Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all 4625 articles
Browse latest View live

13 MARCH 2020 - HARI TIDUR SEDUNIA RUPANYA

$
0
0
13 MARCH 2020 - HARI TIDUR SEDUNIA RUPANYA | Baru Sis tau ada Hari Tidur Sedunia. Ingatkan ke main tidur aje ek hari-hari, kesahnya ada juga dalam setahun hari tidurnya. Patutlah harini rasa mengantuk sangat, kemain mata nak tidur aje ek hahahaha tiberrr...

Bohonglah kalau kata harini takde tidur siang, sebagai surirumah, memang ada je masa nak lelapkan mata, paling tak tadi lepas Zuhur mata ni macam melekat, lepas solat, duduk kejap baca Yassin, tau-tau tertidur dengan telekungnya sekali oii di tepi bucu katil, muka surat Yassin tu baru sampai kemuka 3 je.

Terus cecepat bangun, keluarkan baju dalam mesin dan dryer, aishhh kalau tak habislaa masam baju tu lama dalam mesin, errrrr...sambil menunggu baju, kita taip entri ni jap hehehehe.

Mengantuk sungguh kann. Aishh memang patut beno lee harini Hari Tidur Sedunianya hahaha.

Korang pulak macam mana? Harini ada tertidur gak ke?..Bagi Mak-mak tu dah siap sedia la berjaga le ye, maklum ler dah mula cuti sekolah, maunya takde masa nak pejam mata kang, ada je ribut taufan dalam rumah tu ek dengan perangai anak-anak. Yes..i feel u, sebab dah melaluinya dolu-dolu hehehe..

Pic dari google BeritaBaru
13 Mac tahun ini bersamaan hari Jumaat pada hari ini merupakan Hari Tidur Sedunia (World Sleep Day). Ia merupakan hari tahunan yang disambut untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai tentang kepentingan tidur dan rehat yang cukup, termasukah dalam bidang perubatan, pendidikan, aspek sosial dan juga memandu.

Hari Tidur Sedunia ini diperkenalkan oleh sekumpulan komuniti yang dikenali sebagai World Sleep Day Committee of World Sleep Society dengan menerangkan pentingnya tidur dan juga cara menghalang masalah tidur.

Mereka ini terdiri daripada pakar perubatan yang bekerja dalam bidang kesihatan, khususnya dalam penyelidikan berkenaan tidur.

Pemilihan hari tidur sedunia ini disambut pada hari Jumaat sebelum fenomena Spring Vernal Equinox yang berlaku setiap tahun. Disebabkan itu, sambutan Hari Tidur Sedunia tahun ini diadakan pada 13 Mac dan tahun berikutnya jatuh pada 12 Mac 2021.

Haa apalagi, jika korang kurang atau tidak cukup tidur belakangan ini, ambillah peluang untuk tidur dengan betul demi kesihatan korang juga. So malam ni tidur awal ya.

Malam ni nak pergi soping barang dapur sikit buat stok. Suami kata belilah apa yang patut, takut nanti rakyat Malaysia ni cepat panik, habis licin rak-rak tu kann ermmm...


P/S: Sambil menaip ni pun mata dah layu, adoiii tidur jommm!!..

EXPLORE THE SWEET AND ENCHANTING WORLD OF HELLO KITTY AT PARADIGM MALL JOHOR BAHRU THIS MARCH SCHOOL HOLIDAYS!

$
0
0
EXPLORE THE SWEET AND ENCHANTING WORLD OF HELLO KITTY AT PARADIGM MALL JOHOR BAHRU THIS MARCH SCHOOL HOLIDAYS! | This March school holidays, be prepared to welcome the beloved pop icon Hello Kitty at at Paradigm Mall Johor Bahru (PMJB). Families and young children can experience the vibrant and colourful Hello Kitty themed indoor playland and pop-up store from 11th March to 29th March, 2020.

A Sweet And Joyful Expedition!

Paradigm Mall Johor Bahru has installed a Hello Kitty-themed playland. The playland is equipped with Instagram-worthy decorations such as doughnuts Ferris wheel in 5 metres height, strawberry cake-shaped musical carousels and a high bright yellow Hello Kitty slide placed at the main atrium of the mall. Not only that, but kids can also enjoy fun rides in Hello Kitty-inspired teacups. The enchanting indoor wonderland also displays a giant Hello Kitty arch and a life-sized strawberry capsule machine stylishly decorated in shades of pink.

Adding to the excitement, Paradigm Mall Johor Bahru also entered the Malaysia Book of Records for the fifth time for the ‘Tallest Macaron Replica Tower’. Visitors to the mall will be able to catch a glimpse of the enormous macaron cake standing at 7.7 metres (H), with plenty of photo opportunities with the cake that is tastefully ornamented with strawberries, creams and flowers.



Ms. Selena Chua, Chief Executive Officer of WCT Malls Management said, “Hello Kitty has been delighting fans around the world for more than four decades and they are at Paradigm Mall Johor Bahru to brighten the days of our shoppers with the first ever Hello Kitty themed playland pop-up store in Johor, Malaysia. Our guests can be sure to have a wonderful and magical time. We really look forward to offering our shoppers an exceptional shopping experience and unforgettable moments with their most loved cartoon character.”

She added, “In view of COVID-19 outbreak as a pandemic, Paradigm Mall Johor Bahru will be taking active measure to clean and sanitize the playland to ensure hygiene and cleanliness. Kids are also required to measure their body temperature before entering the playland. At WCT Malls, the safety and well-being of our mall visitors, tenants and staff are our utmost priority.”



Paradigm Mall Johor Bahru will also display exclusive Hello Kitty merchandise, limited edition Hello Kitty collectibles, plush toys and more in its exclusive pop-up store!

Mall visitors can also look forward to a fully immersive and interactive experience at Paradigm Mall Johor as a series of engaging activities organized for the school holidays. Families can enjoy various games and exciting fun-filled activities, exclusively tailored for littles ones and family members alike.



Hello Kitty Colouring Activity
Dates: 11 March – 29 March 2020
Time: 10:00AM – 10:00PM
Venue: Level G, Main Atrium

Children love art! This school holiday bring colour to your child’s life by letting them discover their creativity, develop their fine motor skills and have fun!
*The activities are limited to 30 pax per session

Paint-By-Numbers Workshop
Dates: 14 & 15 March – 21 & 22 March 2020
Time: 2:00PM – 4:00PM
Venue: Level G, Main Atrium

Get ready to spark your child's creativity! Enjoy quality bonding time with your child while painting a one-of-a-kind artwork.
*The workshops are limited to 30 per session

Gift with Purchase (GWP)
Stand a chance to also redeem exclusive Hello Kitty merchandise with your purchase.

Hello Kitty Exclusive Drawstring Pouch
Shoppers who spend RM300 and above in a maximum combination of three receipts will be able to redeem exclusive Hello Kitty drawstring pouch that is made up of canvas material. WCT Buddy members only need to spend RM250 and above in a maximum combination of three receipts to redeem the merchandise.

Hello Kitty Exclusive Premium Mug
Shoppers who spend RM500 and above in a maximum combination of five receipts will be able to redeem an exclusive Hello Kitty premium mug. WCT Buddy members only need to spend RM450 and above in a maximum combination of five receipts to redeem the merchandise.
*Terms & conditions apply, first come first serve basis.

So, remember to save these dates in March and head over to Paradigm Mall Johor Bahru to make this
month a memorable one for you and your loved ones! For more information about the activities and
promotions, kindly visit the Paradigm Mall Johor Bahru website and social media channels at:

Website Paradigm Mall JB: www.paradigmmall.com.my/jb
Facebook: Paradigm Mall JB: https://www.facebook.com/ParadigmJB
Instagram: Paradigm Mall JB: https://www.instagram.com/paradigm.jb/


P/S: Jomm laaa, bestnya dapat OOTD kat situ ek...pakai plak baju pink! 

AKU BARU NAK RASA MOCHI DURIAN WALL'S NI HAA

$
0
0
AKU BARU NAK RASA MOCHI DURIAN WALL'S NI HAA | Yaaa orang lain jangan kata dah jadi taik gigi, silap-silap dah takde baki dalam perut dah, dah 'pam' masuk Indah Water dah, tapi Sis ko baru nak rasa haa hahahahaha. Waktu tengah viral tu, jujur cakap, takde rasa pun nak beli dan mencari dan nak makannya, ni tiba-tiba je bila adik Sis tunjuk, haaa baru rasa teringin.

Itu pun sana sini gak mencari kata adik, tapi susah nak jumpa, cepat aje habis. Tapi nasib baik juga ada anak saudara yang kerja di 7eleven, itu yang dapat beli dan minta anak saudara Sis simpankan, kalau tak, jangan harap laaa. Kata anak saudara, harini sampai, esok dah licin hahahaha.

Yaaa takde tunggu-tunggu dua tiga hari punya, kejap je dah licin, padahal boleh tahan gak harganya tu oii RM3 seketul. Kalau beli 5 dah RM15, kenyang makan KFC 3 ketul ayam hahahaha.

Tapi takpelah, janji merasa, jangan idok kan...


Dan bila dah rasa dan merasainya, wowww memang wowww gile rasa dia. 100% terasa sungguh duriannya. Memang betul di tulisnya tu pada paketnya, dibuat daripada 100% puri durian! Memang sedap gile, patut laa orang yang makan sekali, pasti nak lagi dan lagi dan lagi..

Kalau Sis makan mochi suka makan lembik-lembik, ada orang macam adik Sis tu, suka makan keras, tapi kalau ikut sebenarnya tekstur mochi ni, memang makannya lembik. Baru lee kaw-kaw rasa dia. Kena pulak isinya durian yang macam isi durian sebenar tu, lagi lee sedap oii!

Korang kalau belum cuba, lekas cuba, sebelum Wall's stopkan pengeluarannya, kang nyesal ngidam ternganga lobang hidung hahahaha. Janji dapat rasa sekali dah ler, sekali katanya? Semalam je Sis ko bedal 3 biji hahahahaha..

Bagi Suami semalam rasa satu pun dia kata sedap, nak lagi? Sila beli sendiri kakakakakah..


Okaylah, nanti kita sambung lagi, kang lepas Zuhur ni Sis nak ke majlis Khatam Quran pegantin anak jiran setaman Sis ni haaa, esok majlis berlangsungnya pulak. Ermm baru ni laa kat Johor ada orang buat majlis kahwin hari Ahad, mungkin tuannya amik sempena cuti sekolah kot. Sebab rata-rata buat hari Sabtu. Nasib juga esok Ahad, so Suami ada, bolehlah teman pergi makan nasi minyak sekali esok. Jiran setaman kot, takkan le tak pergi kann..

Dalam pada itu, kita amik langkah berjaga-jaga dan kebersihan diri..insyaAllah moga semuanya baik-baik aja dan dipermudahkan urusan tuan rumahnya dan para jemputannya.

Dah jomm, bersiap-siap! Bai..


P/S: Terbayang-bayang muka Suami pagi tadi senyum lebor, kemain ea hahaha..apa? Jeng3x....

5 PUSAT PENJAGAAN KESIHATAN TERBAIK DI SELANGOR

$
0
0
5 PUSAT PENJAGAAN KESIHATAN TERBAIK DI SELANGOR | Walaupun Sis ni duduk dan tinggal di Johor, tapi memandangkan anak Sis yang sulung belajar dan menetap di Shah Alam, Selangor sana, dan kebetulan dia pun dalam bidang perubatan juga, makanya sedikit sebanyak Sis kena amik tau juga mana-mana hospital yang terbaik jika anak tak sihat nak admit dan buat rawatan.

Makanya kenalah amik tau juga mana yang terbaik untuk anak di sana. Dan ada juga antara 5 hospital ni, anak Sis ada pergi buat praktikal dan research untuk pengajian dia, so memang nama-nama hospital ni Sis tau le juga dari mulut si anak. Lebih-lebih lagi KPJ tu haaa, di Johor pun Sis satu family memang dapatkan rawatan di Hospital Pakar KPJ juga. Memang servisnya terbaek! Ngetop!

Tapi sebenarnya mana-mana sama je hospitalnya, cuma servis dan perkhidmatan juga kosnya aje berbeza. Kalau dah nama pakar, mestilah mahal, melainkan ko ada insurans. Tapi jika tiada, hospital yang disediakann oleh kerajaan pun dah bagus. Janji kalau sakit tu, pergilah dapatkan rawatan awal.

So harini Sis kongsikan juga dengan korang antara 5 Pusat Penjagaan Kesihatan Terbaik Di Selangor ni ya. Silap-silap orang Selangor pun tak tau hehehe..

Jom kita tengok..

1. KPJ Damansara Specialist Hospital


Hospital Pakar KPJ Damansara terletak di lokasi elit di Kuala Lumpur yang sering menjadi pusat ekspatriat dan pemuda eksekutif. Hospital Pakar KPJ Damansara adalah sebahagian daripada KPJ Healthcare Group, salah satu daripada penyedia penjagaan kesihatan swasta terkemuka di rantau ini yang mempunyai pengalaman lebih daripada 29 tahun dalam industri penjagaan kesihatan.

Pesakit pesakit tempatan dan antarabangsa gemar ke hospital ini kerana perkhidmatannya yang anggap berkualiti setaraf dunia dalam bidang Kardiologi, Pembedahan Bariatric, Onkologi, Pemupukan In Vitro (IVF), Ortopedik, Pediatrik & Neonatologi, dan Pemeriksaan Kesihatan.

2. Sunway Specialist Centers Damansara 


Pusat Pakar Sunway Damansara (SSCD) memberi tumpuan kepada penyampaian konsultasi pakar pesakit luar dan perkhidmatan pembedahan hari. SSCD adalah anak syarikat Pusat Perubatan Sunway (SunMed), salah satu penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar di Malaysia.

Setiap Pusat Perubatan dibawah naungan Sunway dilengkapi dengan kemudahan dan kelengkapan moden, disokong oleh satu pasukan profesional penjagaan kesihatan yang berpengalaman termasuk perunding perubatan, kakitangan kesihatan bersekutu dan jururawat berdedikasi.

3. The Tun Hussein Onn National Eye Hospital


Tun Hussein Onn National Eye Hospital (THONEH) telah ditubuhkan pada tahun 1986 oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga yang juga Pengerusi Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) (1975 - 1990).

Selama lebih dari 30 tahun, Tun Hussein Onn National Eye Hospital telah membina reputasi sebagai pusat kecemerlangan yang menyediakan penjagaan kesihatan mata khusus yang berkualiti dalam pelbagai kepakaran dan menmpunyai sub kepakaran yang komprehensif dengan menggunakan teknologi terkini bagi menawarkan rawatan perubatan yang termaju dalam bidangnya.

4. Avisena Specialist Hospital


Avisena Specialist Hospital terletak hanya 15 minit dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, di pusat bandar Selangor dengan jarak memandu 35 minit ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC). Hospital ini dilancarkan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan disambut oleh Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Turut hadir pada pelancaran itu ialah YAB Tuan Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor. Avisena Specialist Hospital adalah sebuah kumpulan penjagaan kesihatan yang berkembang pesat di Shah Alam yang menawarkan spektrum penjagaan primer, perkhidmatan pakar dan program kesihatan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan masyarakat, pelanggan tempatan dan antarabangsa.

5. Columbia Asia Hospital Bukit Rimau


Hospital Columbia Asia Bukit Rimau adalah sebuah hospital pelbagai bidang pengkhusus yang terletak di Shah Alam yang juga berhampiran dengan komuniti-komuniti di Subang Jaya, Klang dan kawasan sekitarnya. Hospital Columbia Asia mempunyai kakitangan dan jururawat yang berkemahiran tinggi dan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang terkini.

Hospital ini juga meliputi pelbagai bidang perubatan seperti Kardiologi, Ortopedik, Rheumatologi, Perubatan Kecederaan Sukan, Pediatrik, Pembedahan Am, Radiologi dan Urologi. Setiap hospital memerlukan doktor panel yang cukup pakar dan arif dalam pelbagai bidang perubatan kesihatan. Justeru, penting bagi setiap hospital untuk merawat setiap orang pesakit dengan penuh amanah dan dedikasi.

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.


P/S: So...buat pilihan yang bijak!..Cegah sebelum parah..

CHEESY PINKY BERRY STRAWBERRY, MINUMAN TERBARU COOLBLOG!

$
0
0
CHEESY PINKY BERRY STRAWBERRY, MINUMAN TERBARU COOLBLOG! | Sis tau, mesti korang disini juga adalah peminat minuman Coolblog kan? Yaa sebelum keluarnya pelbagai dan bermacam-macam nama minuman jenis 'boba' ni, Coolblog adalah salah satu minuman yang memang Sis cari dan minum, sehingga kini!.

Entahlaa yaa, dah terbiasa kot dengan minuman Coolblog, makanya bila keluar macam-macam nama minuman lain tu, tetap juga nak Coolblog, ermmm, kalau minum untuk geli-geli tu bolehlah. Tapi lebih suka kepada minuman Coolblog ni.

Dan berita baik buat semua pengemar minuman Coolblog, Coolblog secara rasminya telah memperkenalkan siri minuman terbaharu Coolblog yang diberi nama Cheesy Pinky Berry. Dan majlis perasmiannya telah mencipta sejarah kerana buat julung kalinya, perasmian minuman terbaharu Coolblog diadakan secara langsung didalam konti radio yang dihadiri oleh barisan utama penyampai radio SURIA FM seperti Issey, Fizi, Tyzo, Rara dan Suraya.

Kemunculan pelakon yang popular dengan watak Lailer didalam drama bersiri ‘Kampung People’ iaitu Riena Diana semasa majlis pelancaran turut menambahkan lagi hangatnya aura merah jambu yang dibawakan oleh Coolblog.

PERASMIAN CHEESY PINKY BERRY COOLBLOG

Dengan tagline kempen 'Let Coolblog Pink Your World', mesej utama yang ingin di sampaikan adalah untuk memberitahu kepada semua bahawa Coolblog kini tampil dengan aura dan semangat merah jambu yang penuh semangat yang membara. Keenakkan rasa strawberi premium yang diadun bersama susu segar, cheese dan oreo juga turut disertakan dengan butiran jeli berbentuk hati pasti menambat hati dan rasa setiap pelanggan setia dan penggemar minuman smoothies ini.


Dengan rasa keenakkan dan keistimewaan buah strawberi, Cheesy Pinky Berry oleh Coolblog ini
didatangkan dalam 3 perisa iaitu Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky, Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese dan Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo bagi menandakan kempen pertama oleh Coolblog bagi tahun 2020 telah pun bermula.

KEMPEN SAMPINGAN CHEESY PINKY BERRY

Muzik Video Cheesy Pinky Berry

Bagi menyemarakkan lagi dunia merah jambu bagi peminat setia Coolblog dan juga penggemar minuman smoothies, Coolblog telah melancarkan muzik video Cheesy Pinky Berry yang dibintangi oleh Riena Diana. Berlatarkan muzik jingle yang comel dan berunsur Korea, muzik video Cheesy Pinky Berry boleh di saksikan di laman sosial rasmi Instagram dan Facebook Coolblog Malaysia. Versi boleh muat turun akan dilancarkan tidak lama lagi dan peminat Coolblog boleh memuat turun muzik video Cheesy Pinky Berry ke dalam peranti korang.



Cabaran Tarian TikTok Cheesy Pinky Berry

Sempena kempen Cheesy Pinky Berry ini, CoolBlog menganjurkan cabaran tarian melalui aplikasi TikTok yang diberi nama #CPBDanceChallenge. Untuk mengambil bahagian, korang perlu membeli mana-mana perisa minuman Cheesy Pinky Berry Coolblog, dan muat naik video tarian menggunakan lagu rasmi Cheesy Pinky Berry dan peserta yang mendapat undian tertinggi akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai. Maklumat lanjut cabaran tarian TikTok Cheesy Pinky Berry akan dikemaskini di laman sesawang dan media sosial rasmi Coolblog.


Sewaktu majlis perasmiannya, Cik Win Zakaria, Pengurus Besar Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, Coolblog, berkata "Apa yang menarik pada kempen Cheesy Pinky Berry ini adalah pada strategi kami dalam memberi minuman yang trendy dan terkini bagi tahun 2020. Bukan mudah untuk kami meyajikan sesuatu yang menepati citarasa semua, tetapi menjadi prinsip utama kami untuk sentiasa memberikan yang terbaik untuk peminat Coolblog dan setelah melakukan beberapa fasa kajian, kami melihat minuman berasaskan buah strawberry bakal menjadi trend yang hangat untuk 2020, maka dengan itu kami dengan bangganya memperkenalkan 3 minuman terbaharu kami yang kami beri nama Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese, Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo dan Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky."

"Kami sangat gembira dan berbangga memperkenalkan Cheesy Pinky Berry sebagai taruhan
pertama oleh Coolblog pada tahun ini dan saya yakin siri dan perisa baharu Cheesy Pinky Berry
ini akan membawa minuman Coolblog keperingkat seterusnya dan mendapat sambutan lebih
hebat berbanding siri kempen sebelum ini".

"Selain perisa strawberi menjadi trend terkini, kami di Coolblog memilih strawberi kerana keenakkan stawberi itu apabila diadun dengan bahan-bahan dan perisa ikonik serta berkualiti dari Coolblog, ianya menghasilkan rasa minuman yang amat sedap dan menepati citarasa penggemar minuman smoothies di Malaysia. Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese – keenakkan strawberry yang diadun dengan keju yang penuh krim. Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo – Minuman strawberry yang diadun dengan biskut Oreo dan akhir sekali Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky, campuran strawberi dan susu segar. Kami percaya ketiga-tiga siri Cheesy Pinky Berry ini semestinya menambah satu lagi dimensi pada palate rasa pencinta Coolblog.” Tambahnya lagi.


So korang yang suka pinky-pinky ni, haaa sesuai sangatlah kan kalau nak mencubanya. Dah beli jangan lupa masuk peraduan Tik Tok tu tau, manalah tau ada rezeki korang dan korang menangi hadiah yang disediakan. 

Dan lagi satu yang bestnya, Setiap minuman Cheesy Pinky Berry ni, ianya di datangkan di dalam bekas cawan love gitu. Cantik sangat! Geram Sis nengok. Bayangkan kalau orang yang tersayang belikan untuk kita, alaaa sweetnya kann hehehehe..

Cheesy Pinky Berry dijual pada harga RM8.80 bagi saiz 700ml dan boleh didapati di kesemua 300 cawangan Coolblog seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut:

#CheesyPinkyBerry #CoolblogCPB #CoolblogMalaysia


P/S: Cuaca panas ni, memang sesuai sangatlah kan kalau dapatkannya! Jom esok serbu!!..

LIRIK LAGU YEJEMAA - RABBIT MAC

$
0
0
LIRIK LAGU YEJEMAA - RABBIT MAC
Yejemaa by Rabbit Mac
OST - HONG SENG ESTATE The Movie


CHORUS
Ingeh Vendam makkeh tagararru.
Nambe varalarru, kolaru,
Manje severu-ulleh vanthu parru,
Kaingeh hidup, nambe makkeh hidup,
Psycho unit ippeh ippeh kathi nee sollu,
Naangeh-tha, nanggeh-tha Yejemaa,
Naangeh-tha, nanggeh-tha Yejemaa,
Naangeh-tha, nanggeh-tha Yejemaa,
Yejemaa, Yejemaa, Yejemaa.
Naangeh-tha, nanggeh-tha Yejemaa,
Kaingeh hidup, nambe makkeh hidup,
Psycho unit kathi nee sollu.

VERSE 1
Psycho unit hidup!
Psycho unit top-uh machi!
Arasial no no, 
North-uh, south-uh, nambe kachi,
No no, I don’t stop-uh!
Vere maari bro, bro!
Muthalaingeh yaaru?
Theriyathu. don’t know.
Ithu all star label, not a label, one star label.
Unnaku pudikilleh-nah, 
Table talk I am stable.
Taggida Taggida Tha!
Thadiki vizhathey da, 
Skidikip pap pap!
PU4LYF! Run the block b*tch!

CHORUS
Ingeh Vendam makkeh tagararru.
Nambe varalarru, kolaru,
Manje severrulleh vanthu parru,
Kaingeh hidup, nambe makkeh hidup,
Psycho unit ippo ippo kathi nee sollu,
Naangeh-tha, nanggeh-tha Yejemaa,
Naangeh-tha, nanggeh-tha Yejemaa,
Naangeh-tha, nanggeh-tha Yejemaa,
Yejemaa, Yejemaa, Yejemaa.
Naangeh-tha, nanggeh-tha Yejemaa,
Kaingeh hidup, nambe makkeh hidup,
Psycho unit kathi nee sollu.

VERSE 2
Budak-budak copy paste, 
Wa tak layan, Jangan sidang,
I’ve got different taste, 
OG Pulau Pinang, 
Kubur gang utara men, yeah! 
Baru turun padang, 
Tendangan padu maut! 
Jil jiga jiga,
Hang jaga-jaga,
Hang jaga-jaga,
Tak nak wei! 
Style ku macam Raja, 
Kalau turun confirm jajah wei! 
Standin’ in a corner, 
Watchin’ pathinaaru baris,
Yen vazhi thani vazhi,
Vanthena, confirm laris, Uh!
Malu apa bossku,
This is what a boss do, 
Teriyathu Number 2! 
Kattungeh makkeh statue.
North-u, south-u, east-u, 
Poyachi sampai barat.
Uru full-a terikeh vitthachi, 
Kaarat!

CHORUS
Ingeh Venaa makkeh tagararru.
Nambe varalarru, kolaru,
Manje severelleh vanthu parru,
Kaingeh hidup, nambe makkeh hidup,
Psycho unit ippeh ippeh kathi nee sollu,
Naangeh-tha, nanggeh-tha Yejemaa,
Naangeh-tha, nanggeh-tha Yejemaa,
Naangeh-tha, nanggeh-tha Yejemaa,
Yejemaa, Yejemaa, Yejemaa.
Naangeh-tha, nanggeh-tha Yejemaa,
Kaingeh hidup, nambe makkeh hidup,
Psycho unit katthi nee sollu!




P/S: Hokay, selamat mendengar...naangeh-tha nanggeh-tha Yejemaa.. :p

DOA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN - COVID19

$
0
0
DOA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN - COVID19 | Assalamualaikum semua. Selamat pagi hari Isnin yang dimuliakan dan selamat berpuasa juga bagi mereka yang berpuasa harini. Pagi ni bangun Subuh agak kemurungan sedikit. Dari malam tadi perasan bimbang bermain dalam fikiran sampaikan Sis tak lena tidur. 

Yaa bimbang memikirkan keadaan negara kita sekarang yang di landa Covid-19 yang di katakan semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Susah nak cakap dan komen apa, dan tak tau nak salahkan siapa, tapi semuanya datang dari diri sendiri juga. Apa yang dah disarankan, apa yang dah diperintahkan dan apa yang telah dikuat kuasakan, tapi masih ada lagi segelintir kita yang degil dan berdegil, ingkar segala patuhan dan arahan, sampai kes kecik menjadi kes besar dah sekarang ni, yang jadi mangsanya? satu Malaysia hokay!.

Jujurnya yaaa, Sis juga tidaklah kata Sis juga mematuhi sepenuhnya arahan dari Kementerian Kesihatan malaysia (KKM), sebabnya ada masa Sis juga tak pakai mask mulut bila keluar, masih pergi juga keluar sana sini, tapi atas tujuan tertentu, dan juga masih hadir ke majlis atau event (#buffetramadhan) sana sini, tapi semua tu dah Sis amik kira dah, yang mana perlu pergi, yang mana tidak, bukan main somborono jer hokay!.

Tapi itulah, dalam pada kita ni berjaga, tapi disebabkan orang lain, kita juga boleh jadi mangsa, kita juga mungkin pembawanya atau penyebar virusnya, tapi tu kalau kita degil sangat, tak patuh semua arahan! Kalau kita amik langkah berjaga-jaga dan patuhi arahan yang ditetapkan, insyaAllah semuanya dipermudahkan dan semuanya baik-baik aja.

Jangan terlalu kecam orang yang keluar masuk dan pergi event tu. Mereka mungkin mencari income di situ, banyak benda dah diatur sebelumnya, nak bayar itu, nak settlekan ini, jadinya nak tak nak mereka redah juga pergi dan hadir. Sis juga jujurnya, banyak event yang dah Sis RVSP bermula minggu ni, semua melibatkan keluar masuk Hotel, ingat takde rasa risau dan takut ke?.

Memang semua belum Sis cancel lagi, dan Sis belum buat pilihan lagi mungkin pergi atau tidak, tapi jika keadaan semakin teruk, kemungkinan Sis akan cancel. Sis ingat satu perkara aje, 'Jika kita permudahkan urusan orang, insyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita'. Tapi jika kau berkira-kira dengan aturan Allah, semuanya akan jadi sukar. 

Banyak benda nak amik kira, semua perkara nak kita amik tau, tapi jangan terlampau sangat 'kiasu' nya hokay. Kita doa aje bebanyak dan mohon pada Allah moga semuanya akan baik-baik aja seperti semula. Kita ni masih belum terlambat lagi, kena cepat bertindak. Siapa nak bertindak? Diri sendiri laaa...kalau takde hal, bukan urusan kerja, duduk aje rumah dendiam. Jika perlu aje barulah keluar. 

Tu pun susah ke? Ermmm...

Okaylah, sebelum kita mulakan semua urusan kita pagi ini, jomlah kita baca dan amalkan Doa DiPermudahkan Segala Urusan ni. mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita. Aamiinn..


DOA MEMOHON KEMUDAHAN

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
“Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa”
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah"

DOA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN

رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Robbanaa aatinaa minladunka rohmataw wahayya lanaa min amrinaa rosyada
Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (Q.S. Al-kahfi : 10)

Aaamiinn...


P/S: Risau anak0anak yang jauh di mata dan Suami dan anak yang bekerja di luar sana. Allah, jada mereka untukku..aamiinn..

BUFFET RAMADHAN: SAJIAN SELERA KAMPUNG NUSANTARA DI BERJAYA WATERFRONT HOTEL JOHOR

$
0
0
BUFFET RAMADHAN: SAJIAN SELERA KAMPUNG NUSANTARA DI BERJAYA WATERFRONT HOTEL JOHOR | Sejujurnya kan, waktu tengah menaip posting ni, air liur Sis tertelan-telan bila nengok menu Pecal Sayur tu haa, iyerrr terus terasa-rasa di tekak Sis ni keenakkannya. Aishhh mana nak cari ek time gini.

Tu lee dia, kalau menaip perut tengah lapar, nampak gambar pun rasa macam nak telan skrin laptop ni hahahaha. Tu baru nengok gambar, belum lagi ko pergi dan singgah makannya. Memang kesemua menu masakannya semua sedap-sedap, terutama bagi mereka yang mengemari masakan Indonesia.

Yaa biasa kalau cakap menu Indonesia, tak kira di Malaysia atau korang sendiri ke Indonesia, tak sudah-sudah dengan nasi Padangnyaa aje kan, macam takde menu lain je nak makan kan hehehe. Kini sempena Buffet Ramadhan 2020 tahun ini, Berjaya Waterfront Hotel, mengetengahkan menu-menu yang di datangkan khas dari masakan Indonesia terutamanya Batam (Negara paling dekat dengan Johor) yang akan di sajikan sempena Buffet Ramadhan 2020 bermula dari 24/4 sehingga 23/5/2020.



Sis berpeluang turut sama di majlis Media Food Reviewnya baru-baru ini bagi memperkenalkan tema untuk Buffet Ramadhan Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru yaitu 'Selera Kampung Nusantara' yang akan di sajikan lebih dari 100 menu tersedia ada.

Bertempat di Salt 'n' Pepper Restaurant (Level 5), korang boleh nikmati semua jenis masakan dan menu asli Indonesia yang terdiri daripada: Mee Goreng Medan, Kolak Pisang, Oseng-Oseng Kambing, Pecal Saos Kacang, Ayam Betutu, Rendang Sapi, Asinan Sayur Bumbu, Soto Medan, Nasi Liwet juga Kambing Tonggek dan banyak lagi.




Juga terdapat warung-warung kecik masakan panas yang boleh korang nikmati juga, antaranya: Kambing Tonggek, Martabak Telor, Tahu Bunting, Durian Goreng, juga bermacam-macam lagi. Apa? Kenapa tonggek? Entah, dah memang kambingnya duduk tonggek gitu kot hahahaha..Eh tapi sedap, juicy dagingnya, makan dengan Sos Sambal kicap dan juga Sos Sambal Kacang, hahaha mesti korang pelik kan?, yaa mula pelik gak, tapi bila dah makan, woww sedap juga ya!.

Tak lupa juga terdapat 12 jenis aneka sambal yang boleh korang cuba. Sis paling suka Sambal Hijaunya, sedap giler, teringat kalau makan Nasi Padang, Sis akan amik bebanyak ko, sama juga masa makan kat sini, bersudu-sudu Sis ceduk hehehehe. Antara sambalnya yang ada adalah: Sambel Teri, Sambal Terasi, Sambal Rao, Sambal Matah, Sambal Lais, Sambal Pleaching dan bermacam lagi laaa. Nama memang aneh, tapi rasa dia sama macam sambal biasa korang makan.




Beraneka kuih-muih juga di sajikan. Dan macam biasa Indonesia terkenal dengan kuihnya yang berasaskan pulut, makanya setiap menunya mesti ada Kueh Wajik, Kuih Ketan kelapa, Kueh Dadar Gulung, Kueh Pukis kelapa, Kuih Serikaya dan beraneka jenis lagi. Jangan lupa korang rasa Kueh Lopesnya, sedap! Jap rasanya dia panggil nama lain, Sis dah lupa laa, tapi rupanya memang Kueh Lopes yang makan dengan gula melaka tu haa.

Minuman panas dan sejuk juga ada di sediakan. Dan paling istimewa korang akan dapat nikmati Es Dawet yang seakan macam Cendol malaysia, tapi bukan Cendol. Dalamnya memang ada cendol tapi ada kelainannya sebab dalam Es Dawet tu ada nangka, sedap! Korang mesti cuba. Juga ada Es Timun Selasih, Bubur Sumsum dan macam-macam lagi minuman dan pencuci mulutnya termasuk juga aneka buah-buahan yang amnis bangat!!!.




Rasa asli kesemua menu yang bertemakan Selera Kampung Nusantara ini akan korang dapat rasai melalui bahan dan juga rempahnya yang pasti membuat sesiapa yang jauh (Khususnya warga Batam Indonesia) yang merantau di negera orang seolah berada di kampung sendiri.

Harga pembelian awal di tawarkan serendah RM62nett/RM38nett sahaja
(belian dari 1/3 - 15/4/2020).

Harga biasa hanya RM78nett dewasa dan RM38nett kanak² dan juga warga emas.

Pakej penginapan 2hari 1malam
Beserta Sahur & Berbuka RM149nett per-person (Deluxe Room).
*Corporate Rate RM55nett per-person (100 pembelian baucer ke atas).



Untuk lebih melihat lebih banyak gambar lagi, sila ke facebook Page @akusislin seperti di atas ya. 

Untuk tempahan & Pertanyaan:
Boleh hubungi +6010 439 4101/07 221 9999 ext 5106/5107.
Atau email bwh.rvsn@berjayahotel.com

IG: @bwhjb

Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru
88 Jalan Ibrahim Sultan
Stulang Laut
80300 Johor Bahru.


P/S: Berbaloi gak tu, beli baucer, siap penginapan + Sahur + Berbuka Puasa..kan kannn...

HATI EMAK MANA YANG TAK RISAUKAN ANAK-ANAKNYA

$
0
0
HATI EMAK MANA YANG TAK RISAUKAN ANAK-ANAKNYA | Kalau korang seorang Ibu atau Ayah, dalam keadaan macam ni (Covid-19) semestinyalah jika anak berjauhan korang akan risau akan keadaan keselamatan anak korang. Bohong kalau korang sebagai ibu bapa takde perasaan tu.

Sama macam Sis juga, kalau boleh dalam keadaan yang berjaga-jaga ni, kalau boleh nak anak-anak dan Suami pun berada di rumah aje, biar depan mata, rasa selamat sikit. Tapi tu laa, mana boleh ikut suka, ada komitmen yang perlu di buat, melainkan dah ada arahan bekerja atau belajar di rumah.

Yaa ramai pekerja-pekerja sekarang majikan sudah buat arahan bekerja di rumah aja sebab tempat kerjanya dah ada kes Covid-19 ni, begitu juga IPTA di semua negeri, semua dah di berikan arahan supaya pelajar tidak perlu datang kuliah dan belajar dalam sitem e-pembelajaran secara online. Tapi tu laa kata anak Sis, bukan senang Mak, ada benda yang boleh, ada benda yang tak boleh, mana tak boleh tu kena juga keluar dan cari bahan nak siapkan kerja, huhuhu..


Bertambah risau Emaknya bila mendengar. Tapi banyak yang Sis pesan pada anak-anak, jaga diri dan kebersihan diri, rajin mandi pergi dan balik setiap kali keluar rumah, utamakan langkah berjaga-jaga dan kalau boleh, keluar buat kerja, then terus balik. Yaa anak Sis sorang di Shah Alam dan seorang lagi di Politeknik Mersing. Sebab tu risau sangat bila berjauhan ni.


Tu yang jauh di mata, yang dekat di mata ni pun Sis risau juga. Ye laa Suami dan anak Sis bekerja kan, so memang terdedahlah dengan keadaan di luar sana. Pun sama Sis pesan macam-macam dan selalu ingatkan macam-macam perkara pada mereka. Asal balik kerja je, terus Sis suruh mandi. Baru boleh duduk dekat-dekat huhuhu.

Semalam hujung minggu pun, Sis dengan Suami tak kemana-mana pun, selalu aktiviti Sis, macam biasalah, meneman Suami mengurut, then merayap makan minum di luar seharian, tapi semalam, masak dan makan je dirumah, cuma tengah hari menghadirkan diri sekejap ke majlis perkahwinan jiran setaman, kemudian pergi belanja barang kering dan basah untuk keperluan dapur, lepas tu bawa kereta cuci  dan terus balik rumah.

Nak jenjalan ke sana ke sini pun jadi takut. Masa ke kenduri kawin tu pun, Sis pergi awal, ingatkan nak mengelakkan laa dari orang ramai, tapi rupanya ramai juga orang yang datang awal. So makan-makan terus balik, takde dah nak sembang-sembang dah. Nampak jiran, hai hai bye bye jer dari jauh hahahaha.

Takpelah, itu yang perlu di utamakan sekarang. Jangan sampai kerana Covid19 ni, kang muafakat kejiranan kita lupakan sampai tak datang kenduri mereka kan. Melainkan kalau ko memang sakit, time sekarang ni, kalau sakit jangan keluar rumah, lebih mendatangkan bahaya.


Kerajaan kita cuba buat yang terbaik untuk rakyatnya, dan kita ni hanya perlu patuhi aje arahannya, tak susah mana pun kan. Kita fikir panik kita, cemas kita, takut kita, tapi pernah tak korang fikir akan ketakutan mereka yang bekerja dan menjalankan tugas di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh Malaysia?. Sampai sanggup korbankan nyawa mereka dan tinggalkan keluarga mereka?

Dalam keadaan sekarang ni tak perlu nak berdebat dan bergaduh hanya kerana Covid19 ni. Yang perlu sekarang kita sama-sama fikir apa yang perlu kita buat untuk kita bertindak supaya virus Covid19 ni tak merebak cepat. Banyakkan membaca dan research langkah keselamatan dan penjagaan diri, insyaAllah dengan kerjasama semua, virus ini akan cepat hilang, dan kita pun akan berada dalam keadaan selamat seperti biasa.

Hentikanlah kecam sana sini tu, takde faedahnya pun. Jaga diri sendiri dan duduk dendiam. Tunggu arahan dan berita terkini dari pihak KKM. Dan perbanyakkan berdoa dan mohon kepadaNya, agar semuanya akan cepat berakhir.

Ada hikmah di sebalik semuanya ini. Allah beri peringatan agar kita lebih dekat kepadaNya dan juga Allah beri kita masa yang lebih kepada keluarga apabila kita duduk dan stay dirumah. Jika sebelum ni, kita terlalu sibuk dengan hal dunia. Allahuakbar..

Moga Allah lindungi dan pelihara anak-anak kita, keluarga kita dan seluruh dunia dari bencana dan wabak penyakit berjangkit ini dari terus merebak dan berjangkit. Aamiin..

Sekian, bebelan kerisauan dari seorang Emak..
Korang jaga diri ya!..

OkBai..


P/S: Terima kasih buat semua warga kerja KKM dan kepada semua yang terlibat dalam usaha menangani Covid-19!!

CAFE E-SPORTS GAZOLINE BY ESG PERTAMA DI JOHOR KINI DIBUKA UNTUK SEMUA GAMERS!

$
0
0
CAFE E-SPORTS GAZOLINE BY ESG PERTAMA DI JOHOR KINI DIBUKA UNTUK SEMUA GAMERS! | Makan sambil bermain game, waa dah macam berada di rumah plak kan. Biasanya kalau nak main game ni, kenalah ke Cyber Cafe (CC) tu kan, tapi kalau di CC agak terhad sikit, hanya semata ko hadap main game aje, bukan tempat lepak dan bersembang.

Tapi kini, jika korang ke Gazoline atau lebih di kenali sebagai ESG, haaa korang boleh makan sambil bermain game online bersama kengkawan korang sampai lebam. Tapi bukan percuma, korang hanya kena bayar RM3 jika korang datang beli dan makan di sini atau RM10 (Rm3 sejam kemudian) jika datang terus walk in bermain di sini.

Sis ko ni bukanlah pengemar main game apa tu, pubG laa, Mobile Legends laa, dan macam-macam lagi laa, tapi bila di beri peluang datang ke sini dan juga dapat bermain ps4 game FiFa tu, hahahaha jadi seronok plak oii, mana taknya, bermain dengan teknologi canggih dengan paparan skrin beso depan mata, maunya tak best!!.

Terus asyik bermain sampai lupa tengah 'kerja' hahahaha.




𝗖𝗮𝗳𝗲 𝗘-𝗦𝗽𝗼𝗿𝘁𝘀 pertama di Johor bertempat di Kota Puteri kini telah pun dibuka. Terdapat dua cawangan ESG, satu di ESG Kota Puteri Masai, dan satu lagi di Gazoline Eco Botanic.

Gazoline by ESG ini lebih tertumpu kepada belia muda yang suka akan gaming, tapi yang berusia pun kalau minat main game, pun boleh ke sini, makanya jika korang seorang gamer, disinilah tempat yang paling sesuai untuk korang lepak bermian game sambil makan & minum bersama kawan-kawan.

Di sini mereka telah menyediakan tempat-tempat duduk yang sangat selesa dan mesra pengguna, sebabnya tempatnya luas dan banyak ruang tempat duduk, juga di setiap penjuru dan tempat, ada di sediakan pengecas elektrik, so korang boleh duduk bermain tanpa risau bateri handphone atau laptop korang habis.

Yaa boleh kalau nak bawa laptop kalau korang rasa nak duduk lepak sambil buat kerja dengan beriramakan muzik keriuhan suara-suara gamers bermain game tu, hilang gak kesepian korang selama ni kan, hahaha.




Menu makanan dan minuman yang disediakan juga dijual dengan harga yang berpatutan dan pelbagai pilihan. Kalau korang nak makan ayam, haaa set ayam pun ada, nak makan burger, set burger pun ada, taknak makan berat, nak makan ringan-ringan, pun ada.

Kalau taknak makan terus, hanya nak minum aje, pun boleh, ada pelbagai jenis pilihan minuman panas dan sejuk yang ada. Kan Sis dah kata, jika korang datang bermain di sini, sambil makan dan minum, korang seperti berada dirumah sendiri, cuma ko tak bolehlah nak bawa tilam bantal semua masuk Cafe ya hahahaha.

Untuk menu di Cafenya pula, korang boleh order makanan dan minuman sejuknya. Yaaa minuman sejuknya perghh kalau korang datang time cuaca panas, memang nikmatlah dapat minum air Energy Frizzes mereka, sekali sedut, sejuk menusuk ke dalam rongga tekak ko hahaha.

Ada juga minuman pelbagai jenis yang lain, korang boleh cuba mengikut citarasa tekak sendiri. Dan semestinyalah pilihan Sis Americano panas, perggh macam dapat nyawa game bila hirup kopi panas, kalau tak, rasa macam dah Game Over ko hahaha.




Selain diberi peluang bermain game di situ, Sis juga dapat merasai set-set makanan yang di jual di ESG ni, antaranya yang Sis makan, Chicken Combo, Nuggets, Nacho Chip, Exclusive Waghyu, Golden Fish Burger dan juga Gazo Spicy Chiecken Burger.

Semua set ini di datangkan beserta dengan  kentang goreng dan juga jagung rebus setiap set, beserta juga dengan air. Sis nak rekomen, korang cuba makan Exclusive Waghyunya, dan juga Golden Fish Burgernya, memang sedap dan kawan-kawan Sis pun semua kata sedap.

Harga bermula dari RM11.50 sehingga RM31.50. Ada juga jual ala-carte, korang boleh pilih je mana korang nak ya.




So korang, apalagi, musim cuti sekolah bermula ni, Jomlah bawa kawan-kawan kesini dan rasai dunia permainan online yang sebenar!. Jangan lupa war-warkan kepada geng Gamers korang!

The game is turn ON now!!..

Gazoline by ESG Masai
23 & 25, Jalan Kota 2/3,
Taman Cahaya,
Kota Puteri, Masai, Johor

Gazoline Eco Botanic
No. 67/ 69, Jalan Eko Botani 3/7,
Iskandar Puteri, Johor

Dibuka dari jam: 10 am - 1 am
Setiap hari.



Sila ke facebook Pages @akusislin di atas untuk lihat lebih banyak gambar suasana dan menu-menu yang di sediakan di Gazoline Malaysia by ESG. 



P/S: Ini kalau anak bujang Sis tau, habislaaa...sini aje laa dia lepak kang..

BUKAN SENANG NAK JUMPA SIPUT GONGGONG NI

$
0
0
BUKAN SENANG NAK JUMPA SIPUT GONGGONG NI | Kann betul tak Sis cakap, bukan senang nak jumpa Siput Gonggong ni, kalau makan di restoran seafood Todaksana pun, dah jarang sangat jumpa, kecuali kalau di seafood Lobster Sungai Rengit sana, haa situ selalu gak Sis pergi makan, siput gonggong ni ada, pun mahal gak harga uii.

Makanya bila dah terjumpa siput gonggong ni, jangan tak lee membelinya, terus mintak 2 kilo hahahaha. Mulanya Sis kata sekilo cukup, sebab anak-anak bukan ada semua, ehhh Suami kata nanti tak cukup, dia tambah lagi sekilo, tu yang beli 2 kilo. Sekilo RM20.

Hujung minggu baru-baru ni Sis ke Pasar Orang Asli di Permas sana, tu yang jumpa siput gonggong ni. Yaa di pasar tu semua ada, ikan, udang, kupang, kepah, dan banyak lagi lee, semua korang boleh beli di sana. Sejak sekali Sis bawa Suami ke sana, terus jadi rutin kami berdua setiap hari Ahad, mesti nak kesana. Kadang takde beli apanya, saje suka nengok ikan-ikan yang di jual, segar-segar, geramm!



Ada orang pandai makan siput ni, tapi ada juga yang pelik nengok, tapi ianya bukanlah spesies siput bab* tu yaa, rupa je macam, tapi yang ini boleh di makan. Harga memang mahal, sebab susah nak mencarinya kot. Kalau makan di kedai seafood pun, harga pun boleh tahan, sepinggan alaaa haii berapa ketul aje.

Sebab tu kalau jumpa, beli lebih kata Suami, kasi puas makan. Tu anak bujang takde, kalau ada, inilah kesukaan dia. Tapi memang kami anak beranak sukalah siput gonggong ni, termasuk Suami Sis.


Cara nak makannya pun ada kena gayanya hahaha. Tu nampak tak dalam gambar tu macam ada cangkuk tu? Haaa korang kena tarik benda tu, barulah isi siput tu keluar. Tapi bila korang rebus siput gonggong ni, kebiasaannya, cangkuk siput tu akan masuk ke dalam, ye laaa kecut barangkali kan, so ada caranya pulak nak makan.

Korang kena guna cungkil gigi untuk menarik siput tu dan keluarkan cangkuk siput, haaa then barulah boleh isinya keluar hahaha. Agak susahkan, tapi sekali dah rasa, perghh kesedapan terus..


Dan selalunya kalau siput gonggong ni, Sis masak rebus serai aje campur halia. Bawang pun letak hirisan bawang besar atau kecil. Rebuslah sampai dia betul masak dan mendidih. Ikutkan siput ni, kena laa korang gosok sikit body dia tu, barulah nampak putih-putih macam kat kedai seafood tu, tapi sebabkan malas nak kerjakannya, terus aje cuci-cuci asal boleh then terus rebus hahaha.

Nak sedap, campak asam keping sekeping, sedaplah rasanya. Dah siap masak, makan pepanas, cecah dengan sambal lada cuka, arghhh sedapnya oiii...terasa-rasa kat tekak ni haaa...

Suami kata nanti tunggu anak-anak balik, kita ke pasar lagi cari siput, kotlah mana tau ada rezeki anak-anak, beli lebih, makan sampai lebam katanya hahahaha. Yeee laaa beli 2 kilo tu sekali hadap je 3 beranak, Sis, Suami dan Yana. Yang Ayahnya dengki, siap amik gambo hantar kat anak bujang dia hahahaha.

Pasar mana? Pasar Orang Asli Permas sana, Sis pun tak tau nak bagi direction, Sis bagi facebook direction dia aje ya..Korang klik di sini Pasar Pagi Orang Asli Permas .

Rasanya guna waze ada laa..cubalah..

Okaylah, nanti sambung lagi, harini masak lewat sikit, tunggu anak Sis balik nak ajak ke kedai beli gas, bukan gas habis, tapi nak beli setong gantikan yang stanby tu dah kosong. Senang beli awal-awal kan.

Korang masak apa?..


P/S: Tak sudah-sudah lagi cerita lock dan down tu di timeline sana sini..ermmm ..

MALAYSIA LAKSANA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERMULA 18 MAC SEHINGGA 31 MAC 2020

$
0
0
MALAYSIA LAKSANA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERMULA 18 MAC SEHINGGA 31 MAC 2020 | Akhirnya semalam kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan atau Restricted Movement Order yang akan bermula pada esok 18/3 sehingga 31/3/2020 di seluruh negara pada sidang media peruntukan khas oleh PM YAB, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berdebar-debar kan malam semalam menunggu perutusan khas Perdana Menteri. Sampai tertido-tido semalam depan TV lepas makan cekodok pisang semangkuk, nasib baik kunci jam hahahaha. Yaa ini memang dah tahap serius berikutan situasi semasa ancaman wabak Covid-19 yang telah menimbulkan kebimbangan bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia.

Sehingga kini, wabak Covid-19 telah merebak di 135 buah negara. Seramai 162,711 orang telah disahkan positif Covid-19 di seluruh dunia. Daripada jumlah ini, seramai 6,443 orang telah meninggal dunia (update jumlah terkini semalam).

Di Malaysia, telah berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak, iaitu 190 kes kelmarin, disusuli 125 kes baharu semalam, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak ini adalah sebanyak 553 orang (17/3/2020). Daripada jumlah tersebut, seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, manakala 42 orang telah pun pulih.

Kerajaan memandang serius situasi semasa ancaman virus berbahaya ini terutama perkembangan gelombang kedua. Keutamaan Kerajaan pada masa ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat. Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin.

Untuk itu kerajaan memutuskan Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi:

Pertama [1], Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

Kedua [2], Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari.

Ketiga [3], Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

Keempat [4], Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

Kelima [5], Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara dan

Keenam [6], Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.


Setelah perutusan ini di keluarkan, ramai yang keliru antara 'Perintah Berkurung'& 'Perintah Kawalan Pergerakan'. Sis juga macamtu. Sebab banyak nama yang di beri. Tapi takpe, kita ikut je apa nama kerajaan kata tu. Janji sendiri faham dan sedriri mau ingatlah ya.

Perintah Kawalan Pergerakan = Restricted Movement Order
Perintah Berkurung = Lockdown Order

Tapi..

BERNAMA guna Move Restriction Order.
MALAYSIAKINI guna Movement Regulation.
THE STAR guna Restricted Movement Measure.
NST guna Partial Lockdown.
MALAYSIANINSIGHT, THE EDGE dan MALAYMAIL guna Lockdown.

Walaupun pelbagai istilah dan nama yang di guna pakai dalam perkara ini, tapi tak apalah janji korang faham untuk pemahaman sendiri. Tak perlu nak berdebat dengan orang dalam hal gini. Ikut aje laa apa yang kerajaan arahkan, cuma jangan panik! Ko kalau panik Sis ko pun panik sama hahahaa.

Dalam hal ini (cuba lihat gambar atas) bukanlah kata berkurung terus, kita masih boleh keluar masuk rumah juga cuma jika perlu sahaja. Jika perlu tu maksudnya, kalau demam pergilah klinik, barang dapur habis, boleh lagi pergi kedai beli, cuma janganlah ko nak jenjalan soping tolak troli jalan lenggang kangkung ek. Masih boleh ke pasar beli ikan, ke pasaraya beli keperluan peribadi, ke bank buat urusan dan sebagainya.

Cuma tak boleh buat mass gathering termasuk di rumah ibadah, lepak di mana-mana tempat. Tak boleh ke luar negara, tak boleh buat kenduri kahwin, tak boleh sembang di luar, dan yang utamanya sangat digalakkan berada di rumah. Kalau boleh pun jangan balik kampung, sebab kita pun tak tau kita ni sihat atau tidak, tak pasal-pasal, Emak kita di kampung pun sama jadi tak sihat kan. So duduk aje di rumah.

Paling sangat-sangat penting, terus jaga kebersihan, amalkan langkah pencegahan yang disyorkan. Dan jangan berhenti berdoa. Semuanya bermula dari diri sendiri. Kita sama-sama bantu negara kita, insyaAllah semuanya akan baik dan pulih seperti sedia kata.

Jika ada sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari ini..


P/S: Menunggu anak-anak pulang rumah..alhamdulilah lega hati Emak anak-anak semua depan mata. 

PARADIGM MALL, JOHOR BAHRU TO PROVIDE SECURITY ESCORTS FOR WOMEN ENSURING THEIR SAFETY AND SECURITY

$
0
0
PARADIGM MALL, JOHOR BAHRU TO PROVIDE SECURITY ESCORTS FOR WOMEN ENSURING THEIR SAFETY AND SECURITY | Women shoppers and women with young children can now shop in comfort and convenience at Paradigm Mall, Johor Bahru (PMJB). 

The mall has recently launched its security escort services for women so that they can enjoy a safe shopping experience.


Ms. Selena Chua, CEO, Retail of WCT Malls said, “We at WCT malls are constantly upgrading our security measures as the safety of our shoppers, tenants and employees is our highest priority. We urge our women shoppers to use the services of our security personnel if they desired so after their post dinner, movie or shopping in the mall, especially at night as they are professionally trained to handle tough situations.”


The availability of the security escorts for women is one the many initiatives undertaken by Paradigm Mall Johor Bahru to ensure safer environment for women to shop. 

PMJB has put in place several precautionary measures such as top of round-the-clock CCTV surveillance, help buttons and security personnel patrolling the mall to prevent any untoward incidents.


Contact security Mall security can be reached at +607-2313999. All shoppers are requested to contact the security escorts for any help or concerns while visiting the mall.

For more information about the activities and promotions, kindly visit the mall’s:

Website Paradigm Mall JB: www.paradigmmall.com.my/jb
Facebook: Paradigm Mall JB: https://www.facebook.com/ParadigmJB
Instagram: Paradigm Mall JB: https://www.instagram.com/paradigm.jb/

*Terms & Conditions applied


P/S: Tahniah PMJB!! Harap-harap yang jadi eskot tu pun baik-baik aja laa ya...jangan harapkan pagar, pagar makan padi huhuhu...

WORDLESS WEDNESDAY - SOCIAL DISTANCING

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - SOCIAL DISTANCING | Social distancing is a practise reducing close contact between people to slow the spread of infections or deseases. Example: limiting large groups of people coming together, closing buildings and canceling events.

Social Distancing at Home.

  • Frequent hand washing with soap and water
  • Increase ventilation by opening windows
  • The door to ill person’s room kept close
  • Consider extra protection for household members over 65 years or underlying illness



P/S: Alhamdulilah banyak event di postpone, so berehat di rumah ya. 

AKU PANIK SUAMI MEMANCING BAWA BALIK IKAN KEMAIN BANYAK

$
0
0
AKU PANIK SUAMI MEMANCING BAWA BALIK IKAN KEMAIN BANYAK | Hahaha panik Sis ko kejap bila mana Suami pergi memancing tiba-tiba bawa balik ikan kemain banyak dan kus semangat, kemain besar oii. Ini betul-betul panik ni hahahaha.

Yaa hari yang Suami pergi memancing tu, hari yang kerajaan Malaysia istihar Perintah Kawalan Pergerakan tu haa, dan malam tu jugalah Suami pergi memancing dan ketika itu jugalah rakyat Malaysia ni panik, dan terus memenuhi semua soping mall dan pasaraya pergi berbelanja penuhkan stok rumah, aiyooo yoo ...

Tapi...Suami Sis ko panik juga!, dia pergi ke kolam memancing ikan hahahaha. Balik kerja je petang tu, mandi makan, then sambil makan berbual, ayat kemain berbunga-bunga, rupanya nak pergi memancing, hahahaha alaa Sis biasanya takde marah pun Suami nak memancing, pergilah, nak marah buat apanya, janji balik bawa ikan sudah. Jangan bawa balik ikan yang 'bertudung'.

Kita ni sebagai Isteri kadang kena faham minat dan hobi Suami, kerja penat, kemudian nak hilangkan stress, haaa layanlah perasaan depan kolam, so nak marah apanya, yang ramai Isteri marah-marah tu sebab kebanyakkannya Suami menipu, kata nak pi mancing, tapi kelain perginya, siap kantoi dengan isteri parking kereta rumah orang, dah kenapa? Hahahahaha..

Kalau Sis, Suami kata nak pergi mancing, yaaa pergi je laaa...dan see!! Punyalah banyak ikan yang di bawa balik, padahal ikan yang sebelumnya mancing pun masih ada lagi dalam freezer.




Korang tengok, mau Sis ko tak panik bila nengok ikan-ikan ni semua. Pening nak fikir nak potong ikan-ikannya adeii. Tapi nasib baiklah, kedai area Sis ni ada amik upah menyiang ikan. Kalau tak, tak tau le apa jadi ikan ni Sis kejekan hahahaha.

Ada sekor tu kemain besar, tu kalau Sis potong sendiri, mau jadi fishball agaknya kot. Alhamdulilah laaa ada yang tolong potongkan. Suami Sis? Bila masanya pulak dia nak motongkan? Tau mancing, dapat ikan bawa balik, then dia sumbat dalam freezer hahahaha.

Malam 'panik' tu Suami mancing dapat 4 ekor (gambar kedua dan ketiga di atas), dan yang lagi 3 ekor tu (gambar paling atas), tu ikan yang Suami dapat 4 hari sebelumnya. Tak sempat lagi nak masak semua, dah tambah ikan baru. Makanya kesemuanya dah jadi 7 ekor ikan ko! Hahaha, betul-betul stock sebulan ni.


Dan taraaa...ni laa hasilnya setelah siap di bawa potong di kedai belakang rumah Sis ni. Tapi semalam agak mahal dia amik upahnya. 7 ekor RM40 hengget..ermmm tapi takpelah, sebab saiz ikan pun besar-besar, sedekah aje laa. Janji siap potong dah senang kerja Sis nak memasak. Kalau tak, termenunglah Sis depan ikan-ikan tu hahahaha.

Ni dalam kepala setelah nampak ikan-ikan yang dah siap potong ni, ada macam-macam idea memasak dah berlegar-legar hahahah. Kena pulak anak-anak semua ada di rumah. Harini anak bujang balik dari Politeknik Mersing, esok anak sulung pulak balik dari Shah Alam, so meriahlah rumah dan Sis tentulah gembira, sebab dapat masak dan ada geng nak makannya.


Haaa tu diaaa hahahaha. Yang tulah hasil memancing Suami pada malam panik tu. Besar kan ikannya hahaha. Jenis ikan jangan tanya, Sis tau ikan siakap, ikan bawal emas dan ikan 'kambing' tu jer, yang besar tu ikan kambing kot, ke jenahak eh entah ek, lupa nak tanya Suami.

Ye mancing kolam berbayar, harga tak tau berapa, tapi kalau dah dapat hasilnya macam ni, berbaloi laaa oi, sebab Suami mancing tak overnight, Dia pergi jam 6pm lebih gitu, then jam hampir 12.30am baru balik. Kira dalam 6 ke 7 jam je laa mancingnya gitu.

So korang suka tak kalau Suami korang memancing dan dapat ikan banyak macam ni? Ke Suami korang tak minat memancing? Yee ada gak tau lelaki yang tak minat mancing, katanya tak kowser nak termenung depan kolam hahahaha.

Lain orang lain hobi, tu belum lagi kalau Suami Sis turun laut, sesilap tak ingat jalan darat kalau dah syok oii hahahaha...tapi takpe, Sis tumpang gembira melihat Suami juga tersenyum gembira dengan apa yang dia buat. Rasa puashati sangat sebab memahaminya! Alhamdulilah.

So menu kita harini...apalagi, Ikan Masak Asam Pedas laaa hahahaha...


P/S: Salam takziah buat keluarga mangsa #Covid19 yang meninggal semalam. 1 di Sarawak dan 1 lagi Johor. Allahuakbar..

LEGOLAND® MALAYSIA RESORT IS TEMPORARILY CLOSED 18 MARCH UNTILL 31 MARCH 2020

$
0
0
LEGOLAND® MALAYSIA RESORT IS TEMPORARILY CLOSED 18 MARCH UNTILL 31 MARCH 2020 | LEGOLAND® Malaysia Resort will be temporarily closing its Theme Park, Water Park, SEALIFE aquarium and Hotel effective Wednesday, 18 March until Tuesday, 31 March 2020.

The closures are in line with the precautionary measures introduced by the Malaysian Government in the best effort to help prevent the spread of Covid-19 and protect the community.

The safety and wellbeing of our guests and employees is always a top priority at LEGOLAND® Malaysia Resort. During this time, we will maintain the precautionary measures introduced earlier at our premises as per guidelines from the Malaysia’s Ministry of Health to prepare a safe and hygienic environment for everyone when we resume our operations.


We are in close liaison with the health authorities and will continue to monitor the situation closely for any further development.

Customers who have made prior arrangements to visit LEGOLAND® Malaysia Resort during this period may reach out to us for booking amendment and cancellation through the following channels:

Call our Contact Centre at +6 07-597 8888
Email us at: Online.Booking@legoland.my for Day Ticket and Annual Pass holders LLMReservation.Hotel@legoland.my for existing reservations with LEGOLAND Hotel

Visit www.legoland.my for more information.


P/S: NOTIS buat semua dari LEGOLAND® Malaysia Resort..

WORDLESS WEDNESDAY - LATOK (ANGGUR LAUT)

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - LATOK (ANGGUR LAUT) | Yaa Latok atau di kenali sebagai Anggur Laut, bukan lalok yaa hahaha. Kang lain pulak jadinya. Korang pernah makan tak Latok ni? Latok ni makanan orang Borneo. Sis pertama kali makannya ni. Anak Sis bawa balik, entah beli mana ntah. Mula makan tu macam, erkkk okaylah tekak boleh terima kalau di gaul dengan sambalnya tu.

Sambalnya macam sambal asam. Kalau makan macamtu je, tak boleh laa oi, rasa rumpai atau rasa air laut hahahaha..

Korang pernah makan tak?..



P/S: Kalau Kerabu Rumpai Lautpernah makan, memang sedap! 

MENU #STAYATHOME SEMALAM DAH MACAM FOOD REVIEW KATA ANAK

$
0
0
MENU #STAYATHOME SEMALAM DAH MACAM FOOD REVIEW KATA ANAK | Hahaha tergelak bila anak kata macamtu semalam. Yaa laaa maklum aje laa, Emaknya dah terbiasa pergi food review dan tangkap gambar makanan, so bila dah masak meriah kat rumah, automatik ianya terus jadi habit hahahaha. Nasib le anak-anak dan Suami faham.

Bukanlah kata sebelum ni tak rajin memasak, sampai kena tunggu kerjaan bagi arahan Duduk Rumah Diam-Diam, barulah ko nak masak bagai, tidakkk...tapi sebabnya semalam anak bujang Sis balik dari Politeknik Mersing, makanyalah Sis memasak meriah macam ni, sesekali anak balik kan, kita masak sedap-sedap.

Kebetulan lauk basah semua penuh dalam esbox, takkan nak bior je beku, so masaklah!. Penuh esbox Sis tu dengan Ikan Pancingan Suami, dengan segala jenis binatang Seafood ada, tu semua Sis dah beli sebelum kerajaan keluarkan arahan Perintah Kawalah Pergerakan lagi, Sis pergi ke Pasar Pagi Orang Asli sana. So benda dah ada, kita masak je laa kan..



Antara menu yang Sis masak semalam dan menjadi pilihan anak-anak semalam adalah Udang Goreng Oat Milk ni haa. Udang yang Suami beli tu memang saiz besar, sebesar tapak tangan. Harga pun murah, sekilo baru RM38. Tu pun dua kali masak boleh, semalam Sis masak 15 ekor aje, ada lagi 12 ekor Sis simpan hehehe siap kira ko! Hahahaha.

Bila Sis up gambar menu ni di FB, ramai yang tanyakan respinya. Ermmm sebenarnya sama je dengan resepi Udang Goreng Nestum tu, cumanya, Sis kat rumah semalam takde nestum, tu yang Sis gantikan dengan oat. Rembat Oat Suami punya. Dan susu pulak, ikutkan kena guna susu cair, tapi takde juga kat rumah ni, so Sis guna susu pekat sesudu dan Sis cairkan dengan air panas.

Nak resepi juga? Okaylah ni Sis salinkan resepinya, simple aje tau. Ikut suka korang laa ye nak editkannya..

Udang Goreng Oat Milk 

Bahan-bahan:
-15 ekor Udang
- Setengah Biji Bawang Besar (dicincang)
- 3 Ulas Bawang Putih (Dicincang)
- 5 Ketul Cili Padi dan Sebiji Lada Merah (Dicincang)
- 3 tangkai Daun Kari
- 3 Sudu Mentega (Untuk menumis)
- Oat 3 Sudu (ada nestum guna nestum)
- Susu Pekat 1 Sudu, di cairkan dengan air panas, jangan cair sangat (Ada susu cair guna je susu cair)
- Serbuk Perasa dan Garam

Cara Memasaknya:
- Panaskan mentega hingga cair.
- Tumiskan Daun Kari dahulu hingga wangi, kemudian masukkan bahan yang di cincang.
- Gaul sehingga semua layu, dan kemudian masukkan susu.
- Masukkan udang dan gaul sebati, tambah serbuk perasa dan garam.
- Tutup api dan terus masukkan oat.
- Gaul sampai kering.
- Sedia di hidang.

Senangkan, silalah buat ya hahaha.


Dan menu lainnya, Sis masak Asam Pedas Ikan Jenahak, Sayur Buncis Cendawan, ada Petai dan Juga Ulam Timun. Jadilah menu semalam #StayAtHome hari pertama katanya hahaha. Siap aje masak, anak bujang pun sampai. Sis suruh dia mandi bersihkan diri semua dulu, barulan turun makan sesama.

Licin masak Udang tu semalam, dapat juga Suami merasa. Balik kerja semalam katanya lapar. So sampai rumah, pun sama Sis kerah suruh mandi bersihkan diri dulu, baru turun makan. Bukannnya apa, bila dah terdedah di luar bekerja tu, risau jugakan, so baiklah bertindak segera untuk mencegah.

Alhamdulilah.. Harini mungkin anak Sis di Shah Alam balik pulak, kebetulan memang dia dah cuti lama, cuma tunggu nak hantar report, sekali tak tau kena arahan Perintah Kawalan Pergerakan ni kan, so tawakkal je laa katanya balik harini. Mudah-mudahan dipermudahkan. Nasib juga anak bawa kereta sendiri. Kalau berpusu di stesen bas ke memana ke, risau juga. Memang Sis tak bagi balik.

Sos harini nak masak apa? Jeng jeng jeng.. nantikan kemunculannya esok! hahahaha..


P/S: Tolonglah korang!! Please #StayAtHome and #DudukRumahDiamDiam !!! Tolonglah!!!!..

SCMP LAUNCHES “100 TOP TABLES 2020” WITH TWO NEW AWARD CATEGORIES

$
0
0
SCMP LAUNCHES “100 TOP TABLES 2020” WITH TWO NEW AWARD CATEGORIES | Accolades for Best Chef, Best Service, Best Ambience, Best Pastry Chef and Rising Star celebrate the best in Hong Kong and Macau’s dining scene.

The South China Morning Post, a leading global media company based in Hong Kong has launched its eighth edition of 100 Top Tables, the definitive guide for business executives and food aficionados in Hong Kong and Macau.

Chosen by our independent editorial panel of Hong Kong’s most coveted restaurants 100 Top Tables, 100 Top Tables recognises and celebrates outstanding restaurants and talents who have gone above and beyond the call of duty.

This year’s guide features five special awards, including two new categories to highlight the contributions of those who have elevated the dining scene.


This year’s 100 Top Tables includes two new categories that recognises up-and-coming chef as well as a category that recognises excellence in pastry making.

The winners are:

  • Best chef - Vicky Cheng, VEA Restaurant & Lounge
  • Best service - Roganic Hong Kong
  • Best ambience - SEVVA
  • Best pastry chef (NEW) - Ringo Chan, Four Seasons Hotel Hong Kong
  • Rising Star (NEW) - Ricardo Chaneton, MONO

Chef Vicky Cheng of VEA Restaurant & Lounge clinched this year’s “Best Chef” award, earning accolades for his signature dishes that includes roasted sea cucumber that truly represents Chinese fusion cuisine by taking indigenous locally sourced produce and applying French cooking techniques.

I truly just wanted to do something that no one else in Hong Kong had done before. I wanted to embark and showcase Hong Kong’s culture through the lens of European cooking. Thanks to all of our very loyal guests and hard-working team we are at where we are today,” said Cheng.

The publication showcases 100 Hong Kong and 20 Macau-based restaurants, making it a must-have for senior executives searching for the best restaurants for business and pleasure. This year’s judges included a mix of veterans and new inductees to the committee to ensure the results were balanced, objective and comprehensive.

Said Gary Liu, SCMP’s Chief Executive Officer, “We're proud that 100 Top Tables continues to be an influential and much sought-after guide by executive diners, and respected by culinary establishments for its independent rigorous selection process. We are pleased to honour these restaurants of Hong Kong and Macau and celebrate the chefs who resolutely strive for excellence."

Winnie Chung, SCMP’s Editorial Director of Specialist Publications added, “This year’s 100 Top Tables is dedicated to our winners who have shown incredible resilience in the face of adversity. It has been a most difficult year for their industry but they have managed to prove that delicious food, excellent service and great ambience will always win over patrons. Congratulations to our 120 winners in Hong Kong and Macau!”


100 Top Tables offers readers with an impartial overview of each restaurant, including information on a restaurant’s cuisine and ambiance – from a shortlist of signature dishes and the price of corkage to amenities like valet parking and alfresco dining. Contact details, including a restaurant’s address and hours of operation, are also listed.

The guide was thoughtfully edited, prioritising the overall dining experience as the primary selection criterion and organised by cuisine: Chinese, Western, French, Italian, Japanese, Steak and Grills, and East/West, along with a separate section for Macau.

100 Top Tables 2020 will be available at major bookstores and supermarkets in Hong Kong at a retail price of HK$168 from March 23. In-store copies can be found at a number of premium airport lounges throughout Asia and select recreation clubs. Selected in-depth stories about the restaurants and featured articles of the special awards winners can be found at http://www.scmp.com/topics/100-top-tables.

For further information on SCMP, please contact: communications@scmp.com
For further information on SCMP publications, please contact: advertising@scmp.com.


P/S: Uiii tak sangka derang ni ada list top Chef semua ek..Malaysia ada ke?..

MINUM PETANG SANTAI SAMBIL TONTON NETFLIX

$
0
0
MINUM PETANG SANTAI SAMBIL TONTON NETFLIX | Nikmatnya bila duduk rumah, masak, makan dan rehat depan tv, kan kan kan...haperrr ko ingat surirumah ni duduk rumah membuta je ke kojenya? Macam dah takde keje lain ek? .

Tapi bila dah kerajaan bagi arahan Perintah Kawalan Pergerakan, haaa bila memasing duduk rumah, haa tau pulak komplen buhsan, boring, penatlah dan memacam lagi laaa...ehhh tau pun kann mengeluh, baru ko rasa macam mananya duduk rumah hahahaha.

Tu nasib duduk rumah buat kerja pejabat jer, kalau suruh duduk rumah buat kerja rumah sekali, macam memasak, mencuci, mengemas semua? Haaa acaner laa agaknya, mau patah riuk pinggang ek. Ini baru duduk sehari dua dah memacam mengeluhnya.

Sis ni dah bertahun dah duduk rumah, masuk tahun yang ke 26tahun dah ni. Tanggungjawab mengurus rumahtangga tu dah alah bisa tegal biasa dah. Nak merungut penat pun dah lali dah. Sebab kita sendiri kena pandai-pandailah urus masa. So bagi Suami-suami tu, janganlah kata Isteri ni duduk rumah membuta, makan tidur ngadap internet je, habis kerja rumah ni siapa yang buat? Jin ka?...


Tapi sunguh laaa bagai di kata, duduk rumahlah paling syokk sekali. Masak ikut sukahati time bila nak masak. Makan pun bebila masa lapar boleh makan, dan tidur pun, sukahati le nak tidur. Tapi yang letihnya, mulut laaa...hahahahah

Rasanya baru je lepas makan tengah hari kann, tup-tup dah petang, terus merangkak masuk dapur cari bahan nak masak buat minum petang. Kalau rajin ye buat, kalau malas macam Sis ni, haaa tett tett tett, 'hello, boleh hantar delivery ke sekian sekian' hahahaha lagi sonang kejo hahahaa..

Yaa harini order Kuih Keria Gula Melaka Jannah namanya. Sedap, rangup, lembut walaupun dah sejuk. Kalau korang area Pasir Gudang boleh beli dengannya.

Nak order? Boleh order sini Jannah 013 715 7217. 10 keping RM5 jer. Di jamin sedap!.

Tadi keluar sekejap pi J&T Bukit Dahlia amik parcel, balik je, tengok Kuih Kerianya dah sampai. Solat Asar dulu sesiap, turun bawah, hidang Kuihnya, bukak Netflix, now tengah layan cite Korea. Hebat tak sambil tengok tv sambil update blog hahahaha. Dah de[an mata kan, so buat keje dalam satu masa.

Okaylah nak sambung makan dan layan Netflix. Korang buat apa tu haa?


P/S: tengah fikir esok nak masak apa laaa ek..ermmm..
Viewing all 4625 articles
Browse latest View live