambil makan hahaha. Selamat kejap ada geng teman. Kalau si kakaknya, jangan harap nak nengok cite hantu, dia kata 'donggeng', hantu entah apa-apa katanya, kalau nak tengok hantu, tengoklah hantu Korea katanya, baru real..ermmm..nak hantu ensem aje ek dia..hampeh!

Baru-baru ni Sis layan horror movie sampai 2 cerita. Mula nengok filem Pengabdi Setan. Kusss semangat punyalah seram gile, muka hantunya je dah menakutkan, berapa kali Sis ko menahan kencing gara-gara takut nak ke tandas hahaha. Anak balik kerja tu barulah pi kencing. Seram gile dia punya suspen hantu.

Ada sekali tu tengah tengok, Suami call, sampai Sis ko tak angkat, duk fokus nengok sebab masa tu hantu nak keluar hahaha. Lepas hantu dah keluar, Sis call Suami balik hahaha. Suami pun bebel gak, bukan apa, kata dia, kang dah tengok, mimpi memacam, pastu kang tak boleh tidur, sakit kepala, huhuhu panjang bebelan Suami..Sis ko dengo aje..

Korang nengok laaa, layan horror movie, boleh geng gan Sis dan Cik Lily Putih , dia pun #KakiNetflix gak hahahaha. Malam tu le kemaruk sampai 2 filem seram Sis ko layan, satu filem indonesia, satu lagi filem Thailand. Yang satu tu arwah bangun semula, yang satu lagi tu hantu langsuir.

Tapi seram pengabdi setan tu tak boleh bawa bincang!
Nasib baik perut rasa takde rasa nak terberak, kalau tak mampos menahan hahahaha.


Pengabdi Setan 

Korang dah pernah tengok ke? Sis pertama kali nengok ni. Filem seram Indonesia 2017 yang dikeluarkan pada 28 September 2017, ditulis dan diarahkan oleh Joko Anwar dan ia merupakan pembikinan semula dari filem 1980 dengan tajuk yang sama yang diarahkan oleh Sisworo Gautama Putra.

Ianya mengisahkan keluarga yang ibunya mengalami penyakit pelik selama 3 tahun. Ibu itu tidak dapat bertahan dan akhirnya mati. Ibu yang mati kemudian pulang ke rumah untuk mengambil anak-anaknya.

Tang Ibunya datang balik tu ler, kemain seram mukanya...tapi...last-last...geng hantu-hantunya kenapa pelik dan kelakar? Hahaha...

Korang nengok le sendiri nanti 😆


Inhuman Kiss 

Yang ini cite baru main wayang tak silap, Sis pernah baca review-review blogger yang pergi menontonnya. Tak sangka dah masuk Netflix. Filem seram Thailand  2019 yang diarahkan oleh Sittisiri Mongkolsiri dan dibintangi oleh Oabnithi Wiwattanawarang, Phantira Pipityakorn, dan Sapol Assawamunkong,

Mengisahkan seorang gadis yang mendapati dirinya telah mewarisi sumpahan Krasue yang membuat kepala dan badannya saat malam tiba terpisah.

Tak silap filem ni main wayang bulan Mac lepas. Tapi cite ni kalau korang pernah nengok filem Indonesia yang Kuyang tu? Haa lebih kurang samalah. Badan berpisah dengan kepala, antu langsuir juga tu, cuma jalan cerita ada beza sikit.

Apa yang Sis nak cakap..kadang kita pun tak tau kita ni manusia ke hantu, macam dalam cite nilah, dia tak tau dia kena sumpahan langsuir,...kesian dia kan...tapi last tu, alaaa sedih laa pulak huhuhu...korang negoklah sendiri ya..

Dah dah, tengok sendiri laaa yer.. nanti Sis nak tengok yang lain pulak, kemain banyak pulak dia masuk cite baru..hehehehe..

OkBai..
Nanti sambung lagi...
#KakiNetflix



P/S: Kalau ada Suami nengok dengan dia, Suami suka menakutkan Sis, dari memang seram, bertambah seram jadinya huhuhu

CARA DAN LAFAZ NIAT SOLAT SUNAT AIDILADHA

$
0
0
CARA DAN LAFAZ NIAT SOLAT SUNAT AIDILADHA | Solat sunat Aidiladha dianjurkan supaya dikerjakan setiap tahun pada 10 Zulhijjah.  Solat sunat ini hendaklah dilaksanakan secara berjemaah dan selepasnya dibacakan dua khutbah oleh khatib (pembaca khutbah).

Waktu bagi solat sunat Aidiladha adalah sesudah terbit matahari, lebih kurang jam 8.00 pagi waktu Malaysia sehinggalah kepada sebelum masuk waktu Zohor.

Cara melaksanakan solat sunat Aidiladha adalah sama sebagaimana solat sunat Aidilfitri, cuma perbezaannya adalah dari segi niat. Solat sunat ini biasanya dilakukan lebih awal berbanding solat sunat Aidilfitri kerana selepas solat, jemaah bersegera melakukan ibadat korban.

Solat sunat hari raya haji (Aidiladha) hukumnya sunat Muakkad (sangat digalakkan). Segala rukun, syarat serta sunatnya adalah sama seperti solat biasa. Cuma ditambahkan dengan bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara setiap takbir.


Suka tengok gambar ni. Kredit pic SINI  

Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Dan Tasbih


Berikut adalah lafaz niat solat sunat aidiadha dan tasbih beserta makna.

Lafaz niat solat sunat aidiladha (untuk makmum)

اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

Lafaz tasbih

سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلآ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ
Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar.

Cara Menunaikan Solat Sunat Aidiladha

Rakaat Pertama

- Mulai dengan lafaz takbiratul ihram, dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat solat aidilfitri/aidiladha di dalam hati.
- Membaca doa iftitah.
- Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.

- Membaca surah Al-Fatihah.
- Membaca surah Al-Quran (disunatkan membaca surah Al-A’laa).
- Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat kedua

- Mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
- Lafaz takbir lima kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
- Membaca surah Al-Fatihah.
- Membaca surah Al-Quran (disunatkan dalam rakaat kedua membaca surah Al-Ghaasyiyah).
- Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
- Memberi salam.

Khutbah Aidiladha

Adalah disunnahkan untuk dilaksanakan khutbah sesudah mengerjakan solat Hari Raya. Khutbah Aidiladha sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya.

Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.

Moga menjadi peringatan bermanfaat.. Amin..
#SisSharing



P/S: SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA korang!!

RESEPI RENDANG DAGING POWER

$
0
0
RESEPI RENDANG DAGING POWER | Esok raya! Mesti semua memasing tengah sibukkan memasak di dapur. Tengah merebus ketupat, buat ketupat palas, lemang, dan ada juga tengah merendang. Yes! Apalah nikmat hari raya kalau takde rendang dan ketupatkan...kannn..

Memang family Sis dari rumah Emak hingga ke rumah Sis, kalau kata nak raya, mesti nak masak hari raya. Menu tetap sama, ketupat, lemang, rendang, lodeh, sambal kacang, tu menu wajib ada! Kami semua memang tak pandai nak makan atau masak menu lain selain menu raya. Tak kisahlah raya haji atau raya puasa sekalipun.

Yer ada orang lain-lain kan, dan ada juga terus tak masak pun adaaa...tak tau kenapa hehehe..masing-masinglah kan..tapi rumah Sis dan rumah Emak, mesti nak masak! Makan dari pagi membawa ke petang dan malam.

Untuk raya haji ni, Sis nak cubalah resepi rendang power ni, nampak macam sedap sungguh! Rendang ada banyak versi dan resepi, lain tangan lain rupa dan rasa rendangnya. Kalau Suami tak kisah, rendang apa versi pun, janji lauk kambing dia ada hahaha..Itu yang dia cari dulu.

So untuk yang ini Sis kongsikan resepi Rendang Daging Power ni. Kotlah korang pun tengah nak mencari resepi rendangkan, haaa bolehlah cubanya okay!

Gambar kredit dari blog tu juga.


Resepi Rendang Daging Power 

BAHAN-BAHAN

1 sudu besar biji ketumbar *
1 sudu besar jintan manis*
1 sudu besar jintan putih *
1/2  sudu besar lada hitam*
5 tangkai cili kering*

- Sangai bahan-bahan bertanda* sampai cili kering jadi rapuh.. api slow je
- Dan kisar kering sampai halus(ketepikan)

1 kg daging(potong nipis) @ seekor ayam
5 ulas bawang merah kecik**
4 ulas bawang putih**
2 inci halia**
2 inci kunyit hidup **
4 btg serai**
1 inci Lengkuas**
10 tangkai cili kering** (rebus dulu) nak pedas lagi lebihkan
3 sudu besar kerisik

Minyak masak secukupnya
Sekilo santan
Garam
Daun kunyit & Daun Limau purut (hiris halus)

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Kisar bahan-bahan bertanda **
2. Tumis bahan-bahan kisar sampai garing dan pecah minyak
3. Masukkan rempah yang dikisar halus tadi.. kacau sebati
4. Masukkan daging.. air daging akan keluar sendiri
5. Bila air daging dah agak kering sikit.. masukkan santan masak sampai pekat
6. Masukkan kerisik.. Tabur daun kunyit
7. Rasakan dengan garam.. kalau suka manis nak letak gula pun boleh

Resepi Sis ada edit untuk pemahaman Sis .

Resepi asal : http://resepisheilarusly4u.blogspot.com/2018/03/resepi-rendang-daging-power.html


P/S: Dah terasa-rasa dek anak tekak ni haaa..dah Jom memasak untuk berbuka puasa!

TAKBIR HARI RAYA

$
0
0
TAKBIR HARI RAYA | Takbir adalah bertujuan untuk membesarkan dan mengagungkan Allah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Nya. Ianya adalah cara yang dianjurkan oleh Islam untuk menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan kita di atas ibadah wajib dan sunat yang kita lakukan pada Aidil Fitri dan Aidil Adha serta hari Tasyriq.

Ianya dilafazkan dengan suara yang nyaring sama ada di rumah, di jalan-jalan dan di tempat-tempat awam.

Perlu difahami bahawa cara melakukan takbir hari raya tidak sama dengan cara melaksanakan azan. Dalam syariat azan, seseorang dianjurkan untuk melantangkan suaranya sekeras mungkin. Oleh kerana itu, para juru azan di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam seperti Bilal, dan Abdullah bin Umi Maktum ketika hendak azan mereka naik, mencari tempat yang tinggi. Tujuannya adalah agar azan didengar oleh banyak orang.

Namun ketika melakukan takbir hari raya, tidak terdapat satupun riwayat bahawa Bilal naik mencari tempat yang tinggi dalam rangka melakukan takbir. Beliau melakukan takbir di bawah dengan suara keras yang hanya didengari oleh beberapa orang di sekelilingnya saja.

Oleh kerana itu, sebaiknya melakukan takbir hari raya tidak sebagaimana azan. Ini kerana dua syariat ini adalah syariat yang berbeza.

Perbezaan Takbir Hari Raya AIDILFITRI Dan AIDILADHA

Ulama membahagikan takbir raya kepada dua jenis; Takbir Mursal dan Takbir Muqayyad.

1. Takbir Mursal: Ia juga disebut Takbir Mutlak, kerana perlaksanaannya tidak terikat dengan waktu solat. Justeru, apabila tenggelam matahari pada malam Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfiri sehingga takbiratulihram Solat Hari Raya, kita disunatkan untuk bertakbir sepanjang masa. Para ulama menetapkan bahawa perlaksanaan Takbir Mursal bagi Hari Raya Aidilfitri lebih ditekankan berbanding Hari Raya Aidiladha.

2. Takbir Muqayyad: Perlaksaanan takbir ini terikat dengan perlaksanaan solat-solat maktubah (solat fardhu lima waktu). Oleh itu, apabila masuk waktu bertakbir Hari Raya Aidiladha, kita disunatkan untuk bertakbir selepas setiap kali solat fardhu. Takbir Muqayyad ini hanya berlaku bagi Hari Raya Aidiladha dan tidak disunatkan pada malam Hari Raya Aidilftri melainkan Takbir Mursal sahaja yang juga lebih ditekankan bagi Aidilfitri

Rujuk artikel penuh: https://bit.ly/2JUeL6X


 Takbir dilafaz dan dilaungkan pada empat keadaan:

Sebelum solat hari raya. 
Iaitu setelah terbenam matahari pada malam hari raya hinggalah sebelum imam menunaikan solat hari raya.

Dalam solat hari raya. 
Di mana pada rakaat pertama kita akan melakukan 7 kali takbir dan diselangi dengan tasbih dan pada rakaat kedua 5 kali takbir dan diselangi dengan tasbih.

Dalam khutbah. 
Iaitu pada khutbah pertama khatib akan bertakbir 9 kali takbir dan pada khutbah kedua sebanyak 7 kali takbir.

Selepas solat (bagi Aidil Adha).
Semasa Aidil Adha semua orang Islam sama ada yang mengerjakan haji atau pun tidak, sunat bertakbir selepas setiap solat fardhu atau solat sunat. Ini bermula dari solat subuh hari Arafah (subuh 9 Zulhijjah) hinggalah selepas solat Asar hari Tasyriq yang terakhir.

Hal ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-Baqarah 185,

وَلِتُكْمِلُوا العِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Yang bermaksud, …dan juga supaya kamu cukup bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.[1]

Dan hadith Nabi saw,

 أَنَّ النَّـبِيَّ (ص) ضَحَّى بِكِبَـشَيْنِ أَمْـلَـحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ، ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ، وَسَمَّى وَكَبَّـرَ
Yang bermaksud, Nabi saw menyembelih dua ekor kibasy yang bertanduk besar sebagai qurban dengan tangannya sendiri sambil menyebut nama Allah dan bertakbir…

Lafaz Takbir Raya 


Erti Bacaan Takbir Raya

Allah maha besar (3X)
Tiada Tuhan selain Allah
Allah maha besar
Allah maha besar dan segala puji bagi Allah.

Allah maha besar lagi maha sempurna kebesarannya,
Segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya,
Dan maha suci Allah sepanjang pagi dan sore.
Tiada Tuhan selain Allah dan tidak ada yang kami sembah kecuali hanya Allah,
dengan ikhlas kami beragama kepadanya, walaupun orang-orang kafir membenci.
Tidak ada Tuhan selain Allah sendiri; Benar janjinya, menolong hambanya, memulihkan tentaranya, dan mengusir musuh-musuh (Nabi)nya sendirian.
Tiada Tuhan selain Allah, Allah maha besar. Allah maha besar dan segala puji bagi Allah.



P/S: Sayu hati mendengar takbir raya ... Allahuakbar!

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1440H/2019

$
0
0
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1440H/2019 | Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua rakyat Malaysia dan khususnya pembaca blog @akusislin. Kepada yang lain-lain Sis ucapkan selamat bercuti.

Dan Sis juga mengucapkan Selamat Menunaikan ibadah haji dan ibadah qurban. Semoga ibadah yang dikerjakan diterima Allah s.w.t.

“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.

Semoga kisah pengorbanan Nabi Ibrahim masih segar dalam ingatan.

Apa sahaja yang kita korbankan keranaNya, semoga diterima dan mendapat ganjaran daripadaNya, inshaaAllah.


Korang raya di mana tu?

Sis pagi nanti macam biasa, ke rumah Emak, Suami semua solat hari raya mesjid depan rumah Emak aja, then petang nak ke rumah adik menjamu masakan daging kurbannya. Katanya nak masak sup tulang power! Perghh sedapnya..

Sis masak tak? Of course le masak, rendang daging, ayam masak merah semua dah siap dah masak tu. Cuma Subuh nanti nak masak sayur lodeh. Tahun ni Suami kata tak payahlah masak kambing, nanti dapat daging kurban, banyak sangat makan daging katanya.

Betul juga kann, so masak apa seadanya ajelah kali ni.
Dan terima kasih buat Suami, tak sangka raya haji pun dapat hadiah ek hehehe ..

So, korang...enjoy the hari raya ya!
Makan daging tu beringat-ingat tau!..



P/S: Selamat Hari Raya Aidiladha! Semoga takbir yang bergema membawa seribu keberkatan bersama-sama erti pegorbanan sebenar.

LIRIK LAGU SUARAMU SYAIRKU - HARRY KHALIFAH

$
0
0
LIRIK LAGU SUARAMU SYAIRKU - HARRY KHALIFAH
Album : Suaramu Syairmu - Single
Label : Harry Khalifah

Pandanglah Aku hembuskan nafasmu
Kerana Aku amat merindukanmu
Janganlah Jangan kau jauh dariku
Tanpa Wajahmu kelam duniaku

Bisikan Aku katakan cintamu
Kerna Suaramu bersyair laguku
Dendangkan Aku dengarkan padaku
Dakaplah Aku wahai kekasihku

Bila Bermimpi kamu
Jaga Dari tidur ku
Aku Sebut nama mu
Aku Seru cinta mu

Engkaulah Kekasihku
Hanya Engkau nyawa ku
Aku Lah perindu mu
Aku Lah pencinta mu

Bawaku Bersama mu
Agar Hilang resah ku
Eratkan Dakapan mu
Dekatlah Pada ku

Cinta Berpadu

Bila Bermimpi kamu
Jaga Dari tidur ku
Aku Sebut nama mu
Aku Seru cinta mu

Engkaulah Kekasihku
Hanya Engkau nyawa ku
Aku Lah perindu mu
Aku Lah pencinta mu

Bawaku Bersama mu
Agar Hilang resah ku
Eratkan Dakapan mu
Dekatlah Pada ku

Bisikan Aku katakan cintamu
Kerna Suaramu bersyair laguku
Dendangkan Aku dengarkan padaku
Dakaplah Aku wahai kekasihku






P/S: Macam biasa, Suami hantar link ke wahtsapp lagu ni...kalau tak, Sis ko tak tau pun lagu ni. 

KENAPA TULANG KORBAN ATAU AQIQAH KENA TANAM? - USTAZ LOVE

$
0
0
KENAPA TULANG KORBAN ATAU AQIQAH KENA TANAM - USTAZ LOVE | Pernah dengar tak orang tua dulu kata, kalau kita kurban lembu atau kambing, tulang-tulang tu semua kita kena tanam? Ada dengar? Kalau family Sis yer, arwah Atuk yang bagitau macamtu, sampaikan kami semua kalau makan tulang kurban, kami semua kumpul dulu, kemudian pergilah tanam di belakang rumah, Ermmm...

Tapi rupanya, ianya tidak perlu. Kenapa? Sis pun baru tau. Meh baca huraian dari Ustaz Love mengenainya. Cuma Sis ada edit sedikit dan copy dari sumber pelbagai sana sini untuk melengkapkan penjelasan mengenai kes ni. Ilmu ni, kena baca.


Perlu Ke Tanam Tulang Daging Kurban atau Aqiqah? 

Sebenarnya keistimewaan korban dan aqiqah itu bukanlah pada daging dan tulangnya, sebaliknya pada niat dan falsafah yang terkandung di sebaliknya.

Contohnya korban itu adalah sebagai memperingati peristiwa besar pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s.. iaitu pengorbanan agung yg dilakukan semata-mata kerana Allah.

Begitu juga dengan aqiqah, sebagai melahirkan rasa kesyukuran atas kelahiran anak, dan berkongsi kesyukuran itu dengan orang lain (melalui penyembelihan aqiqah dan membuat kenduri kesyukuran dan sebagainya).

Bukanlah daging korban dan aqiqah itu rasanya lebih sedap daripada daging lembu atau kambing yang kita beli di pasar-pasar, ataupun dagingnya lebih lembut ke, atau dagingnya akan menjadikan kita kuat bagai harimau ke (apa kes makan kambing bleh jadi sekuat harimau? Hahaha 😆

Hakikatnya, sama je daging korban atau aqiqah dengan daging biasa. Kalau daging korban atau aqiqah boleh dibuat masak kicap, begitu juga dengan daging hasil daripada sembelihan biasa.

Begitu juga dengan tulang temulangnya, serta tahi dan perut serta organ dalamannya yang tak dimakan. Sama saja mcm lembu-lembu dan kambing-kambing yg bukan untuk tujuan korban atau aqiqah. Buangkan saja di mana-mana sekalipun..

Jangan buat kat tepi masjid dah la.. Imam pakai minyak atar sebotol pun, jemaah tetap akan terbau najis 😆

Buanglah di tempat-tempat yang sepatutnya. Di tempat pembuangan sampah la kan, takkan nak buang kat parking lot plak. Takde masalah nak buang macam tu. Tak perlu nak simpan atau kumpul-kumpul tulang, kemudian baru nak tanam, ini bukannya anggota mayat manusia nak kena tanam-tanam.

Cuma, kemungkinan orang dulu-dulu menggunakan kaedah menanam tulang itu sebagai suatu cara yang lebih bersih. Takde la bersepah-sepah tulang sana sini. Sebab manusia takde yang makan tulang, cuma makan sup tulang.. itupun cuma lendir-lendir dalam tulang, dan bukanlah memakan tulang itu secara direct dengan melakukan kokakkan (gigitan), yang makan tulang macam tu, hanya jin je ..

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2018/08/sup-tulang-daging-kurban-rebusan.html

“Salah seorang dari kalangan Jin telah memanggilku, dan Aku pergi bersamanya, membaca al-Quran kepada mereka.’ Dia membawa kami melihat kesan mereka dan kesan api mereka, dan mereka bertanya baginda mengenai makanan dan baginda bersabda : ‘Bagi kamu semua TULANG yang disebut nama Allah yang kamu perolehi, bagi DAGING pula, dan semua lebihannya bagi binatang kamu’. Nabi s.a.w. bersabda : ‘Maka jangan kamu beristijak (membersihkan diri) dengannya, kerana ia adalah makanan yang diperuntukan kepada saudara kamu’” (HR. Muslim)

Setakat ini, belum pernah menjumpai dalil yang menyuruh menanam tulang-tulang sembelihan korban atau aqiqah, jadi takde masalah kalau nak buang kat tong sampah ke, atau nak tanam dalam tanah ke, jangan gi buang kat rumah jiran dah la, hahaha 😆

Tapi bagus juga kalau kerajaan mewujudkan satu kawasan yang luas untuk menanam tulang-tulang korban yang dikutip dan disemadikan dalam satu lubang. Bayangkan beratus ribu tulang korban itu ditanam dalam setahun. Kalau dah 100 tahun akan datang, agakagak dah banyak mana tu?
Mana la tau kot-kot ia akan bertukar menjadi minyak mentah.. tapi cukup ke tempoh 100 tahun tu? Rasanya perlukan berjuta tahun kan? Hehehe ..

Berkenaan tulang korban atau aqiqah yang dimakan binatang, perlu diketahui bahawa tiada sucinya tulang-tulang korban itu (sehinggakan ada yang menyangka tulang korban tak boleh dilangkah dan sebagainya). Yang sucinya adalah ibadah korban yang kita lakukan. 

Sebab Allah bagitau dalam al-Quran :

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.” (al-Hajj : 37)

Sekalipun ada binatang lain (seperti anjing ke, serigala ke, semut ke, lalat ke dan sebagainya) nak makan sisa-sisa daging pada tulang itu, maka itu adalah bahagian mereka.. tak perlulah kita risaukan sangat pasal tulang-temulang itu, kita dapat makan dagingnya aje dah bersyukur.

Wallahuaklam
#SisSharing


P/S: Tak sabar rasanya nak masak sup tulang kurban, hirup makan dengan sambal kicap, yumsss!!

THURSDAY AROUND THE WORLD BUFFET DINNER AT AMAYA FOOD GALLERY AMARI HOTEL JOHOR BAHRU

$
0
0
THURSDAY AROUND THE WORLD BUFFET DINNER AT AMAYA FOOD GALLERY | Amaya Food Gallery at Amari Johor Bahru has come up with new buffet dinner promotion until end of October this year (2019).

The buffet dinners are on Thursday, Friday and Saturday from 6.30pm to 10.30pm.

On Thursdays the Around The World Buffet Dinner. Executive Chef Andy Oh and his talented chef's have combed the kitchens of Asia and the Mediteranean countries to bring the best of cuisines from around the world.

A super feast not to be missed!

Around The World Buffet Dinner is at RM 88nett. Senior citizens aged 60 & aboved and kids from 6 to 12 years ols get 50% off the price of the buffet.

Freast your eyes on the carving station that serves Slow Roasted Grass Fed Beef Strip Loin with Herb Crusted Crumbs, Roasted Root of Vegetables with Peppercorn Gravy, Au Jus and Condiments.





For the hot section, you will love the taste of Hainanese Chicken Roce, Spanish Seafood Paella, Turkish Beef Moussaka, Phad Thai Goong, Szechuan Boiled Fish, Italian Osso Buco, Aloo Gobi, Lala Masal Lemak Chili Padi, Penang Char Kuey Teow and Korean Chee Fries Rice .






For soups, the Cream of Leek and Potato Soup and the Indonesian Oxtail Soup are absolutely delicious.



There is also a fresh bread section, assorted crackers, Vietnamese Spring Rolls, Thai Fish Cakes, Deep Golden Chicken Bun Served with Chili Sauce and Condiments.



At the Live station, you can try the Thai Green Papaya Salad (Som Tam) made of shredded green papaya, chili padi, dried shrimps, long beans, cherry tomatoes, lime juice, cashew nuts and Thai Fish Sauce.


If you are craving for seafood, then you will not miss the Seafood on ice station which consists of Fresh Tiger Prawns, Mussels and Flower Clams served with Thai Chili Sauce, Coctail Sauce and Hot Sauce.


Next, walk over to the appetiser corner which has Assorted Local Pickles, Italian Antipasto, Classic Greek Salad and Malay Tumeric Fish Fillet with Achar.

And there is also have a fresh salad bar of greens accompanied by variety of sauce.


Check out the variety of pasta accompanied by Mushroom Ham Cream Sauce and Tomato Vegetables Sauce, Parmesan Cheese and Chili Flakes.


For desserts include Apam Balik, Warm Apple Crumble, Bubur Cha Cha, Tiramisu, Kuih Muih and French Pastries.





Amaya Food Gallery has a special kid's corner where they can play and enjoy their own little buffet of Breaded Fish Fingers, Tempura Chicken Nuggets and Cheesy Potato Wedges.

If you like noodles, check out the Penang Hokkien Noodle Prawn Noodle Soup with fresh prawns, fish cakes, hard boiled cakes, water spinach, bean sprouts, chili paste and fried shallots.





Amaya Food Gallery is located on the 6th floor of the hotel.
Address: 82C, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

For restaurant reservations,  call 07 266 8888 or email: amaya.johorbahru@amari.com


Thurday : Around The World Buffet Dinner
Friday : Super Buffet Dinner
Saturday : Carvery And Panggang Buffet Dinner

From 6.30pm to 10.30pm

Thank you Bobby for having us 💖



P/S: Harga buffet dia berbaloi dengan apa yang korang makan, jangan kata mahal, try and tengok, kenyang tersandar nanti korang makan hehehe..

MENU HARI RAYA HAJI SEMALAM

$
0
0
MENU HARI RAYA HAJI SEMALAM | Assalamualaikum korang! Masih mood berhari raya lagi ke tu? Mestilah kan, masih lagi mesjid dan surau jalani ibadah kurban, takbir raya pun masih berkemundang sehingga hari akhir tasyrik dan kebetulan pulak cuti sekolah seminggu, sakanlah korang berhari raya ek. Sis mood raya dah suam-suam kuku, lagipun Suami pun dah gerak balik Paka pagi tadi, esok sana dah mula kerja, so raya setakat semalam aje la.

Semalam pun, lepas Suami dan anak bujang solat hari raya di mesjid berdekatan rumah Sis, kami makan dulu anak beranak di rumah, kemudian terus ke rumah Emak. Emak pulak tak sihat, 2 hari sebelum raya dia jatuh dan kakinya terseliuh sampai tisu koyak, jadi raya haji kali ni Emak off tak masak, adik Sis Mamanya Mia yang masak. Makanya takdelah sambal kacang Emak raya kali ni.

Dan apalagi Sis pun kenalah juga masak lebih sikit dan bawa ke rumah Emak untuk anak-anak saudara dan Emak juga. Menu raya haji Sis kali ni, sama aje macam menu raya puasa, cuma kali ni takde buat semur ayam atau daging dan takde sambal goreng juga lauk kambing.

Suami taknak kambing, dia minta masak rendang daging lembu aja. Menu permintaan anak biasalah, Ayam masak merah dan juga sayur lodeh, itu aje menu Sis masak untuk raya haji kali ni.


Haa nampak tu, siap-siap bekal nak bawak ke rumah Emak pagi semalam. Ye laa, anak saudara ramai, anak Sis pun kuat makan gak, so kenalah bawak lebih dan pepandailah kan, jangan tau datang rumah Emak, taunya duduk terus makan aje kan, tak patut kan, so kenalah masak juga dan bawak untuk sama-sama kongsi.

Adik Sis pun masak ayam masak merah dan juga rendang ayam kampung. Kemain suka dan banyak Suami Sis makan rendang ayam kampung tu. Sedap pun ye, dan memang peberet dia kalau ayam kampung atau ayam tua ni. Adik yang sorang lagi pun sama, masak menu yang sama dan bawa juga ke rumah Emak, cuma ayamnya aje lain, dia masak kari hehehe.

Adik sorang lagi tak datang pagi, sebab menunggu Suami dia untuk bawa daging dan tulang kurbannya. Petang kata Emak baru dia datang. Siap bawa sup tulang kata Emak, ermm


Ada baca tak yang Sis kata nak cuba Resepi Rendang Power tu? Sis ada share sebelum ni, haaa maka terjadilah dan boleh tahan sedap rendang power ni. Korang bayangkan Sis masak 3 kilo daging, masak sekuali, dan malam tadi selesai semua, licin kuali hahaha.

Suami dan anak bujang paling banyak makan, makan berulang-ulang sampai siap meratah sambil nengok Netflix. Memang semalam aktiviti siang kami anak beranak, makan tidur bangun makan tidur lagi dan makan lagi aje hahaha 😆

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/08/resepi-rendang-daging-power.html


Pagi raya semalam memang lepak aje rumah Emak, tengah hari sikit balik rumah panaskan lauk, kemudian Sis dan Suami dan anak-anak tidur sampai nak terlajak Asar baru bangun. Tidur jenis tak sedar langsung hahaha. Nak kata mengantuk tu idok, tapi Suami kata tidur ular sawo kekenyangan hahahaha.

Then bangun tidur makan, pastu nengok dan layan Netflix sampai ke lepas Maghrib. Malam plan asal nak ke rumah Adik, tapi Adik mesej kata dia masih di rumah Emak, so apalagi, bila kata tak jadi, anak-anak ajak keluarlah, so kami anak beranak lepak dan makan burger di Burger King Sri Alam. Makan dan berboraklah kami anak beranak. Yang Ayahnya suka mengusik, berdekah-dekah kami anak beranak gelak dalam tu.

Itulah cerita raya haji Sis kali ni. Bila dapat berkumpul ramai-ramai. usik mengusik Ayahnya dan anak, jadi ribut kejap. Tapi itulah kebahagiaan kami 💕

So cite raya haji korang pulak macam mana? Masih ada lagi ke lauk raya korang? hehehe.
Sis dah siap cuci kuali dan periuk dah..tekak nak asam pedas pulak dah..



P/S: Syukur alhamdulilah, banyak rezeki dapat daging kurban.

GENTING MALAYSIA SETTLES THEME PARK BATTLES WITH FOX AND DISNEY

$
0
0
GENTING MALAYSIA SETTLES THEME PARK BATTLES WITH FOX AND DISNEY | Genting Malaysia, Twentieth Century Fox Group of companies and The Walt Disney Company have reached a settlement regarding a dispute over a Fox-branded theme park in Genting Highlands.

Under the settlement agreement, Genting Malaysia has been granted a license to use certain Fox intellectual properties. The company is currently updating its development and construction plans to complete the outdoor theme park utilising both Fox and non-Fox intellectual properties. The outdoor theme park will also be renamed.


This is part of the restated memorandum of agreement, Genting Malaysia said in a Bursa Malaysia filing last Thursday.

“The settlement will serve as a big boost to investors’ confidence on future earnings, which would otherwise be clouded by the litigation. In our opinion, the long-term positive implication is much more important than the US$1billion counterclaim against the defendants,” said the group.

The Malaysian casino operator took action against both Disney and Fox in November last year, alleging that the Hollywood pair failed to honour a 2013 deal to license intellectual property for the park outside Kuala Lumpur.

The planned reopening of the outdoor theme park is music to the ears of inbound players, as the repeated delays and uncertainty surrounding the Fox-branded theme park have affected promotion plans of Genting Highlands in overseas markets.

Uzaidi Udanis, Malaysian Inbound Tourism Association president, said: “It will be easier for our overseas counterparts to convince their clients who have been to Malaysia before to revisit the country. Getting repeat visitors to revisit the country and see new destinations and experience new products is a less expensive process as compared with finding new tourists, which involves more advertising and marketing. The theme park will also attract more business event visitors as Genting also has big convention facilities.”

Arokia Das, director, Luxury Tours Malaysia commented: We had earlier forecasted a minimum 30 per cent increase from Asian markets because of the planned opening of Twentieth Century Fox World Theme Park. Now we project the same with the opening of the new theme park, even though it will not be a full Fox theme park.”

More details: https://www.rwgenting.com/



P/S: Tiberrr macam nak ajak Suami ke Genting laaa..anak dah besar ni belum ada naik Genting lagi, masa anak kecik-kecik, ye selalu ke sana hehehe ..

MAKAN DI POLPERRO STEAK HOUSE PUASHATI. SEDAP DAN MURAH!

$
0
0
MAKAN DI POLPERRO STEAK HOUSE PUASHATI. SEDAP DAN MURAH! | Ada yang pernah makan di Polperro Steak House ni? Kalau orang Shah Alam mestilah tau dan dah ada yang pergi makankan? Sebab dia ada banyak cawangan. Bagi Sis ni yang datang dari Johor memanglah agak teruja nak tau, sedap ke tak sedap hehehe.

Tempat makan ni pun anak saudara Suami dan anak Sis yang rekemen malam tu dan terus bawa Sis, Suami dan anak pergi makan malam di sana, kebetulan masa tu kami semua menginap di rumahnya di Klang sewaktu anak Sis konvo di MSU baru-baru ni.

Seboleh-boleh anak saudara abang dan anak Sis nak bawa kami makan di sana, katanya situ best, sedap dan portion dia besar dan banyak, maka ke sanalah kami pada malam tu.

Ternyata memang femes tempat ni kot, masa kami datang, penuh satu kedai, nasib ada juga tempat kosong bahagian dalam tu. Polperro Steak House ni kata anak Sis, ada banyak cawangan, yang kami pergi malam tu di Syeksyen 7 kot rasanya. Sis pun dah lupa.


Masuk dalam duduk aje sekejap, dah ada yang datang nak amik order dan hantar otak-otak, kira servis dia bagus walaupun ramai pelanggan masa tu. Blur juga kejap nak order apa, sebab nengok menu semua sedap. Sori tak amik gambar menu sebab blur masa tu nak order sebab datang duduk aje terus order, tak sempat nak membelek hahaha.

Sis memang tekak rasa nak makan steak daging, so Sis memang order steak daging. Anak saudara Suami rekemen suruh order yang set jumbo. Kalau set jumbo dia set dengan udang galah sekali. Ooo okay kita order dan test.

Suami order Steak Kambing, anak Sis order Salmon Steak, dan anak saudara Suami dua-dua makan sup cendawan dan juga Grill Fish Jumbo.


Taraaa...yang ini Sis punya, Beef Steak Jumbo. Kemain mewah dan banyak gile ko set dia, terkejut nengok sampai terbeliak mata Suami nengok Sis masa tu hahahaha. Boleh ke habis ni. Daging dia tak silap Sis ada sampai 5 keping. Banyakkan.

Rasa dia sedap oii, memang terasa lada hitam di dagingnya, kuah lada hitamnya pun sedap. Rezeki Sis kata anak saudara, dapat udang galah kemain besar, tiba yang set lain semua dapat udang galah kecik hehehehe.

Frust tengok gambar camtu sebab lighting dalam kedai dia agak kelam dan lampu kuning. So gitulah jadinya gambar hehehe. Malas nak edit bagai ..


Yang ini Salmon Steak anak Sis punya. Pun ssma portion dia banyak dan mewah sekali. Rasa pun sedap kata anak Sis. Sis rasa pun sedap juga. Memang set jumbo macam ni puashati makan kalau korang betul-betul lapar. Tak lapar pun boleh makan kongsi kalau nak.

Menu lain-lain tak nyempat nak amik gambar, sebabnya, menu Sis sampai dulu, so Sis dah bizi makan dulu, tu yang leka makan sampai menu orang lain sampai pun tak sempat nak snap hehehehe.



Ni nak cakap satu, air minuman dia Sis suka sini sebab semua kurang manis. Sis tengah diet sugar dalam minuman, so Sis order air barli ais tanpa sugar, then bila rasa memang ternyata takde gula. Bukan apa biasanya kalau order air barli tanpa gula, nanti kalau minum pun masih ada rasa gula, tapi kat sini terus takde. Anak saudara Suami pun kata yang sama.

Keseluruhannya makan di sini memang sedap dan puashati. Kalau datang jauh-jauh makan sini, berbaloi laaaa..Tapi ni cawangan di sini, tempat lain Sis tak taulah.

Terima kasih buat Kak Idah dan juga Lan belanja makan malam kami. Moga bertambah rezekinya. Next time datang Klang nak ajak makan sini lagilah hehehehe.
Esoknya Kak Idah bawa pulak kami window shopping di Sentral i-City. Perghh best gile sopingmall dia. Nantilah cite ek.

Yang nak cuba, silalah, pasti puashati. Tapi tu review tekak Sis, tekak korang, kena cuba sendiri ya.

Cawangan Polperro Seksyen 7 Shah Alam
No.2 Jalan Kristal J7/ 7,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor.

No.Tel:03-55236679

Facebook : Polperro Steak House 



P/S: Ada siapa yang tau macam mana nak buat sos lada hitam steak yang sedap? Kalau ada sila komen ya.

BOLEHKAH ORANG YANG BERKORBAN MEMAKAN DAGING KORBANNYA?

$
0
0
BOLEHKAH ORANG YANG BERKORBAN MEMAKAN DAGING KORBANNYA? | Bagaimana hukum orang yang memakan daging korbannya sendiri? Bukankah seharusnya daging korban diberikan kepada yang berhak dan layak?

Itu yang jadi persoalan dan soalan sejak 2/3 hari ini. Ada yang minta Sis tulis mengenai perkara ini, so Sis tuliskan sebagai panduan dan ilmu buat kita semua. Sis copy sana sini dari sumber pelbagai dan jadikan satu bagi melengkapkan penjelasan yang lebih jelas. Moga bermanfaat.

Allah bersabda dalam Surat Al Hajj ayat 28, “Maka makanlah sebagian daripadanya dan (sebagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.”

Bagi menjawab persoalan ini, pembahagian daging korban perlu difahami dengan betul kerana setiap pembahagiannya mempunyai hukum yang berbeza.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/08/kenapa-tulang-korban-atau-aqiqah-kena.html?m=1


Daging korban terbahagi kepada dua jenis:

  1. Korban Wajib 
  2. Korban Sunat.

Korban Wajib :

Korban wajib adalah ibadah yang diwajibkan kepada seseorang disebabkan janjinya dengan Allah SWT atau manusia untuk berbuat demikian seperti korban nazar. Daging korban nazar haram dimakan oleh pemilik dan ahli keluarganya.

Jika seorang daripada mereka telah termakan daging itu, maka pemilik daging korban berkenaan wajib mengganti kembali daging yang telah dimakannya sama ada dengan zat daging atau dengan nilaiannya.

Korban Sunat : 

Sementara korban sunat pula, dagingnya halal dimakan oleh pemilik dan ahli keluarganya. Bagaimanapun, adalah lebih afdal jika daging itu dibahagikan kepada tiga bahagian sebelum ia dimakan.

Jika sekiranya haiwan korban tersebut merupakan korban sunat, maka sunat juga baginya untuk memakan sebahagian daripada daging haiwan korban tersebut. Walau bagaimanapun, harus untuk dia mengagihkan kesemua daging korban tersebut kepada orang lain. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Jabir RA, bahawa Baginda SAW telah melakukan korban:

فَنَحَرَ ثَلَاثًا وَسِتَّينَ بَدَنَةً بِيَدِهِ ثُمَّ أَعْطَى عَلِيًّا فَنَحَرَ مَا غَبَرَ وَأَشْرَكَهُ فِي هَدْيِهِ ثُمَّ أَمَرَ مِنْ كُلِّ بَدَنة بِبَضْعَةٍ فَجَعَلَتْ فِي قِدرٍ فَطَبَخَتْ فَأَكَلَا مِن لَحْمِهَا وَشُرْبَا مِن مَرْقِهَا

Maksudnya: Baginda SAW menyembelih 63 ekor unta, kemudian Baginda SAW memberikan kepada Ali Ibn Abi Talib untuk menyembelih apa yang terbaki. Lalu Baginda SAW menyuruh supaya bagi setiap satu unta itu dibahagikan kepada beberapa orang. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk lalu dimasak. Setelah itu mereka berdua makan dagingnya dan minum kuahnya.
Hadith riwayat Muslim: (1218)


Daging korban tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa cara, antaranya:

  • Disunatkan untuk orang yang melakukan korban untuk mengambil 1/3 daripada daging korban tersebut untuk diri sendiri dan menyedekahkan 2/3 daripada bakinya kepada golongan fakir miskin

  • Atau, orang yang melakukan korban mengambil 1/3 daripada daging korban, dan mengagihkan 1/3 baki daripadanya kepada golongan fakir miskin, serta 1/3 lagi daripadanya diberikan sebagai hadiah kepada golongan kaya (seperti saudara-mara atau jiran-tetangga). Dalam hal ini, memberi sedekah kepada 2/3 kepada golongan miskin lebih afdhal daripada memberi hadiah kepada golongan kaya.

  • Namun cara yang afdhal ialah, seseorang yang melakukan korban tersebut menyedekahkan keseluruhan daripada daging korban dan memakan sedikit sahaja daripadanya sebagai sekadar mengambil berkat. Hal ini kerana menyedekahkan keseluruhan daging tersebut merupakan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menjauhkan diri daripada sikap mementingkan diri sendiri. Manakala, memakan sedikit daripada daging tersebut sebagai beramal dengan zahir ayat al-Quran dan mengikut sunnah yang dilakukan oleh Nabi SAW. (Rujuk al-Mu’tamad Fi Fiqh al-Syafie: 485)

Sebaliknya, jika sekiranya haiwan korban tersebut merupakan sebagai korban nazar atau korban wajib yang telah ditentukan, maka dia wajib menyedekahkan kesemua daging korban tersebut kepada golongan fakir miskin dan tidak harus untuk dia memakan sebahagian daripadanya. (Rujuk al-Mu’tamad Fi Fiqh al-Syafie: 485)

Semoga Allah SWT memberikan kita taufiq dan hidayah dalam mengamalkan syariat agamaNya dengan sebaiknya. Aamiin.

WaAllahu a’lam.
#SisSharing

Sumber : Muftiwp  & pelbagai



P/S: Daging korban masak lada hitam pekat, sedapnya...

SENAMAN UNTUK KURUS

$
0
0
SENAMAN UNTUK KURUS | Haaa baca tajuk je semua buat muka eh. Nape? Terasa ke hahaha. Yo laa, dah beraya, makan daging banyak sangat, kembung sana sini otot badan, tak reti-reti nak buat senaman ke haaa.

Pandai cakap je Sis ni kan, sendiri tak buat pun senaman. Siapa cakap tak buat? Ada bukti ka? Ehhh Sis ko senam sit up hari-hari, main skipping lagi, naik turun tangga lagi, mop lantai, sapu lantai ke depan ke belakang, tu bukan senaman ke haaa? Walaupun hanya dalam rumah, at least ada juga keluar peluhnya. Dari terus tak buat, kan?

Kau ingat senang nak kurus? Harini senam esok kurus ke? hahaha. Kalau Sis ko ada magic, Sis ko kuruskan badan sendiri, dan bagi korang yang dah puas kurus tu gemok plak 😆 .

So harini Sis nak kongsi sedikit artikel dari womenonline magazine ni yang menulis pasal senaman untuk kurus. Yang sedang usaha nak kurus tu, bolehlah baca ya, yang rasa dah kurus tu, nak baca pun boleh. Ilmu percuma je kan..

Pelbagai cara diet yang boleh buat korang kurus cepat tetapi senaman untuk kurus ini sebaiknya korang berikan perhatian.

Melakukan senaman untuk kurus  adalah cara terbaik untuk memiliki  bentuk tubuh yang ideal. Lagipun, korang perlu tahu, lemak yang menimbun di perut sebenarnya lebih berbahaya daripada lemak yang ada di bahagian tubuh yang lain.

Jika berat badan korang sudah melebihi daripada had yang sepatutnya, korang perlu mengawal pengambilan makanan serta kena rajin melakukan senaman untuk kurus. Korang yang memiliki berat badan yang berlebihan sebaiknya bersenam sekitar 45 minit sehari, minimum empat hari dalam seminggu. Selain itu, jenis senaman juga menentukan keberhasilan korang untuk menurunkan berat badan.

Berlari merupakan pilihan yang kurang tepat buat korang yang terlebih gemuk!
Ini adalah kerana otot orang gemuk akan menahan berat badan. Jika dipaksa untuk berlari, maka sendi-sendi dan otot akan menahan banyak beban. Ia mungkin akan mengakibatkan kecederaan.

Senaman aerobik, senaman low-impact atau berjalan cepat boleh juga menjadi senaman alternatif.
Menurunkan berat badan seharusnya bertahap, bukan terlalu drastik. Semakin banyak berat badan yang cuba korang turunkan dalam waktu singkat, maka semakin banyak juga berat badan korang akan bertambah.


Info Ekstra!
Berikut beberapa senaman untuk kurus yang boleh korang sesuaikan dengan bentuk tubuh korang bagi mendapatkan hasil yang baik.

1. Tubuh Kurus

Jika korang memiliki tubuh kurus,tentunya korang sukar untuk mendapat massa otot. Korang disarankan untuk memilih senaman yang dapat menguatkan otot-otot atau ‘core muscles' dengan senaman beban selama 45 minit setiap senaman.

Selain itu, korang boleh juga melakukan senaman lenturan tubuh seperti pilates, tai chi dan yoga.

2. Tubuh Ramping

Korang beruntung jika memiliki bentuk tubuh jenis ramping. Ini adalah kerana ia lebih mudah membentuknya dengan senaman. Senaman yang tepat adalah ‘circuit training'. Senaman ini mampu meningkatkan denyutan jantung dan meningkatkan metabolisme serta pembakaran lemak ketika sedang beristirahat.

3. Jenis Gempal

Jika korang tersenarai dalam kategori tubuh jenis gempal atau gemuk, korang cenderung mudah kembali gemuk. Ini adalah kerana massa otot anda tidak dapat bertahan lama dan sukar dibentuk. Pilihan senaman bagi korang tentunya senaman untuk kurus yang dapat membakar lemak dan mampu membentuk otak.

Korang diserankan melakukan senaman kardiovaskular seperti berenang dan berbasikal.

Follow : @WOMDOTMY on Instagram | womenonlinemagz on Facebook



P/S: Sis ko masih lagi diet 'cut sugar' dalam minuman, alhamdulilah bertahan sebulan dah!

GANTI MYKAD KORANG MELALUI 'MYPHONE-IN' AJE. SENANGNYA!

$
0
0
GANTI MYKAD KORANG MELALUI 'MYPHONE-IN' AJE. SENANGNYA! | Semakin hari semakin mudah, hanya di hujung jari anda sahaja, nak dengan taknak aje kan?. Iyerr bab nak ganti Mykad ni kadang yang jadi malasnya nak beratur amik nombor dan menunggu nombor di panggil. Ermm kalau Suami Sis bab menunggu ni, memang tak ler dia, tapi...menunggu ikan makan mata pancing, boleh pulak dia ye tunggu lama-lama hahahaha..

Ada yang pernah cuba ke guna Myphone-In ni? Sejujurnya Sis baru tau sistem ni. Tu pun ada kawan share gambar di group wahtsapp, terus rasa nak update di blog dan kongsikan bersama. Cara dan bagaimana yang sebenarnya secara live atau pengalaman, Sis tak tau, sebab belum pernah cuba.

Takpe, kita share aje dulu, kotlah nanti ada yang nak mencubanyakan. Biasa yang nak cuba macam ni, yang bekerja, sibuk 24jam, mana ada masa nak ke pejabat JPN atau UTC tu. Sis faham tu. Tak payah cakap orang lain, tu Suami Sis tu, nak tukar Mykadnya pun, tahun ganti tahun, sampai ke sudah tak tukar lagi, bizi memanjang. Nanti nak try suruh Suami buat atas talian macam ni.

Korang dah tukar Mykad baru ke?


"MUDAH & CEPAT". Anda Telefon, Kami Proses, Anda Dapat.

Apa itu Perkhidmatan MYPHONE-IN?

MyPhone-In 0388808066
Permohonan gantian mykad melalui perkhidmatan talian telefon.

Waktu operasi : 8am – 5pm
Hari bekerja : Isnin – Jumaat
Waktu rehat hari biasa 1pm – 2pm
Waktu rehat hari jumaat 12.15pm – 2.45pm

SYARAT SYARAT PERMOHONAN

- Warga negara Malaysia sahaja
- Permohonan untuk gantian MyKad Biasa atau Cip/Kad Rosak
- Bayaran permohonan RM10 (kutipan bayaran akan dikenakan semasa pengambilan kad)
- Permohonan dan pengambilan MyKad hanya boleh dilakukan oleh pemilik MyKad sendiri sahaja
- Pusat kutipan hanya di JPN Putrajaya dan Ibu Pejabat Negeri sahaja
- Sebarang erubahan maklumat bagi alamat, agama, pindaan nama dan gambar TIDAK DIBENARKAN
- Caj hilang akan dikenakan jika pemohon tidak kemukakan MyKad lama semasa pengambilan MyKad di kaunter

Haa senangkan? Kalau yang takde masa bolehlah mencubanya ya.
Angkat telefon, dial, dan segera mohon.
Rupanya dah lama ianya beroperasi, cuma Sis ko baru tau hehehe.
#SisSharing

TALIAN HOTLINE : 03-88808066
Laman UTC: http://www.utc.my/jpn-myphone-in-gantian-mykad-online/

Info tambahan: Tahukah korang, jika korang masih menggunakan kad pengenalan yang tiada cip, korang wajib menukar kepada MyKad baru? Dan jika korang berumur 18 tahun ke atas, korang wajib menukar MyKad korang sebelum umur korang mencecah 25 tahun?

Jika korang berumur 25 tahun ke atas pula tetapi MyKad yang korang gunakan sekarang adalah ketika korang berusia 18 tahun, korang sudah boleh tukar MyKad korang. Jangan bertangguh lagi jika korang tidak mahu didenda.


P/S: Harini kepala sakit dan badan dedor..Ya Allah janganlah demam, banyak urusan nak buat ni.

WIN UP TO RM3 MILLION CASH REWARDS WITH 'ETIKA’S BOTOL-BOTOL MENANG SEJUTA' CONTEST

$
0
0
WIN UP TO RM3 MILLION CASH REWARDS WITH 'ETIKA’S BOTOL-BOTOL MENANG SEJUTA' CONTEST | Have you noticed the white caps on your favourite Pepsi brand beverages? If not, it’s time to pay closer attention. Etika Sdn Bhd (“Etika”), one of the most prominent Halal beverage companies in Malaysia, has launched a nationwide “Botol-Botol Menang Sejuta” contest.

  • Three lucky winners will walk away with RM1 million cash prize each.
  • In line with ‘Botol-Botol Menang Sejuta’ campaign, Etika will also be rewarding Malaysian with another two monthly contests filled with daily prize giveaways!

Starting from 1 st August to 30 th September 2019, three contestants would stand a chance to walk away with RM1 million cash each as the grand prize winner! The total cash prize giveaways total up to RM3 million cash – and all you have to do, is to look under your white bottle cap.

In collaboration with Boost App, the leading digital e-wallet in Malaysia, Etika aims to continue rewarding their consumers with more generous incentives for every purchase. As part of this campaign, the famous beverage brands under Etika will be repackaged with a white bottle cap. These specially-packaged participating bottles will be widely available across all stores until end of the campaign.

“It is important that we, as a brand, continue to engage with our fans through meaningful customer brand relation strategies such as a rewarding contest. With “Botol-Botol Menang Sejuta” contest, we hope to thank our long-standing fans for their continuous love and support over time and form more lasting relationships with our consumers. Partnering with Boost gives us the opportunity to tap into current industrial trend of cashless payment while recognising the change in consumer spending behaviour,” said Santharuban T. Sundaram, Senior Vice President of Marketing and Alternate Business at Etika Sdn Bhd.


Discover more rewards under your favourite bottle cap

The contest runs from 1 st August to 30 th September 2019 across all stores nationwide. All participants have to do is to buy any of their favourite Etika beverages ranging from Pepsi, 7UP, Mountain Dew, Mirinda, MUG, Revive Isotonic, Tropicana Twister, Lipton, Calpis or Kickapoo with a white bottle cap during the promotion period.

Firstly, participants would have to look under the white bottle cap for a unique code. If there is a code, key in the Boost Redemption Codes in your Boost account. The Boost reward embedded in the code will immediately be credited into your account. Each person/account is able to redeem up to a maximum of twenty (20) credit rewards throughout the contest period. The more codes you redeemed, the higher your chance of being eligible to be one of the 3 winners to bag RM1 million cash prize! Don’t forget to retain the original white bottle cap with printed unique code as proof of purchase.

To heighten the excitement, Etika will also be running another two rewarding contests in August and September 2019 to thrill the loyal consumers!

Win RM1,000 everyday with Etika!

From 1 st to 31 st August 2019, there will be “Menang Seribu Sehari” contest ongoing at selected gas and convenience stores. One winner will be walking away with RM1,000 cash prize every day for 31 days straight! To participate, participants just need to buy any 2 beverages from participating brands in a single receipt and submit their entries and receipt details to the number provided via WhatsApp, together with their full names and IC number, and retain the original receipt as proof of purchase.

Win a bike with your favourite beverage!

Etika will be collaborating with 99 Speedmart to run “Se-Motor Sehari” contest. 30 lucky consumers stand a chance to win a brand-new Modenas MR2 every day from 1 st to 30 th September 2019. To participate in this contest, simply purchase any Etika beverages at 99 Speedmart in a single receipt, answer a simple question and send the answer to the number provided via WhatsApp, together with your personal details and a clear photo of the receipt as proof of purchase, and retain the original receipt as proof of purchase.

So, what are you waiting for? With numerous attractive prizes up for grabs, participate now!

For more information about the contests, kindly visit www.etikaholdings.com/campaigns


P/S: Marilah kita beli air berbotol-botol dan menang sejuta! Kot;ah ada rezeki kann..aamiinn

SELAGI TAK HITAM KUAH SOTO TU, SELAGI TU AKU LETAK SAMBAL KICAPNYA

$
0
0
SELAGI TAK HITAM KUAH SOTO TU, SELAGI TU AKU LETAK SAMBAL KICAPNYA | Punyalah panjang tajuknya hahaha. Yerr nak bagi korang faham, kang letak hitam aje, korang tertanya pulak, apa bendo yang hitam hahaha.

Satu perangai Sis, kalau makan soto mesti nak sampai hitam kuahnya, tak kisahlah sambal kicap tu pedas ke tidak, janji kuah soto tu mesti hitam. Tak tau kenapa. Sampaikan kalau kawan nak rasa sikit pun ngeri nak hirup hahaha.

So korang ada macam Sis ke? hehehe.


Tu cite soto buat makan tengah hari tadi, beli kat Soto Station Taman Bukit Dahlia. Ni Soto Special, sotonya ada seketul ayam dan begedil dalamnya. Beli 3 bungkus, RM 25.50.

Paginya settlekan urusan nak tukar cermin kereta dan juga sekali tukar tayar kereta Suami.
Settle dah semua, alhamdulilah..


Kereta dah 'tua', alhamdulilah dah habis bayar, banyak berjasa, ke sana ke sini di lenjannya, jadi memang patutlah tayar tu berganti kan..dari ko biar kang, naya je rosak tepi jalan.

Petua: Ko jangan berbual dalam kereta pasal nak tukar kereta laa, nanti dia terus merajuk oii..Kereta pun ada perasaan juga..Tak caya ko cuba hahahaha



P/S: Okay dah mula demam..demam lagi...huhuhu

WORDLESS WEDNESDAY - SABAR

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - SABAR | Yerr Sabar. Sabar selagi mampu. Sabar selagi boleh sabar. Sabar sekuatnya. Sabar itu separuh dari Iman, Sabar itu juga ujian.

Dan Sabar itu SUAMI aku..




P/S: I miss You Mr S A B A R ..

LAMA TAK MASAK ASAM PEDAS AYAM LETAK KENTANG

$
0
0
LAMA TAK MASAK ASAM PEDAS AYAM LETAK KENTANG | Dua tiga hari ni asyik lalu lalang kat timeline menu daging aje, mentang-mentanglah dapat daging korban kan, asyik kejenya makan daging aje ek korang. Hehehe moga-moga beringatlah selalu ye kepada mereka yang berkenaan.

Untuk Sis, masih belum masak lagi menu daging korbannya. Nanti-nantilah ek, kita layankan anak tekak yang nak asam pedas. Ikutkan nak masak asam pedas ikan siakap. Suami balik raya haritu bawak ikan siakap sampai 4 ekor besar. Dan juga beraneka jenis ikan sebesen, tapi sebab Sis kelupaan nak keluarkan ikan tu pada malam sebelumnya, so kejung ikan tu, tak jadi laa nak masak ikan, kita masak ayam ye sudah.

Ayam memang Sis dah keluarkan sebab konon nak amik sikit isinya nak buat rencah sayur dan goreng kunyit. Ikan yang lupa di keluarkan huhuhu.

Tapi tak apalah janji menunya tetap asam pedas. Asam Pedas Ayam Letak Kentang.


Mulanya nak letak bendi, tapi anak kata jangan letak bendi, dia tak suka, nanti jadi lendir kuahnya, ermmm. So fikir punya fikir, macam tak best takde bahan lain sebagai 'jodoh' si ayam tu, makanya Sis letak aje laa kentang. Pun sedap. Anak-anak pun suka. Sebab pernah buat sebelum ni juga.

Percaya atau tidak, kalau rumah Sis masak ayam, kalau semua anak ada dirumah, Sis akan masak seekor ayam, yee seekor! Kalau masak kurang seekor, kompom tak cukup punya hehehe. Memang dah tau dan faham sangat bagaimana anak-anak makan nanti. Paling tak kang, sorang makan 2 atau 3 ketul. So memang kena masak seekor.

Mula dulu masa Sis bagitau Ayahnya, Ayahnya tak percaya hahaha, sekali ada sekali tu Ayahnya ada dirumah seharian tak bekerja, Sis masak kari ayam, masak seekor juga, tak sampai petang, licinnn, tinggal kentang dan kuahnya aje, barulah Suami percaya sampai geleng kepala hahaha.


Biasanya kalau masak asam pedas, Sis lawankan dengan sayur kubis, tapi kubis takde, yang ada kacang panjang, lobak, dan brocoli, so Sis campurkan aje sekali semua, senang nak kosongkan peti sayur. Simpan lama-lama kang jadi tak elok kan. Tumiskan dengan telur, licin juga dek makan anak-anak hehehe.

Anak-anak Sis ni jenis tak cerewet, apa masak makan aje. Janji masak, kalau tak masak, haaa Sis juga yang kena kang, ada je diaorang order pizza la, mcD laa, kfc laa, siapa bayar, Sis ko juga!! Baik Sis ko masak, jimat duit hakakk dikkkk hahahaha.

Resepi asam pedas? Alaaa resepi biasa-biasa aje, cuma lainnya masak dalam kuali DIY jerr hahahaha..

[Baca sini] : https://www.sislin76.com/2018/09/asam-pedas-ayam-tanpa-belacan-untuk-si.html

Okay tu resepinya.
Pagi ni Sis ke Honda, nak servis kereta Jazz, lusa anak Sis, Kakak nak balik Shah Alam dah sambung Masternya, dia akan bawa kete Jazz tu. Sebelum apa-apa, kita kasi servis dulu.

Melangukklaaa Sis ko menunggu kereta siap. Ada sapa nak belanja ajak lunch tak? Mai amik Sis sini.
Honda Kampung Pasir hehehehe.
Whatsapp-wahtsapp yee..



P/S: Bubur lambuk letak daging kurban sedap ek..yumsss macam nak buatlah..

PANDUAN LENGKAP DAN CARA SOLAT DHUHA

$
0
0
PANDUAN LENGKAP DAN CARA SOLAT DHUHA | Solat Dhuha merupakan salah satu dari amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan dalam Islam. Ia dipanggil solat dhuha kerana waktu yang dikhususkan untuk mengerjakan solat sunat ini ialah pada waktu Dhuha sahaja.

Waktu Dhuha merujuk pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah, kira-kira 20 minit selepas terbit matahari. Waktu Dhuha berakhir apabila matahari berada tepat di tengah-tengah langit, kira-kira 9 minit sebelum masuk waktu Zohor.

Terdapat banyak manfaat dan kebaikan yang boleh diperolehi dengan mengamalkan solat Dhuha. Sebelum itu, apakah cara mudah dan betul untuk melaksanakan solat sunat Dhuha?

Di sini Sis kongsikan langkah-langkah mudah solat Dhuha berserta doa Dhuha sebagai panduan korang.


1. Bilangan rakaat

Solat Dhuha dilakukan dengan 2 rakaat untuk setiap kali solat, dan boleh diulang sehingga 6 kali solat (2 rakaat x 6 kali solat) setiap hari.

2. Lafaz Niat Solat Dhuha

Usolli sunnataddhuha rok’ataini lillahi ta’ala
Maksud: Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala

3. Bacaan Dalam Solat

Dari segi rukun, tertib dan syarat sah solat, solat Dhuha adalah sama seperti solat wajib yang lain. Tiada penetapan khas untuk pembacaan surah bagi solat ini. Namun begitu, terdapat bacaan surah tertentu yang digalakkan oleh para ulama’.

Untuk rakaat pertama, anda digalakkan untuk membaca surah as-Shams dan surah ad-Dhuha pada rakaat kedua. Walaubagaimanapun, ini hanyalah galakan. Terserah pada korang untuk membaca surah yang korang ingini.

Bagi bacaan-bacaan lain pula seperti sujud, rukuk dan sebagainya, adalah sama seperti solat biasa.

4. Doa Dhuha


Allahumma innaddhuhaa’a dhuhaa uka,
walbahaa’a bahaa uka, waljamaala jamaaluka,
walquwwata quwatuka, walqudrota qudrotuka wal’ismata ‘ismatuka.
Allahumma inkaana rizqi fissamaa’i fa’anzilhu,
wa’inkaana fil ardhi fa’akhrijhu wa’in kaana mu’assiron fayassirhu,
wa’in kaana harooman fathohhirhu, wa’inkaana ba’idan faqorribhu,
bihaqqi dhuhaa ika wabahaa ika wajamaalika waquwwatika waqudrotika aatini maa ataita ‘ibaadakassolihiin.

Maksud: Ya Allah, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan ialah kecantikanMu, keindahan ialah keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah. Jika ada di dalam bumi, keluarkanlah. Jika sukar, mudahkanlah. Jika haram, sucikanlah. Jika masih jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan. keindahan, kekuatan, dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Semasa sujud akhir sebelum tahiyyat akhir, bacalah sebagaimana berikut sebanyak 40 kali:

Wa-Hab li yaa-waH-Haa bu ‘il-man wa hikmatan, waar-zuq-niy, yaa-raz-zza-qu kun liy mu-saH-Ha-laa 
Maksud: Berikan kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Memberi akan ilmu dan hikmah dan murahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki jadikan ia mudah bagiku.

Kelebihan Solat Dhuha

Umum mengetahui bahawa solat ini dikaitkan sebagai amalan yang dapat membuka pintu-pintu rezeki. Dengan mengamalkannya, seseorang itu akan memperolehi rezeki yang melimpah ruah serta hati yang tenang.

Harus diingatkan di sini bahawa rezeki itu tidak semestinya datang dalam bentuk wang ringgit dan harta benda sahaja. Ia juga boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti:

  • Dikurniakan kesihatan tubuh badan
  • Rezeki yang mencukupi serta berkat, anak-anak yang soleh dan solehah
  • Dapat mengerjakan ibadat umum dan ibadat khusus
  • Dipermudahkan urusan dalam seharian kehidupan sebagai seorang Muslim.
  • Selain itu, dengan mengamalkan solat Dhuha juga, seseorang itu akan mendapat keampunan dari Allah swt.

Kita disarankan untuk mengamalkan solat sunat ini dalam kehidupan seharian. Tak dapat buat hari-hari pun, janji bila ingat kita buatlah.

Pada awalnya mungkin korang berasa berat untuk melakukannya. Tetapi apabila ianya menjadi sebahagian dari rutin harian, korang pasti berasa nikmat dan seronok mengerjakannya.

"Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan." - Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi

Semoga panduan ini dapat menjadi titik perubahan dalam kehidupan korang dan Sis juga, sebagai seorang Muslim.
#SisSharing


P/S: Sibuk dengan hal dunia, terkadang lupa juga nak buat solat Dhuha..Allahuakbar!

SEHARIAN MENUNGGU DI PUSAT SERVIS HONDA - YONG MING MOTORS

$
0
0
SEHARIAN MENUNGGU DI PUSAT SERVIS HONDA - YONG MING MOTORS | Yaa masa post ni di taip, Sis ko baru aje satu jam sampai rumah. Dari jam 9am keluar rumah, terus ke Honda Skudai sana, then menunggu sampai laa siap keretanya. Menunggu lama sebab Sis takde buat appoinment, main redah walk in aje, kira nasib laa kalau cepat ye cepat, kalau banyak kereta, memang lambat laa siapnya.

Macam harini banyak kereta, memang dah tau akan siap lambat, tapi takpe, memang kena servis juga, so Sis ko menunggu laa sampai siap. Nasib juga tempat servis Honda sini tempatnya selesa, dan ruang menunggu dia yang baru renovate tu bertambah selesa dari sebelumnya.

Kenapa hantar jauh ke sini?

Sebab Sis beli Jazz tu di sini, so malas nak pergi tempat lain, dan juga Sis dah kenal mereka yang selalu Sis servis dengannya, senang nak berurusan kalau ada apa-apa. Staff dia semua pun peramah, very friendly, tu yang lebih selesa di sini.


Kalau menunggu di sini, ada mini cafe juga dalamnya. Takat kalau nak isi perut pepagi tu, okay sangat. Tapi hanya ada kuih karipap yang non stop di topup, dan juga mesin air Coway dan mesin air nescafe, milo, latte dan juga teh tarik (rasanya itulah yang asa airnya).

Bilik air pun ada di sediakan, surau nak solat pun ada, so kalau korang menunggu situ, memang semua ada lah. Tapi kebuhsanannya, makk aiii...macam menunggu durian tak luruh-luruh hahaha. Kalau tau bawak laptop macam orang sebelah tu hehehe.


Baru menunggu kejap, Sis try mesej adik Sis, Mamanya Mia, kalau dia tak bizi minta dia amik Sis di Honda tu. Alhamdulilah dia tak sibuk, so kejap tu dia datang amik Sis. Dapatlah juga lepak kat rumah Emak, sambil melayan di Mia dan Danny tu. Mata tak mengantuk pulak tu, kalau menunggu kat sana kemain mengantuk! Geram plak Sis ko..

Kali ni Sis servis meter dah sampai 120 ribu km. Baru 3 tahun pakai Jazz tu, tapi kilometer perghh dasyat kan hahaha. Mana taknya, masa amik Jazz ni, anak bujang Sis masih bersekolah tingkatan 4, dan bersekolah di Aminuddin Baki area Hutan Bandar sana, yang Sis pulak dah berpindah di Pasir Gudang. Bayangkan 2 tahun hantar anak sek ulang alik dari bandar ke Pasir Gudang, tak ke jauh, pheww.. Tahan lasak oii Jazz ni. Tak padan kecik!


Jauh juga dah perginya, sampai Sis ko bawak ke hulur ke hilir ke Paka dan KL juga. Jimat minyak pun ya. Kalau isi penuh rm70, kalau sampai KL atau Paka, hanya jalan separuh aje minyaknya. Jimat ke tak tu?

Dan sekarang pun Jazz tu dah di ambil alih si kakak pulak, esok dia dah nak balik ke Shah Alam sambung Masternya. Makanya selamat tinggallah Jazz huhuhu. Tu yang harini kena hantar servis juga. Tak kisahlah menunggu lama ke tidak. Lepas ni Maknya bawak kereta Ayahnya laa pulak, adeii bercinta nak parking!!.


Tadi pun masa adik Sis hantar semula ke Honda, menunggu lagi Sis 2 jam, kereta tak siap lagi, ingat le siap dah awal sikit, rupa..menunggu lagi..Nasib baik ada karipap hahaha. Siap aje kereta, terus pecut balik, nak elak jem orang balik kerja, kalau lambat kang, ada naya pulak sangkut jem, selamat semuanya dipermudahkan.

Sampai rumah, perut lapar giler, nasib ingat, harini ada order Laksa Penang dengan kawan Sis. Terus singgah rumahnya amik Laksanya. Sampai rumah terus makan, lapar kedaung! Tapi dalam pada makan Laksa, dah siap nasi goreng kampung dan juga ayam goreng dalam kuali untuk anak-anak makam malam, jadi laaa ye. Mak letih benor nak masak beiyer. Makan aje lah apa ada.

Malam ni nak tidur awal. Esok lagi banyak urusannya. Mana Kakak nak balik dah, Si bujang pun nak balik juga. So kena bangun awal Sesubuh nak masak untuk anak-anak.

Lepas ni sunyilah rumah huhuhu.

Okaylah, nanti sambung lagi ya.
OkBai. Good nite.


P/S: Kereta nak bagus? baik? Rajin-rajinlah servis. Tak kisah jenama kereta apa pun sekalipun.
Viewing all 4663 articles
Browse latest View live