7 HIDANGAN RAMADHAN DARI AYAM BRAND YANG MESTI KORANG CUBA DI RUMAH | Tik tok tik tok, pejam celik eeehh Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi. Inilah masanya untuk kita semua menjalani ibadah puasa sambil berpeluang menikmati pelbagai juadah yang enak. Yeszaaa tak sabarnya kannn..
Namun, bukan mudah untuk kekal sihat sepanjang berbuka puasa nanti, mana taknya, apabila kandungan gula dan lemak yang tinggi dihidang dalam makanan yang dijual di Bazar Ramadhan. Bukan itu aje, nak membelinya pun bersesak-sesak dengan orang ramai, lebih-lebih lagi pada waktu puncak ketika semua orang keluar membeli juadah Ramadan, ini adalah satu perkara yang melecehkan. Lagi tengah virus Covid-19 ni, selagi keadaan tak meredakan, nak berasak-asak tu, kita pun jadi takutkan.
Jadi, apa yang korang rasa korang boleh buat untuk memenuhi keinginan menikmati kuih-muih semasa Ramadhan yang biasa dibuat oleh Emak atau Nenek kita?
Yaa..Kita buat sendiri!
Ayam Brand telah menyenaraikan antara kuih dan pencuci mulut yang jadi pilihan ketika berbuka puasa yang mesti korang cuba sendiri di rumah. Ianya terdiri daripada resepi yang paling mudah dan cepat, malah boleh dibuat oleh mereka yang jarang-jarang sekali memasak di rumah, atau kepada mereka yang memang mahir di dapur.
Kalau Sis memang suka beno yang mudah dan simple gini, tak banyak bahan dan jimat masa. Ye laa mana nak masak hidangan berbuka, nak masak juadah pencuci mulut lagi, so dengan adanya menu macam ni, ringkas dan cepatlah kerja Sis.
Bagi memastikan kuih dan pencuci mulut ini mesra pengguna atau senang membuatnya, Ayam Brand memastikan tidak memasukkan hidangan yang memerlukan peralatan khas atau bahan yang tiada di dapur kecil korang. Yaa semua resepinya sangat mudah dan simple aje. Kesemua hidangan ini mengandungi santan yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dengan rasa lemak berkrim yang enak.
Ayam Brand telah menguji kesemua menu dan resepi dengan menggunakan
Santan Ayam Brand yang terdapat dalam tiga variasi iaitu Santan,
Santan Trim (45% kurang lemak) dan
Santan Super Light (75% kurang lemak berbanding Santan Ayam Brand) bersama resepi yang diambil daripada
http://www.ayambrand.com.my/raya2020 .
Jom kita tengok kesemua resepi 7 hidangan Ayam Brand itu.
7 Hidangan Ramadan Dari Ayam Brand Yang Mesti Dicuba Di Rumah1. Bubur JagungMasa Memasak: 20 Minit
Hidangan: 4
BAHAN-BAHANNYA:1 tin Ayam Brand Jagung Manis Ala Krim
1 tin Ayam Brand Jagung Cawan Manis
220ml Ayam Brand Santan Superlight
1 sudu garam
1 sudu besar
Sagu (secukup rasa)
CARA MEMBUATNYA:1. Dalam periuk, masukkan Santan Superlight. Gaul pada api sederhana.
2. Masukkan Krim Jagung Manis dan Jagung Manis.
3. Tambahkan sagu, gula merah dan garam. Masak sehingga mendidih.
4. Hidang ketika masih panas
2. Bubur KacangMasa Memasak: 20 Minit
Hidangan: 4
BAHAN-BAHANNYA:200g kacang hijau, di cuci bersih
2 liter air
100g biji sagu, dicuci bersih
2 helai daun pandan, dicuci dan diikat
100g gula melaka
Secubit garam
1 tin Ayam Brand Sweet Corn
400ml Ayam Brand Santan
CARA MEMBUATNYA:1. Didihkan air di dalam periuk. Kemudian masukkan kacang hijau, air dan daun pandan dalam kuali.
Masak dengan api yang sederhana besar dan sebaiknya ditutup.
2. Selepas kacang hijau telah separuh masak, masukkan sagu untuk direneh bersama.
3. Kacau terus secara perlahan-lahan sehingga kacang hijau dan sagu masak sepenuhnya.
4. Tambahkan gula melaka dan garam secukupnya bersama dengan santan dan jagung.
5. Matikan api, keluarkan daun pandan dan hidangkan!
3. Puding JagungMasa Memasak: 30 Minit
Hidangan: 12
BAHAN-BAHANNYA:1 tin Ayam Brand Jagung Manis Ala Krim
1 tin Ayam Brand Jagung Cawan Manis
1 pek Ayam Brand Santan Superlight 330ml
1 cawan tepung kastard
½ cawan gula
½ tin susu pekat manis
1 sudu kecil garam
Hirisan keju parmesan, mengikut citarasa
CARA MEMBUATNYA:1. Dalam periuk, masukkan santan, krim jagung dan jagung manis.
2. Campurkan dengan tepung kastard dan gula.
3. Masukkan susu dan garam. Campurkan semua pada api sederhana.
4. Masukkan kedalam bekas gelas atau mold dan simpan di peti sejuk sehingga keras.
5. Tambahkan keju di atas dan hidang.
4. Kuih Talam Masa Memasak: 1 jam
Hidangan: 12
BAHAN-BAHANNYA: LAPISAN ATAS:250ml Ayam Brand Santan Superlight
30 gram tepung beras
30 gram tepung jagung
50ml air
2 helai daun pandan
¼ sudu teh garam
LAPISAN BAWAH:300gram Ayam Brand Jagung Manis
250ml Ayam Brand Santan Superlight
100 gram gula pasir
50 gram tepung jagung
½ sudu teh perasa vanilla
½ sudu teh garam
CARA MEMBUATNYA:Lapisan bawah:1. Kisar jagung dengan santan dan tapis
2. Masukkan gula pasir, tepung jagung dan vanilla dan kacau sebati
3. Tuang ¾ campuran ke dalam acuan yang telah diletakkan dengan minyak masak
4. Kukus lebih kurang 10 minit
Lapisan atas:5. Panaskan santan bersama daun pandan dengan api yang kecil sehingga mendidih
6. Dalam mangkuk, kacau semua bahan tadi dan tapis
7. Tuangkan campuran ke dalam acuan
8. Teruskan mengukus selama 20 minit sehingga masak
9. Biarkan ia sejuk dahulu sebelum mengeluarkannya dari acuan
5. Agar-Agar BuahMasa Memasak: 2 jam
Hidangan: 6
BAHAN-BAHANNYA:Lapisan Buah2 cawan air sejuk
¼ cawan gula
½ cawan air laici
1¾ sudu kecil tepung agar agar
2 cawan potongan buah mengikut citarasa seperti Strawberry, Kiwi, Orange, Blueberries
Lapisan Santan¾ cawan Ayam Brand Santan Superlight
¼ cawan air
¾ sudu kecil + ⅛ sudu kecil tepung agar agar
3 sudu besar gula
Secubit garam
4 inci daun pandan(optional)
CARA MEMBUATNYA:Lapisan Pertama1. Dalam pot kecil tanpa api, masukkan air sejuk, air laici, tepung agar-agar dan campurkan
sehingga licin
2. Kemudian, hidupkan api dan biar didih sehingga semua cair. Sentiasa kacau.
3. Masukkan gula dan didih sehingga cair. Matikan api dan masukkan ¼ kedalam bekas agar-agar.
4. Masukkan potongan buah-buahan.
5. Letakkan agar-agar yang selebihnya diatas menutupi buah.
6. Biarkan sejuk selama 20 minit atau sehingga bahagian atas kukuh untuk menampung acuan
lapisan Kedua.Sambil menunggu lapisan buah mengeras, buat bahagian santan:
7. Didalam periuk kecil tanpa api, campurkan santan dan tepung agar-agar. Kacau sehingga sebati.
8. Masukkan daun pandan dan hidupkan api. Biarkan didih dan sentiasa kacau campuran sehingga
agar-agar telah cair secukupnya.
9. Masukkan gula dan garam. Campur sehingga cair. Buang daun pandan.
10. Pastikan bahagian buah telah mengeras dan kering, tuangkan campuran santan diatasnya
dengan sudu.
11. Masukkan ke dalam peti ais selama satu jam (atau lebih) sehingga ia keras sebelum dihidang.
6. Kuih Seri MukaMasa Memasak: 1 Jam
Hidangan: 6
BAHAN-BAHANNYA:Lapisan Bawah300g beras pulut, rendam selama 3 jam dan toskan
150ml Santan Ayam Brand
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula (optional)
Lapisan Atas200ml Santan Ayam Brand
4 biji telur bersaiz sederhana
180g gula
50g tepung gandum
20g tepung jagung
8 helai daun pandan
CARA MEMBUATNYA:1. Campurkan beras pulut yang telah ditos dengan santan kelapa, garam dan gula untuk lapisan
bawah. Kukus pada suhu tinggi selama 15-20 minit.
2. Sambil itu, campurkan tepung gandum dan tepung jagung ke dalam satu mangkuk.
Kisar tepung bersama gula, daun pandan, garam dan santan kelapa sehingga cair.
3. Menggunakan kaedah double boil, masak campuran untuk lapisan atas sehingga pekat.
4. Keluarkan lapisan bawah tadi dan ratakan sehingga padat.
5. Tuangkan campuran untuk lapisan atas, ke atas lapisan bawah.
6. Kukus selama 30-40 minit.
7. Sejukkan sebelum dipotong (sebaiknya guna pisau plastik) mengikut citarasa.
7. Kuih Kaswi Labu Masa Memasak: 1 Jam 40 minit
Hidangan: 15
BAHAN-BAHANNYA:4 cawan tepung ubi
700g labu kuning
300ml Santan Ayam Brand
3 cawan air
7 gram tepung agar agar
2 cawan gula*
1 sudu kecil garam*
Kelapa parut untuk ditabur, mengikut citarasa
CARA MEMBUATNYA:1. Kukus labu selama 30 minit sehingga lembut. Lenyekkan dan biar sejuk.
2. Dalam mangkuk yang kecil, cairkan gula dan garam dalam air.
3. Dalam mangkuk yang sederhana, campurkan tepung ubi dan tepung agar-agar.
4. Masukkan ubi, santan dan campuran air gula. Campurkan semua sehingga licin.
5. Saringkan dan tuang ke dalam bekas. Stim selama 1 jam.
6. Biar sejuk dan letak di peti ais sehingga mengeras.
7. Potong mengikut bentuk yang disukai dan gaulkan bersama kelapa parut. Hidang
Senang dan mudahkan?.
Untuk memastikan kandungan lemak lebih rendah, tiada satu pun 7 hidangan itu yang digoreng. Kebanyakan resepi ini mempunyai rasa manis yang sederhana. Tetapi jika korang sedang dalam diet kurang gula, kurangkan sahaja rasa manisnya. Ala benda boleh mudah, buat apa susah-susah kan.. Kita buat dia kan, so ikutlah citarasa tekak sendiri.
Sebagai menghargai pengguna produk Ayam Brand, sambil korang masak kesemua menu itu, korang juga boleh rebut hadiah lumayan dari Ayam Brand.
Yaa rebut peluang untuk memenangi hadiah menarik jika korang membuat kuih-muih seperti di atas itu dan korang kongsikan di Instagram atau Facebook korang dan korang tag
@ayambrandmy di Instagram atau
@ayambrandmalaysia di Facebook.
Dan jangan lupa gunakan hashtag
#beRAYAmbrand dan korang buat ayat '
kenapa ia merupakan hidangan kegemaran korang semasa Ramadan atau Raya'.Peraduan bermula pada
5 April dan berakhir 14 Jun 2020 dan hampir 16 hadiah mingguan dan dua hadiah utama untuk dimenangi! Menarikkan?.
So apalagi, jom le kita join sama-sama!!..
Jeng jeng jeng...bila bahan utama sudah ada, ini maknanya...Sis kena cuba juga laa kan..hahahaha
Ayuh laaa kita mencuba dan masuk peraduan
#beRAYAmbrand tu, kotlah rezeki kita kan menang hadiah utama mingguan hahahaha..
Tuah ayam nampak di kaki, tuah Sis Lin? Mungkin di Ayam Brand hehehehe..Thank You Ayam Brand Malaysia!! P/S: Kuih Talam tu kegemaran Suami Sis, bolehlah Sis mencubanya nanti..