Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all 4660 articles
Browse latest View live

SEKEJAP DAH MASUK BULAN FEBRUARI 2020 KAN?

$
0
0
SEKEJAP DAH MASUK BULAN FEBRUARI 2020 KAN? | Kann kann kann..kejap dah bulan Februari, tup-tup dah 1 Februari 2020. Cepat betul masa berlalu. So apa dah yang korang capai setakat sebulan tahun 2020 ni? Tahniah buat mereka yang dah capai target mereka setakat sebulan masuk tahun baru ni. Yang belum capai target tu, kena sabar dan kerja lebih keras lagi.

Sis? Sebulan tahun 2020 ni belum lagi dapat mencapai target apa-apa, sebabnya Sis takde letak apa-apa target pun untuk tahun 2020 ni. Cuma berharap, kemelut yang Sis hadapi seorang diri yang bermain dalam kepala hotak Sis ni, yang Sis hadap yang Sis rasa, yang Sis lalui ni akan cepat berakhir. Nak cerita pun susah, tapi one day Sis akan ceritakan di sini, mungkin akan jadi viral satu hari nanti. Itu yang Sis harapkan.

Buat masa ni Sis hanya perhati dan memerhati aje. Bak kata orang, sarung tebuan kau jangan jolok, sedangkan gunung berapi meletup pun takde bagi signal, apa lagi kalau Sis ko yang meletop ni hahaha mau bergegar satu Pasir Gudang kang, so hati-hatilah bagi 'yang makan cili' tu ya..


Oh! Ya bulan Februari ni adalah bulan tahun lompat kan, setiap 4 tahun baru dapat jumpa tarikh 29 Februari ni. So ini tahun kita akan jumpa 29 Februari ni kan. Terus teringat sahabat Sis yang menyambut hari lahir pada 29 Februari.

Yang bestnya, walaupun kawan Sis tu takde menyambut hari lahirnya setiap tahun, tapi kan, anak-anaknya setiap tahun belikan hadiah untuk Ibunya. Dan bila tiba aje tahun ke-4 untuk sambut hari lahir Ibunya, hadiah-hadiah itu di serahkan kepada Ibunya.

So korang bayangkan betapa banyaknya hadiah yang sahabat Sis dapat dari anak-anaknya ketika menyambut hari lahirnya pada 29 Februari tu hahahaha. Bestkan! Untung tau mereka yang lahir pada 29 Februari ni, sentiasa muda 4 tahun hahaha..ye laaa 4 tahun sekali baru meningkat umur hahahaha..


Dan juga bulan Februari ni di katakan bulan berkasih sayang, orang putih kata Valentine's Day ek. Korang sambut ke? Uishhh jangan taksub sangat, nanti terpesong akidah tu. Apa yang kita tau ye kita tau tapi fahamkan dulu, jangan main ikut-ikutan aje apa yang orang buat. Tak memasal kang kena kecam.

Kita buat dek je sudah le tarikh 14 Februari tu. Untuk mereka yang sambut, biarlah. Yang kita ni yang faham, kita diam je sudah. Dulu kita kurang ilmu yaa, semua benda nak di sambutnya, sekarang dah tua ni, banyak membaca, so eloklah diam aje. Cakap lelebih kang kata kita ni 'alim' sangat hahaha..Yee sebab Sis ko dah pernah kena dengan ayat tu, serik oii..Baik diam dari komen.

Okaylah, terpanjang pulak menaipnya..Korang masak apa harini? Sis harini masak petang sikit, sebabnya nak keluar sekejap dengan anak-anak beli barang, Suami pun pergi memancing laut, selepas Sunuh dah gerak tu, harap dapatlah hasil memancing tu lumayan hehehe...maybe malam baru sampai, so Sis masak lewat sikit harini.

Cadangnya nak masak semur ayam kampung. Menu kegemaran Suami ni. Kita tunggu dan lihat.
Okaylah, anti sambung lagi ya.

Selamat berhujung minggu buat semua.
Bye.


P/S : Terima kasih Suamiku.. Isterimu suka akan hadiah yang di berikan..walaupun, bukan purple 😛

MAKAN-MAKAN SEBELUM ANAK-ANAK BALIK UNIVERSITI

$
0
0
MAKAN-MAKAN SEBELUM ANAK-ANAK BALIK UNIVERSITI | Makan-makan laa apalagi nak buat, nak bawa gi shopping, ada kang terbeliak mata Ayahnya membayar hahaha. Bukan anaknya aje kang, dengan Emaknya numpang sekaki shopping hahaha.

Kan dah pernah kata, dah pernah Sis post, kalau bab makan, Suami Sis ni memang tak kedekut, tak berkira dengan anaknya. Makanya laaa Suami dah janji dengan anaknya nak bawa makan malam dan esoknya nak bawa pi belanja dapur dan nak belanja makan Shushi Mentai tu sebelum anak-anaknya balik sambung study ke Universiti selepas habis cuti raya tahun baru cina. Ermmm Emaknya? Follow jer ler...walaupun Emaknya tak berapa gemar makan Shushi ni huhuhu.

Yang Kakaknya nak balik MSU, yang anak bujang Sis plak balik Politeknik,Mersing, so memang akan tinggal bertiga ajelah Sis bersama Suami dan anak Sis yang nombor dua tu,Yana. Nasib baik juga ada Yana, kalau tak, berdua ajelah Sis dan Suami...Gitulah kalau anak tak ramaikan hehehe.




Satu malam tu kami keluar makan, duk pusing-pusing mencari kedai makan di sekitar Johor Jaya. Kedai TomYam yang biasa Sis makan tu, kesahnya tutup pulak, mungkin cuti raya cina lagi, so nak taknak, anak Sis kata SDS aje la hahaha. Makanya ke sana aje kami makan malam.

SDS ni memang Sis suka, bukan Sis aje, Suami dan anak-anak pun suka. Suka sebab banyak pilihan menu dia. Dan semua menunya sedap-sedap. Kalau boleh semua nak di order dan makannya hahaha. Ikutkan malam tu Sis nak makan menu kegemaran Sis, Mee Goreng Mamak, tapi anak-anak dan Suami kata 'Mak dah takde menu lain ke nak makan? Asyik Mee Mamak aje', hahahaha..

Terus Sis ko order menu lain..dalam hati aishhh merungut tak habis, sebab tak dapat makan Mee Mamak SDS hahaha. Nasib baik menu yang Sis order tu pun sedap. Entah apa namanya entah, lupa hahahaha. Nengok aje le muka tak puashati tu haaa hahahaa.

[Baca Juga] : Sis Bukan Duta SDS Bakery & Cake Ya 




Dan esoknya seperti Ayahnya janji pada anak-anak, selepas aje belanja barang dapur, Ayahnya bawa makan di Shushi Mentai di Johor Jaya. Ini adalah salah satu tempat kegemaran anak-anak, sebabnya harga Shushinya lebih murah berbanding Shushi King, so memang puas giler laa anak-anak makan Shushi. kalau Suami Sis makan set Bentonya.

Sis? Kalau makan Shushi ni, Sis makan Bento gak tapi kali ni Sis makan aneka Shushi yang berjalan atas tu, nak sebut tak reti hahahaha. Hampir 5 pinggan juga Sis ko bedal hahaha aje gile tambah kalori ek, ada Mak kesah!..

Bila dah habis makan semua, makk aii penuh berpinggan-pinggan ko atas meja, hahaha lupa nak tangkap gambar, Ayahnya gelakkan aje masa anaknya duk susun pinggan. Gelihati nengok gelagat anak-anak, tapi sangat menghiburkan..

[Baca Juga] : Jangan Kedekut, Itu Rezeki Anak-Anak

Itulah keluarga kecil Sis. Peluang yang ada akan kami isi sepenuhnya dengan kegembiraan, lupakan segala masaalah kerja dan penuhi masa dengan anak-anak. Sibuk macam mana pun Ayahnya, kalau dah berjanji tetap akan cuba tunaikan. Alhamdulilah. Kadang-kadang sedih kalau fikir, dan tertanya-tanya, 'Macam mana nanti bila anak-anak dah berkahwin, tinggallah Sis dan Suami berdua' ...aishhh tak boleh nak fikir, akan mengalir airmata...

Selalu cakap benda yang sama dengan Suami, nanti Suami kata 'Takpe, selagi ada hayat kita bersama, kita tinggal berdua pun takpe', huhuhu ayat nak  sedapkan hati Sis je tu..tapi Sis tau, dalam hati Ayahnya tu pun ada taman berbunga-bunga..mau tak sedih gak kannn....

Tapi ya, kena terima, redha, one day anak-anak pasti akan tinggalkan kita jugakan, dan punya keluarga sendiri dan akan jarang-jarang bersama kita. Sedihnya lahai...sebab itu Sis suka kongsi kisah kegembiraan kami di blog Sis, supaya nanti dah tua, Sis boleh baca semua kenangan manis ini semua. Lantakkan aje yang dengki dan khianat dengan kegembiraan kita, Allah kan Ada, semua dengki khianat tu pasti ada kifarah untuk mereka nanti.

Moga Allah lindungi keluarga kami ..aamiinn..


P/S: Ada yang dengki ke? Kalau takde Sis tak kata..maka berhati-hatilah..

PIZZA DAY BY HILTON

$
0
0
PIZZA DAY BY HILTON |  Pizza Day, your time to get your pizza eating game on! Yes, you heard correctly! A whole day – 24 happy hours– to celebrate that yummy carb that almost no one can do without! National Pizza Day is observed annually on February 9th.

The original pizza was a dish created by the Romans out of placenta bread that was covered in various layers of herbs, sauce and cheese. This oven baked flat bread food that is covered in sauce and cheese.

It is a holiday where people can enjoy one of the most popular and iconic dishes in the world and kick back with a slice as they spend time with friends and family Celebrate National Pizza Day with us! By enjoying it in one of its many flavours.

Head out to the nearest Hilton and grab fresh made pizza with special offers. Don’t miss the opportunity to connect with your love ones over a pizza talk. Head out to the nearest Hilton and grab freshly made pizza with special offers. Don’t miss the opportunity to enjoy a feast with your loved ones!


Makan Kitchen, Tosca & Axis, Doubletree by Hilton Melaka – National Pizza Day 

Satisfy your pizza cravings with a delectable mix of flavours at our Makan Kitchen, Tosca and Axis Lounge. Feast on a selection of Pizza from Margherita Pizza, Al Funghi Pizza, Prosciutto Di Pollo Al Funghi Pizza and Diavolo Pizza. Be entertained by a special performance by our chef and service crew in the afternoon with your family and friends as you enjoy the cheesy crust!

Sunday | 9 February 2020 | 12PM – 10PM
RM25 nett for per pizza (standard size) | Buy 2 and get 1 free mini pizza

For reservations, please call us at +06 222 3333 or email us at MKZMM_FB@hilton.com

Tosca, Doubletree by Hilton Kuala Lumpur – World Pizza Day

Express your love for Pizza by indulging in your favourite flavours at Tosca! The piping hot pizzas come in many different flavours and sauces from Neopolitana Pizza with buffalo mozarella and basil, Slipper Lobster Pizza with barbeque sauce, Cacio E Pepe Pizza with Pink peppercorn and pecorino cheese, Tosca’s Signature Pizza, Pizza Norma and more. Stand to win 10X pizzas from Tosca when you share our National Pizza Day post on social media.

7 – 9 February | 50% off pizzas when you spend over RM50

For reservations, please call us at +03 2172 7272 or email us at KULDT_FB@hilton.com.


P/S: Tiberr teringin plak nak makan Pizza, lama tak makan Pizza oii...

LIRIK LAGU CINTAIKU (OST DRAMA CAMELIA) - ALYAH

$
0
0
LIRIK LAGU CINTAIKU (OST DRAMA CAMELIA) - ALYAH
Lirik dan Komposer: Ikhwan Fatanna/Wan Saleh


Ku sedari
Ku bukan bidadari
Namun punya cinta
Yang suci luhur
Buatmu kasih

Ku mengerti
Ku bukannya pelangi
Yang akan menjadi
Dambaan pencinta

Memori yang terluka
Akan tetap aku leraikan
Hanya untuk dirimu

Cintaiku…
Dengan sepenuh hati
Jangan pernah lukai
Cintaiku…
Terimaku seadanya

Cintaiku…
Hingga ke hujung nadi
Walau duka menanti
Cintaiku…cintaiku…

Ku sedari
Ku bukan bidadari
Namun punya cinta
Yang suci luhur
Buatmu kasih

Ku mengerti
Ku bukannya pelangi
Yang akan menjadi
Dambaan pencinta

Memori yang terluka
Akan tetap aku leraikan
Hanya untuk dirimu

Cintaiku…
Dengan sepenuh hati
Jangan pernah lukai
Cintaiku…
Terimaku seadanya

Cintaiku…
Hingga ke hujung nadi
Walau duka menanti
Cintaiku…cintaiku…

Ku korbankan jiwa
Demi mu ku rela
Walau ribut datang menerpa

Akan ku buktikan cinta ini
Hanya milikmu saja
Megah di singgah sana
Cinta kita selamanya

Cintaiku…
Dengan sepenuh hati
Jangan pernah lukai
Cintaiku…
Terimaku seadanya

Cintaiku…
Hingga ke hujung nadi
Walau duka menanti
Cintaiku…cintaiku…




P/S: Korang nengok Drama Camelia ni? Arghhh geramnya Sis ko dengan Marina tu..huh!! 

YANG NAK KAHWIN SUAMI ORANG, SILA BACA PESANAN LELAKI INI DAHULU

$
0
0
YANG NAK KAHWIN SUAMI ORANG, SILA BACA PESANAN LELAKI INI DAHULU | Bila berbicara soal kahwin lagi atau poligami memang masing-masing mempunyai pendapat dan pendirian tersendiri yang tak pernah habis. 

Nak cerita menaip panjang bab ni takut tak selesai 3 hari 2 malam korang membacanya kang hahaha. Tapi pesanan lelaki ini sangat 'deep' bila Sis ko seorang perempuan dan seorang Isteri membacanya. Biasalah orang perempuan ni memang sensitif sikit kalau bab kahwin suami orang ni! . Ye dak?

Sebenarnya Sis tertarik cerita ini setelah membaca dari Oh! Media mengenai pesanan "deep" yang diluahkan oleh lelaki ini. Yelah, kalau perempuan bagi nasihat macam ni mungkin biasalah, tapi bila lelaki yang bagi nasihat macam ni, agak rare sikit.

So kalau ada di antara korang yang sedang main cinta dengan suami orang tu, silalah hadam dulu baik-baik ya.

Meh kita baca dan hadamkan sama-sama ..


Kepada perempuan, sebelum terima suami orang jadi suami kau dan kau merelakan diri untuk menjadi madu:

1- Periksa dulu suami orang tu mampu ke nak tanggung lagi satu keluarga? 
Tanya atau cek betul betul income dia. Silap-silap selama dia bawak kau keluar atau belikan hadiah mahal-mahal kat kau, dia pakai duit bini dia. Kah !

2- Buat sikit background check kat bini dia a.k.a bakal madu kau tu! 
Bukan apa, mana tau bini dia tu cantik. Lepas tu kau percaya lah laki tu cakap kau cantik. Tak lama lepas kahwin dengan kau, dia jumpa perempuan lain yang lagi cantik dari kau.. kau pun terima nasib yang sama. Padan muka! Its karma bitch!

3- “Bini I tak boleh pregnant U. I nak anak, zuriat keturunan I.. sebab tu lah i nak kawin lagi satu”..
Ini antara alasan paling popular lelaki nak kawen lagi. Kalau laki tu cakap macam tu kat kau, suruh dia tunjuk laporan medical check up yang membuktikan ‘pisang dia masih boleh berbuah’.. Lelaki ni ego. Dia yang mandul, tuduh isteri pulak yang tak subur. Suruh pergi cek pakar, dia cakap “dia tau lah, bukan dia yang mandul sebab keturunan dia tak pernah mandul, semua dapat anak!”

4- Berfikir guna otak! Umur lelaki yang kau nak kawin tu dah 55 tahun, bini 1st dah 50 tahun. Kau pulak baru 27 tahun. Lepas kawen setahun, kau pregnant. Tak sempat kau beranak, laki kau mati. Anak kau lahir jadi anak yatim. 
Kau ingat masa sebelum kau kawen, Lelaki kau tu kaya, tapi sebenarnya lelaki kau tak ada apa apa harta. Kau tinggal lah sebatang kara! Dah kena jaga baby sorang sorang. Menangis pun tak guna sebab ada otak kau letak ntah kat mana. Bongok!

5- “Wife I sekarang dah lain U.. Dulu masa mula mula kahwin, hari hari cantik. Sekarang, huduh 24 jam. Pakai lipstik pun tak mau! Tak macam U, pandai bergaya, cantik, pandai berdikari! 
Kalau kau percaya cakap lelaki ni kau bodohlah dik! Tak yah aku explain panjang panjang!

6- Ini khusus untuk retis. Kau ingat kalau kau bukan retis, laki tu nak kat kau? Kah kah kah! Shame on U!
Susah payah kau bina nama, buat reputasi dalam bidang seni, last last kau rosakkan nama baik kau sebab kawin dengan laki orang! Buat malu Zed Zaidi ja sebagai presiden Seniman! Eh…

7- Kenapa pilih lelaki yang tak pernah puas dengan apa yang dia ada? Dia dah ada bini, dah ada anak. dah lama bina keluarga. Tapi kenapa masih nak kat kau?
Kau pernah fikir perkara tu tak sebelum terima dia? Kau tahu, tapi kau penting kan diri. Kau hanya fikir bahagia kau saja! Kau selfpig (selfish+pig) kan sebenarnya!

8- ” I nak kawen lagi satu sebab nak ikut sunnah Nabi. Kan elok tu! Awak pun nanti dapat Payung Emas kat syurga! Awak tak nak ke?”.. kata si lelaki kepada bini pertama bila kantoi kawen lain. 
 Eh, Time nak kawen lebih dari 1 ikut sunnah Nabi. Padahal, Time dating sebelum kawen ngan perempuan tu siap bawak pergi bercuti tido satu bantal, kongsi satu baju. Tak cukup dia tunggang bini muda, Agama pun dia nak tunggang jugak! Jaha**m!

Kesimpulan: Sebenarnya tiada istilah menumpang kasih bila kau kawen dengan laki orang! Tanyalah setiap isteri pertama, tak pernah mahunya dia nak bermadu! Kau nak tumpang rumah orang, tapi tuan rumah tak bagi izin. Tapi kau masuk jugak ikut pintu belakang, lepas tu separuh rumah tu kau buat jadi rumah sendiri. Eh tu bukan kata tumpang dah tu! Tu kau dah macam zionis rampas rumah orang lain!

Semoga semua wanita yang menerima madu tabah menghadapi hari hari yang mendatang!
Bermadu adalah sesuatu perkara yang paling ditakuti oleh wanita yang sudah berkahwin namun ramai wanita terpaksa menempuhi dugaan ini biarpun tidak rela. Ada yang sangat bercerai berai gara-gara tidak mahu bermadu. Dalam situasi begini, siapa yang harus di salahkan? ..


P/S: #SisSharing Gelak sendiri Sis baca pesanan-pesanan tu hehehe...

STATUS KESIHATAN AKU HARI INI 'FEVER FREE'

$
0
0
STATUS KESIHATAN AKU HARI INI 'FEVER FREE' | Yaa hari ini Sis ko di sahkan 'Fever Free', tapi bukan demam percuma ya hahaha..Maksudnya, hari ini Sis bebas dari jangkitan demam atau gejala-gejala yang menyebabkan virus Korona tu ha.

Pagi ni menemani Suami ke KPJ Abu Samad untuk rutin medical check-up dia, so pepagi lagi dah muncul di bilik Dr Abraham. Macam biasa pesakit nombor 1 hahaha. Tu pun menunggu lama gak nak masuk bilik Dr, sebab Dr ada kes di wad.

Sejak kes virus Korona ni, mana-mana tempat kunjungan orang ramai termasuk airport atau hospital dan klinik, mereka akan buat pemeriksaan saringan kepada semua pengunjung. Jadi tadi Sis dapatlah merasa satu pengalaman dan melihat macam mana mereka membuat saringan kepada semua pengunjung, pekerja dan juga pesakit, termasuk juga kakitangan dan para Doktor.

[Baca Juga] : Doa Agar Terhindar Dari Wabak Penyakit Berjangkit 


Sebaik korang masuk je ke hospital, korang akan di tahan dulu, mereka akan check suhu badan dan juga akan di tanya beberapa soalan. Contohnya: ada demam tak? batuk? selsema? Jika ada, korang akan di beri mask penutup mulut, jika korang pakai yang korang punya sedia ada, mereka akan suruh bukak dan buang, dan guna yang baru mereka beri tu.

Sebab Sis nampak mereka buat macamtu. Baguslah kan, ini sebagai untuk langkah penjagaan dan keselamatan, so korang tidak akan di jangkitan kuman yang sedia dah ada melekat dari luar yang korang dah pakai tu. Pakai yang baru so refresh! Ada juga yang degil, tak nak pakai dan tak nak ganti yang sedia ada, ermmm...

Bila korang betul di sahkan tidak ada demam, satu pelekat akan di tampal pada korang. Jangan eksen sangat taknak lekatkannya, rata-rata semua yang berada di hospital tu semua pakai pelekat tu. Ini menandakan korang dah di beri ujian saringan tu. Kalau takde pelekat tu, korang kena buat lagi.

Sis tak pakai penutup mulut ke? Pakai, masa ni dalam bilik menunggu Suami scan, so Sis baru bukak sebab kepanasan berjalan dari bilik Dr nak ke bilik scan, semput ko, so amik nafas sekejap hahahaha.


Dari semalam memang Sis dah bagitau dengan Suami, ini kali kalau jumpa Dr Abraham kompom kena marah, sebab asyik tunda aje appoinment dan tukar date, so betul jangkaan Sis, kan dah kena marah hahahaha. Ubat pun tak teratur makan dan amik, nasib baik ujian darah semua okay.

Biasa ler orang lelaki ni degil, sibuk dengan kerja so kesihatan memang kadang di abaikan, kalau tak kita sergah, memang buat bodoh je la kan bab nak ke hospital ni,ermmm..

So nak taknak kali ni paksa Suami amik ubat sekali dua bulan, senang kalau pergi outstation, ubat sentiasa ada. Tapi lepas ni nak amik ubat kena jumpa Dr dulu, dah tak boleh main amik kat kaunter je. Bagus! kalau tak asyik skip je kan appoinment Dr huhuhu.

Sambil menunggu Suami amik ubat, terbaca kes Sajat ke Umrah tu, adeii kenapalah ko buat macamtu Sajat oii, tak memasal kerana ko sorang semua rakyat Malaysia kena impaknya. Dan kau pulak, dari menyorok sangat jantina ko, haaa tak ke jadi kecuh satu Dunia nanti, semua tahu ko tu jantan yang sebenarnya jantan!

Sis malas nak ulas panjang bab kes Sajat ni, selalu follow IG dia tu sebab suka tengok gelagat dan gedik dia tu, tapi bila ko menghina Islam macam ni, eeee menyampah Sis dengan ko Jat oi!!..Yang family dia tu dah kenapa menyokong sangat? Termasuk rakan artis tu semua? kalau betul kawan, nasihatlah kawan ko tu, sian dia sampai dah terpesong jauh dah.. Allahuakbar..

Moga Allah ampuni dosa-dosa ko Sajat. aamiinn..
Eh dah laa, emosi pulak kita di buatnya hahaha. Okaylah, Sis nak tidurkan mata sekejap, kepala pening gara-gara malam tadi tak tidur lutut sakit dek jatuh semalam huhuhu..

OkayBye.


P/S: Menghitung hari ... apa? Sibukkkkkkkk ...

JOM MAKAN-MAKAN DI SUGARBUN SEMPENA PROMOSI TAHUN BARU CINA

$
0
0
JOM MAKAN-MAKAN DI SUGARBUN SEMPENA PROMOSI TAHUN BARU CINA | Sebut aje SugarBun ada juga yang tak tau bahawa restoran ini adalah restoran yang menyajikan menu masakan Borneo (Sabah & Sarawak) tapi ada juga yang baru tau ianya seperti juga restoran fast-food yang lain cuma konsepnya aje berlainan.

Bukan aje ada jual menu Laksa Sarawak tapi ada juga set ayam goreng single ataupun set family bucket yang mana ayamnya juga ada dua pilihan, samaada spicy atau original dan rasanya pun sedap setanding restoran fastfood yang lain juga. Korang ada yang dah pernah cuba ke?

Untuk Sis sendiri, ini adalah kali ketiga Sis datang makan di SugarBun Johor ni. Laksa Sarawaknya sedap, ayam gorengnya pun lazat, garing dan rangup. Sis suka makan lepak kat situ, memang suasananya tenang, aman damai je. Selesa sangat. Wifi pun ada, surau dan toilet pun ada, so memang santai kalau korang duduk makan sambil nak buat kerja (update blog ke) di sana hehehe.

Kalau area tempat Sis, paling dekat SugarBun, ada di Bandar Sri Alam. Besar dan kalau ke sini, senang nak parking. Nak cari kedainya pun senang, waze aje atau kalau korang tau Grumphy Goat & Friends? Haaa Sugarbun tu di bawahnya aje. Grumphy Goat di atas. Sederet dengan Moonlight Cafe. Senang cite waze, mesti jumpa!



Dan untuk promosi sempena Tahun Baru Cina ini yang masih berbaki lagi beberapa hari aje lagi, SugarBun telah menyediakan menu bertemakan Prosperity Chinese New Year 2020. Di mana terdapat set istimewa 'Limited Edition' yang korang boleh singgah makan dan mencubanya.

Antara Hot Menu sepanjang Tahun Baru Cina ini adalah The New Golden Orient Sauce with Famed Crispy & Succulent Whole Eco fish. Atau senang nak sebut dalam bahasa melayunya, set Ikan Talapia bersama sos plum istimewa yang menjadi kegemaran ramai. Menurut katanya Manager Sugarbun, Puan Siha, menu set ini adalah menu paling ramai orang Cina datang makan ketika tahun baru cina baru-baru ini. Hampir 80 set terjual dalam sehari hanya untuk set ini sahaja.

Set Talapia ini di datangkan sekali dengan nasi dan juga minuman teh 3 layer atau kopi panas/sejuk. Harga yang di jual hanya RM 18 sahaja. Memang berbaloi. Sis dah makan, memang ikannya besar, sedap, fresh dan rangup!

Masa korang nak makan tu, jangan lupa curah sosnya di atas ikannya, baru ada umph!



Untuk hidangan set lain juga, Sugarbun Johor juga ada menyediakan set Claypot Mushroom Chicken Soup (Sup Cendawan Ayam). Set yang dah jadi menu kegemaran Sis. Sebabnya rasa sup dia fresh sangat! hirup kuahnya ketika panas memang nikmat tak terkata. Kalau korang biasa lihat dan tau, yaaa orang cina memang suka makan sup cendawan atau sup ayam herba. So untuk hidangan yang ini memang sesuai sangat bagi mereka yang gemar makan sup.

Set ini juga di hidangkan beserta nasi, dan juga air minuman Frizzy, dengan harga serendah RM 14 sahaja. Kena cuba, sekali dah cuba pasti datang lagi hehehe. Air dia sedap oii hahahaha..



Untuk kesemua Set Prosperity Chinese New Year Edisi Terhad ini, korang hanya boleh nikmati bermula dari 20 Januari 2020 sehingga 29 Februari 2020 ini sahaja.

Bukan itu aje, ada terdapat 3 set (A, B & C) yang boleh korang buat pilihan ketika makan di sini.
Cuma kali ni Sis mencuba set A dia iaitu set Spageti. Dia ada daging dan juga ayam, ini kali kami amik ayam. Juga beserta sekali dengan 1 ketul ayam, 4 jejari isi ayam, dan juga minuman Frizzy.

Set ini berharga serendah RM 19.90 sahaja. Sos spagetinya sedap, bagi peminat spageti, pasti menyukainya. Kenyang makan sepinggan seorang oii. Sunah sampai surrender tak boleh nak perabiskan sebab dia dah makan set talapia tu sengsorang ko hahaha.



Dan jangan lupa juga, Sugarbun juga ada menjual Roasted Chicken (Ayam Goreng) bermula dengan hanya 1 ketul RM 4.90 sehingga 12 ketul ayam RM 53 sahaja!. Boleh buat pilihan samaada original ataupun spicy. Ayamnya pun besar dan kulit luarnya rangup!.

Dan untuk pilhan set, terdapat 2 set (A atau B) CNY Bucket istimewa yang boleh korang nimati samada 6 ketul atau 8 ketul ayam.

Haperr kolestrol? Arghh benda sedap depan mata, kita makan dulu, kemudian kita fikir diet hahahaha...


So bagi korang yang nak mencubanya, bolehlah pergi ke cawangan-cawangan Sugarbun yang terdekat ya, atau boleh dapatkan info lebih jelas mengenai promosi ini di laman sosial Sugarbun Johor seperti di bawah.

Apa yang Sis kongsikan ini adalah apa yang Sis dah makan, so korang kalau datang mencuba menu set yang lain, jangan lupa kongsikannya..

Cuba jangan tak cuba, kalau Sis kata sedap, makanya sedaplah tu hahahaha..



𝐁𝐨𝐫𝐧𝐞𝐨 𝐀𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐅𝐨𝐨𝐝 𝐛𝐲 𝐒𝐮𝐠𝐚𝐫𝐛𝐮𝐧

Address : 6C, C-01, Jalan Suria, Gravity Green, Bandar Seri Alam, 81700 Johor Bahru
Business Hour : (Open Daily) 11am - 11pm (Monday - Thursday),
From : 10am - 11pm (Friday - Sunday)

Facebook : SugarBun Johor
Instagram : @sugarbunjohor


P/S: Makin tua makin kuat makan hahahaha...adeii pelik sungguh!

KEREPEK NGAKU SEDAP DIMAKAN TAPI NAK MEMBUATNYA PENUH KESABARAN

$
0
0
KEREPEK NGAKU SEDAP DIMAKAN TAPI NAK MEMBUATNYA PENUH KESABARAN | Memang sedap! Sekali makan kalau ngadap sebotol, boleh licin sekelip mata, haa itu Suami Sis. Dia memang suka kerepek ngaku ni. Sewaktu tahun baru cina baru-baru ni, Suami siap beli 3 botol,  tapi bukannya nak beri pada orang, dia buat makannya sendiri dalam kereta, hahaha.

Kalau yang berada di Johor dan tau di mana Holiday Plaza, di bahagian pintu masuk tepi yang berdepan dengan kedai bunga tu, ada satu warung kecil yang menjual kerepek ngaku ni. Akak tu siap buat, goreng dan pack di situ. Sebotol RM 15 sahaja. Memang sedap paduu rasanya.

Selalu Sis beli kat situ la, agak nampak dah habis aje botol kerepek ngaku Suami tu, kalau ke sana mesti Sis belikan, kemain suka kalau dapat sebotol. Dan dek kerana Suami suka, makanya sewaktu kami pergi belanja barang dapur, boleh pulak Suami ternampak buah 'arrowhead' ni yang orang jadikan kerepek. Apalagi Suami beli hampir dua kilo juga dan minta Sis buatkan untuknya.

Okaylah Sis ikut arahan dan cuba membuatnya, walaupun kalau bab mengoreng ni memang tak suka betul hahahaha. Tak suka sebab duduk depan kuali tu lelama.



Yang tak kenal asal usul kejadiannya kerepek ngaku, haaa tu le buahnya, orang panggil arrowhead. Sis pun tak tau katagori buah ke sayur ek hahaha. Janji bila dah di jadikan kerepek, perghh memang sedap! Siapalah punya idea asal yang buat buah ni jadi kerepek kan..

Sekilo berapa RM? Adeii lupa laa nak tengok harga, Suami main pilih masuk plastik je, sebab Sis belanja barang lain. Nanti kalau ada nampak Sis bagitau ya. Dan lagi satu, sewaktu nak buat kerepek ngaku ni Sis mengaku yang Sis takde google ke atau research memana macam mana nak buat kerepek ngaku ni, Sis main beli, kopek, sagat dan goreng aje.

Sebab Sis fikir, alaa sama je macam buat kerepek ubi dan pisang tu hehehe.



Cuma masa selepas kopek kulitnya, Sis rendamkan sekejap buah tu ke dalam air yang berisi garam. Tak tau kenapa, cuma dalam kepala otak tak nak buah tu jadi lebam menunggu giliran nak kena sagat dan masuk kuali hahaha. Sebab tu Sis rendam. Alaa macam kita kopek buah epal tu, kan kita rendam dalam air garam, nak bagi fresh dan rangup, gitu le kekdahnya hahaha.

Dua tiga kali sagat dan goreng masih bertahan, masuk ke lima ke enam, adeiii seksa juga duk berdiri depan kuali ni menunggu kerepek garing. Terus dalam hati berkata-kata, lepas ni beli aje le senang, tak tahan oii duk depan kuali panas ,menggoreng hahahaha.


Memang bila dah siap waaa puashati nengok dapat berbekas-bekas, tapi fikir nak mendapatkannya tu, perghh berperang depan api ko, Sis tak biasa. Memang tabik spring laa pada mereka yang meniaga jualan kerepek ni! Lagi satu yang gelihatinya, masa Sis menggoreng, siap sekali angkat dari kuali, Suami datang cekut semangkuk, siap dua kali, Suami cekut semangkuk, sekali nengok, bilalah nak penuh bekas ni ek hahahahaha...

Tapi sebab Suami suka dan happy makannya, Sis laa orang paling bahagia rasanya, sebab dapat buatkan benda kesukaan Suami. Bila dah siap, haa kami anak beranak mengadap makan kerepek ngaku sambil nengok Netflix. Habis dah sebekas itu jam juga, tinggal lagi sebekas kecil tu.

So korang yang suka makan kerepek ngaku ni, bolehlah try buat. kalau yang anak ramai, kalau beli sebotol RM 15 tu, ada tak cukup makan kan. Buat sendiri rewang reramai kopek buah tu, kemudian kerjasama menggorengnya, mesti meriah! Lain le kalau buat sengsorang macam Sis, aje pengsan hahaha.

Ada yang tanya Sis jumpa buah arrowhead ni kat mana, Sis jumpa dan beli di Ekonsave Permas Jaya. katanya Adik Sis, di Tesco Sri Alam tu pun ada. Cubalah korang cari ya.

Okaylah, Sis nak bersiap, nak keluar sekejap, nak cari barang sikit. Malam kang ada jemputan makan plak. Nanti kita sambung lagi okay.

Bye.


P/S: Mana nak cari mask mulut lagi ni ek, semua tempat dah kehabisan!

MANA NAK CARI TEPAK SIREH LAMA MACAM NI EK?

$
0
0
MANA NAK CARI TEPAK SIREH LAMA MACAM NI EK? | Ada siapa yang tau? Mana nak cari Tepak Sireh desugn lama macam ni? Kalau ada, sila komen ya. Atau kalau ada siapa yang menjualnya, boleh email kepada Sis ya linmdnoor@gmail.com .

Yaa Sis sedang mencarinya. Dalam Johor ni Sis dah survey, kalau jenis macam ini belum ada nampak lagi jual dan Sis tak dapat lagi mencarinya, sebab tu Sis try post di sini kot-kot ada yang tau di mana ada jual sekitar Johor ni.

Cuma di Ayer Itam yang orang sebut-sebut suruh Sis cari, Sis belum pergi lagi, tapi comfirm ke ada? Kang datang jejauh, sekali takde, ermmm...



Gambar amik dari En Google.

Sis tak kisah perak ke emas ke, janji nak tepak sireh design lama gini. Dulu Emak Sis ada, entah mana dia letak entah. Kalau tak memang Sis guna yang tu. Lagi laa antik, sebab dari arwah Atuk Sis punya zaman perang lagi tu. Antikkan...

Nanti nak suruh Emak cari-cari, mesti ada dalam lemari tu. Tapi kalau korang ada terjumpa dan tau kot mana ada jual, bagitau ea. Kalau area Kuala Lumpur atau Shah Alam pun takpe, boleh minta anak Sis pi cari.

Kalau dah tau kat mana ada, senang nak tuju, Sis tau laa mana nak carinya, ni puas tanya dan cari, semua tak tau. di Johor PISB berdekatan Sis pun takde jual. Kalau design yang baru yang macam kotak tertutup tu ye banyak.

Nak buat apa? Hahaha nak buat hantaran laaa, takkan nak buat masak pulak. Dah, jangan banyak tanya, anak nak kawin laa apa laa, nanti Sis akan bagitau. Ni sebagai salah satu persiapannya. Doakan aje moga semuanya berjalan dengan baik. Aamiinn..

Jangan lupa tau, kalau jumpa, sila komen atau email.


P/S: Pengalaman pertama nak urus bab hantaran ni, so semua jadi blur..

WORDLESS WEDNESDAY - SAMBAL TUMIS UDANG PEDAS BERAPI

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - SAMBAL TUMIS UDANG PEDAS BERAPI | Sambal tumis udang ni anak minta Sis masakkan untuknya sebelum anak balik ke Shah Alam setelah cuti Tahun Baru Cina. Siapa lagi kalau bukan si kakak.

Siap pesan, buat pedas-pedas tau Mak, Kakak nak bawa bekal sekali..ermmm Sis jenis kalau anak minta, tak sampai hati tak tunaikan, so makanya terjadilah Sambal Tumis Udang Pedas..pedas berapi ko!




P/S: Oh!Ya terima kasih yang menghantar email mengenai Tepak Sireh tu ya, nanti Sis jawab emailnya..

IZINKAN AKU PERGI SEKEJAP YA!

$
0
0
IZINKAN AKU PERGI SEKEJAP YA! | Alhamdulilah...bercuti lagi dan lagi...rezeki jangan di tolak, makanya dengan izin Suami dan izin dariNya, bercuti lagi Sis ko. Kemana? Rahasia hahahaha..Macam tak biasa aje kan, nanti-nanti laaa cerita, kasi can Sis bercuti dulu, kang bagitau awal-awal ada je yang....tetttttt...

Nak taip panjang-panjang tapi tak sempat dah ni, kelam kabut masa, so tu je la nak bagitau...

Izinkan Aku Pergi Sekejap Ya!...


Banyak benda nak update, tapi takpe, balik nanti kita sapu habis update hahahaha..terima kasih yang sudi singgah dan tinggalkan komen, nanti free Sis blogwalking ya..

Bye bye Malaysia...


P/S: Doa musafir bermula..Bismillah ...

BALIK BERCUTI DISERANG DEMAM BATUK DAN SELSEMA

$
0
0
BALIK BERCUTI DISERANG DEMAM BATUK DAN SELSEMA | Uhuk uhuk..masa post ni update, keadaan Sis masih tidak sihat, tapi gigih gak bukak laptop dan update barang satu post. Rasa lama sangat tak update sebelum pergi bercuti haritu. Ikutkan biasanya balik bercuti Sis akan update blog seperti biasa, tapi kali ni keadaan kesihatan betul-betul tak mengizinkan.

Yaa balik dari bercuti haritu, Sis diserang demam batuk dan selsema. Sebelum sampai Malaysia lagi Sis dah sakit tekak dan batuk-batuk, kemudian hidung berair. Masih lagi bertahan. Sampai Malaysia, sementara menunggu flight balik ke Johor, Sis melanguk hampir 3 jam di lapangan terbang KLIA2, dan ketika itu laa batuk dan selsema makin menjadi-jadi.

Nasib baik juga dah siap sedia penutup mulut, so memang Sis pakai tak buka-buka penutup mulutnya tu kecuali makan. Dan kalau nak tau, sewaktu berasa di airport tu, perasaan gemuruh, takut dan bimbang bermain di fikiran Sis, gelisah duduk bangun aje kerjanya. Rasa serba tak kena semuanya.

Sebabnya, sana sini toleh kanan kiri, depan belakang, boleh di katakan semuanya batuk-batuk dan selsema, dan paling membimbangkan, yang sakit tu kan, rupa paras semua cina, oh! terus mindset Sis ni fikir orang cina dari Wuhan aje..yaa serius cakap! Sangat takut. Mereka pun pandang-pandang Sis aje. Yang geramnya, mereka batuk bersin tak pakai penutup mulut.

Kalau ada yang nampak Sis ketika di airport mesti perasan, hampir 3 kali Sis beralih tempat duduk. Sampailah dapat masuk tempat menunggu boarding, Sis duduk paling depan!. Dan alhamdulilah juga, bila dah masuk dalam kapal terbang nak berlepas, woww kosong takde orang, hanya ada beberapa orang aje, rasanya tak sampai pun 20 orang, so lega sikit. Risau takut full dan tak tau dari mana datangnya.

Bukannya apa, kita tengah dalam keadaan berjaga-jaga, so memang kalau nampak benda atau orang yang berkaitan dengan virus Corona ni, memanglah kita jadi ketakutan. So better kita was-was dari kita konpiden sangat ya!!..

Now keadaan Sis pagi ni agak nampak teruk sikit, batuk menjadi-jadi sampai termuntah-muntah. Sekejap lagi nak ke KPJ aje buat checkup dan rawatan, harap semuanya baik-baik ajalah.


Punca batuk selsema demam ni, mungkin di sebabkan faktor keadaan cuaca di Lake Toba tu, yaa sejuk sangat! Kemudian minumannya, sampai aje sana sewaktu makan nasi, hampir 3 gelas gak Sis minum air kosong di kedai tu, kemudian bila sampai hotel, bukak pili sinki, nampak airnya kuning, so bila dah batuk, terus fikir, mungkin air minumannya pun tak bersih dan kotor. Sebab tu Sis batuk-batuk.

Dan lagi satu Sis ko ni pengila kopi. Kopi kat sana semuanya pakai serbuk, sekali minum tersedak-sedak Sis ko dek serbuk kopiO tu..hahahaha tu pun minum lagi dan lagi...

Tapi takpelah, fikir positif aje, sakit itu penghapus dosa-dosa kecil. InsyaAllah semuanya baik-baik aja. Korang doakan kesihatan Sis ya.

Okaylah nanti sambung lagi, nak kemas dan kejap lagi nak bersiap nak pergi hospital. Harap takde yang serius sangat.

Bye.


P/S: 9/2/2020 (semalam) ...alhamdulilah Allah permudahkan semua urusan..syukur!

ASAM PEDAS LAGI? TAK JEMU-JEMU EK?

$
0
0
ASAM PEDAS LAGI? TAK JEMU-JEMU EK? | Kalau dah nama pun orang Johor, hari-hari asam pedas pun Sis ko masih okay lagi. Ya, betul, pernah Sis makan asam pedas sampai 3 hari berturut-turut, tapi bukan 3 hari tu hari-hari masak tapi lauk asam pedas tu di panas-panaskan sampai hari ketiga hahaha. Sis okay jer...

Sis orangnya makan tak cerewet, apa yang ada, apa yang di hidangkan, Sis makan je, kalau Suami memang faham sangat, nak ajak atau bawa Sis makan, bawa je laa kemana pun, Sis okay je, tak kisah makan apa pun, melainkan kalau ada keinginan nak makan sesuatu barulah Sis bagitau dan mengajaknya.

Sebetulnya badan tak berapa sihat lagi pagi ni. Semalam menyerah diri gak ke KPJ Pasir Gudang, tapi alhamdulilah result keputusan semuanya baik-baik, cuma batuk selsema tu masih ada, demam takde, tapi Doktor dah bagitau, lepas 5 hari kalau ada demam suruh datang balik.

Terima kasih buat semua teman-teman yang mendoakan kesihatan Sis ya.

[Baca Juga] : Balik Bercuti DiSerang Demam Batuk Dan Selsema 


Walaupun demam, tapi sebab Emak Sis ada di rumah Sis, makanya semalam bangun juga masak. Kebetulan Suami haritu ada pergi memancing, ada dapat ikan siakap dan ikan Unga, makanya Sis masak aje asam pedas, Emak pun suka aje, ikan baru kan, mesti fresh dan sedap.

Daun kesum pulak takde, so takpe, kita masak aje apa yang ada. Nasib juga memang ada sayur bendi, so ada le nampak serinya. Takde daun kesum, Sis masuk serai aje, nak petik daun limau purut kat luar, hujan, so serai pun serai je la.

Sis masak ikan siakap sekor, ikan unga sekor, dan Sis masukkan 2 ketul isi ikan tongkol baki sebelumnya. Penuh sekuali DIY tu hehehe. Jadilah menu tengah hari semalam sampai ke malam.


Dan harini Emak nak balik dah, yee Emak Sis dah 3 hari dirumah, Emak datang lepas Sis balik dari Lake Toba tu. Lagipun Emak tu bukan boleh tinggalkan rumah dia lama-lama, sibuk asyik cakap pasal cucu-cucunya di rumahnya tu, ermmmm...rindu cucu le tu...

Kalau duduk rumah Sis, kompom laa Emak buhsan sikit, sebabnya sunyi sepi, kalau siang hari tinggal berdua dengan Emak, anak Sis,Yana dan Suami balik malam, tu pun balik, Emak dah tidur. Mau tak buhsan Emak Sis tu hahahaha. Tapi dia tak cakap laaa, cuma kita tengok je air muka dia, kita tau ler...

Nanti petang sikitlah baru hantar Emak balik. Nak settleka melipat kain, gosok baju dan menukar cadar dulu. Selesai kerja baru lega nak merayap.

Korang masak apa harini? Sis baru makan nasi goreng Emak masak hehehehe..
Okaylah, nanti sambung lagi, kalaulah sempat ya, kalau taks empat, 1 post ni aje la..

OkayBye..


P/S: Terkesan yang amat mendalam di hati Sis atas pemergian Allahyarham Abam Bocey semalam. Kematian yang di cemburui..Al-Fatehah..

LIRIK LAGU SIKASIH - ABAM BOCEY

$
0
0
LIRIK LAGU SIKASIH - ABAM BOCEY
Komposer : ZIMI
Lirik : RONGAK


Satu persatu telah pergi
Meninggalkan segala di miliki
Yg pasti sudah pun tertulis
Di mana mula kan berakhir

Kerapkali aku memerhati
Tiap kisah hidupmu ohh kekasih

Namun takkan mungkin
Ku Menjadi seperti dirimu
(Menjadi sepertimu)

Terputus sudah diantara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yg kau kata
Kubawa bersama semat dijiwa

Namun takkan mungkin
Ku Menjadi seperti dirimu
(Menjadi sepertimu)

Terputus sudah diantara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yg kau kata
Kubawa bersama semat dijiwa

Terputus sudah diantara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yg kau kata
Kubawa bersama semat dijiwa




P/S: Al-Fateha.. 

'MAKAN JOURNEY' DI DOUBLE TREE BY HILTON MENJANJIKAN KEPUASAN!

$
0
0
'MAKAN JOURNEY' DI DOUBLE TREE BY HILTON MENJANJIKAN KEPUASAN! | Puas dan kenyang, yaa itu yang Sis nak bagitau. Kalau di baca tajuk di atas 'Makan Journey' tu bermaksud 'Jalan-Jalan Cari Makan' macam tu laa, so sudah tentulah kita terfikir mestilah ada pelbagai menu dalam satu buffet kan? Ofcos buffet! Ko ngase? Maunya tak kenyangkan hahahaha.

Malaysia memang terkenal dengan makanan yang sedap dan pelbagai menu dari semua negeri. Setiap negeri ada keistimewaannnya tersendiri. Tapi untuk merasai kesemuanya, korang kenalah jelajah satu Malaysia kan, tu pun kadang bila dah sampai ke satu negeri tu, lupa pulak nak merasai makanannya, sebabnya dah nampak menu lain hahaha. 

Oleh itu, sepanjang bulan Februari ini Makan Kitchen di Double Tree by Hilton ingin mengajak kepada semua 'Food Lovers' atau pencinta makan datang untuk menikmati hidangan buffet bertemakan 'Makan Journey' yang telah pun bermula dari 2 hingga 27 Februari 2020 setiap hari Ahad hingga Khamis dari jam 6.30pm hingga 10.30pm. 



Jika siapa yang pernah makan di Makan Kitchen Double Tree by Hilton ni, korang mesti tau kan, ada kepelbagaian menu yang tersedia dari setiap dapur yang berlainan bangsa. Maksudnya, ada menu makanan Melayu, Cina, India dan juga Western (makanan barat). 

Lebih dari 80 jenis menu tersedia. Korang boleh pilih dari setiap ruang kaunter yang ada tanpa had. Makan selagi boleh dan korang boleh cuba semuanya. Dari masakan panas, bakar, kukus, dan juga sejuk, semuanya dalam satu buffet. Dan untuk kali ini, jangan lupa korang mencuba Freshly Roasted Chicken from the Oven, Dim Sum, Satay from the Charcoal Grill dan juga Chicken Tandoori bersama Naan Breads from the Tandoor Oven, dan banyak lagi. 




Kepada pencinta makanan jangan lupa merasai keenakannya Beef Kerabu, Satay, Assam Laksa & Prawn Sambal Petai from the Malay section yang pasti mengiurkan mata dan tekak korang. Sis paling suka makan satay dagingnya, sangat sedap! 

Pengemar makanan Cina boleh juga mencuba Double Boiled Chinese Herbal Soup, Stir Fried Kailan and Wok Fried Prawn from the Chinese corner. Ianya di masak dan di hidangkan secara panas ke meja korang. Dan tidak lupa juga, menu Tomato Dhaniya Shorbat, Palak Mutter, Lamb Raragosh, Mud Pot Biryani and Squid 65 from the Indian section dan banyak lagi menu tersedia. 




Yang sukakan manisan inilah masanya korang dapat merasai kesemuanya sepanjang Makan Journey yang berlangsung di kaunter Assorted Crepe Stall and Dessert Station. Selain dari manisan antarabangsa yang tersedia, juga tersedia Ice Kacang, Assorted Aiskrim Malaysia, Shibuya Toast and Charcoal Waffles, Sago Gula Melaka, Carrot Cake, Passionfruit Opera, Pandan Catalana and Peanut Butter Mascarpone. Korang boleh pilih yang mana menjadi taste korang. 

Sis suka akan Shibuya tu, ianya sejenis roti dan di letak atasnya dengan buah-buahan dan juga aiskrim, ermm sangat sedap. Tapi menu Acai Bowl tu Sis tak boleh masuk dek tekak, mungkin Sis bukan pengemar yogurt dan bijiran, so tak masuk tekak Sis. Tengok orang makan kemain sedap huhuhu..



Sebenarnya ada banyak lagi pilihan menu yang korang boleh pilih dan makan, cuma kali ni Sis tak amik semua gambar, Sis amik mana yang new highlight aje. Kang semua Sis tayang, korang kenyang tengok gambar aje pulak kan hehehe. 

So siapa yang suka makan, jomlah ke Makan Journey di Makan Kitchen Double Tree by Hilton sepanjang Februari 2020 ni ya. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Go on a Makan Journey with DoubleTree by Hilton at Makan Kitchen. Discover the best of Malaysian cuisine and cultures under one roof.

The Makan Journey promotion is available for dinner, Sunday to Thursday throughout 2 – 27 February 2020. Prices start from RM88 nett per adult and RM44 nett per child (age 6 – 12).

Your adventure comes to a sweet end with the freshly made to order Assorted Crepe Stall and Dessert Station. A tantalising local and international selection includes Ice Kacang, Assorted Aiskrim Malaysia, Shibuya Toast and Charcoal Waffles, Sago Gula Melaka, Carrot Cake, Passionfruit Opera and Pandan Catalana and many more!!

Located on level 1 of DoubleTree by Hilton Johor Bahru, Makan Kitchen is open daily from 6:30am until 10.30pm.

For further enquiries or reservations, please call +07 268 6868 or visit www.eatdrinkhilton.com.

Thank You Double Tree for having us ..


P/S: Eh..semalam korang ada cuba ke penyapu berdiri tu? Betul ek berdiri? Erkkkk....

WORDLESS WEDNESDAY - AKU PILIH SETIA

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - AKU PILIH SETIA | Ada kawan Sis share ayat ni kat wahtsapp, Bila Sis baca ayat tu kan, rasa macam menyusahkan diri sendiri aje kan, nak menipu tapi banyak benda nak kena buat hahahaha. Tu kalau selamat, kalau tak selamat, jadilah pepatah sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tersungkur ke tanah juga.

Tak kowser kalau Sis nak buat benda tu semua. Tapi kalau dah jenis penipu, sanggup buat apa aje kan..



P/S: Kalau Sis satu je nak cakap jenis orang macam ni, 'pengecut'! ...

SIAPA MAKCIK YANG BAGI AKU TEH AIS CINCAU NI EK?

$
0
0
SIAPA MAKCIK YANG BAGI AKU TEH AIS CINCAU NI EK? | Al-kisahnya di satu tengah hari (harini), Sis ke kedai belakang rumah, membeli barang dapur. Sedang membeli dan memilih lada merah ada seorang MakCik ni tersenyum-senyum melihat Sis. Sis pun balas senyumannya. Kemudian Sis masuk kedalam kedai, MakCik tu pun ada juga dalam kedai. Tapi dia seolah tidak beli apa-apa pun. Cuma asyik senyum aje melihat Sis.

Kemudiannya setelah Sis selesai membeli dan membayar, Sis pun amik barang di kaunter dan kemudian Sis keluar dari kedai untuk naik kereta.

Dan secara tiba-tiba, ada seorang budak kecil ni datang kepada Sis dan menghulurkan sebekas cawan Teh Ais Cincau kepada Sis. Eh..Sis mula erkkkk apa ni?

Kemudiannya Sis tanya budak tu, Eh apa ni? Budak tu jawab, tadi ada MakCik tu beli, dia suruh bagi Cik satu..Gulp! Sis toleh kanan kiri cari MakCik tu takde. Tanya budak tu mana MakCik tu, dia jawab, dah balik..

Sis macam...ermmm terus amik, sebab peniaga keliling depan kedai tu semua tengok Sis. Macam pelik di situ, kenapa nak belikan Sis Teh Ais Cincau ni, sedangkan Sis ko tak suka minum ada Cincau huhuhu..Aishhh terus jadi tanda tanya sehingga post ni di taip.


Masuk kereta terus letak Teh Ais Cincau tu dan drive balik rumah. Kepala otak ni terus berfikir dan dalam hati berkata, Selamatkah aku minum air ni? Tekak tengah haus ni. Ikhlas ke MakCik tu? Atau ada sesuatu yang tidak baik?..arghhhh terus negatif Sis ko.

Bukan niat fikir negatif tak tentu arah tapi kalau korang jadi Sis? Ada rasa curiga dan was-was tak?
Tentu ada kan?...so? setelah fikir panjang tanpa dipendekkan, baca Bismillah, Sis terus minum jer...tawakkal aje, Sis fikir itu rezeki dari Allah. Kalau berlaku yang tidak baik, redha aje la, berserah pada Allah. Hilang juga haus bila sampai rumah.

Tapi siapa ek MakCik tu? Ermmm takde tua sangat, tak juga muda sangat, gaya biasa, kemas dan ada rupa orang, kaki pun jejak tanah...ermmm...takkan di sebabkan kes viral Penyapu Berdiri tu hari ini, terus jadi gini ek?...aishhh...

Apa-apa pun terima kasih ya MakCik, moga dimurahkan rezeki MakCik. Kotlah MakCik ni pembaca baca blog Saya ni kan, hehehehe.. Makaseyyyy!..

Apa yang korang fikir? kalau korang yang dapat Teh Ais Cincau tu? Apa yang korang buat? Oh! Ya adik yang bagi air tu, adik yang menjual air tu ler..

Hurmmmm....


P/S: Kalau delivery, ni namanya Rezeki tersalah alamat ni kot hehehehe..

SEDAP-SEDAP MENU DI MEISAN SZECHUAN RESTAURANT CINA HALAL MUTIARA JOHOR BAHRU

$
0
0
SEDAP-SEDAP MENU DI MEISAN SZECHUAN RESTAURANT CINA HALAL MUTIARA JOHOR BAHRU | Yaaa betul-betul sedap menu yang di sediakan pada hari Sis dan geng media JOCOM makan tengah hari di sini sempena meraikan hari ketujuh perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Sejujurnya, ini adalah kali pertama Sis masuk ke (Hotel) Mutiara Johor Bahru ni, walaupun dahulunya namanya Holiday Inn, tapi tetap belum pernah Sis ko jejak. Dan pertama kali juga dapat masuk dan makan di Meisan Szechuan Restaurant Halalnya. Yaa restaurant cina ni halal, dan punya sijil halal sah!.



Mana-mana yang pernah membesar di Johor ni, mesti tau akan kewujudannya Mutiara Johor Bahru ni dan juga popularnya nama restoran ni. Mana taknya, sewaktu Sis singgah di Holiday Plaza membeli barang, berbual dengan seorang peniaga cina di situ, dia tanya Sis dari mana, Sis kata ada media review di restoran Meisan Szechuan, terus dia kata 'Waa itu restoran baik (sambil tunjuk ibu jarinya good) makanannya, sedap woo' katanya macamtu. So memang femeslah kan restoran ni.

Rezeki Sis laa dapat merasainya. Ternyata memang sedap kesemua hidangan yang di hidangkan. Cuma nak bagitau, hidangan yang Sis makan ni, walaupun ketika itu musim Tahun Baru Cina, tapi korang jangan risau, walaupun tak raya cina, kesemua menu-menu ini tetap ada di hidangkan jika korang order. Sentiasa ada katanya.

Meh nengok apa yang mereka hidangkan. Stanby kain lap mulut hahahaha..


Menu pertama yang di hidangkan adalah Shredded Dried Scallops Soup with Crabmeat and Fish Lips. Ya Tuhan yang ini memang sedap tak terkata. Tak sangka juga bibir ikan boleh di jadikan sup ek hahahaha. Lepas ni kat rumah kalau siang ikan Sis nak amik bibir ikan tu simpan hehehe.

Serius yang ini sedap! Sedap lagi ini dari Shark Fins Soup wokay!! .. Janganlah makan Shark Fins tu, sian dia huhuhu...



Menu kedua yang di hidangkan adalah Steamed Garoupa - Cantonese Style. Masa mula sampai menu ni, semua muka pelik dan excited termasuk Sis. Pelik sebab lain dari lain masakannya, biasa kami makan ikan kerapu stim putih tu, yang ini sangat beza. Kuahnya ada rasa sikit macam TomYam. Pedas-pedas sikit tapi memang sedap!

Ianya di datangkan bersama dengan Roti Mantau Goreng. Makan pepanas, cecah dengan kuah ikan tu, makk aii dapnyaa...sambil menaip kecur ayaq liur Sis..


Kemudiannya datang pula menu Deep Fried Boneless Chicken with Special Sauce and Shredded Mango. Menu ini menjadi kegemaran semua yang duduk semeja hehehe. Semua suka akan rasa ayam gorengnya yang di curah dengan sos dan ada hirisan buah mangga. Sos tu Sis rasa macam sos plum, tapi rasanya bukan, memang lain rasa sosnya, patutlah special namanya gitu.

Menu ni korang must try okay! Memang sedap. Portion dia banyak, boleh makan untuk 6/8 orang sepinggan tu.


Yang ini pula 2 masakan dalam satu pinggan, namanya Twin Delight Prawns with Dried Chili & Curry Leaves and Cornflakes. Menu ni juga antara menu killer yang selalu pengunjung datang makan ke sini. Masakan udang bersama cili kering tu memang sangat sedap. Sis suka!.

Dan agak sedikit kelainan dalam masakan ini apabila Chef masak menu udang bersama cornflakes dan daun kari hehehe. Hebat tak hebat, nanti korang boleh cuba dirumah hehehe. Tapi rasanya sedap dan rangup!


Menu wajib makan jika ke sini, Braised Black Mushroom, Fish Maw & Chicken Dumpling with Broccoli. Ini pun Sis suka, banyak Sis makan masa tu hehehe. Isi dumpling tu bila makan, ada inti ikan dalamnya, sedap gilerr!.

Dan Sos untuk menu ni, pun sedap, tak pedas, cecah dengan roti goreng tu pun sedap!. Yaa mana-mana makanan cina mesti ada hidangan ni, sebab apa? mereka suka makan sayur, bukan macam korang hahahaha.


Dan akhir sekali, apalagi kalau bukan Steamed Glutinpus Rice with Pumpkin In Lotus Leaf. Eee sedap sangatlah, Sis makan satu tu habis licin, padahal kan dah kenyang makan banyak menu sebelumnya hehehe. Sebab sedap. Takde rasa macam herba sangat dan kurang bau. Bau? Yaa biasanya ada sedikit bau dalam menu ni tau, tapi yang ini takde, elok je Sis makan.

Bau tu mungkin pada daunnya kot, atau rempah yang di stim dalam nasi tu, mungkinlah, Sis pun tak tau. Tapi yang ni korang cuba, memang sedap.


Dan akhir sekali, sebagai penutup makan tengah hari pada hari itu, kami di hidangkan dengan hidangan pencuci mulut iaitu Steamed Buns with Kaya and Cold 'Mua Chi'. Wowww roti tu sangat sedap, ada inti kaya dan Mua Chi tu waduh, makan sejuk masuk mulut, nikmat ya amat!!! ..

Apa tulis kat roti tu? ooo tu bahasa cina la time raya cina memang selalu mereka sebut, Heng Ong Huat !! Maksudnya macam Kaya, Sukses dan ada Ong maaa hahahahaha...


Sis rekemen sangat kat Korang yang suka makan menu makanan cina, yaa korang bolehlah cuba datang ke sini dan mencubanya. Menu-menu kesemua ini 'all time' (setiap hari) di sajikan jika ada permintaan. Tapi restorannya dibuka pada waktu lunch dari jam 11.30am - 2.30pm dan juga makan malam dari jam 6.30pm - 10.30pm.

Meisan Szechuan Restaurant
Mutiara Johor Bahru Hotel
No. 779, Jalan Dato Sulaiman, Taman Century, 80250 Johor Bahru

Contact: 07-3300 300
Email: fbjb@mutiarahotels.com

Website: https://www.mutiarajohorbahru.com/
Facebook: https://www.facebook.com/MutiaraJohorBahru/

#Throwback sekitar Perayaan 7days Tahun Baru Cina, korang boleh lihat facebook pages Sis ni ya.


Thank You Mutiara Johor bahru for having Us.


P/S: Nanti nak makan Laksa Johornya pulak, dengarnya sedap! Jomm kita..

MASAK MEE BANDUNG SEPERIUK UNTUK EMAK

$
0
0
MASAK MEE BANDUNG SEPERIUK UNTUK EMAK | Hahahaha sekali baca tajuk, kuss semangat seperiuk katanya. Ye lerr seperiuk, sebab masak dalam periuk, bukan kuali, kalau masak dalam kuali namanya sekuali hahaha.

Kan sebelum ni Sis bagitau yang Emak Sis ada di rumah Sis, so semalam sebelum adik Sis datang nak bawa Emak balik Sis masakkan Emak Sis Mee Bandung Mak Pon yang cepat dan sedap tu. Memang senang kerja Sis bilamana nak makan Mee Bandung dengan menggunakan pes Mak Pon tu. Semudah ABC ajer ko hahaha.

Yaa dah banyak kali cuba, semua yang pernah makan Mee Bandung Sis semua kata sedap, tapi sedapnya datang dari Pes Mee Bandung Mak Pon tu. Tapi tak taulah kalau jenis air tangannya pulak, sebabnya, baru-baru ni ada kawan Sis membeli pes Mak Pon ni, dia komen kata, sedap lagi pes Mee Bandung Adami, ermmm so sedap itu subjektif la kan. Sedap di tekak Sis, tak semestinya sedap kat tekak orang lain.

Sama juga kalau makan kat kedai, pergi 5 kedai makan pun, belum tentu semua ko kata sedap. padahal yang ko pergi tu semua kedai viral hahahaha.


Mee Bandung ni banyak cara dan gaya boleh korang masak. Ada yang kuahnya letak isi daging, ada juga masak kosong hanya telur, tapi semalam pergi kedai Sis beli kerang. Rebus, kopek dan masuk dalam kuah Mee Bandung, jadi perencah tambahan dalamnya, sedap kata Emak.

Bahan-bahan lain pun sama, ikutlah selera memasing, cuma semalam Sis lupa nak goreng tauhu hahaha padahal dah beli tauhunya. Bila Emak tanya baru ingat, nak goreng dah malas dah hahahaha. Untuk kali ni Sis letak fishcake, taugeh (kena banyak, kesukaan Sis), sawi, udang rebus dan juga bawang goreng. Takde lada sebab kuahnya sudah agak pedas.

[Baca Juga] : Pes Mee Bandung Mak Pon 


Dan semalam dapatlah makan bersama budak yang dah kurus ni ha, Mia. Yaa Mia dah kurus sangat, jauh beza dengan dia yang montel dulu. Siapa yang kenal Mia dari penceritaan dalam blog Sis sebelum-sebelum ni, mesti tau badannya dulu gemuk gebu montel, tapi sejak dah masuk sekolah, kurus aje dia. Aishhh rindu plak Mia yang gemuk.

Now Mia dah umur 6 tahun, dah sekolah dah. Bijak sekarang cuma kepoh dia tu dah kurang sikit, banyak diam dan tersengeh-sengeh aje, mungkin sebab giginya depan dan bawah dah rongak agaknya hahahaha. Tapi molot banyak tanya hahaha. Ye la budak macam ni otaknya tengah berkembangkan, so layankan aje.

Nak tengok Mia yang dulu gebu? Hahahaha


Haaa tu dia, gebu dan gemuk hahahaha...geram betul Ayyom!! Masa ni umurnya nak masuk 3 tahun, now umur 5 tahun, tak ke cepat sangat dia mengurus tu? Huhuhu..dan sewaktu dia gemuk, idolanya adalam Abam Bocey huhuhu..siap pandai cakap 'Gemuk is Awesome' huhuhu...so dia tak kisah gemuk katanya dulu tau...tapi sekarang dah kurus plak..

Takpelah Mia, janji awak sihat! Kurus pun cantik, senang Mama Mia nak belikan baju sekarang hehehe kalau tak ada je tak muat hahaha.

Ayyom je ni, bilalah nak kurus ek hahahahaha...takpe, Ayyom selesa dengan badan Ayyom sekarang, nampak montok gitu, dari kurus melidi melengkung cengkung gitu hahahahahaha. Opsss..

Eh dah ler, melalut plak dari Mee Bandung ke cite kurus, okaylah nak stop jap, nak meratah Mee Bandung semalam yang ada sikit lagi tu dalam periuk, kang petang nak keluar sekejap ada meeting gan Puan Sunah..

OkayBye.


P/S: Teringin nak makan Oden! Arghhhhh sedapnyaaa....

MALAY RESTAURANTS YOU CAN REACH IN KUALA LUMPUR

$
0
0
MALAY RESTAURANTS YOU CAN REACH IN KUALA LUMPUR | Walaupun Sis ni tinggal dan menetap di Johor Bahru, tapi di sebabkan anak Sis tinggal menyewa dan belajar di Shah Alam, makanya memang Sis selalu jugalah naik ke Shah Alam dan akan merayap ke Kuala Lumpur bersama anak mencari makan.

Yaa biasa orang pergi Kuala Lumpur ni shopping, tapi Sis dengan anak rajin merayap mencari makan, orang kata Jalan-jalan Cari Makan gitu hehehe. Pulak tu anak Sis memang 'hantu makan' dan 'kaki jalan' so memang kalau ajak dia, laju aje bersiap hahahaha.

Tapi kalau dah namanya pun Kuala Lumpur, ermm memang tak boleh larilah dengan jalan jemnya. Lagi pulak kalau time lunch dan petang time semua orang balik kerja, memang padatlah jalanraya di pusat bandar Kuala Lumpur tu, kalau Suami Sis yang drive memang membebel aje la dia sepanjang jalan.

So nak selamat, sebelum di tanya nak makan apa dan makan di mana, kebiasannya Sis dan anak akan guna apss Food Panda dan sambil drive kami carilah restaurants near me yang memang senang dan mudah nak dapatkan tempat makan. Jangan ingat Food Panda tu hanya untuk delivery sahaja, kadang boleh digunakan untuk di jadikan waze sebagai rujukan mencari makan.

Tapi kalau malas nak drive, dan malas nak menempuh jalanraya yang sesak tu, eloklah korang order aje online, daripada drive tapi mulut tak habis-habis maki hamun orang kan? Hahaha..i feel that feeling hokay!.. Tapi bila dah bukak apps nak order menu, memang laa rambang mata kan, sampai berejam membeleknya.

Nak menyenangkan korang, meh Sis kongsikan, antara 5 menu yang biasa Sis dan anak Sis order bila berada di Kuala Lumpur. Rasanya korang pun pernah cuba gak kot. Sedapkan hehehe..

Kesemua gambar adalah sumber dari carian google.

5 Best Malay Restaurants in Kuala Lumpur

1 . Madam Kwan 

Halal food in Madam Kwan combines elements of these diverse cultures to share her uniquely created Malaysian Cuisine for all food lovers to enjoy. From the signature Nasi Lemak to “wok” style Hokkien mee, there’s something for everyone to savour those special dishes that is uniquely Malaysian. Madam Kwan's offers Peranakan/Chinese/Malay cuisines, including Nasi Berjani, Nasi Lemak, Cendol (dessert), Curry Noodle, and Chow Kuey Tiao.

Website : http://www.madamkwans.com.my


2 . Chili's Bar & Grill 

For 40 years, Chili’s has been welcoming guests with our sizzling personality and serving up a good time, every time. Our fun and energetic atmosphere is the perfect place for family and friends to gather together and enjoy a delicious meal. The menu has grown over the years to include a distinct mix of Southwestern-inspired, classic American and international flavors. You can still enjoy our mouthwatering burgers, ice-cold beers and margaritas that made us famous, or you can choose to sink your teeth into even more great, bold American favorites like our legendary Beef Ribs, Sizzling Fajitas and Boneless Buffalo Wings.

Website : Chili's 
Facebook : Chili's malaysia
Instagram : Chili's Malaysia


3 . Face to Face Noodle 

Kolok mee or mee kolo is a type of Sarawakian noodle dish, characteristically light and tossed in pork lard. Kolok mee is a favourite and a staple food in the state, it is found at every corner of every street and be served any time of the day for breakfast, lunch, and supper!

Website : Face to Face Noodle 
Facebook : Face to Face Noodle 
Instagram : Face to Face Noodle 


4 . Upeh Cafe 

Upeh comes from the word “upih”, a coconut sheath used as a transport in a Malaysian traditional race game called, “Tarik Upih.”. They serve you the right flavours to impart the nostalgic charm and diversity of they authentic Malay food.

Facebook : Upeh Cafe 


5 . Sepiring Cafe 

Proud of they colourful heritage, the menu carries an exciting variety with recipes from all corners of Malaysia. It is this harmonious blend of flavours that makes us all 'uniquely Malaysian'. And just as Malaysians love sharing meals from Sepiring, they will serving homegrown meals in a welcoming atmosphere that rekindles a joy worth sharing with friends and family over and over again.

Sepiring - bringing people together one plate at a time.
Website : Sepiring Cafe
Facebook : Sepiring Cafe
Instsgram : Sepiring Cafe


Amacam? Ada lapar? Hahaha...tu baru nengok gambar, belum lagi dapat merasainya. Ini adalah antara yang biasa anak Sis order dengan Food Panda. Kira yang ni menunya berat sikitlah, untuk makan tengahari atau makan malam, memang sesuai,

Kan ada banyak lagi menu yang korang order di Food Panda, tapi kebanyakkannya yang biasa korang boleh pergi dan makan, so apakat korang orderlah yang jarang-jaramg sekali korang nak pergi dan makan, barulah berbaloi sikit hehehehe.

Bukan susah mana pun, donlod apps Food Panda, then klik 'restaurants near me' then search, haaaa time ni terjojol sampai ternganga molot ko nengok menu yang keluar hahaha. So apalagi, ayuhlah kita order hahaha..

Selamat menjamu selera!


P/S: Senangkan orang sekarang, semuanya di hujung jari saja...
Viewing all 4660 articles
Browse latest View live