Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all 4659 articles
Browse latest View live

ROTI JALA MAKAN DENGAN RENDANG AYAM, MEMANG SEDAP!

$
0
0
ROTI JALAN MAKAN DENGAN RENDANG AYAM, MEMANG SEDAP! | Kan sedapkan, mau kalau makan memang berkeping-keping atau bergulung-gulung laaa roti jala di makannya. Kalau macam Sis tu, Sis kirai roti jala then Sis gulungkannya. Ada orang lepas kirai, dia lipatkannya, ikutlah memasing punya cara kan.

Korang masih ingat tak post entri Sis yang anak Sis menjerit 'Macam Mana Nak Potong Ayam Ni Mak?'..haa korang ada baca? Hahahaha tak sangka post tu menjadi rating tinggi pageviewnya, mungkin ramai yang view macam mana nak potong ayam agaknya. Dan kalau korang baca, Sis ada sebut yang ayam tu Sis nak buat Rendang Ayam dan esoknya nak buat Roti Jala, makanya inilah dia kejadiannya.

Rendang yang dah siap di masak malam hari sebelumnya, bila dah di panaskan, bertambah kering dan sedap rasanya. Kena pulak makan bersama dengan roti jala, waduh-waduh, susah nak stop kalau dah makan hahahaha.


Entah yaa, bukan nak puji tapi sebab Suami dan anak Sis pun kata benda yang sama, so mungkin jugalah masa memasak Rendang Ayam ni, mood Sis tengah berbunga-bunga, makanya Rendang Ayam tu jadi sedap pulak ini kali, sampai Suami makan hampir 10 keping, yee Sis ko kira roti jala yang Suami amik masa tu hahahaha.

Memasak ni memang ikut mood dan juga air tangan. Kena mood swing atau bahan tak cukup, jadilah kurang sedapnya atau pun kalau kena masa tu memasak dalam keadaan kelam kabut, memanglah segala rasa dalam masakan tu semua jadi tak betul. Yaaa betul tak? So kalau nak masak kena tenang-tenang dan berzikir bebanyak. InsyaAllah jadi sedaplah masakannya tu.


Resepi tak yah tulis laa, resepi biasa-biasa aje, sama je dengan resepi korang masak, takde lainnya. Bahan utama semua sama jer, termasuk gak kerisik. Ada orang tak letak kerisik, tapi Sis memang letak kerisik ya. TAPI Sis tak letak gula merah, Sis guna gula pasir biasa je gan asam keping. Lain-lain sama jer.

Untuk roti jala pulak, Sis cuma letak tepung, minyak, telur dan garam juga pewarna kuning. Kalau takde pewarna Sis guna rempah kunyit jer. Yaa santan Sis tak letak, memang tak pernah guna santan dalam roti jala. Sis campurkan semua bahan, masuk air, dan adun macam nak buat lepeng tu, kemudian amik blender, blender semuanya sampai halus.

Inagt jangan pekat sangat dan jangan terlalu cair sangat. Pandai-pandailah korang meng-agaknya.


Haa guna acuan 3 lobang tu ha untuk kirai roti jala, lebih senang. Pastikan guna kuali tak melekat ya. Macam Sis tu guna kuali DIY ajer, memang best! Sekali buat je cepat dan tak melekat. Then korang kirailah ikut suka ko. Kirai Sis pun kadang elok, kadang haa sukahati, janji rupa roti jala tu ada hahahaha.

Sis buat sekilo tepung, rendang ayam seekor. Makan seharian, adalah bakinya sikit semangkuk rendang. Puashati makan. Bila tengok anak dan Suami makan berulang-ulang, penat mengirai tu hilang terus. Jadi seronok..nantilah tunggu anak-anak semua balik, Sis nak kirai lagi, tapi nak buat makan dengan kari ayam pulak.

Ha yang tanya semalam nak tengok Nasi Goreng Sotong tu, haa boleh baca post Sis yang ini ya.

[Baca Juga] : Nasi Goreng Sotong Paka 

Okaylah cukup dulu untuk harini. Curi-curi update sementara Suami tengah meeting ni. Nanti free sambung lagi cerita ya. Tekak Sis ko dah merindui asam pedas ni huhuhu..aishh tekak Johor betulkan!

Bye..


P/S: Alhamdulilah..terima kasih Suami ku ❤

AKAN DATANG! PESTA MAKANAN PERTAMA TERBESAR DI JOHOR 'MAQAN FOOD FESTIVAL 2020'

$
0
0
AKAN DATANG! PESTA MAKANAN PERTAMA TERBESAR DI JOHOR 'MAQAN FOOD FESTIVAL 2020' | Sesiapa yang merancang untuk berdiet pada tahun 2020 ini, ianya masih awal dan lebih baik korang sediakan perut korang untuk MaQan Food Fest 2020. Korang lupakan sekejap nak berdiet tu, dan Save The Date! dan follow Sis ke Pesta Makanan Terbesar di Johor ini.

Makan Food Festival 2020 adalah pesta makanan pertama dan terbesar di Johor yang di anjurkan oleh MaQan dengan kerjasama bersama Visit Johor. Pesta makanan ini akan mengumpulkan semua jenama makanan tempatan dan teratas di bawah satu bumbung selama 3 hari berturut-turut. Ini termasuklah makanan-makanan yang viral di facebook atau pun di instagram yang menjadi pilihan utama pengemar makanan di serata Johor malah seluruh Malaysia. Inisiatif ini berharap dapat menarik lebih daripada 100,000 pengunjung untuk menjadi sebahagian daripada acara besar ini.

Selain itu, terdapat banyak aktiviti yang akan diadakan seperti pertandingan Makan-Makan, Rasa-Rasa Makanan, demonstrasi memasak, permainan & interaksi, persembahan live band dan seisi bertemu & beramah mesra bersama selebriti.

Dengarnya ada artis-artis popular dan makanan top viral yang akan turut serta dalam booth jualan ini, antaranya Zarina Zainuddin (Pulut Kuning), juga Cendol Kampung Hulu, ada Finalist Maharajalawak Mega iaitu Vicha Barbie, ada Tuju K-Clique dan ramai lagi laa artis dan makanan yang ada di Pesta MaQan ni.

Korang cuma datang dan jangan lupa bawa duit aje hahahaha.

 Oleh itu, jangan lupa datang ke Angsana Mall Johor Bahru dari 7 hingga 9 Februari 2020.



MaQan Food Festival 2020 

Pada: 7 Februari 2020 - 9 Februari 2020 (Jumaat - Ahad)
Bertempat: Angsana Johor Bahru Mall

Untuk pertanyaan booth-booth jualan, boleh hubungi: 013-4052008 (Atika) atau tekan link ini: http://www.wasap.my/+60134052008

Untuk update terkini korang boleh ke laman sosial MaQan ya.

Facebook Pages : MaQan
Instagram : @maqanmy
Twitter : @maqanmy

Korang sudah bersedia untuk menikmati semua makanan yang terkenal serata Malaysia dalam setiap gigitan?
Jumpa korang di sana! di sana...


P/S: Tak dapat bayangkan kalau Sis ko pergi, ajer hilang arah kang bila nampak semua makanan hahahaha..

WORDLESS WEDNESDAY - CENDOL DURIAN

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - CENDOL DURIAN | Antara Cendol dan Durian? Ko pilih yang mana? ..

Sis pilih 'Cendol Durian'.
Yaaa pilih yang mana satu?
'Cendol Durian'...
Ya Allah, Aku tanya ko pilih yang mana?
'Cendol Durian', hahahahaha...



P/S: Uishhhh terus kecur di buatnya..arghhhhh...

PERLU KE MENGAMBIL VAKSIN INFLUENZA?

$
0
0
PERLU KE MENGAMBIL VAKSIN INFLUENZA? | Jika korang mempunyai rakan atau ada dalam kalangan korang yang telah dijangkiti dengan virus influenza, pasti korang tertanya-tanya akan keperluan mengambil vaksin. Vaksin influenza telah mendapat permintaan yang tinggi sejak akhir tahun 2019.

Kebanyakan orang awam mengambil vaksin tersebut daripada fasiliti swasta memandangkan stok yang ada di hospital kerajaan terhad dan dikhususkan kepada golongan tertentu sahaja. Artikel ini akan membicarakan berkenaan dengan keperluan korang sekeluarga untuk mengambil vaksin.

Perlu ke ambil vaksin influenza

Vaksin influenza adalah alternatif selamat jika korang ingin melindungi diri korang daripada jangkitan influenza. Mereka yang mempunyai sistem pertahanan yang normal kebiasaannya boleh sembuh dalam masa seminggu dua.

Namun bagi golongan berisiko seperti orang tua, kanak-kanak yang berusia di bawah 2 tahun dan mereka yang mempunyai masalah dengan sistem imun, mereka mudah untuk mendapat komplikasi yang teruk akibat daripada jangkitan tersebut.

Oleh itu mereka yang terbabit, digalakkan untuk mengambil vaksin influenza.

Bagaimana pula dengan ahli keluarga yang lain? Adakah mereka yang tidak mempunyai sebarang penyakit berkaitan sistem imun tidak perlu mengambil vaksin?

Semua individu digalakkan untuk mengambil vaksin. Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) menyarankan semua  individu yang berusia 6 bulan dan ke atas perlu mendapatkan vaksin influenza setiap tahun berikutan virus tersebut mudah untuk mengalami mutasi.

Mereka yang berusia 6 bulan sehingga 8 tahun memerlukan 2 dos vaksin manakala individu yang berusia 9 tahun dan ke atas memerlukan satu dos suntikan vaksin setahun. Walaupun vaksin yang diberikan tidak memberikan perlindungan kepada semua jenis strain namun ia masih berkesan dalam menghindarkan jangkitan influenza daripada berlaku.


Mekanisme vaksin influenza

Vaksin influenza berupaya untuk menghasilkan antibodi bagi strain virus tertentu untuk mengelakkan jangkitan influenza. Kandungannya berubah setiap tahun mengikut kepada kajian terbaharu mengenai strain paling lazim dijumpai.

Penghasilan antibodi akan memakan masa selama 2 minggu selepas korang mengambil suntikan vaksin. Ia digunakan bagi merangsang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi terhadap virus influenza.

Maklumat berkenaan strain influenza tersebut akan disimpan dalam ingatan sel darah putih. Jika virus yang sama memasuki tubuh badan individu, ia akan menghasilkan antibodi pada kadar yang cepat untuk melawan virus tersebut.

Individu tersebut dianggap imun terhadap jangkitan virus influenza memandangkan sistem pertahanan badan sudah mempunyai “senjata” untuk membasmi kemasukannya ke dalam tubuh badan.

Selamat ke vaksin influenza?

Seperti produk vaksin yang lain, vaksin influenza telah melalui pelbagai jenis kajian dan ujian klinikal bagi memastikan keberkesanan dan keselamatannya. Ada ura-ura yang mengatakan bahawa vaksin ini akan menyebabkan terjadinya masalah selesema sebagai kesan sampingan. Namun menurut CDC, tiada bukti klinikal yang menunjukkan bahawa vaksin ini akan menyebabkan permasalahan tersebut.

Jika ingin dibandingkan kesan sampingan vaksin influenza dengan komplikasi yang berisiko dialami oleh individu, ia tidaklah seserius mana. Perkara yang perlu korang ingat adalah virus influenza kerap mengalami mutasi dan ia berpotensi untuk menyebabkan komplikasi yang serius.

“Kalau saya alergi dengan telur, bolehkah saya mengambil vaksin influenza?”.

Menurut CDC, vaksin influenza masih boleh diberikan jika pengambilan telur hanya menyebabkan anda mengalami hives (gegata). Namun, jika korang risau atau khuatir dengan risiko terhadap kesan alergi tersebut, rujuk doktor korang untuk mendapatkan khidmat nasihat perubatan.

Dengan kata lain, jika korang alergi dengan telur, keputusan untuk membenarkan atau melarang pengambilan vaksin adalah bersifat klinikal. Tanpa pemeriksaan yang teliti oleh doktor, tiada keputusan boleh dibuat memandangkan risiko kesan sampingan berbeza pada setiap individu.

Namun, jika korang mempunyai sejarah komplikasi teruk akibat mengambil vaksin yang berasaskan telur, maka ia merupakan kontraindikasi (keadaan yang menandakan ketidaksesuaian suatu bentuk rawatan) kepada pengambilan vaksin. Apa yang korang boleh buat adalah menggalakkan pengambilan vaksin oleh individu yang berada dalam lingkungan sosial korang.

Jika mereka terlindung daripada jangkitan influenza, maka korang turut terlindung. Perkara ini memberi penekanan terhadap pengambilan vaksin oleh ahli keluarga korang terutamanya mereka yang berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi influenza.


Vaksin untuk bayi berusia 6 bulan ke bawah?

Jika korang sedar, CDC menyarankan had usia minimum bagi menerima vaksin iaitu pada usia 6 bulan. Korang mesti tertanya-tanya kan? Bagaimana pula dengan mereka yang berusia 6 bulan dan ke bawah? Adakah mereka tidak berisiko untuk mendapat jangkitan influenza?

Tidak banyak kajian yang dijalankan bagi menyiasat kesan vaksin influenza dari konteks fisiologi dan kesan negatif terhadap kanak-kanak yang berusia 6 bulan ke bawah. Buat masa sekarang, masih tiada lagi bukti yang menunjukkan bahawa pemberian vaksin kepada golongan tersebut dapat memberikan kebaikan imunologi untuk melawan virus influenza.

Kanak-kanak yang berusia 6 bulan ke bawah mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami komplikasi serius jangkitan influenza. Terutama sekali jika anak tersebut dilahirkan oleh ibu yang tidak pernah terdedah kepada virus influenza. Walau bagaimanapun, jumlah kajian yang membuktikan mengenai hal ini sangatlah sedikit.

Tanpa dapatan kajian yang cukup berkaitan dengan keberkesanan vaksin dalam menghindarkan jangkitan virus influenza, pemberiannya terhadap golongan kanak-kanak berusia 6 bulan ke bawah dianggap tidak beretika. Walaupun ada negara yang membenarkan pemberian vaksin kepada bayi yang berusia 2 bulan dan ke atas, polisi pemberian vaksin seharusnya berteraskan dapatan kajian klinikal.

Pada tahun 2005, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan pemberian vaksin kepada ibu mengandung. Kajian pada tahun 2009 telah menunjukkan bahawa penggunaan vaksin tersebut kepada ibu mengandung bukan sahaja selamat, malah ia boleh menghindarkan bayi daripada jangkitan influenza sehingga mereka berusia 6 bulan.

Walau bagaimanapun, menurut CDC, penggunaan vaksin influenza terhadap ibu mengandung masih lagi tidak mencapai tahap yang memberangsangkan.

Kesimpulannya

Jika korang masih belum mendapatkan suntikan vaksin influenza, dapatkannya daripada klinik swasta terdekat. Ajak rakan dan keluarga korang untuk sama-sama mendapatkan vaksinasi bagi melindungi kelompok sosial anda daripada jangkitan virus influenza.

Harga vaksin influenza kebiasaannya antara RM50 sehingga RM100. Ura-ura yang mengatakan bahawa harga vaksin naik sehingga mencecah RM150 kerana bekalan vaksin tidak mencukupi sudah disangkal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor


P/S: Sis pun menunggu vaksin sampai ni, jangkanya dalam 3/4 hari ini. Kita tunggu.

REZEKI TAHUN BARU CINA. ALHAMDULILAH

$
0
0
ALHAMDULILAH, REZEKI TAHUN BARU CINA | Yayy! Bak kata pepatah, rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari, makanya bila ada yang memberi, kita terima aja. Walaupun Sis bukanlah menyambut Tahun Baru Cina, tapi sebab darah keturunan Cina tu ada, so bila musim perayaan tahun baru cina gini, sememangnya Sis tumpang bahagia dan gembira sekali.

Lebih-lebih lagi tahun ini Sis aktif sebagai blogger, ke sana sini penuhi jemputan media preview Chinese New Year, puas ko makan Yee Sang! so kemeriahan tu sangat terasa. Ibarat kita tumpang sekaki meraikannya bersama kawan-kawan melayu dan cina, so memang semacam dia punya aura hahahaha.

Tahun ni mungkin juga Sis sekeluarga tak dapat balik beraya collect angpau di rumah PakCik dan MakCik Sis, satu sebabnya, Mak tak berapa sihat, tak larat nak menempuh jem duduk lama-lama dalam kereta tu, di jangka tahun ni lagi melekat jemnya, dan satu lagi, memasing tak cuti lama termasuk juga Suami. Makanya kita bercuti di sini-sini aje tahun baru cina ni.


Korang bercuti kemana? Haa kalau tak kemana, mai laa datang beraya rumah Sis makan limau hahahahaha...tengok limau tu, terus Suami kata, haaa makan bebanyak, kang 'kong kong kong' je yaa..hehehe maksudnya tu, makan banyak kang batuk. Sis memang alah sikit kalau makan lebih dari 3 biji sehari. Kompom batuk-batuk. Kena makan dengan penuh sabar sehari sebiji hahahaha.

Terima kasih kepada yang sudi memberi. Dan terima kasih atas ingatannya. Ni kira yang last le pemberian yang Sis dapat, yang haritu dapat hamper, anak Sis dah bukak, tak sempat nak interframe sekali hahahaha. Gelojoh si anak Sis bila nampak biskut bebanyak dalam tin comel-comel gitu..tengok-tengok dah di bukaknya hamper tu hahahaha.


Tahun ni memang hamper banyak jual biskut cute-cute dalam tin sempena tahun baru cina, sendiri tengok pun geram tapi harga boleh tahan wooo..sebab tu kata rezeki kalau dapat orang beri tu. Jangan ko buat tunggul plak, bukak dan makan ya, kang expired plak hahahaha.

Yaa kalau atuk cina Sis dulu, time cucu-cucunya datang beraya, time tu laa dia bukak hamper, meriah ko berebut semua memasing pilih nak mana. Hahaha kalau tak bukak sapa nak makan katanya. Ermm rindu atuk cina Sis..yaa atuk Cina Sis dah meninggal, yang tinggal PakCik dan MakCik dua orang yang sambut Tahun Baru Cina ni. Satu di Seremban, satu lagi di Yong Peng. Ada enam orang, dua chinese, satu kristian, dan yang lain semua Islam, termasuk Emak Sis.


Cakk..saje kasi interframe sini hahahaha.
Ini antara geng media yang datang event semalam di Thistle Hotel Johor sempena Prosperity Yee Sang Tossing. Kira semalam tu 'last kopek' laa media review sempena tahun baru cina ni.

Dan pertama kalinya Sis makan Yee Sang terpanjang gilerr semalam hahahaha. Meriah sangat semalam sebab duk 'godak' Yee Sang di tengah-tengah lobby, kau ngase? Hahahaha.

Ni nantilah Sis cerita ek. Now nak kemas rumah dan memasak dulu. Hari ni ada potluck di rumah Sis bersama Geng Bas Sekolah Sis. Nanti sambung lagi ya. Kalau takde post tu, Sis ko bizi le tu..

OkBye.


P/S: Tak sabar nak pi bercuti, again..!

KENNY ROGERS ROASTERS BRINGING THE K-WAVE TO THE TABLE! 'ANNYEONGHASEYO'!

$
0
0
KENNY ROGERS ROASTERS BRINGING THE K-WAVE TO THE TABLE! 'ANNYEONGHASEYO'! | Authentic K-style flavours in new Seoul Sedap Chikin. Kenny Rogers ROASTERS (KRR) is kicking off the year with an “Annyeonghaseyo!” greeting with their latest Korean-inspired - Chikin Craze campaign through a variety of Seoul Sedap Chikin that will whet K-food fans’ appetite!.


Taste the authentic flavours of succulent Korean-style fried chicken straight from the streets of Seoul with the popular Sweet Chilli and Soy Garlic flavour options, topped with nutty and crunchy sesame seeds to heighten every patron’s love for K-chicken! Amplify the meal experience with a choice of either fragrant garlic rice or crispy golden wedges.

Guests can pick out their Seoul Sedap Chikin preference from a variety of options as follows:

1) Seoul Sedap Chikin Soup Meal @ RM 27.80 – 2 pieces of Seoul Sedap Chikin (with a choice of sweet chilli, soy garlic OR mixed flavour) + Seoul Sedap Garlic Rice + Kenny’s Mushroom and Chicken Soup + 1 piece of Kenny’s Home-made Muffin


2) Seoul Sedap Chikin Meal @ RM 21.80– 2 pieces of Seoul Sedap Chikin (with a choice of sweet chilli, soy garlic OR mixed flavour) + Seoul Sedap Garlic Rice OR Golden Wedges Classic


3) Seoul Sedap Chikin Family Feast @ RM 98.80– 6 pieces of Seoul Sedap Chikin (with a choice of sweet chilli, soy garlic OR mixed flavour) + 2 a la carte side dishes + 4 pieces of Kenny’s Home-made Muffin + 1 bottle of 1.5 litre Coca-Cola Rasa Asli


4) Seoul Sedap Chikin (3 pieces) @ RM 24.80 with a choice of sweet chilli OR soy garlic flavours

5) Seoul Sedap Chikin (6 pieces) @ RM 46.80 with a choice of sweet chilli, soy garlic OR mixed flavours


6) Seoul Sedap Garlic Rice @ RM 8.50


Match the meal with a glass of Orenji Splash (RM 8.80 with purchase of any Seoul Sedap Chikin– normal price @ RM 10.80), a refreshing drink made with sparkling lemonade and soft candied orange bits!


As the popular K-wave is continually taking Asia by storm, and more prominently in our home ground in Malaysia, KRR as a brand has kept up with the trend to diversify our food offerings. This is our go at introducing yet another refreshing meal campaign by serving an authentic Korean-style fried chicken meal experience to fellow Malaysians. On top of that, we are rewarding our loyal guests through a very special ‘Seoul in Love Contest’ to stand a chance to win a trip to Seoul, Korea!” said Kennie Thong, Senior Marketing Manager of Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd.


KRR will be rewarding two lucky pairs of winners with a dream holiday trip to Seoul, Korea in the ‘Seoul in Love Contest’. To be in the running, guests simply need to scan the QR code on the Chikin Craze’s displays located in the restaurant or head to KRR’s social media platform and website for the contest link upon purchasing any Seoul Sedap Chikin, answer 2 simple questions and complete a slogan before submitting their entry through the Google form between 20 th January 2020 – 12 th April 2020.

Up for grabs is the Grand Prize of a 5D4N trip for (2) two pax to Seoul, with the Second Prize being a 4D3N trip for (2) two pax to Seoul, inclusive of flight, hotel accommodation and Klook credits. Twenty consolation prize winners will stand to win preloaded KRR Card worth RM100 each.

To welcome the new decade, KRR will also unveil a whole new KRR Card design – ‘Blossom’ that displays a refreshing look with ‘Batik-inspired’ motif and colours which brings out Malaysia’s vibrant culture. In January 2020, guests who activate or reload RM100 in their KRR Card will get to enjoy a complimentary Kenny’s Nasi Lemak Solo.

While with an activation of RM50 in the KRR Card, guests will get a Buy 1 Free 1 Quarter Delight Meal e-voucher that includes a Kenny’s Quarter Meal and Kenny’s Mushroom & Chicken Soup.

For more information on Kenny Rogers ROASTERS, kindly contact 03 - 2119 9888.
You can also visit www.krr.com.my or connect to www.facebook.com/krrmalaysia.

* All prices are inclusive of 10% service charge and 6% Service Tax where applicable
* Price varies at KRR Genting Highlands


P/S: Ada sesiapa nak join Sis makan di Kenny Rogers ROASTERS ni? Ajommm!! PM tepi hahaha.

KENAPA MENU YEE SANG WAJID ADA KETIKA PERAYAAN TAHUN BARU CINA?

$
0
0
KENAPA MENU YEE SANG WAJID ADA KETIKA PERAYAAN TAHUN BARU CINA? | Ada yang tau, kenapa setiap kali perayaan tahun baru cina mesti ada yee sang?. Alhamdulilah, tahun ni puas Sis makan yee sang. Asal ada je rezeki jemputan media pre-view sempena Tahun Baru Cina, Sis tak lepaskan peluang, memang dah tau mesti ada yee sang hehehe.

Yee sang merupakan menu wajib setiap kali meraikan sambutan Tahun Baru Cina. Menu ini biasanya disajikan sebagai hidangan pembuka dan dianggap sebagai simbol penyatuan dan lambang kemurahan rezeki yang akan diperoleh sepanjang tahun tersebut.

Ianya bukan hanya di hidangkan 'saja-saja' atau suka-suka' aje, tapi ada maknanya tersendiri di sebalik hidangan Yee Sang itu. Makanya di semua hotel-hotel atau resort ternama, menu yee sang ini adalah menu wajib di persembahkan dalam bentuk set pakej untuk satu family.

Dalam bahasa Cina, perkataan'yee' bermaksud ikan yang turut membawa pengertian lain iaitu kekayaan berkekalan. Perkataan'sang' pula merujuk kepada mentah dan turut mempunyai maksud lain iaitu hidup serta kebangkitan. Pendek kata, hidangan yee sang ini melambangkan simbol kemewahan dan panjang umur.


Masyarakat Cina percaya bahawa semakin tinggi yee sang diangkat ketika digaul, maka lebih banyak kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang tahun.

Korang pernah makan tak? Atau korang pernah join acara yee sang ni, tapi korang tak boleh nak memakannya? Kenapa? Tak sedap eh hehehe. Yaa ada orang memang tak suka, sebab akan tergigit halia dan saleri jeruk di dalam inti yee sang tu, tapi bagi Sis, okay aje, Sis suka, lagilah kalau di curah sosnya dan di perah limau bebanyak di atasnya, perghh rasanya sedap giler!!

Inti yee sang biasanya terdiri daripada bahan-bahan seperti ikan mentah (salmon), hirisan sayur-sayuran seperti lobak merah, lobak putih, bijan, kekacang yang ditumbuk, halia, buah abung (pomelo), jus limau, serbuk lima rempah dan keropok rangup. Kesemua inti tersebut akan disusun secara rapi di atas sebuah pinggan atau meja.

Sebelum proses menggaul yee sang dimulakan, sos plum yang mempunyai rasa masam dan manis akan dituang dan disusuli dengan tindakan memicit jus limau pada ikan mentah bertujuan untuk mengelakkan kemasukan bakteria selain menyedapkan rasa ikan itu. Selepas sos dituangkan, tibalah detik-detik yang dinanti-nantikan oleh semua iaitu proses menggaul yee sang.


Proses menggaul yee sang mempunyai cara yang tersendiri kerana semua inti yee sang itu digaul bersama secara agresif menggunakan penyepit oleh mereka yang berkumpul di keliling meja atau jika nak meriah lagi, ala-ala hipster gituuu, haa buat yee sang terpanjang macam Sis pergi ke Thistle Hotel Johor semalam, punyalaa panjang yee sang dia, pestime makan yee sang gitu hahaha.

Sangat meriah semalam. Mereka yang berkumpul di keliling meja menjerit-jerit perkataan 'lou hei' berkali-kali. Perkataan 'lou' bermaksud menggaul manakala 'hei' pula ialah naik.



Semakin tinggi yee sang itu diangkat dan digaul, maka lebih banyak kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang tahun. Selain kemakmuran yang ingin dicapai, masyarakat Cina turut percaya bahawa perkataan 'lou hei' dijerit dengan harapan ia dapat memberi kesihatan lebih baik kepada seseorang.

Sebab itu kalau korang join, jangan gelak bila dengar orang menjerit-jerit masa mengaul yee sang, itu adalah ucapan dan doa mereka kepada kita semua.


Yee Sang (Mengajukan Ucap Selamat Demi Kemakmuran/Prosperity Toss)

Masyarakat Cina di Malaysia dan Singapura sangat biasa dengan istilah Yee Sang yang maksudnya satu upacara makan bersama yang diadakan bagi mengucapkan kemakmuran. Dan uniknya, Yee Sang ni hanya popular di Malaysia dan Singapura, tetapi bukan di tanah besar China, Hong Kong dan Taiwan.

Menurut Dr Dzulkifli al Bakri, melalui sudut kaca mata Islam, makanan halal lagi baik tidak ada halangannya untuk dimakan. Allah berfirman,

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي ٱلۡأَرۡضِ حَلَٰلٗا طَيِّبٗا وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٌ

Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.- (Al-Baqarah: 168)

Jadi menurut Tuan Mufti, amalan Yee Sang ini lebih kepada adat dan tak ada sangkut paut dengan masalah aqidah, ia harus hukumnya bagi umat Islam yang diajak untuk turut serta dalam upacara Yee Sang ni. Dengan syarat, makanan yang dihidangkan mestilah halal dan tidak dikaitkan dengan permasalahan aqidah sama ada daripada segi ucapan ataupun iktikad (keyakinan) terhadap upacara itu. Begitu juga selama mana tidak ada unsur-unsur maksiat dalam upacara tersebut.



Sempena Tahun Baru Cina ini juga, Thistle Johor Bahru ada membuat pakej set 'Prosperity Buffets' dan juga 'Prosperity Set Menu' mereka bermula 8 Januari sehingga 8 Februari 2020. Yaa ada termasuk set Yee Sang juga.

Untuk tempahan, call +607 222 9234 atau email: salesthistle.johorbahru@thistle.com.my

Dan jangan lupa pada 28 Januari di Lobby Hotel Thistle, ada persembahan 'Lion Dance Perfomance', pada jam 10am hingga 11am. Semua di jemput hadir memeriahkan suasana. Kot mana tau dapat angpow wooo hehehe.


Thank you Thistle Johor Bahru for having us! Happy Chinese New Year!


P/S: Yay! Nak cuti raya...tak sabarnya nak pi bercuti-cuti...yehaaa...

APA ITU NOVEL CORONAVIRUS ATAU 2019nCoV?

$
0
0
APA ITU NOVEL CORONAVIRUS ATAU 2019nCoV? | Novel coronavirus: Dari kelawar kepada ular kemudian manusia? Novel coronavirus yang sekarang diberi nama 2019nCoV dipercayai berasal dari kelawar kemudian ular (spesies Chinese Krait dan Tedung China) dan seterusnya manusia.

Individu pertama yang dijangkiti virus ini dilaporkan pernah pergi ke sebuah pasar borong makanan laut di Wuhan yang juga terkenal kerana turut menjual haiwan liar dan eksotik termasuk kelawar, ular, musang dan buaya.

Pasukan pakar penyelidik China mengumumkan perkara itu selepas mengkaji genetik virus baharu itu yang telah membunuh 17 orang setakat ini. Bagaimanapun, pasukan penyelidik itu menemui kesukaran mengkaji mendalam virus itu kerana pasar borong makanan laut yang menjadi lokasi pertama penyebaran virus itu telah ditutup untuk kerja-kerja pembersihan selepas kes pertama dikesan.

Wabak 2019nCoV dikatakan ada persamaan dengan wabak SARS yang menyebabkan lebih 700 orang mati di China dan Hong Kong, 17 tahun lalu. Virus SARS dikesan berasal dari Musang Civet. Susulan penemuan ini, kumpulan pencinta haiwan mengulangi desakan supaya manusia melindungi haiwan liar dan tidak membunuh haiwan-haiwan untuk dagingnya.


Syarikat Penerbangan Air Asia dan Malindo telah membatalkan kesemua penerbangan yang dijadualkan ke Wuhan, China. Ini berikutan penularan wabak koronarvirus atau dikenali sebagai 2019-nCoV yang sedang melanda di wilayah tersebut dan juga kerajaan China mengenakan perintah kuarantin kepada penduduk Wuhan dengan semua pengangkutan darat dan udara dihentikan operasinya.

Anda disarankan mengikuti langkah-langkah pencegahan dengan kerap mencuci tangan , menutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk, elakkan mengambil makanan produk haiwan yang mentah atau tidak dimasak sepenuhnya, elak bersentuhan dengan individu yang bergejala serta elakkan bersentuhan terus dengan haiwan liar dan kandang.


Kes Wuhan Virus atau 2019-nCoV telah direkodkan di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Thailand, Hong Kong, Jepun, Macau, Korea Selatan dan Taiwan selain daripada China. Maklumat Wuhan Virus yang baru ditemui ini adalah terhad. Setakat ini, jangkitan sesama manusia telah dipastikan. Waktu eraman/inkubasi bagi virus ini adalah 1 hingga 2 minggu sebelum individu menunjukkan gejala.

Pelancong yang pulang dari China(Wuhan) disarankan memerhatikan gejala dan elak pergi ketempat awam. Dapatkan bantuan perubatan segera sekirannya mengalami gejala selepas 1 hingga 2 minggu pulang dari China.

KKM memperhebatkan aktiviti saringan kesihatan di pintu masuk antarabangsa (PMA) melibatkan kapal-kapal dari China bagi mengelak virus 2019-nCoV merebak ke negara ini. Dua PMA iaitu Pelabuhan Tanjung Berhala dan Pelabuhan Kerteh yang mengendali kapal-kapal berasas minyak dan gas bersiap sedia melakukan pemantauan rapi ke atas semua kapal yang masuk.

Info : Kementerian Kesihatan Malaysia 


TERKINI : Angka kematian akibat novel coronavirus atau 2019nCoV di Wuhan terus meningkat kepada 25 orang. Kes yang disahkan positif dijangkiti virus itu melonjak kepada 830 kes.

Sumber terkini : Berita Harian Online


P/S: Sangat menakutkan! Kes serius ni. Korang jaga diri dan amalkan kebersihan ya..

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2020

$
0
0
SELAMAT TAHUN BARU CINA 2020 | Meriah dah dengan bunyi mercun sana sini. Kebabomm meletop atas langit ! Biasalahkan, tak raya kita, mereka pun tentu sama je dengan kita juga. Kita sebagai jiran ni, masing-masing kena tolak ansur dan saling faham memahami. Jangan duk bebel aje bising bunyi mercun, masa raya kita, ko kemain lagi main mercun gak, sama je kan.

Tahun Baru Cina adalah pada bulan baru bagi tahun baru dan ia juga merupakan permulaan kepada musim bunga dan Tahun Baru Cina di sesetengah negara yang mempunyai 4 musim dipanggil perayaan Musim Bunga, iaitu musim pertama dalam tahun baru.

Perayaan Tahun Baru Cina sangat berkait rapat dengan kepercayaan dan adat orang Cina terdahulu menjadikannya perayaan tradisional. Ia merupakan perayaan Bangsa Cina, bukannya perayaan keagamaan. Bersama calendar Lunar adalah putaran 12 tahun yang disekalikan bersama binatang sebagai simbol setiap tahun. Dan pada tahun 2020 ni, tahun Cina adalah tahun Tikus.

Pada hari Tahun Baru Cina, masyarakat Cina akan memberi kehormatan kepada nenek moyang dengan membakar colok dan juga memasang mercun. Hari-hari kemudian adalah hari melawat saudara mara dan pada hari ke-15 dalam Kalendar Lunar pada bulan pertama (15 hari selepas Tahun Baru Cina), perayaan tanglung pula disambut.

Suasana pada Tahun Baru Cina sangat meriah dengan warna merah dan jika di China, bandar-bandar besar seperti Beijing akan lengang beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina dan seminggu selepas Tahun Baru Cina kerana semua pulang ke kampung untuk merayakannya.


Dan semestinya setiap kali perayaan Tahun Baru Cina, jalanraya juga akan sesak dengan kenderaan di sebabkan semua pulang bercuti ke kampung masing-masing. Dan tak lupa juga mereka yang tidak menyambutnya turut sama amik peluang bercuti bersama keluarga.

Korang ke mana tu? Sis? Jeng jeng jeng..rahasia hahahaha..
Selamanya kena di rahsiakan dulu, kalau tidak 'anggerik desa' meroyan dalam wahtsapp. Biasalah orang ada hasad dengki dengan kebahagiaan orang lain, akan macamtu. Macam cacing kepanasan! Diam-diam dia, tapi busuk hati!.

Juga Sis nak pesan ni, hati-hati ya korang, virus Novel Coronavirus ni sedang menganas, jaga diri dan amik langkah berjaga-jaga.

Di sini Sis ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada keluarga Sis, PakCik & MakCik, juga rakan-rakan Sis dan kesemua mereka rakyat Malaysia yang berbangsa Cina, moga dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam keadaan sejahtera. 新年快乐 !.

Gong Xi Fa Cai. ! Xin Nin Kuai Le !. 🍊


P/S: Jom kita cuti-cuti Malaysia...

KORANG TAK TAKUT KE? AKU TAKUT OI!

$
0
0
KORANG TAK TAKUT KE? AKU TAKUT OI! | YaaaSis ko sangat takut! Biarlah orang kata 'kalau nak kena, kena juga', tapi sebelum terkena baiklah Sis ko mengelak. Biar kita buat masa ni macam katak bawah tempurung, janji kita terlepas dari ancaman Virus Coronavirus tu. Ini bukan main-main lagi tau, ini kes serius!.

Dah macam Train of Busan Sis ko rasa, cuma yang tu Zombie makan orang, takpe lagi sebab nampak Zombienya, ni virus, mana nak nampak dan tau yang orang tu ada virus ke tidak. Kalau korang berjalan dalam shopping mall tu, manalaa kan kita nak tau dalam ramai-ramai tu ada yang ada virus tu, silap-silap orang sebelah ko je tu. So jalannya, kena jauhkan diri kita dari tempat orang ramai. Boleh ke? .

Kalau Sis, insyaAllah boleh. Duduk aje di rumah diam-diam seperti yang Sis buat ketika virus Influenza baru-baru ni, hampir seminggu Sis kuaranti di rumah. Yaa duduk rumah, settlekan kerja posting, masak, makan dan tidur hahahaha. Okay jer..

[Baca Juga] : Apa Itu Novel Coronavirus


Tapi bagi mereka yang bekerja memang agak sukar. Sentiasa jumpa dengan orang ramai dan terdedah dengan suasana di luar, makanya amiklah langkah berjaga-jaga dan jangan terlalu asyik keluar masuk ke tempat orang ramai. Ini untuk keselamatan diri sendiri dan juga orang lain. Sebab ianya virus, boleh berjangkit dan tersebar kepada orang lain.

Puas dah laman media kongsikan langkah-langkah penjagaan untuk mengelakkan dari terkena virus ni. Tu pun ada yang degil juga tak nak ikut. Bukan susah mana pun, pakailah topeng mulut/hidung tu. Beli di farmasi ada jual. Nak lawa haa beli yang macam-macam design tu ha. Ye lerr kot mana tau taknak korang pakai yang jenis putih tu kan. Ramai Sis nampak pakai yang color hitam tu. Sis pun ada satu.

Juga pakai selalu hand sanitizer tu sebagai pelindung kebersihan diri. Dan juga kalau dapat beli spray antivirus di farmasi atau shopping mall, pun ada jual. Jangan degil, jangan dah terhantuk baru nak .....sambung sendiri la..

Ingat kawan-kawan, kes ni sangat serius, jangan pandang remeh sangat. Kerajaan pun sedang cuba untuk tindakan segera terhadap apa yang berlaku, cuma harap kerajaan kita ni, cubalah sekat dan buat pemeriksaan rapi bagi pelancung-pelancung yang masuk ke Malaysia ni. Terutamanya dari negara China. Kalau perlu tegas, hantar aje mereka balik dan jangan bagi mereka masuk dan menginap di mana-mana negeri di Malaysia ini selagi kes ini tidak selesai. Tolonglah!

Tapi...kita hanya mampu berkata-kata dan mendoakan kesejahteraaan buat negara kita Malaysia aje. Lain-lain kita serahkan aje la pada kerajaan kita. Banyakkan berdoa semoga semuanya ini akan berakhir. Kesian pada anak-anak kecil dan yang berpenyakit, mereka ini yang paling senang dapat jangkitan virus ini.

[Baca Juga] : Doa Agar Terhindar Dari Wabak Penyakit Berjangkit

So korang, hati-hati ya. amik langkah keselamatan sebaik mungkin, dan jaga kebersihan diri. Kali ini kita bukan sahaja menjaga diri kita, malah untuk keselamatan orang lain juga.

Okaylah nanti sambung lagi..


P/S: Hahaha nama samaran dia Julie ke? Kakakakakah. Menyamar le ko ek sana sini, sampai lobang cacing aku cari! ..

LIRIK LAGU SEADANYA AKU - IPPO HAFIZ

$
0
0
LIRIK LAGU SEADANYA AKU - IPPO HAFIZ
Lirik : Fedtri Yahya & Ippo Hafiz
Muzik/Lagu : Ippo Hafiz


Ternyata inikah suratan
Takdirku temukan dirimu
Senafas mungkin bisa terlepas
Namun cintaku tetap bersamamu

Setiap kata yang terungkap
Dalam ingatan cinta kita
Sinar mata mu terlukis rasa
Kini kau telah menjadi milikku

Seadanya aku
Yang selalu bertemankan dirimu
Lupakan silam mu yang kelabu
Bukan yang engkau pinta

Lepaskan sayangku
Segala tangisan di hatimu
Setia akan ku setia
Menunggu ke akhirnya

Ternyata inikah suratan
Takdirku temukan dirimu
Senafas mungkin bisa terlepas
Namun cintaku tetap bersamamu

Seadanya aku
Yang selalu bertemankan dirimu
Lupakan silam mu yang kelabu
Bukan yang engkau pinta

Lepaskan sayangku
Segala tangisan di hatimu
Setia akan ku setia
Menunggu ke akhirnya

Menunggu ke akhirnya…
Menunggu ke akhirnya…




P/S: Korang temgok tak drama ni? Geram kan watak Jasmin Hamid tu !! ..

JOM MULAKAN HARI INI DENGAN BISMILLAH

$
0
0
JOM MULAKAN HARI INI DENGAN BISMILLAH | Aishh tajuk macam skema plak tapi betullah kan, nak mulakan sesuatu tu kenalah di mulakan dengan bismillah, termasuk juga kalau sebelum makan, kena baca bismillah dan doa makan. Melainkan kalau dah ko gelojoh lapar, tengok makanan depan mata, telan air liur, ceduk terus ngap! Lupa nak baca bismillah hahaha.

Sebenarnya takde apa nak di kongsikan pagi ini, sebabnya mood harini agak merundum dan kepala tengah ting-tong. Yaa banyak benda sejak-sejak ni menjadi persoalan, tanda tanya dan juga banyak hal yang membuatkan Sis ko banyak berfikir. Salah satunya haaa pasal keadaan Malaysia sekarang n..Tak memasal Sis ko amik peduli hal dunia ek hahahaha.

Kita kena amik peduli, kalau tak kita ni haa main sebar dan share je berita yang orang kongsikan di whatsapp atau di laman sosial, yang kita ni jujur lurus bendul, percaya dengan semua, pastu bila share, caption salahkan orang ini salahkan orang itu, so siapa yang ngek? Hahaha..

Sebab itulah, sejak-sejak kes virus Coronavirus ni, Sis ko banyak membaca bab-bab isu virus ni, baca berita terkini di sana sini, asyik-asyik refresh facebook page Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tu je manjang, sebab nak tau berita mutakhir dan terkini, juga macam mana keadaan sekarang dan apa yang sedang kementerian lakukan untuk meredakan keadaan panik sekarang ni.

Memang panik sekarang ni, Sis ko pun sama, hari ini sepatutnya Sis ada jemputan media ke Legoland, tapi sampai ke saat menaip pagi ni, masih belum ada jawaban, samaada nak pergi atau tidak, kalau tanya Suami, dia dah kata 'tak payah', tapi sebab Sis rasa serba salah, Suami kata 'ikut suka', tapi kalau apa-apa jadi, jangan salahkan dia sebab izinkan Sis pergi, adeiii...cuak di buatnya!

Mee Celup Paka. Saje bikin panas siapa yang melihatnya hahahaha. 

Buat masa sekarang ni, kalau dapat kuarantin aje laa dulu di rumah kalau takde sebab dan tujuan nak keluar rumah, melainkan ada urusan kerja. Tu pun kena berhati-hati. Ambil langkah berjaga-jaga dan amalkan kebersihan diri. Memang pesan kat Suami dan anak Sis,Yana tu.

Sis pun dah batuk-batuk gak ni, tapi bukan sebab virus ya, tapi sebab kedegilan sendiri, Suami kata, tu batuk cari penyakit, sebab makan limau banyak sangat! Opsss hahahaha kan dah kena bebel hahahaha. Ye la, dah depan mata dua kotak limau, takkan nak tengok aje hahahaha.

So okaylah, tu je la nak membebel pagi ni, nanti kita sambung lagi. Sis pun ada kerja nak di siapkan dan kepala masih lagi berfikir, nak pergi ke tak..huhuhu..

Okay Bye..
Isnin yang indah.. Bismillah ...


P/S: Sedapnya laaa haii Mee Celup tu..rindu Paka!

JANGAN KEDEKUT! ITU REZEKI ANAK-ANAK

$
0
0
JANGAN KEDEKUT! ITU REZEKI ANAK-ANAK | Sifat kedekut tu memang ada bagi setiap manusia, tak kira siapa pun. Sifat kedekut sebesar biji sawi tu kalau nak hapuskan, bukan senang-senang, tapi ada masanya sifat kedekut tu untuk kepentingan diri sendiri juga. Yaa kena ada sikit sifat kedekut untuk diri sendiri. Jangan murah hati sangat dengan orang lain. Bak kata pepatah atuk Sis, jangan tabur budi, nanti tergadai bodi hahahaha.

Kita kena jauhkan sikit sifat kedekut tu untuk sesuatu yang memerlukan kita. Contoh paling besar kalau kita jadi ibu dan ayah ni. Janganlah kedekut sangat dengan anak-anak. Kedekut dengan isteri masih boleh terima lagi, sebab isteri selalunya faham, mungkin Suami banyak benda nak guna dan bayar bil. Tapi kalau dengan anak ni jangan kedekut, silap-silap apa yang kita kedekutkan, esok tua, kita balik yang kena. Ini realitinya bukan auta ya.

Bagi Sis dan Suami, kalau dengan anak ada certain yang perlu kita kedekut. Biasanya laa bab nak membeli sesuatu keperluan yang bukan dalam kemampuan, haa bab tu memang Suami kedekut sikit sebab fikirnya buat apa beli, benda lama boleh guna lagi, then harga pun mahal. Rasanya korang pun macamtu juga kan? Tapi.....kalau bab makan, Sis memang respect gile sangat-sangat!! Suami memang tak kedekut bab makan.

Anaknya kalau cakap nak makan apa aje, Suami akan cuba penuhi, walaupun tahu tempat tu mahal dan mungkin duit yang ada pun seadanya aje tapi Suami akan tetap cuba penuhi permintaan anak-anaknya, terkadang permintaan Sis juga, huhuhu.

Dari dulu hingga sekarang, perangai Suami tetap sama, tak kedekut bab makan, katanya 'Rezeki Anak-anak'. Dan dia akan selalu sambung balik, 'Esok-esok ada laa rezeki lain', haa gitu laa selalunya Suami jawab.

Dan baru-baru ini sempena cuti Tahun Baru Cina, kami anak beranak takde laa kemana jauh mana pun, hanya cuti-cuti di Johor aje, tu pun Suami bawa pergi makan Seafood di Sungai Rengit. Biasalah nak cuti lama apanya, Suami kena turun kerja, lagi pulak dah tukar di Penggerang, hari-hari merungut ulang alik jauh dari sana ke Pasir Gudang, ermmm..



Jade Garden Seafood Corner 

Kalau yang biasa pergi Sungai Rengit, korang tau laa di mana restoran ni. Kemain besar kedainya. Dan paling menghairahkan kalau masuk sini, dia punya binatang-binatang seafood dia, perghhh kemain fresh gile! Semua hidup-hidup dan kalau korang nak makan, korang pilih dan akan di masak terus. *Lupa pulak nak amik gambarnya hahahaha.

Yer biasa Sis anak beranak kalau nak makan seafood, akan makan di Restoran Todak kan? Tapi kali ni kita kasi tukar selera kata Suami. Tu yang di bawanya ke sini, alhamdulilah, tu le katanya rezeki anak-anak.

Masa Sis sampai, restoran tak berapa penuh, ye laa hari pertama raya kan, cuma ada le dua tiga meja je yang ada orang makan, tapi....selepas aje kami duduk anak beranak, makk aii kemain penuh satu persatu datang. Dari sunyi sepi, jadi riuh suasana, nasib baik kami pilih duduk di luar.

[Baca Juga] : Restoran Todak Orang Asli 



Kali ni makan pun tak cukup semuanya ada. Anak Sis,Kakak pulak yang takde. Kawannya ada datang dari Muar sebab nak pergi wedding sama-sama, so dia bawalah kawannya berjalan satu Johor. Makanya kami berempat aje la yang ada. Itu pun si Adiknya hantar gambar makan, kemain geram bising Kakaknya hahahaha apalagi jeles laa nampak menu kegemaran dia tu, ketam black pepper hahaha.

Yaa ini kali dan pertama kalinya kami makan ketam kemain besar gile! hahaha. Suami amik dua ekor aje tu, tapi penuh sepinggan. Harga, nanti cakap, kita makan dulu hahahaha.

Jom tengok apa yang Sis makan hehehe.






Untuk senarai menu yang Sis makan :

Black Pepper Crabs RM 186
Indo Curry Prawn RM 48
Golden Pomfret RM 38.40
Kailan Salted Egg RM 18
Deep Fried Squilds RM 30
Sweet Buns RM 6
**Siap nasi, minuman dan juga kekacang.

Semuanya RM 380.55 siap tax. Mahai ke murah ke?

Sis ko masa nengok je resit, terus cakap 'Makk aii mahalnya', terus kena marah dengan Suami hahahaha. Suami kata 'Jangan kedekut! Rezeki anak-anak'.. Ya itulah sifat dan sikap Suami Sis. Alhamdulilah .. Dan memang Sis ajar anak-anak dari kecil, setiap kali Ayahnya belanja makan atau soping belikan sesuatu, ucap terima kasih, walaupun itu Ayah kita. Syukur.

Mudah-mudahan Allah sihatkannya, tambahkan dan murahkan rezeki Suamiku mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Aamiinn..


P/S: Tu pun ada yang amik kesempatan atas 'pemurah'nya hati Suami Sis, tak faham spesies apa dia tu....*siapa makan cili, dia terasa pedas.

DOA MURAH REZEKI YANG PALING SENANG DIHAFAL

$
0
0
DOA MURAH REZEKI YANG PALING SENANG DIHAFAL | Amalkanlah doa pendek ni, tak kisah di mana juga berada. Lebih-lebih lagi setelah dan selepas solat fardhu. Korang amalkan dan bacalah selalu, jadikannya sebagai zikir korang, insyaAllah rezeki korang tu bertambah-tambah Allah beri. Tapi jangan kedekut!

Rezeki adalah sesuatu yang telah ditetapkan dan tertulis bagi setiap manusia. Dan menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa berusaha dan berdoa untuk dimurahkan rezeki serta mohon untuk mendapat keberkatan dariNya.

Nak mohon dimurahkan rezeki tu tak payah nak doa pepanjang, cukup dengan bersyukur dan mohon keberkatan dari Allah. Tapi nak afdol, bacalah doa yang memang khusus untuk rezeki, tapi kalau tak boleh nak baca pepanjang, cukup dengan doa di bawah ini aje. Amalkanlah!

Islam itu Indah. Islam itu Mudah. Korang buat, korang dapat!.


Terdapat pelbagai jenis rezeki yang manusia sendiri tidak perasan bahawa ianya merupakan salah satu daripada rezeki yang diberi oleh Allah secara nampak atau tidak nampak.

Kebiasaannya manusia ni tau minta tapi tak tau bersyukur. Betul tak?
 #SisSharing

Rezeki yang telah ditetapkan
Ini adalah rezeki yang Allah telah tetapkan sejak kita dalam kandungan lagi. Semasa kita berusia 4 bulan dalam kandungan ibu kita, 4 perkara telah ditetapkan untuk diri kita termasuklah rezeki kita.

Rezeki dengan usaha
Orang yang berusaha pasti akan dapat lebih. Itulah hakikatnya, walaupun rezeki telah ditetapkan, kita perlu berusaha lebih gigih sekiranya nak jadi kaya atau mempunyai kedudukan kewangan yang stabil.

Rezeki dengan syukur
Orang yang kerap bersyukur akan ditambahkan rezekinya oleh Allah swt. Cara paling mudah untuk bersyukar adalah dengan mengucapkan 'Alhamdulillah'.

Rezeki yang tidak disangka
Dalam ayat seribu dinar ada menyatakan sekiranya kita bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan berikan kita rezeki daripada sumber yang kita sendiri tidak sangka seperti melalui cabutan bertuah, hadiah dan lain-lain. Ini semua rezeki yang tidak disangka-sangka.

Rezeki dengan istighfar
Orang yang banyak meminta ampun atas segala kesalahannya dengan beristighfar akan menyebabkan rezekinya mudah dan berkat.

Rezeki dengan Nikah
Ada yang bimbang dengan nafkah kewangan selepas bernikah. Hakikatnya, Allah menjanjikan tambahan rezeki untuk mereka yang bernikah

Rezeki dengan anak
Allah mengingatkan bahawa setiap anak yang lahir di dunia telah ditetapkan rezekinya. Ramai yang mengistilahkannya dengan ‘rezeki anak’. Sebagai contoh, apabila lahir seorang anak, meningkatnya gaji ibu dan bapa bayi tersebut.

Rezeki dengan sedekah
Salah satu cara terbaik untuk menarik rezeki adalah dengan memperbanyakakan sedekah. Nilai sedekah yang dikeluarkan tidaklah penting berbanding perbuatan sedekah itu sendiri. Biar sedikit tetapi ikhlas.

Selain itu, kita juga perlu ingat, dalam setiap rezeki kita, ada juga bahagian untuk orang lain. Faham tak ayat tu? Yaaa bersedekahlah. Bayar zakat dan membantu mereka yang memerlukan. InsyaAllah rezeki yang ada tu, Allah akan gandakan berlipat gandanya. Antara cepat dengan lambat aje.

So jom kita bersedekah!
Sedekahlah kamu walau seukir senyuman 😊


P/S: Terima kasih sahabat! Sahabat yang baik juga rezeki buat Sis ...

WORDLESS WEDNESDAY - CORN DOG

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - CORN DOG | Yay! Akhirnya dapat juga merasa benda alah ni haaa 'Corn Dog' namanya. Jangan tanya kenapa namanya begitu hahaha. Sedap rupanya ek, makan sebatang tu kenyang ko. Sis beli kat belakang rumah Sis ajer. Sebatang RM 6.

Sis amik dua, satu original satu lagi salut kentang. Dia-dua sedap!


Korang dah cuba? Cubalah.
Kalau pandai dan rajin, buat sendiri, resepinya pun senang.


P/S: Jadi sedap tu sebab makan dengan cheese dan mayonis tu ha...aishhh nak belilaa kang hehehe.

PERENCAH IKAN BAKAR ADABI MUDAHKAN KERJA AKU MEMBAKAR IKAN

$
0
0
PERENCAH IKAN BAKAR ADABI MUDAHKAN KERJA AKU MEMBAKAR IKAN | Yaa memudahkan kerja Sis nak makan ikan bakar. Tak payah dah buat sambal lain dah nak makan ikan bakar, hanya lumur dan bakar. Bukan malas tapi sebab sedap perencah ikan bakarnya, so kita guna yang dah siap segera, tinggal lumur dan bakar. Mudahkan? Sedap pun sedap.

Korang punya tekak Sis tak tau la, kalau yang belum cuba, haa cubalah dulu, nanti baru komen. Kalau Sis memang inilah perencah ikan bakarnya yang Sis guna kalau nak bakar ikan jenis berempah berpaste macam ni. Lain kalau bakar kosong, haa yang tu tak payah lumur pes.

Benda ada senang, buat apa nak menyusahkan, ye dak hehehehe. Lagi plak kalau takde masa atau yang jenis bekerja masa agak terhad, haaa nak masak bakar kosong macam tak best laa kan, takde lawan, so haa beli ikan, guna pes Perencah Ikan Bakar Adabi ni dan bakar. So ikan tu jadi sedap, takde laa makan kosong aje.


Sis bakar ikan siakap ni kebetulan masa tu ada potluck bersama Geng Bas Sekolah Sis di rumah Sis. Buat tambah-tambah lauk sedia ada, so Sis beli ikan siakap dan bakar guna perencah ikan bakar Adabi tu. Sebab taknak bakar kosong.

Bukan susah, basuh ikan, kemudian lumur perencah tu pada ikan, tak payah tambah garam atau serbuk perasa bagai, semua dah siap secukup rasa. Kecuali kalau korang nak pedas lagi, tabur le serbuk lada putih atau lada hitam atau gaulkan lagi dengan lada kisar. Ikut suka. Macam Sis, Sis just lumur gitu jer, kemudian saje nak bagi wangi sikit, Sis balut dengan daun pandan, Daun pisang takde, daun pandan pun jadi ler..


Sebenarnya kan, masa beli ikan ni, minta kedai nyiang kan, tapi lupa cakap kat dia jangan buang sisik, sebab lupa nak buat bakar. Tapi alhamdulilah, kalau bakar guna kuali DIY Sis tu, memang tak melekat. Sebab tu suka guna kuali DIY. Murah pun murah, kuali mahal Sis tu? Hampeh! hehehe.

Korang bakarlah ikan tu sampai biji mata dia putih. Kalau dah putih terjojol matanya, makanya dah masaklah ikan tu. Selagi biji matanya jernih, ikan tu belum masak ya hehehe. Tu tips petua Emak Sis kalau bakar ikan hehehe.

Ada plak kang tanya, Perencah Ikan Bakar Adabi yang mana? Ermm..


Lupa nak amik gambar pesnya, so nah Sis bagi gambarnya. Hehehehe. Korang cuba sendiri. Sepaket tu RM 3.50 tak silap. Kalau tekak ko sama dengan tekak Sis, maka memang sedaplah. Kalau tekak korang jenis ala-ala nak hebat sempurna, haa ko buat sendiri ya rencahnya hahahaha. Ni tekak Sis bedal jer. Tak cerewet, janji masak!.

Kawan-kawan yang makan pun semua takde cakap apa, licin aje Sis ko nengok mereka makan,s ampai tinggal tulang hahahaha *memang le tulang tak boleh makan hahahaha.

Okaylah, nanti sambung lagi ea. Sis ada jemputan makan review harini. Nanti Sis kongsi okay.
Jumpa lagi. Bye.


P/S: Tapak tngan gatal je ni, nak dapat duit ke atau nak tampar orang ni? ...

BARU CUCI KERETA, HUJAN PUN TURUN

$
0
0
BARU CUCI KERETA, HUJAN PUN TURUN | Begitulah selalunya, asal cuci kereta, hujan turun, dan bila hujan turun, baru lepas cuci kereta hahaha. Adeii nak salahkan siapa? Takde siapa yang bersalah dalam hal ini, tapi hujan itu rahmat. Bila dah hujan, Dia suruh rehat duduk rumah, tengok tv dan makan. Kalau tak nanti kalau dah keluar, lauk yang dah masak dalam periuk tu, takde sapa nak makan hahaha.

Tempat korang macam mana? Hujan ke tak semalam?

Semalam siangnya Sis keluar sekejap, ada media review di Sugar Bun Johor di Sri Alam bersama Sunah. Masa tu hari dah hujan dah tapi gerimis mengundang jer. Masa dah selesai 'kerja' tu, waktu tengah makan, haaa masa tu hujan turun kemain lebat lagi. So kami berdua layan makan duduk situ makan sampai tinggal tulang hahaha.

Hujan tetap gak turun tak henti-henti.. Tapi rasanya lama gak Johor tak hujan lebat gini. Dah berapa hari panas berdenting kat tempat Sis ni. Sekali kalau dah hujan, haaa kemain lebat, bila panas, merentung panas hahaha.

Bersyukurlah ada hujan dan panas kan..


Dalam pada tengah makan dalam Sugar Bun semalam, sambil nengok hujan di luar tu, teringat dan mengeluh gak sekejap dalam hati. Ermm baru cuci kereta, dah hujan. Nasib gak satu dalam rumah, tapi satu tu kat luar, makanya ermm faham-faham aje la. Tapi nasib hujan lebat, so takde laa kotoran hujan tu melekat teruk kat kereta.

Dan kononnya lepas makan tu, nak bawalah kereta anak yang Sis bawa tu pi cuci, tapi bila dah hujan, ermm terus tak jadilaaa..esok-esok je la cuci. Yerr hujan dia dari siang membawa ke malam kan? Sejuk je rasa semalam. Mula-mula tu, duduklah depan pintu sambil tengok hujan turun, sambil berkata, seronoknya kalau dapat main hujan ni hehehe!

Pastu perut rasa lapar pulak, makanya Sis ko buat lempeng makan dengan asam pedas. Habis 3 keping Sis ko bedal sambil nengok cite hantu Thai hahaha.


Padahal, siangnya dah kenyang makan macam-macam menu baru di Sugar Bun tu. Tapi tu makan tengah hari kan. Korang tau, Sis baru tau yang Sugar Bun tu dah ada menu macam ni tau. Sis ingat dulu dan setahu Sis Sugar Bun ni hanya menu ayam goreng aje macam ayam KFC tu ha. Kesahnya ada macam-macam menu dah selain Laksa Sarawak.

Menu baru apa di Sugar Bun tu nanti Sis post di lain entri ya. Ada banyak lagi set yang korang mesti cuba,. Harga pun berbaloi. Puashati makan dengan harga yang di sediakan. Sabar nanti Sis cerita.


Dan bila dah hujan-hujan, time tu laa teringat segala benda yang ko makan semalamnya kan hahahaha. Termasuk dua ketul pastri ni haaa.. adeii sedap gile ko Croissant Salted Egg di Seven Oaks tu. Mula nampak je macam keras bedengkung, tapi bila baca haa salted egg, terus Sis cuba seketul dan Sunah cuna yang atas tu, entah apa laa namanya.

Sedap! Tu je mampu Sis cakap.. kang ada plak yang cakap 'Sis ko ni batu gan kayu pun kata sedap' hahahahaa...habis dah sedap, kita cakaplah sedap...pebendeee leee ...eeeee..

Sedap tak sedap, pi cuba sendiri laaa...

Okaylah, cukup dulu cerita hujan dan makan pagi ni. Sis ada benda nak buat sikit. Pagi ni mood agak kelaut sikit, tak tau kenapa, terbuku dalam hati rasa ketidakpuasan, pasal apa? ENTAH...so korang jangan memacam dengan Sis, kang ada makan tangan kang..

Okay dah..Bye ..


P/S: Ingat ek.. Sarang tebuan jangan jolok, kang lebam satu muka!

DRAMA CAMELIA TV3 : SAKIT HATI TENGOK WATAK MARINA TU!

$
0
0
DRAMA CAMELIA TV3 : SAKIT HATI TENGOK WATAK MARINA TU! | Ya Allah, sakit hati bagaikan rasa nak masuk dalam tv tiap kali nengok lakonan Ain Endruce bawa watak Marina tu dalam Drama Camelia TV3 yang di siarkan setiap hari Isnin sampai Khamis jam 10pm. Korang tengok tak?

Mulanya Sis tak follow gak cerita ni, ada satu hari tu, Sis bukaklah Youtube, ternampak video episod 1 Camelia ni, ceh klik le nak tengok je, best ke idok sebab Sis suka lakonan Saharul Ridzwan tu. Sekali tengok episod 1 terus terjebak sampai laaa ke episod 8 semalam hahaha.

Tapi episod awal-awal tu dari 1 hingga 5, kalau korang tengok, Ya Allah mengugat kesabaran Sis sebagai penonton. Geram gile nengok si Marina tu. Kurang ajar dengan Mak Bapak dia sampai mati keduanya, lepas tu di buatnya Kakaknya, Mariam lakonan Dania Danielle tu sampai sanggup upah orang untuk rogol kakaknya, dan sanggup cederakan Abangnya Malik tu sampai hilang ingatan tapi si Marina ni adeii hati batu gile!

Bila dah kawin pun, dia buat Laki dia sampai masuk penjara, duk sakan 'main' dengan jantan lain. Padahal Laki Doktor dan kaya plak tu. MIL dia pun, punyalah baik pun dia tengking-tengking, bodoh betul kau Marina oi!! Takde perasaan langsung dia dalam watak Marina tu..stress ko nengok cite ni hahahaha..


Cuma sekarang Sis masih blur gak, kenapa tiba-tiba muncul 'Camelia' dalam hidup Mariam...ermmm puas gak Sis fikir, tapi yeee mungkin imaginasi dari dalam fikiran dan hati si Mariam yang rasa geram dan nak membalas dendam kepada Marina. So sebab tu kadang dia akan bertukar menjadi Camelia dan sekejap berubah menjadi Mariam.

Harap-harap Mariam tidaklah sejahat macam Marina bila menjadi Camelia huhuhu..

Korang yang belum tengok tu, haaa silalah nengok, kalau tak dapat tengok malam tu, tengok ulangannya di Youtube TV3.

Sinaopsis Drama Camelia 

Mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang porak peranda disebabkan perangai anak-anak yang suka meroyan.

Pada tahun 1999, 3 adik-beradik, Malik, Mariam dan Marina tinggal bersama ibubapa mereka, Halim dan Zainab, dan nenek sebelah mak mereka, Tok Su. Mereka bukan keluarga kaya, mengerjakan sawah yang dipajak.

Mariam tertekan semenjak kecil kerana selalu dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su sering lebihkan adiknya, Marina yang dikatakan amat cantik berbanding dirinya.

Walaupun emak, ayah dan abang angkatnya, Malik berada dipihaknya Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga membuatkan Mariam trauma. Tekanan dan trauma yang berterusan kemudiannya telah menyebabkan  Mariam memiliki ‘split identiti’.

Identiti dimana dia mahu kelihatan lebih cantik daripada Marina. Identiti yang bernama ‘Camelia’. Camelia mula menguasai diri Mariam dalam usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina.

Malik yang akhirnya menjadi suami Mariam harus berusaha untuk mengembalikan Mariam sebelum Camelia mengambil alih sepenuhnya badan Mariam. Malik berharap kekuatan cinta mereka berdua yang dipupuk sedari kecil dapat mengalahkan ‘Camelia

Sumber: wikipedia

Senarai Pelakon Drama Camelia

Saharul Ridzwan – Malik
Diana Danielle – Camelia / Mariam
Ain Edruce – Marina
Hafidz Roshdi – Dr Azman
Lisdawati – Zakiah / Mak Su


P/S: Ada ke ek manusia sejahat Marina realitinya? kalau ada, kasi cekik bagi mampos kecik-kecik dulu sebelum menyusahkan orang hahahaha..

26 HOSPITAL DI MALAYSIA YANG BERSEDIA MERAWAT VIRUS KORONO

$
0
0
26 HOSPITAL DI MALAYSIA YANG BERSEDIA MERAWAT VIRUS KORONO | Penularan wabak novel coronavirus kini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat seluruh dunia. Adakah hospital di Malaysia bersedia untuk memberikan rawatan virus korona kepada individu yang disyaki dijangkiti virus tersebut?

Rawatan Virus Korona: Malaysia Lengkap Dengan Kemudahan

Memetik satu laporan akhbar, menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, “Kementerian telah mengenal pasti 26 buah hospital kerajaan dan hospital pakar yang dapat mengendali, memantau dan merawat kes berkaitan virus korona ini.”

Ia melibatkan semua hospital negeri dan hospital pakar utama dengan unit yang dapat merawat penyakit berjangkit. Kesemua negeri di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya satu hospital yang boleh memberikan proses pengasingan dan rawatan kepada pesakit.

Hospital yang disenaraikan ini boleh mengendali kes dan memberikan rawatan virus korona kerana telah memenuhi keperluan dan syarat yang ditetapkan termasuk dalam aspek mengenal pasti, memantau, dan menilai kes yang dilaporkan. Dalam masa yang sama, individu yang disyaki dijangkiti wabak yang turut dikenali sebagai 2019-ncov ini akan diasingkan,” jelas Dr Lee.

Dr Lee memberitahu, langkah-langkah yang diambil ini adalah satu prosedur operasi standard kementerian sebagai pengawasan sekiranya berlaku penularan wabak penyakit berjangkit di Malaysia.


Langkah Tangani Penularan Wabak di Malaysia

Umumnya, terdapat beberapa langkah untuk menangani sebarang kes yang melibatkan penularan wabak berjangkit di Malaysia.

Contohnya seperti kes untuk rawatan virus korona ini, antara langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kementerian kesihatan adalah:
  1. Individu yang disyaki dijangkiti wabak penyakit berjangkit ini akan diasingkan.
  2. Kakitangan kesihatan perubatan perlu dilengkapi dengan alat perlindungan khas untuk memastikan mereka tidak dijangkiti.
  3. Hospital berkenaan perlu mempunyai keupayaan untuk melakukan prosedur pengesanan dan pemantauan.
Senarai 26 hospital di Malaysia Untuk Rawatan Virus Korona

Berikut adalah senarai 26 buah hospital kerajaan dan hospital pakar yang boleh memberikan rawatan virus korona:

Hospital Tengku Fauziah, Kangar, Perlis – 03-9738000
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah – 04-7406233
Hospital Langkawi, Langkawi, Kedah – 04-9663333
Hospital Pulau Pinang, Pulau Pinang – 04-2225333
Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak – 05-2085000
Hospital Sungai Buloh, Selangor – 03-61454333
Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur – 03-26155555
Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, Negeri Sembilan – 06-7623333
Hospital Melaka, Melaka – 03-2892344
Hospital Sultanah Aminah, Johor – 07-2231666
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang – 09-5133333
Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu – 09-6212121
Hospital Tumpat, Kelantan – 09-7263000
Hospital Kuala Krai, Kelantan – 09-9666333
Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan – 09-7452000
Hospital Labuan, Labuan – 087-423922/ 087-423919
Hospital Queen Elizabeth, Sabah – 088-517555
Hospital Duchess Of Kent, Sandakan, Sabah – 089-248600
Hospital Tawau, Sabah – 089-983533
Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Sabah – 088-522600
Hospital Lahad Datu, Sabah – 089-895111
Hospital Keningau, Sabah – 087-313000
Hospital Umum Kuching, Sarawak – 082-276666
Hospital Miri, Sarawak – 085-420033
Hospital Bintulu, Sarawak – 086-255899
Hospital Sibu, Sarawak – 084-343333

Jika korang mengesyaki diri korang mahupun ada ahli keluarga yang mungkin dijangkiti virus korona ini, pastikan anda melakukan pemeriksaan dengan segera!


Langkah-langkah Melindungi Diri Dari Virus Korona
Sudah pasti mencegah itu lebih baik daripada merawat, bukan? Jadi di sini, disertakan langkah-langkah pencegahan yang boleh diamalkan untuk melindungi diri dan individu sekeliling korang daripada dijangkiti wabak novel Coronavirus.

1. Jaga tahap kebersihan

Pastikan anda mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi. Anda disarankan untuk kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau gel pembersih tangan (hand sanitizer).

2. Lawatan tempat berlaku wabak

Sebaiknya, elakkan sebarang lawatan ke kawasan yang berisiko dijangkiti.

Tetapi jika anda tidak dapat mengelak dari pergi ke kawasan atau tempat yang berlaku wabak ini, berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda lakukan:
Pastikan anda sentiasa membawa bersama penutup muka dan hidung (mask) serta gel pembersih tangan (hand sanitizer)

Hindari daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang mempunyai sebarang simptom jangkitan seperti:
  • Demam
  • Selesema
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Sakit kepala
  • Sakit badan
  • Sesak nafas
  • Elakkan daripada melawat ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan
  • Elakkan daripada memakan sebarang produk haiwan yang mentah atau tidak dimasak sempurna

Rawatan Perubatan
Pastikan korang mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera sekiranya korang jatuh sakit, yang melibatkan simptom seperti jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas, yang berlaku dalam tempoh 14 hari selepas pulang daripada lawatan tersebut.

Selain itu, pastikan korang turut memaklumkan doktor mengenai sejarah percutian korang kepada doktor yang merawat korang.

Mengenai Virus Korona

Mungkin ada di antara korang yang masih tidak memahami mengenai virus korona ini. Berikut adalah penerangan ringkas mengenai wabak jangkitan ini yang perlu korang tahu:

Virus korona adalah sejenis virus yang menyerang sistem pernafasan haiwan mamalia, termasuklah manusia. Ia berisiko untuk mengakibatkan masalah kesihatan seperti demam, selesema atau sesak nafas.

Umumnya, terdapat beberapa jenis virus korona, termasuklah:
  • 229E (alpha coronavirus)
  • NL63 (alpha coronavirus)
  • OC43 (beta coronavirus)
  • HKU1 (beta coronavirus)

Walau bagaimanapun, wabak ini dikatakan sebagai sejenis virus korona baharu kerana strain yang dijumpai tidak pernah dikesan pada mana-mana individu.

Virus ini turut dikenali sebagai virus China kerana ia berasal dari China. Virus korona merupakan satu penyakit melibatkan jangkitan paru-paru (pneumonia). Ia mula dikenal pasti dan dilaporkan pada 12 Januari 2020 kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Berdasarkan kajian, dipercayai punca sebenar kewujudan virus ini dikatakan berkemungkinan datang daripada ular yang dijual di pasar Wuhan.

Menurut laporan, kebanyakan individu kumpulan pertama yang dijangkiti virus korona ini adalah daripada golongan pekerja dan pelanggan di pasar tersebut.

Ular dikatakan sebagai punca penyebaran virus kerana mempunyai kod-kod protein virus yang sama dengan virus korona ini.

Keputusan ini diperolehi selepas penyelidik daripada Peking University di China membandingkan kod-kod protein virus korona ini dengan kod-kod protein virus korona yang terdapat dalam hos binatang lain seperti burung, ular, landak, marmot dan juga kelawar.

Dipercayai dua jenis ular yang mungkin menjadi punca penularan virus iaitu Chinese krait dan Chinese Cobra, yang menjadi sumber asal virus korona ini.


Kesimpulannya

Wabak virus yang berasal dari Wuhan ini bukanlah satu jangkitan yang boleh dipandang remeh. Jadi sekiranya korang mengalami sebarang simptom virus ini, pastikan korang mendapatkan rawatan virus korona dengan segera.

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
P/S: Penutup mulut pun hampir kesemua kedai/farmasi SOLD OUT.. Jadinya sendiri mau ingat ya!

LEGOLAND® MENAWARKAN DISKAUN 30% UNTUK TIKET HARIAN!

$
0
0
LEGOLAND® MENAWARKAN DISKAUN 30% UNTUK TIKET HARIAN! | LEGOLAND® Malaysia Resort menjemput korang bersama keluarga untuk sama-sama memeriahkan sambutan tahun baru cina mereka bagi menghargai dan sambil mempelajari tentang Warisan dan tradisi Cina melalui pelbagai aktiviti dan permainan.

Tahun ini, dalam perayaan Tahun Tikus, LEGOLAND® menjadi tuan rumah bagi Tahun Baru Lunar yang pertama, di mana korang dapat melihat dan menyaksikan persembahan graceful Chinese folk dancers, acrobatic High Pole Lion Dance, enigmatic face changing performance& banyak lagi aktiviti yang di sediakan.

Sangat meriah dan happening!




Selain daripada pertunjukan kebudayaan, korang juga boleh join The Rat Race, di mana setiap keluarga perlu bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menyelesaikan aktiviti seperti membuat LEGO Zodiac Rat mereka sendiri atau membina Raksasa LEGOLAND® LEGO Orange, dan menyertai aktiviti dan permainan tradisonal Yoyo Cina.

Pemenang akan menerima hadiah edisi terhad dari LEGOLAND®.




Dari 18 Januari hingga 9 Februari, pelbagai aktiviti bertemakan Tahun Baru Lunar yang akan berlangsung di LEGOLAND® Malaysia Resort termasuk: -
  • Monkey King Appearance – Spot the Monkey King as he parades around the park causing mischief.
  • The Ninjas– The Ninjas will be making their debut show at LEGOLAND® Malaysia Resort and showing off their breakdance moves!
  • LEGO Build Activity– Friends & family can usher in the Year of the Rat in the typical LEGOLAND® style by working together to build the best Lunar New Yearthemed LEGO creation!

What’s happening at SEA LIFE Malaysia this Lunar New Year?

Terokai lautan aktiviti yang menyeronokkan & saksikan pertunjukan menyelam LNY khas di SEA LIFE. Malah korang juga berpeluang untuk melihat God of Fortune yang berenang dalam tangki akuarium.

Tak lupa juga, aktiviti menarik yang korang boleh join di sini adalah Ang Pow DIY, dimana korang boleh buat ang pow raya cina korang sendiri. Menarikkan. Dan jika korang bertuah, korang juga akan mendapat Mandarin Orange Giveaway !




Year of The Rat Promotions

Bagi korang yang inginkan kepuasan dan ingin alami sepenuhnya keseronokkan bermain dan menginap di sini, LEGOLAND® resort menawarkan diskaun 30% untuk semua tiket ALLDAY yang dibeli dari 6 Jan hingga pertengahan Feb 2020 dan berpeluang untuk menaik taraf ke pas tahunan untuk LEGOLAND® 365 hari unlimited!

Korang juga dapat penjimatan sehingga RM420 untuk penginapan yang akan datang di LEGOLAND® Hotel dari 1 Januari hingga 29 Feb jika mereka menempah sebelum 31 Januari 2020 (LAST DAY!) melalui laman web rasmi.

Cepat sebelum promosi tamat !



Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang aktiviti yang menarik dan pembelian tiket, sila ke laman web rasmi, www.legoland.com.my atau melalui laman media sosial di Facebook dan Instagram.

Thank You LEGOLAND® for having us! 🍊


P/S: Gigih Sis ko pasang LEGO Tikus tu tau! Hahaha comelkan...hehehe
Viewing all 4659 articles
Browse latest View live